Man of Steel & World War Z

Sunday, 23 June 2013

Hari tu aku ajak Pikah tengok Man of Steel. Dia ajak aku tengok World War Z. So, in the end kitorang decide untuk tengok both movie dekat TGV KLCC. 

First review, Man of Steel

Filem ni dimulakan dengan keadaan di Planet Krypton yang huru-hara, so Jor-El decide untuk hantar anak dia ke planet lain. Dalam dok layan, tetibe penonton yang duduk sebelah aku tanya, "You beli tiket untuk filem Superman kan?." Aku angguk dan senyum. Aku assume dia bukan pembaca komik Superman atau pengikut siri Smallville. Huhu.... Asas kisah Superman masih sama, cuma kronologinya ditampilkan agak berbeza dalam Man of Steel. Garapan menarik dan berlainan dari Christopher Nolan dan David S. Goyer. Henry Cavill pulak sebenarnya lagi kacak sebagai Clark Kent berbanding sebagai Superman. Ladies, once korang dah tengok baru korang faham.

Clark Kent

Kal-El @ Superman

Babak favourite aku adalah babak dialog Superman, Lois Lane dan Dr.Emil kat Kem FBI yang memang witty dan meaningful. Mesej utama filem ni dapat disampaikan dengan jelas di situ. Manusia memang takut dengan perkara yang diorang tak faham. 

Filem ni juga menzahirkan konflik dalaman Clark yang nak membantu penduduk bumi tapi takut disalah erti. Scene Clark dengan Ayah angkat dia hampir membuat aku menangis. Dang!!! The rest, teknik CGI dia memangla tiptop. Ni filem Hollywood, tak ada apa nak dihairankan. But personally aku kurang suka bila too much is going on kau tak tahu nak fokus kat mana. Mungkin effect lagi ketara kalau tengok in 3D kot. Pergaduhan Superman dengan Jeneral Zod pulak terlampau dragging buat aku tertanya-tanya bila dia nak bunuh mamat tu? Tak pasal-pasal musnah satu bandar dan ramai orang mati. 

Superman kena gari? Ini serius...

Jeneral Zod-the villain dengan tagline You Are Not Alone

By the way, sape kata Man of Steel tak best, dia tipu!

Next...World War Z pulak. Aku tak pernah tengok trailer dia dan tak tahu pun filem ni ditayangkan. Brad Pitt. Itu sebab yang cukup kukuh untuk aku menonton. Hahaha


Permulaan cerita ni tunjuk snippets of TV dari all over the world. Ada berita, diselang-seli dengan gosip, talk show dan drama. Mungkin secara halus filem ni menyindir sifat manusia yang leka dengan perkara-perkara lain dalam hidup sampai tak nampak yang dunia ni semakin hari semakin 'hancur'. 

Dipendekkan cerita, keluarga Gerry Lane, lakonan Brad Pitt ni usaha nak selamatkan diri dari dikokak zombi-zombi dan diselamatkan oleh kawan lama Gerry. Diorang dibawa ke pusat perlindungan tapi Gerry yang merupakan bekas Perisik UN kena tolong cari vaksin untuk pulihkan masalah zombi kalau nak keluarga dia terus ditempatkan kat situ. So, nak tak nak Gerry kena la ikut team askar dan seorang ahli virologi untuk menyiasat akar umbi masalah zombi yang melanda seluruh dunia. Maka bermulalah misi Gerry dan team.

Main cak-cak dengan zombi

Filem ni memang buat aku tak senang duduk sebab zombi-zombi dia sangat rakus dan bertambah ramai setiap saat. Tapi Gerry yang kacak dan bijak berjaya menemui kelemahan diorang. Tu pun lepas kena kejar keliling dunia! Yup, tu sebab nama dia World War Z sebab ia memang masalah yang melanda serata dunia. Israel digambarkan sebagai sebuah 'negara' yang baik dalam cerita ni. Pffft!

Berbalik pada filem World War Z tadi, aku rasa filem ni bolehla layan. Biasalah, filem zombi berkisar tentang survival dan sifat-sifat manusia yang muncul bila terdesak. Aku suka ending dia yang macam tergantung, sebab memang realistik tak boleh nak hapuskan semua zombi dalam dunia dalam masa yang singkat. Truth be told, sepanjang tengok filem ni aku take note semua survival tips kot manala tau World War Z betul-betul berlaku. Imaginasi betul!!!

Bye...thanks for reading!

Post a Comment

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah