Saturday, 12 October 2013

Menyelami perasaan Si Kurus

Best ke jadi orang kurus ke? Hrm...susah nak jawab soalan tu. Memiliki tubuh yang kurus memanglah menjadi impian ramai orang terutama sekali golongan perempuan. Ramai yang berdiet dan bersenam bagai nak rak, tapi badan macam tu jugak. Ajaibnya, ada pulak golongan yang memang kurus walaupdtun makan macam bela jin. Rahsianya? Takde rahsia, dah memang keturunan. Tapi jadi orang kurus ni ada kekurangannya jugak. Antaranya..

1. Mudah kena penyakit
Hari tu aku buat medical check-up. Turned out aku ada low blood pressure dan tahap kolestrol dan lemak yang agak tinggi. Scary, huh? Mungkin sebab orang kurus biasanya tak jaga makan since diorang tahu berat badan diorang akan maintain. So, nurse tu nasihatkan aku supaya kawal pemakanan dan banyakkan exercise to build up muscle. Ha...siapa kata orang kurus boleh makan apa saja dan tak payah exercise? Orang yang agak berisi tapi mengamalkan gaya hidup sihat jauh lagi baik dari si kurus yang makan entah apa-apa dan tak bersenam langsung.

2.Dituduh 'berdiet'
Serius aku annoyed bila aku makan sikit dan orang tanya, "diet ke?". Perhatian ye, orang kurus ni memang cepat kenyang, so dia makan dalam portion yang sikit. Kalau orangnya kecik, perutnya pun kecik jugaklah, tu yang cepat penuh. Tapi diorang akan cepat lapar sebab kadar pencernaan yang tinggi. Cepat kenyang, tapi cepat lapar...itulah antara 'masalah' orang-orang kurus ni.

3. Susah nak cari baju yang 'fit'.
Aku ada sorang kawan yang kurus tinggi. Susah gak dia nak beli baju ready-made sebab nanti senteng kalau dia beli saiz S. Orang kurus ni kena pandai cari cutting yang sesuai. Kalau longgar sangat nanti gelobos. Kalau ketat lagilah terserlah kekurusannya itu. Sedih jugak sebab takde curve macam uolls yang berisi. Macam tiang telefon je gamaknya.


Iklan weight gainer zaman dahulu-kala

4. Senang kena buli
Biasanya lelaki. Kalau zaman sekolah dulu golongan ni la yang kena kautim dengan senior sebab kecik dan mudah ditolak-tolak. Dah besar ni risau jadi mangsa penjenayah pulak. Yelah, takkan la peragut nak attack brader badan ketak-ketak kan?

5. Mangsa lawak hambar dan ketinggalan zaman.
" Baik-baik, angin kuat tu, kang terbang plak!."
" Kau boleh angkat ke? Patah tulang jap lagi!"

Bersyukur lah dengan kurniaan Allah. Kurus ke, gemuk ke..itu semua luaran je. Yang penting..sihat.

See u next entry!  Salam aidiladha. .

No comments:

Post a Comment

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com