Monday, 16 June 2014

of Cinta Sejati and Kahwin Lambat

wah...serius betul tajuk entry aku ni..

Ni semua gara-gara terkesan dengan filem Maleficient yang aku tengok semalam kat MBO Galaxy Ampang. Amat tertarik dengan hidden message dia tentang 'true love' atau cinta sejati. Apa definisi cinta sejati bagi korang? Dalam bab cinta ni, kita janganlah berfikiran sempit sangat sebab cinta boleh wujud dalam macam-macam bentuk. Bukan takat antara lelaki perempuan saja. Boleh jadi cinta pada ibu bapa, ahli keluarga, sahabat handai dan paling utama cinta dengan Pencipta. Cinta bukan hanya kepada manusia, ada juga yang cintakan isi dunia yang memang takkan mampu nak puaskan nafsu kita sampai bila-bila.

By the way, Maleficient memang best..Angelina Jolie ada aura dia yang tersendiri. Berbaloi dia dah lama tak beraksi sekali keluar filem terus box office kebaboom u olls!

So...apa kena-mengena dengan kahwin lambat?

Hari ni ada akak sponsor makan-makan kat office untuk meraikan dan mengumumkan yang dia baru bernikah. Selamat Penganting Baru Kak Z! Akak ni umur dia dah lewat jugak. Ada orang kata dah 50 tapi aku tengok dia macam 40 plus je. Dah ditakdirkan dia bertemu jodoh lewat berbanding kawan-kawan lain. So, bolehla dijadikan motivasi untuk aku yang dah hujung-hujung 20 ni agar tak berputus asa. Yelah, kadang-kadang rasa macam nak give up. Kalau tak kenangkan Mak ngan Abah aku pun malas nak fikir soal jodoh ni.

Apa-apa pun, hanya jauhari yang mengenal manikam. Hanya si bujang macam kami je yang faham perasaan rakan-rakan seangkatan. Tahukah korang setiap kali u olls tanya "bila nak kahwin?", hati kitorang sebenarnya terguris?

Hehe, ok Sal, jangan serius sangat...

p/s: Kahwin bukan trend. Don't do it just because others are doing it. Don't do it because you want a 'wedding' instead of 'marriage'.


Paling penting, jangan berhenti berdoa. Kan Allah ada :)

56 comments:

  1. Setuju !! Jangan ditanya tanya bila nak kawen tu , soalan sensitif. T_T.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu...betul-betul.lagi-lagi kalau orang tu single calon pun takde. :(

      Delete
  2. sukalah yang sentence 'you want a wedding not a marriage..' hahaha..
    mari kumpul duit dulu wakakaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...banyak beza antara wedding ngan marriage.memanglah teringin nak wedding yang glitz dan glamour tapi dah habis majlis kena hadapi realiti.bukan mudah kalau tak bersedia fizikal dan mental.

      Delete
  3. peduli kan kata2 org tu...manusia mmg cm tu dok tanya smpi bla2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kadang-kadang diorang sebenarnya ambil berat, tapi apalah guna tanya soalan yang takde jawapan.hehe

      Delete
  4. orang mmg suka bertanya dan ambil berat tanpa sedar menyakitkan hati kita.. kawen cepat atau lambat tak penting.. kawan kak Fiza kawen lmbt umor pun banyak, kawen trus pregnant.. Kak Fiza nak kawen dulu dari dia pun takde rezeki baby lagi.. rezeki masing2 kan.. yang penting kita yakin Allah telah menentukan segalanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul...Allah dah rancang yang terbaik untuk kita.saya terima je soalan dari orang-orang sekeliling dan suruh diorang doa yang terbaik untuk saya..hehe

      Delete
  5. mm.. ini ujian utk kita. lain org, lain ujian. ujian dtg dalam byk bentuk. Mudahkan org lain, insyaAllah, urusan kita akan turut dipermudahkan.. Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...fokus untuk menjadi hamba Allah yang solehah je sekarang ni.rezeki datang dalam pelbagai bentuk kan.. :p

      Delete
  6. dont worry Sal..leawat 20-an tu still young tau..in sha Allah kalau ada jodoh tak ke mana..jgn di layan soalan2 yg menyakitkan hati tu..nanti dah kawin lambat dapat anak pun akan di persoalkan jugak..mmg tiada penghujung..akak pun belum kahwin lagi tapi still enjoy..line must be go on..yea setuju sgt dgn statement its not about wedding buat its about marriage...ingin kan perkahwina yg boleh sampai ke jannah aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup...kena pilih betul2 sebab kahwin bukan untuk try n error..nk enjoy life cam kak JM gak..travel selagi boleh. .hehe

      Delete
  7. haishh.. antara soalan paling sensitif.. bila nak kahwin.. bagi yg dah kawin pulak.. bila nak dapat anak? bila dah ada anak pulak.. aik mengandung lagi ke.. tak beradab betul diorang ni kan!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...orang yang macam caring tapi tak pernah fikir yang ditanya tu apa rasanya. .sal lagi kesian kt kawan yg dh kawin tapi belum ada anak.lagi stress..

      Delete
  8. kita sekapal . kamu beruntung sbb masih hujung 20an . tapi sis dah terlebih . dulu bila bila org tanya , sis jwp dgn berlawak jer . tapi sekarang bila ada yg tanya , sis jawb " jodoh tu urusan Allah" ... sis mmg terasa aka sensitif . sape x nak kahwin kan . mlh dah berpuluh thn cari , tapi Allah kata tunggu ... org yg senasib jer faham apa yg dirasa ... sabar n redha .

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpelah sis...mana tau sis macam akak Z yang saya cerita tu.dah lewat 40 pun kalau ada jodoh tu bertemu jugak.kita tak tau kan. erm..tapi memang betul, yang senasib je faham.

      Delete
  9. Cool everyone...jodoh kita adalah rahsia Allah kan Sal...so not to worry, bila tiba masanya, lambat atau cepat cepat In Shaa Allah ketemu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang cool..orang sekeliling je tak berapa nak cool.faham perasaan diorang yang caring tu, tapi nak buat cmane kan..jodoh tu memang rahsia Allah :)

      Delete
  10. in sha Allah ada rezeki jodoh satu hari nanti. Allah dah tetapkan ... teruskan doa + usaha+istiqamah +tawakkal=duit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh plak kat hujung tu ada duit ye...hehe.thanks afasz, doakan saya ye. :)

      Delete
  11. At first, itu y saya tanam.. pastu makin lama makin ramai lak kawen aih.. mane boleh tengok saje! xD xD xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. uit...macam tu plak.kahwin bukannya trend..sabar, giliran kita akan tiba nanti.:p

      Delete
  12. Huhu..semua org memahami nasib mereka2 yg still bujang. Sbb semua org pernah merase zaman bujang. Means, tak perlu tunggu jodoh kak. Insya-Allah moge kak sal dipertemukan jodoh yg baik2. amin..

    ReplyDelete
  13. wuuu...belum lagi tengok malificient.....T,T huhuhu

    ReplyDelete
  14. Jodoh pertemuan semua ditangan Allah. Usaha je yang mampu dibuat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu chegu..tak berusaha pun tak boleh. Takkan nak harap jodoh turun dari langit

      Delete
  15. Dulu waktu bujang selalu jugak kena soalan-soalan macam tu. Then, bila senyap-senyap nak kahwin, itupun kena soal jugak sebab kena tanya kenapa cepat sangat kahwin. Dah pulak. Kahwin salah, tak kahwin pun salah. Diorang nak kita buat apa sebenarnya ni. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...entahla manusia memang macam-macam perangai.tak boleh puaskan hati semua orang

      Delete
  16. Follower #46.
    http://drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks...nanti saya balas kunjungan ;)

      Delete
  17. kawen lambat la best..baru boleh buat majlis besar2 sebab kumpul duit dah lama..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...nak sederhana je..tapi benda susah dapat memang kena celebrate beria-ia kan..huhu

      Delete
  18. Huahuahua nak tengok gak Maleficient T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok la. ? Movie disney yang berbeza dari biasa.

      Delete
  19. btl2 setuju..jodoh pasti ada cuma kita tak tahu lambat atau cepat je..sentiasa berdoa insyallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul-betul.Allah lagi tau apa yang terbaik.Dia tahu bila kita dah sedia

      Delete
  20. Bila nak kawen.?. Bila nak dpt anak? Bila nak tambah anak?bila nak dpt menantu? Bila nak dapat cucu? .. Itu memang soalan peberet masyarakat kita.. Tapi takde pulak orang tanye bila nak mati ye? Kehkehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..legend komen ni!tu memang peel orang kita, tak boleh buat apa lah

      Delete
  21. memang serius sungguh tajuk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..poyo je..isinya takde serius mana

      Delete
  22. Errmm... betul tu... setuju sangat... jodoh tu perlu dicari... tapi walaubagaimanapun setelah berusaha kita redha dengan ketentuannya kan... memang tensen kalau orang tanya soalan sensitip tu... macam la orang2 yang tanya tu kawin muda sangat kan... :D chill kay

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx acik idah...memang gitula gayanya.tak larat dah nak jawab cmane..hehe

      Delete
  23. sementara xde komitmen ni bolehlah kumpul duit dan aset byk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..ambil peluang ni berbakti pada ibu bapa dan buat amal jariah untuk diri sendiri :)

      Delete
  24. ha'ah...soalan "kau bila lgi" tu buat sy mls nak hadiri mana2 kenduri..kehkeh
    family pun dah desak suruh kawin..sapa xmau kawin kan?tp nk bt mcm mn?
    persediaan belum cukup!! wuuu TT_TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..nasib baik saya ni kecik je..jahat gak selalu tipu umur ngan sedara-mara..hehe.sori makcik pakcik sekalian

      Delete
  25. Anak2 akak pon sibuk nk ajak nengok cite ni tp cane le nk bwk kann hihi
    sabar je le..jodoh tu pasti datang lambat ngan cepat jek
    dulu pon akk pening gak bile org duk tanye2, jwp salah x jwp pon salah kann sabaq naaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks akk..yela kan, baik senyum je..jawapan basic "doakan saya..." macam retis plak..hehe

      tengok la maleficient tu sebelum ditamatkan tayangan.

      Delete
  26. Sabar ye awak..
    Insyaallah ada jodoh tu nanti..
    Nanti saya attach entri oleh Amy J..maybe akan bagi kekuatan kat awak ye.

    ReplyDelete
  27. Ni entry tu..Sal spend time bace ye. Moga Allah beri kekuatan. http://amysigadisweird.blogspot.com/2014/06/wordless-wednesday-soal-hati.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah baca dah hari tu...follow gak dia.thanks doc! alhamdulillah, saya masih cool je.orang sekeliling je buat pening kepala..hehe

      Delete
  28. InsyaAllah banyak2 berdoa k..Allah pasti dah atur yg terbaik utk kita..
    Btw citer Maleficient memang best kan.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx kak Farah..
      haah, maleficent memang best!

      Delete
  29. betul...jgn tny bile nk kawen sbb jodoh tuh Allah yg tentukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...betul tu kak.tu semua urusan Allah

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com