Tuesday, 2 April 2013

Emosi dan Hari Jadi

April datang lagi...

Makcik kalau sedih suka dok dalam hutan sorang-sorang main buai.
somehow aku akan rasa tak best setiap kali tarikh hari jadi aku menjengah... Tak, bukan aku takut dengan hakikat yang umur aku bertambah lagi setahun. Buat apa nak takut, proses peningkatan umur kan berlaku setiap saat, bukan time birthday je. Perasaan tah hape-hape ni muncul sejak-sejak umur aku masuk 20-an. Time remaja takdelah pulak. Quarter life crisis, perhaps?

Entahlah..mungkin aku rindu arwah Mak. Pelik,kan? Arwah meninggal time aku baby lagi, tak ada secebis memori tentang dia pun yang aku boleh recall. But somehow, setiap kali hari jadi, ingatan aku pada Arwah makin kuat. Well,nama pun hari ulang tahun kelahiran, siapa lagi orang yang paling kau nak ada di sisi kau pada hari tu selain dari orang yang bersabung nyawa demi nak beri peluang kau lihat dunia ni. Apa nak hairan...tapi tu aku lah, korang aku tak tau cmane. Al-fatihah buat arwah Mak...it's been 26 birthdays without you.

Tapi yang membuatkan aku bertambah emosi adalah bila menyedari Allah kurniakan aku dengan seorang ibu tiri yang menyayangi aku macam aku ni anak dia sendiri. Ditambah pula dengan 2 orang abang, seorang kakak dan dua orang adik yang mengasihi aku tanpa kompromi walaupun kami keluar dari rahim berbeza, dengan raut wajah yang sangat pelbagai. Aku bersyukur sangat Ya Allah...

Macam-macam ghope
Tetap sayang korang walaupun sengal kekadang.
Emosi bertambah bila siang tadi ada colleague aku tanya .... "Bila last time awak gi dating?".

Terus aku terdiam..sebab serius aku tak dapat nak recall. Dan tetibe aku teringat janji aku pada diri aku sendiri sewaktu birthday tahun lepas, aku nak celebrate birthday tahun 2013 ni dengan someone special. Sonang citer...boyfriend, tunang or ehem, suami. Seems like tahun ni aku sambut sorang-sorang lagi lah. Tak merasa la tetiba ada orang muncul depan rumah dengan kek coklat atau dapat delivery bunga kat office..OK Sal, kau ni memang kuat berangan la kan??Hahaha...

Kesimpulannya, tak payah nak jiwa kacau sangat la Sal oi...Hepi early birthday to me =)


1 comment:

  1. Alahai, kasihan pulak bila akak membaca kisah ni. Tapi no worries, tak payahlah sedih-sedih masa harijadi Sal. Nanti bila usia makin meningkat, lagilah takda siapa pun ingat nak ucap selamat harijadi kat kita kecuali orang terdekat. Kena get used to it. Kalau kita memang ada ramai BFF, itu lain cerita.

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com