Monday, 22 April 2013

Nota ringkas buat para pengundi

Demam PRU melanda Malaysia. Pergilah mana-mana pun, orang akan bercakap tentang politik. Daripada yang baru pandai pilih ketua tingkatan, sampailah orang tua-tua yang dah mengundi dari sebelum Merdeka lagi. Masing-masing ada pendapat sendiri. Masing-masing nak menang. Honestly, aku suka jugak dengar 'debat' tak rasmi diorang ni. Ada yang make sense..Ada yang karut lagi mengarut. Ada gak yang buat kau berfikir. Dalam soal politik, tak semua benda kita boleh telan bulat-bulat. Apatah lagi bila soal agama diheret sekali. Subhanallah..berhati-hati bila berbicara ...Jangan kerana lidah, berkecai akidah. Jangan kerana lidah, kita mencetuskan fitnah.

Ada gak kelompok yang MALAS nak ambil tahu pasal politik. Tak pun lebih selesa dalam kategori atas-pagar. Tak berat kat mana-mana parti. Biasanya golongan muda. Bagi diorang politik tak penting. Newsflash : Politik sangat penting!!!Sebab politik adalah antara elemen penting dalam membentuk sesebuah negara. Ekonomi, pertahanan, sistem pendidikan, polisi undang-undang, sistem sosial, semuanya bergantung pada politik. Pilihanraya Amerika lagi kan kita sibuk nak ambil tahu. Ini kan pulak tanah yang dipijak. Ewah..Bak kata Giler Selambe Jane, kalau kau tak mengundi kau takde hak untuk complain tentang apa-apa yang berlaku dalam negara kita. 
p/s : aku suka video ni terutama kt part tentang kahwin lambat tu. ops!!!

Tapi aku faham...golongan yang MALAS nak ambil tahu ni sebenarnya dah bosan dengar orang bertekak sana-sini tentang Ahli Politik. Tak boleh nak salahkan diorang jugak sebab terlalu banyak informasi yang diorang terpaksa digest kerana masing-masing terdedah pada teknologi dan media. Diorang dah pening, mana satu yang betul ni? Hari tu si Mat X cakap lain..Tapi si Mat Y ni cakap lain pulak. In the end, diorang ambil jalan mudah...buat tak tau jelah. Lantaklah sape pun yang menang, janji tak kacau periuk nasi aku! Susah-susah kang, aku pejam mata, pangkah je mana yang 'kena'. Tu pun kalau ada rasa nak gi ngundi lah kan..kalau tak aku dok umah je main game.
Ha..ni baru nama 'pengundi hantu'. Tak paham sudah!
Ada plak group yang ekstrem atau taksub dengan sesebuah parti. Sampai tepuk-tepuk meja kalau nak menegakkan pihak yang disokong. Dengan diorang ni kalau tak cukup ilmu di dada, tak payah la cuba nak berdebat. Silap gaya kena marah..Kau budak-budak..apa tau??? Personally, aku rasa siapa kau nak sokong itu hak kau. Kalau itu yang kau nak percaya, terpulang. Tapi kalau dah sampai tahap caci-maki, itu dah melampau la kan. Sadly, orang kita suka sangat bercakap sesuatu yang tak ada bukti. Terlalu fokus pada isu peribadi. Mungkin dari situ mereka menilai kredibiliti calon yang nak diundi kot? Aku percaya, ada orang sokong lain, undi lain. Contohnya, katakanlah ada seorang calon yang bertanding kat DUN A. Beliau mesra rakyat, berkaliber dan ramai orang suka Tak mustahil dia akan menang. Walaupun parti dia bukanlah kuat sangat kat DUN A tu, tapi kalau orang kawasan tu percaya beliau boleh 'jaga' diorang, tak mustahil dia akan terpilih memikul tanggungjawab tersebut. Bukan senang nak pegang title YB..Jangan sampai kat 'sana' kena soal sejauh mana amanah tersebut dipikul dengan jayanya. Ish, seram wei!!!

Dalam bab undi mengundi ni, aku ni kira kategori 'budak-budak' lagi. Last PRU aku tak mengundi sebab aku tak tau nak undi sape. Dan kali ni pun aku tak dapat mengundi sebab aku akan menunaikan umrah. Terkilan jugak, tapi dah dapat seru ke Tanah Suci, harus disahut dengan sepenuh hati. Pesanan aku buat rakan-rakan yang nak mengundi, selamat memilih. Baca bismillah sebelum memangkah, doa biar pilihan kita pilihan yang terbaik. Apa yang nak jadi lepas tu, at least kita dah tunaikan tanggungjawab kita. Siapa betul, siapa salah Allah saja yang tahu. Kita semua mengharapkan negara yang aman dan berpecah-belah..tapi tengok senario sekarang, alahai risaunya. Janganlah bergaduh sebab benda-benda remeh macam pasang bendera. Sedih la, kita kata kita negara maju, tapi mentaliti masih di kelas ketiga.

Macam ni kan bagus..
Selamat mengundi!!!

Shhhhh...

No comments:

Post a Comment

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com