Friday, 25 April 2014

Relevan lagikah SPM?


Pix credit
Kalau korang ni adalah warganegara Malaysia, korang akan realise betapa 'penting' SPM ni.

Contohnya, bila nak mintak kerja, kelayakan minimum kebanyakannya adalah SPM. Terutama bila isi borang kerja kerajaan. Bayangkan kau dah berbelas tahun habis sekolah tapi still kau kena isi satu persatu gred SPM kau dekat borang tu. Who cares!!!Aku ada degree la wei!!!

"Tahun lepas saya generate keuntungan hampir 50% untuk company di mana saya bekerja dan membawa masuk lapan ratus klien baru"
"Really...SPM dulu ada ambil subjek Perdagangan ke? Math dulu dapat berapa?"

Dialog di atas macam tak mungkin je berlaku. So far, sepanjang aku dok keluar masuk interview untuk mencari kerja dulu, takde siapa pun pertikaikan result SPM aku. Kalau ikutkan A aku yang 4 ketul tu je, layak ke mintak kerja kat Petronas dik non oi? Tapi diorang still panggil aku interview dan resume aku tidaklah dicampak dari tingkat 88. Means, takdelah apa sangat SPM ni.

So, SPM tak penting lah ye Kak Sal? Yayyyyyyy!!!!!

Sebelum adik-adik semua yang berada di tingkatan lima mencampak buku ke tepi dan pergi berpesta di parti liar, sila baca sampai habis dulu entry ni.

Ada orang kata, kita kena start fikir masa depan dari zaman sekolah lagi. Haha..aku zaman dok kat universiti pun belum fikir masa depan lagi. Jenis yang 'Go with the flow' gak la.

Anyway, tak semua orang macam aku dan akak tak galakkan adik-adik follow contoh yang kurang baik ini...

Katakanlah korang dah ada cita-cita yang jelas dan jitu, mestilah korang nak capai matlamat korang dengan jalan yang paling pantas kan? Mana ada orang nak duduk belajar lama-lama. Bukan aku tak tau budak-budak ni, risau kang kalau lambat habis belajar, lambat la kahwin! Apa da...kak Sal kau habis belajar cepat, tapi lambat gak kahwinnya..hahaha. Back to the point, contoh la, kalau korang nak ambil medic, conform mudah kalau time SPM dulu ambil Sains. Kalau nak ambil business, tak banyak kena struggle kalau time SPM dulu ambil accounting.

Tapi tu semua tak payah la risau sangat. Aku kenal ramai kawan yang masuk universiti ambil course berbeza dengan apa yang diorang belajar masa sekolah. Ambil subjek Sains, pastu ambil degree law. Perdagangan masa SPM, habis sekolah tetiba rasa nak jadi engineer. Hidup ni memang penuh dengan perubahan so tak payah rigid sangat la. Kita tak tau benda yang kita paling benci hari ni tetiba esok suka la plak! Yang penting kalau kita betul-betul nak something, go for it. Jangan banyak alasan!

So, penting ke SPM??Penting untuk ada result yang bagus kalau korang nak biasiswa dan nak masuk universiti ternama. Kalau tak, PTPTN or 'biasiswa Pa n Ma' la jawapannya. Nak apply JPA, MARA atau scholarship Petronas / Maybank/ Shell blablabla kena la ada result yang mantop sebab persaingan teramatla sengit.

Tak ada SPM tak semestinya tak boleh berjaya dalam hidup. Ramai atlet, artis dan jugak businessman tangguh ambil SPM atau tak amik langsung. OK je..lagi kaya kot dari kita yang ada ni!

Pucuk pangkalnya, nak berjaya dalam hidup bukan boleh berharap semata pada sekeping kertas itu sahaja!

p/s : bagus gak ada SPM ni sebab majoriti kita ni belajar sebab nak lulus periksa je. Kalau takde exam kau ingat ada ke bebudak nak gi sekolah??

Pix credit

8 comments:

  1. SPM... menjadi suatu kewajipan untuk rakyat malaysia huhuhuu... sekadar pelengkap pada degree dan master kita huhuu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelengkap pun ye.. stepping stone pun ye jugak. Sekadar satu tahap untuk proceed ke next level

      Delete
  2. Kalau tak belajar rajin2, nanti tak dapat duit banyak. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...tulah motivasi kita masa zaman sekolah dulu. Tapi ada gak orang zaman sekolah dulu tak pandai tapi sebab rajin, duit boleh jadi banyak. :)

      Delete
  3. spm mmg penting sgt skrang. kalau tkde susah woo. p interbiew mana mana pon kene ada kan

    salam singgah dr http://afasz.blogspot.com

    follow sini, kalau sudi follow sy k
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..sekadar pendapat peribadi je.anyway thanks for following me. :)

      Delete
  4. spm penting.
    tiket nak melangkah jauh tu..
    penentu nak ambik bidang apa masa kat uni nanti :)

    ReplyDelete
  5. Betul tu cikgu, tapi ada jugak pelajar yang ambil bidang berbeza bila nak sambung belajar. Leceh sikit la, tapi orang kata kalau hendak seribu daya. :)

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com