Wednesday, 4 December 2013

Aku, Dia dan Banjir



Banjir selalu buat aku teringatkan seseorang..

Seseorang yang selalu balik kampung bila cuti sem. Kampung dia terletak di sebuah negeri yang kerap dilanda banjir. Dan cuti sem selalu pulak jatuh pada musim hujan.

Dulu facebook tak famous. Hanya ikut perkembangan melalui berita. Aku selalu gelisah, sibuk telefon dan SMS dia setiap kali aku dengar melalui berita yang sesetengah tempat berhampiran kampung dia mula dinaiki air. Dengan suara tenang dia akan beritahu aku yang kampung dia OK, tak banjir pun. Aku tak tahu dia menipu atau tidak. Yang aku tahu, aku cuma nak dengar suara dia dan tahu dia OK. 2, 3 hari lepas tu aku akan telefon lagi.

 Mungkin lelaki tak suka perempuan yang ambil berat tentang dia. Mungkin lelaki tak suka perempuan yang layan dia dengan baik? Mungkin lelaki suka perempuan yang layan dia macam sampah?

Entahlah. Ke aku yang bodoh.

By the way dia dah ada anak sorang sekarang.

Aku??

No comments:

Post a Comment

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com