Bukan entry jual barang - Tips kekal cergas di bulan Ramadhan

Sunday 29 June 2014

Assalamualaikum semua..puasa tak? Harap-harap semua berpuasa la hendaknya. Lain lah kalau yang dapat 'lesen besar' tu. Tapi aku rasa pembaca blog aku semua baik-baik, tak ada yang kaki ponteng. Betul tak? *Ayat bodek nak komen banyak letewwww*

Infografik : bilangan jam berpuasa bagi negara-negara lain di dunia. Puasa sampai 20 jam? Wow, kita yang 13 jam ni pun dah ramai yang semput. Imej diambil dari Huffington Post
.
OKlah, jimat tenaga sikit, jom terus straight to the point.

1. Sahur tu ada berkatnya walaupun hanya sebiji kurma
Ambil makanan yang mengenyangkan macam roti whole grain, oat, buah-buahan macam pisang dan epal dan minum air secukupnya semasa sahur. Kalau korang ni perut Melayu, tak perlulah pura-pura nak berdiet bagai, makan jelah nasi untuk elakkan kebuluran di siang hari. Tapi kalau korang ni perut mat saleh, bolehla try menu-menu yang dicadangkan oleh website Buzzfeed ni.

2. Jangan minum air berais semasa berbuka
Air berais adalah penyebab ramai antara kita menguap masa solat terawih. Kalau dah haus sangat pun, minum air masak dulu, dah makan sikit baru minum air sejuk. Kalau terus terpa air sejuk, badan dan sistem penghadaman akan terkejut, tu yang rasa lesu memanjang.

3. Solat Terawih
Terawih..polemik masyarakat kita yang tak pernah sudah. Terawih ni maksudnya rehat, so boleh buat rilek-rilek je. 8 rakaat OK..20 pun OK. Sunat muakad dilakukan secara berjemaah, tapi boleh dilakukan sendirian. Mungkin ada anak kecil, jadi si ibu tak dapat nak ke masjid. Kalau nak buat secara berjemaah di rumah pun boleh. Rapatkan silaturrahim sesama ahli keluarga. Kot lah nak test menantu/ adik ipar baru boleh ke tak jadi Imam.
Point sebenar aku, terawih ni dikira macam satu senaman sebab siang kita berpuasa, badan letih, nak beriadah pun malas. Bila kita bergerak banyak lepas makan, takdelah kalori-kalori tu terkumpul jadi lemak. Kalau nak cakap pasal fadilat solat dari sudut Sains, memang banyak, korang boleh google atau tanya doktor bertauliah.
Yang penting, terawih ni ada dalam bulan Ramdhan SAHAJA. Dapat pahala lak tu. Tak nak ke bai...

4. Hindarkan dari berfikiran negatif
Dah bunyi cam Prof. Muhaya lak aku *perasan*
Elakkan dari dok ulang-ulang ayat "Ngantuknya ... letihnya" .Kalau ada kawan korang dok ulang ayat tu, jangan layan dia. Iye, memang ngantuk tu tak boleh disorok. Tapi tidur di tempat kerja adalah sangat tidak digalakkan kerana ia akan memberi imej buruk di mata bos korang di samping gaji tak berkat! Kalau dah tak tahan sangat, tidurlah sekejap di waktu rehat. Ingat bos korang tak tahu ke korang ngantuk sebab tengok bola malam tadi?

5.Jangan minum minuman berkafein sewaktu sahur
Minuman berkafein memang buat kita alert, tapi kafein akan meningkatkan kadar metabolisme dan membuatkan kita lagi lapar. Lagipun, kafein merupakan sejenis diuretik, maknanya, ia boleh meningkatkan kadar pembuangan air dari badan. Tu yang badan letih sebab dahlah takde air masuk, banyak pulak yang keluar. Kak Sal kau ni student Fizik tapi sembang cam budak Medic kan? Hehe, nantilah kalau ada masa aku cerita pasal tu.

Gambar hiasan from Huffington Post .

Pesanan penaja:  Apa-apa pun, jangan pernah lupa mereka yang tak bernasib baik. Banyakkan bersedekah dan doa untuk saudara seagama kita di serata dunia. Moga Allah melindungi mereka.

Kalau korang ada petua lain, jemput share kat sini untuk panduan semua ye..

42 comments

  1. Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa .

    ReplyDelete
  2. Thanks kak sal for your tip! :)

    ReplyDelete
  3. Salam ramadhan.Satu lagi petua,jgn tidur lepas subuh..klu nak tidoq jugak, tidoq sat ja sblm zohor..klu tidoq lepas subuh kompom letih..(^_^). Selamat berpuasa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul gak tu kak...lagipun tido lepas subuh memang tak elok diamalkan. Thanks for the tip. ('',)

      Delete
  4. Salam Ramadhan in shaa Allah bulan barakah ..maka jadikan setiap apa kita lakukan sebagai ibadah

    ReplyDelete
  5. Slm ramadhan..tips terbaik! Bagi sy bulan puasa ni time perut nak rehat...11 bulan asyik makan je bagi la perut rehat sebulan..plus boleh diet..kehkeh..apa pun selamat menunaikan ibadah puasa! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu! ni lah masanya nak guna bekalan lemak yang diperam selama 11 bulan tu.hehehe

      Delete
  6. Salam Ramadhan SAl dan selamat berpuasa. Good info yang di share marilah kita tingkatkan amalan di bulan mulia ni kerana semua amalan yg baik Allah gandakan pahala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same goes to u Kak JM...wah speaking plak!amin..

      Delete
  7. Masa paling lama kita pernah puasa 18 jam...lama juga tu...masa studentlah..Tapi masa tu tak letih sangat..coz summer tak panas sangat kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Summer' kat negara orang putih ni, orang Malaysia still boleh pakai sweater..kita dah terbiasa panas..huhu.
      p/s: belajar kat mana tu?

      Delete
  8. Kafein tu memang betul. Tak pasal-pasal Subuh tadi aku kena berulang-alik ke tandas. Ni dah petang tak pasal-pasal tekak dah kering akibat kekurangan air dalam tubuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu dia...pas ni boleh kurangkan ye. iyelah, kita ni manusia bukannya unta..minum banyak mana pun kena buang jugak. tapi at least takdelah cepat sangat berbanding dengan minum kafein.

      Delete
  9. salam ramadhan dan selamat berpuasa ye. :D

    ReplyDelete
  10. Saya kene sahur dengan nasi baru larat nak puasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..sama la, perut Melayu.makan lain-lain semua tak jalan

      Delete
  11. ada tip yg sy tk leh ikut tu... sebab masa berbuka klu berbuka dgn sirap bandung ais mmg syiookkkkkk :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kalau badan tahan takpelah. sesetengah orang tak boleh

      Delete
  12. terima kasih kerana berkongsi.. sangat bangus entri ini ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks acik...harap dapat memberi manfaat :)

      Delete
  13. ais tak elok diminum

    tapi elok untuk buat terapi mandi ais.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terapi mandi ais tak pernah try lagi..biasa mandi air suam je..hehe

      Delete
  14. betul...
    sy breastfeeding tp alhamdulillah production ok.. cm biasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Glad to hear that..thanks follow sini Suriana.. :) Selamat berpuasa ye

      Delete
  15. Salam Ramadan & slmt menjalani ibadah puasa.. :)

    ReplyDelete
  16. Tapikan..akak sahur ke berbuka ke,mesti nak kopi..heehe..kalau tak sehari puasa rasa tak syok je..hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka minum gak..tapi takdelah sebanyak macam hari tak puasa. Hehe.kurangkan sikit la.

      Delete
  17. apsal tetiba ada pic pemain bola ni? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu gambar pemain yang katanya berpuasa sepanjang World Cup kali ni..wah, lama peminat bola yang sorang ni tak singgah sini ye. Tahniahla German dah ke suku akhir.. Penyokong Spain ni jugak yang melopong je..haha

      Delete
  18. salam ramadhan. sungguhlah kat europe skarng tengah summer. siang panjang. tabahlah diorang puasa kat sana. kalo aussie skarng tengah winter kekekeke cepatlah berbuka. apa apa pun kita syukur 13 jam sajooooo :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat europe summer pun still sejuk kot..hehe.best la aussie puasa 9 jam je, tapi kalo tak tahan sejuk tu memang memanjang lapar. syukur berpuasa di malaysia, cuaca just nice je

      Delete
  19. selamat berpuasa...semoga Ramadan kali ni lebih baik buat kita aminnn

    ReplyDelete
  20. negara kita antara yg beruntung, puasa tak la kejap.. tak la lame.. sedang2 jer.. Salam Ramadhan Sal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah,kita beruntung sebab waktu siang dan malam hampir sama tempoh. Salam Ramadhan jugak fiza! :)

      Delete
  21. Salam Ramadhan and selamat berpuasa..thanks for the tips yaaa..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  22. Bestnya puasa di Sydney, 9 jam 56 minit je. Nice info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab terkena musim sejuk tu yang 9 jam je. Kita yang dah biasa cuaca panas ni mesti kelaparan kalau kat sana. Hehe

      Delete
  23. Allah... duduk kat iceland boleh pengsan 20 jam puasa? tak daya rasa badan...

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah