Thursday, 8 August 2013

Raya je sedih!Pffffft!!!!

Assalamualaikum...
Mula-mula sekali aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Semoga raya kali ini akan lebih bermakna. Dalam dok bergembira, jangan lupa pada mereka yang terpaksa bertugas di hari raya ini demi keselamatan dan kesejahteraan kita semua. My massive respects kepada anggota tentera, polis, doktor, jururawat, bomba dan ramai lagi lah. Tak mampu nak disebutkan semua! Jangan dilupakan juga orang-orang miskin, anak yatim, para saudara baru dan mereka yang baru kehilangan orang tersayang.

The other day, ada orang persoalkan kenapa orang kita suka buat iklan raya sedih, drama raya sedih,semua pun sedih la! Raya kan ke untuk bergembira? Pada aku, semua tu sekadar satu peringatan agar kita tak melampaui batas. Bila rasa nak complain tudung tak match ngan baju, cepat-cepat teringat kat orang yang pakai baju koyak, sebab tu je dia ada. Baru nak complain sofa tak berganti, cepat-cepat teringat orang yang beraya dalam rumah yang sempit dan daif. Rasa tak puas hati Mak Ayah bagi duit raya ciput, ingatlah kat anak yatim piatu yang takde sape-sape dah dalam dunia ni..

Orang tua dolu-dolu selalu marah kalau kita bertakbir selain di pagi raya. Katanya, nanti roh-roh dalam kubur menangia. Pembetulan ye.. siksa kubur memang tak pernah berhenti sampai hari kiamat! Cuma di bulan Ramadhan mereka 'direhatkan'. So, once Ramadhan dah tamat, rutin yang sama akan berulang. So, sebelum nak buat dosa tu ingat-ingat sikit kat orang-orang yang dah pergi dahulu sebelum kita. Bak kata seorang ulama,

" Orang muda akan mati bila-bila masa.
Orang tua akan mati tak lama lagi ".

Yang paling penting, sebagai umat Islam yang bersaudara, janganlah kita lupa umat Islam di Syria, Mesir, Palestin, Rohingya, Kashmir dan di serata dunia yang tak dapat bergembira macam kita. Sekurang-kurangnya kirimkan doa buat mereka. Umat Islam di akhir zaman tak ubah macam buih-buih di lautan. Banyak dari segi bilangan tapi tak mampu nak buat apa-apa untuk bantu teman seagama. *Tunduk pandang lantai*

Ops, teremosi lebih plak di hari raya ni! Sorry, tak berniat nak rosakkan mood ngkorang. Sekadar peringatan. Manusia fitrahnya pelupa, termasuk aku!Lagi-lagi skarang ni syaitan dah merdeka, lagilah kita senang leka.

Selamat bergembira di hari raya!!Hehehe *Kenyitmata*

No comments:

Post a Comment

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com