Saturday, 24 May 2014

Aku vs Drebar Bas

Al-kisah di petang Jumaat yang mulia, aku macam biasa tunggu bas untuk balik  ke rumah. Dalam 15 minit tunggu, bas yang dinanti pun tiba. Bas tu takdelah penuh sangat, tapi driver tu tak bagi kitorang naik. Tapi aku kan degil.Aku ikut gak bas tu (trafik slow macam kura-kura) dan sambil buat muka bengang aku ketuk-ketuk pintu bas. Abang tu pun mengalah. Once aku naik dia membebel, nape tak boleh tunggu, the next bus dah nak sampai la, bas dah penuh la. Aku si hati kering, buat tak dengar je. Lagipun aku takut termaki pulak dia.

A few minuts drag by, tetibe dia tanya aku..

"lama dah ke tunggu?"

"lama lah jugak"

"berejam?"

"taklah sampai berejam"

Dalam banyak-banyak bas yang lalu stesen tu, bas ke area rumah aku la paling rare. Setakat tunggu sampai 45 minit tiap-tiap petang tu biasa dah

"Bukan apa bang, bahaya balik lewat-lewat. Orang jahat banyak..tu yang saya nak cepat-cepat balik."

Dia diam...tapi tetiba sambung

"Saya tadi bukan tak nak bagi awak naik. Tapi kalau bagi awak naik nanti, semua yang ada kat situ nak naik. Bas ni dah nak penuh"

Aku terdiam. Mata aku meliar sampai ke belakang pas yang daah 75% penuh. Betul gak cakap dia. Lepas tu dia cerita yang dia pernah bawak bas penuh sampai tayar pancit. Tak pasal-pasal kenA marah.Sejak tu dia trauma nak bawak ramai-ramai macam tin sardin. Tetiba aku rasa bersalah sebab pentingkan diri. Kesian pulak..dia bawak bas seharian, conform lagi penat dari aku yang duduk depan PC all day.

Tapi brother tu memang cool, malu plak aku sebab dia tanya aku samada marah ke tidak dengan dia. Sambil sengih-sengih macam kerang busuk aku jawab aku no hal je padahal malu dah kot sebab sangka buruk kat dia tadi. Patut dia yang marah ngan aku naik bas ngan muka mencuka, takde cakap terima kasih pun sebab dia bagi aku naik.

In the end, sepanjang perjalanan 30 minit tu (lama sebab jalan jam!) aku dok borak dengan dia. Macam-macam benda lah yang kitorang cakap. Nasib baik Kak Sal ko memang kaki borak. Tak pasal-pasal tadi aku yang macam nak carut dia tetiba jadi kawan pulak.

Dalam hidup ni..setiap perkara ada penjelasan dia. Dan manusia biasanya stress dengan benda yang diorang tak faham.

Wallahu'alam

7 comments:

  1. Sib baik kak sal tak marah dia. Kang balik uma mau drebar bas tu nangis belakang pintu. Hahaha. Sedih punye pasal. Yelah, dia pun penat. Kite pun penat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..mana boleh marah.kena boikot nanti naya je..wanted tak boleh naik dah pas ni..hehe

      Delete
  2. salam...telah add anda sebagai follower...ke 13...salam blogging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali..thanks.happy blogging to u too.

      Delete
  3. betul jugakkan..kadang-kadang kita pentingkan diri. nasib basik sal coollll..he..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat-buat cool sebenarnya, sebab takut kena ban. Susah nanti nak gi kerja hari-hari.hehe

      Delete
  4. pengajarannya , jgn judge awal sgt sblm tahu apa puncanya ... teringat zmn naik metrobus yg selagi x penuh selagi tu lah dia nak sumbat ...

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com