Saturday, 29 March 2014

Keranamu MH370


Assalamualaikum. Lamanya tak menulis kat sini. Terdetik gak di hati nak menulis pasal tragedi MH370 macam yang blogger lain buat tapi sejujurnya aku tak tau nak cakap apa. Yang banyak hanyalah spekulasi dan konspirasi yang sesetengahnya macam plot filem-filem Hollywood yang ditambah perencah sini sana agar nampak logiknya. Pendapat aku? Entah..kalau aku cakap aku percaya mungkin orang akan kata aku banyak sangat tengok movie. Tapi pernah tak korang terfikir, apa yang dipaparkan tu mungkin ada betulnya?

Saat aku dengar PM membuat pengumuman yang MH370 berakhir di Lautan Hindi, perkara pertama yang aku terfikir adalah penerimaan ahli keluarga mereka. Dan jangkaan aku tepat, betapa manis dan cantiknya 'Iman' bila aku dengar rata-rata ahli keluarga yang beragama Islam mengeluarkan kenyataan yang mereka redha dengan berita yang diterima. Allahu...sesungguhnya mereka adalah orang yang dipilih Allah untuk menerima ujian yang sebegitu berat. Kematian bukanlah sesuatu yang baru, namun hilang tanpa bernisan bukan suatu perkara yang mudah untuk dihadam.

Yang pasti, dugaan paling hebat adalah di pihak ahli keluarga Kapten Zaharie dan co-pilot Fariq Abdul Hamid kerana sesetengah pihak meletak kesalahan di atas bahu mereka. Aku tak kenal pun diorang ni, tapi aku seperti majoriti rakyat Malaysia yang lain yakin yang diorang tak bersalah. Dengan lantang mereka dituduh pengganas Islam walau telah berulang kali kita beritahu yang agama Islam bukan agama pengganas. Entahlah...mungkin kita yang tak tegas dalam hal ni?

Nama Malaysia diburukkan oleh media-media asing. Kelakar...sebab tiba-tiba golongan rakyat Malaysia yang selalu menyelar media tempatan baru sedar hakikat yang media asing sebenarnya lagi mengarut  dan banyak 'auta'nya.

Malaysia kita ni kecik dan fragile, tapi rakyatnya mudah bersatu hati bila maruah negara dicalar. Aku bukanlah Najib's biggest fan tapi aku turut rasa kasihan melihat PM kita nampak kusut dan serabut sejak MH370 dilaporkan hilang.  

Andai Malaysia dan segala produknya diboikot, kesannya kita semua akan rasa. Pelancong akan berkurangan dan MAS mungkin akan mengalami kerugian. Ada banyak pakar Ekonomi yang layak bercakap pasal ni tapi kau tak perlu ada MBA untuk realise yang harga barang akan naik. Damn...kat Malaysia ni apa pun boleh buat harga barang naik!

Tapi setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Sejuk telinga dengar kalimah Allah meniti di bibir rakyat Malaysia beragama Islam yang tak putus-putus asa berdoa. Aktiviti-aktiviti lagha banyak yang dibatalkan. Aku harap pihak-pihak penganjur buat semua benda ni dengan niat ikhlas, atas dasar hormat kepada ahli keluarga dan rakan taulan yang sedang bersedih dan bukan kerana takut dikecam tidak sensitif. Lagi bagus kalau diorang buat kerana takutkan kemurkaan Allah. Ujian ini bukan hanya untuk mereka yang mengenali 239 orang itu, tapi untuk semua rakyat Malaysia.

Apa-apa pun jangan pernah berhenti berdoa. Kita semua mengharapkan 'closure' namun ada masanya kita kena terima hakikat yang Allah adalah sebaik-baik perancang. Hebat mana pun teknologi, bijak mana pun manusia, kuasa Allah mengatasi segalanya. Dia Maha Mengetahui dan Maha Melihat. Iringkan juga doa buat ahli SAR walau berbeza agama dan bangsa. Buat para ahli keluarga dan kenalan penumpang dan anak kapal MH370, bersabarlah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Nun di Mesir sana, 529 ahli Ikhwanul Muslimin dijatuhkan hukuman gantung kerana enggan memihak pada As-Sisi durjana. Pengamal Ahlul-Sunnah Wal Jemaah di Syria masih terus disembelih setiap hari seolah-olah nyawa mereka tak bernilai. Semoga Allah kurniakan syahid untuk mereka. Dunia masih membisu. Kalau ada pun sekadar kutukan pemimpin negara sini dan sana. Senyap. Kiamat memang sudah dekat benar.


Erm..dalam pada tak tau nak cakap apa tu, banyak gak aku membebel.

p/s: jangan sebarangan bukak link pasal MH370 takut-takut virus. Memang manusia busuk la, dalam keadaan macam ni pun nak amik kesempatan!

No comments:

Post a Comment

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com