Saturday, 21 June 2014

Keyword pelik

Sejak aku ada blog, aku menyedari yang orang Malaysia bergantung hidup pada google sebab aku selalu dapat reference URL yang pelik-pelik. Selalunya aku ignore je, tapi kali ni rasa nak share pulak ngan korang.

Boleh ke perempuan tengok bola?

Dah kenapa pulak tak boleh? Kalau nak tanya pasal hukum, boleh la refer pada Ustaz dan Ustazah yang bertauliah kat masjid, sekolah atau Majlis Fatwa. Janganlah cari Ustaz kat google ni sayang oi..Sentap kejap aku dan para perempuan acah-acah kaki bola kat luar sana. Bagi aku, tak salah tengok bola ni, janji tahu menjaga batas sebagai seorang perempuan. Cuci mata sikit-sikit tengok pemain bola yang comel, bukan boleh jadi apa pun. Macam yang aku bebelkan kat SINI.. Lagipun, kalau lelaki boleh tengok Twillight, Frozen dan Running Man, apa salahnya perempuan tengok sport kan..Habis game kitorang tetap sarung baju kurung pergi kerja, bukan pakai jersey ngan shorts.

Awek UTHM leh buat main Batu Pahat

Istighfar panjang aku baca keyword ni. Aku ni bukan lah otak kuning (iyo ko?), tapi korang tau sendiri la apa yang dimaksudkan dengan 'main' dalam google search ni. Kau ingat blog aku blog Mak Hayam ke?? Astaghfirullah..apa lah nak jadi bebudak zaman sekarang. Orang suruh guna internet untuk kebaikan, tapi dia guna untuk cari teman maksiat. Tapi, inilah hakikatnya. Anak muda ke, anak tua ke, semakin ramai yang jauh dari Islam. Oh Malaysia tanah air ku..Scary kan! Terima lah hakikat...dah banyak turun bala pun ramai yang masih tak sedar lagi!

Nota kaki: Entry ini di-auto publish serentak dengan sepak mula Costa Rica vs Italy. Pilihan aku? Italy la. Tapi Costa Rica pun not bad. Tapi kalau Costa Rica menang, Uruguay payah nak ke round ke-2. Uruguay ada Suarez, dan sebagai penyokong Liverpool, aku minat gak dia ni. Tapi kapten England, si Gerrard pun Liverpool gak. Favourite aku gak tu...tak best la kalau England tersingkir awal. Tapi aku nak Italy masuk second round. Ah...delima si lalang bila pasukan pilihan dah bungkus awal. Hehehe..tengok jelah tanpa perasaan seperti tak berperasaannya pemain Spain dalam edisi kali ni. Aku tak kata, del Bosque yang kata..

OKlah peeps, kita jumpa lain kali ye..stay tuned!

25 comments:

  1. Replies
    1. Kan...mesti sentap tengok yg no.2 tu..huhu

      Delete
  2. Keyword pelik2. Haha..mujur ana tak pernah dapat keyword pelik2 lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Akak pernah dapat lagi pelik dari ni..sentap akak tau, I bukan mak ayam...hihi

      Delete
  3. Memang pelik tu sal..macam-macam dia orang ni ya...

    ReplyDelete
  4. Aah la. Pelik2. Tak perasan pulak samada ada keywords pelik kat blog sebab jarang check.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja se semalam bukak traffic sources tu, tak sangka pulak..

      Delete
  5. Tudiaaa aik!hahaha...keywords punya angkara ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu...sentap kejap orang cari benda bukan2, blog kita yang top result..huhu

      Delete
  6. Sebab anda tulis. Kalau d blog chegu keyword yang sensor mcmtu ditapis. Yelah mcm tak berkat je rating blog naik sebab carian keyword mcmtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi entry tu pasal saya gi UTHM Batu Pahat sebab ada event kerja...takde perkataan bukan-bukan pun cikgu..huhu

      Delete
    2. Cmne boleh jadi bende cenggini ye? Harap x terjadi lagi, kan?

      Delete
    3. entah la...kadang-kadang kita pun pernah, google benda lain, tapi result semua takde kena-mengena..cenggitu la agaknya

      Delete
  7. uthm tu mmg kat batu pahat tapi kenapa lak pi cari kat blog org ... saja2 mrk ni agaknya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde sis...kadang-kadang kebetulan.kite pun kadang-kadang lain yang dicari, lain yang keluar.

      Delete
  8. keyword entry ni memang pelik2 kan tak pe lah Sal, kita kongsi yang baik2..mesti mereka tak dapat apa yang buruk2 dari kita kan..keep blogging dear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak ana...harap-harap si pencari keyword pelik nombor 2 tu akan berubah ke arah yang lebih baik la ye.

      Delete
  9. Alhmdulillah dh tak de keyword pelik camtu, dulu ada gak, dan penat cari talk jumpe agaknya, ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..diorang dah jemu cari kot. saya kalau tengok stats, suka tengok keyword dan referring urls.baru tau peel rakyat Malaysia cmane.hehe

      Delete
  10. Dulu selalu jugak dapat keywords yang pelik tetapi sekarang dah jarang. Kadang-kadang kita tak buat entri 'pelik' pun tetapi entah macam mana keyword tue boleh sampai ke blog kita. Haih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah...entry kita semuanya suci murni, tapi ada je keyword sesat terselit..haha

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com