Tuesday, 27 August 2013

Jumpa Johan Asa'ri!

Assalamualaikum...
wow, siyes lama tak menaip kat sini! Nak buat cmane dik, Kak Sal ko busy mengalahkan Kak Ton!!!

Memula dok busy dengan preparation pameran 50 tahun Tabung Haji di Muzium Kesenian Islam.


Penat-lelah selama berbulan-bulan akhirnya membuahkan hasil..Puas hati tengok panel-panel dah tertegak dekat ruang pameran Muzium Kesenian Islam , Kuala Lumpur. Ini peta buat yang tak tau nak pergi cmane. Senang je, dekat ngan Masjid Negara dan Stesen TV Al-Hijrah.


Kat pameran tu nanti korang boleh tengok koleksi gambar-gambar dan keratan akhbar tentang perjalanan haji jemaah Malaysia dari zaman naik kapal laut lagi. Majoriti gambar-gambar dan keratan akhbar lama tersebut merupakan koleksi simpanan Pusat Sumber NSTP, tempat I olls bekerja. Research, selection, scanning, graphic, set up..semua kitorang buat sampai bergaduh-gaduh manja gitu. Tapi,
Alhamdulillah..lega sebab dah settle semuanya. So, check it out!!

Sneak peek!!!

Lepas tu,  aku kena jaga booth kat Media Prima Corporate Raya. Kira open house untuk corporate client Media Prima. Semua syarikat-syarikat Media Prima macam Hot fm, Tonton, Grand Brilliance, Tv3, Tv9 dan banyak lagi set up booth kat sini. Tahun ni NSTP dapat rumah kampung yang super cute!!!



Memang ramai tetamu kenamaan yang datang..even booth kitorang pun Raja Nazrin Shah datang singgah dengan wife, Tuanku Zara Salim yang sangat-sangat cantik! Ramai jugak menteri-menteri yang hadir antaranya,  Dato' Sri Najib dan Dato' Ahmad Zahid Hamidi. Diorang tak singgah melawat booth tapi direct ke ballroom.


Other than that, ramai gak la personaliti Tv3, Hotfm dan 8tv yang aku nampak.  Juling bijik mata aku tengok ramai orang femes depan mata. Tu belum masuk bab artis. Sebut je...yg top,  tak top,  suam- suam kuku, bajet popular. ..semua ada la

Korang mesti ingat aku auta je lebih sebab takde gambar ngan diorang pun kan?kan? Well,  korang kena faham yang aku ada kat situ pun atas urusan kerja ye, so kalo dok usung kamera ke hulu ke hilir bila masa nak layan orang yang singgah ke booth. Lagipun kenala jaga nama baik bos, kang nampak sangat staf NST ni jakun bila nampak retis..Tapi memang aku mengaku ada sikit jakun atau dalam bahasa sopan sikit, 'starstruck'..hehe.

Walaubagaimanapun...aku ni ada kalanya rebel sikit. So, untuk hero Malaya sorang ni aku sanggup buat kering... Dari jauh aku nampak dia aku dah tak lalu nak makan. Sanngup aku tinggalkan udang tergolek-golek dalam pinggan dan semangkuk ABC yang baru aku jamah sesudu dua. Confident aku gi kat dia sambil dok berdoa supaya tak tergolek sebab tak biasa pakai heels .Dengan suara ayu tahap kepit, aku pun panggil..

"Johan... (omg I call him by his first name ok!!! Macam la dah kenal lama)...boleh tangkap gambar?"

"Boleh..."(dia punya senyum punyalah manis wei, cair aku ke lantai!)

Nak tau the best part..

Bos aku yang tangkapkan gambar kitorang! Oh the irony! Haha, thanks bos!!


Sengal aku rasa dah tua-tua pun starstruck lagi...


The NSTP Resource Centre team...Bos yang tengah-tengah tu

Posing feeling konon-konon kat desa gitu..tunggu bakal tunang datang beraya..puihhh!

OKlah u olls, tujuan asal entry ni, nak share gambar ngan Johan As'ari je...hehehe. Bye..thanx for reading!

No comments:

Post a Comment

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com