Saturday, 2 February 2013

Mohon TV tayang filem-filem Melayu ini

Aku suka tengok TV...Kalau aku kt rumah,selagi TV ada rancangan best,selagi tulah aku mengadap.Ada jugakla cita-cita nak kurangkan tengok TV so boleh habiskan masa buat benda-benda yang lebih berfaedah..tapi tu lah,sambil taip post ni pun,aku tengah tengok TV..
Makanya,dari pengamatan aku yang kerdil ini,ada a few filem Melayu menarik yang agak susah nak ditatap di layar kaca.Amboi,berbunga betul bahasa!Calon-calonnya adalah...

1.XXRay II


Filem ni sambungan dari XX Ray 1, tapi aku rasa jalan cerita keduanya jauh berbeza. Dalam sekuel ni, budak-budak tu buat mesin masa pulak, pergi zaman Hang Tuah dan terperangkap kat sana. Aku suka cara Aziz memanipulasikan Sejarah dan Sains tanpa merubah fakta.Filem ni cubaan yang berani dan lain dari yang lain. Teknologi dia pun boleh tahan.Tak nampak kartun sangat.Ala,nama pun filem 90-an..

2. Bukit Kepong

Kredit pix: Joms Layansss

Entah kenapa,susah betul nak nampak filem ni ditayangkan di Astro mahupun stesen televisyen tak berbayar.Filem ni bagus dari segi jalan cerita,lakonan dan aksi. Mana yang hati tisu boleh menitiskan air mata kalau tengok filem ni. Mohon Dato' Yusof Haslam buat remake.












3. Puteri Gunong Ledang
Ni bukan version Tiara ngan M.Nasir, tapi versi tahun 1961, hitam putih punya. Tak tau kenapa dalam banyak-banyak filem Melayu klasik aku suka filem ni.Boleh je tengok kat youtube tapi alahai kualiti video dia low.Tak terserlah kehenseman Mazlan Ahmad yang melakonkan watak Tun Mamat.Serius wei,hero dulu-dulu hensem dan muka keMelayuan.Hero sekarang banyak muka mix dan jambu je.









4. Leftenan Adnan
Kalau orang lain nangis tengok filem jiwang,aku lak nangis kalau tengok filem perang.Maybe sebab lakonan mantap Hairie Othman buat kita rasa betul-betul menjiwai semangat dalam diri Leftenan Adnan Saidi.Tapi trend TV kita nak hari Merdeka je baru tayang cerita-cerita macam ni.Tayang je time cuti sekolah,kan bagus.Time Hari Raya ke...Deepavali ke, Krismas ke...

5.Kami
Bukan Kami the Movie,that one aku belum tengok.Ni filem Kami lakonan Allahyarham Sudirman. Tahun 1982 ,aku pun belum lahir lagi. Filem ni memaparkan nilai persahabatan, kelangsungan hidup dan ketabahan yang sangat tinggi.Tambah pulak lagu-lagu arwah sebagai soundtrack.Ini filem yang patut ditonton.Nak tunggu kat TV lambat, korang tengok la kat youtube.

6.Adik
Filem ni mengisahkan budak terencat akal,lakonan Os sebagai adik kepada Mustapha Kamal.Diorang ni anak yatim-piatu.Aku respect bagaimana Os yang terkenal dengan watak kelakar boleh melakonkan watak yang boleh menerbitkan rasa kesian yang mendalam dalam  diri penonton. Still,elemen komedi diselitkan here and there.

7.Soal Hati

Filem Afdlin Shauki ni pernah menimbulkan fenomena jugak.Time ni Afdlin kurus, siap jadi hero lagi. Walaupun jalan cerita dia cliche', tapi aku rasa skrip dia dah diolah dengan baik so kau rasa terhibur dan seolah-olah menyokong usaha Ahmad nak dapatkan Ain. Rasanya dalam list aku, ni je kot cerita kategori jiwang yang aku teringin nak tengok.Huhuhu.Oh Sal,jiwa romantik kau dah mati ke?

8. Dunia Baru the Movie
Siri 'Dunia Baru' dan perjalanan aku di universiti memang seiring. Mungkin sebab tu drama dan filem ni dekat di hati aku. Filem ni kelakar tanpa lawak yang slapstik dan memualkan. Filem remaja yang light tapi fun.Rasanya hanya TV3 jelah yang akan tayangkan filem ni pun.Tapi tak tahu bila.Mungkin tak akan ditayangkan atas faktor nanti kena tayangkan pulak drama dia sebagai reference.

Sila roger aku kalau filem-filem ni ditayangkan di TV.Sebab aku tak suka menonton dari skrin komputer.Tak feel.

2 comments:

  1. Bukit Kepong, Leftenan Adnan, Kami tu kalau diulangtayang banyak kali macam filem P.Ramlee, okeylah daripada filem Mami Jarumlah, itulah, inilah. Memang tak larat akak nak layan TV. Pendekata filem 'sezaman' dengan David Teoh tak payahlah ulang banyak kali. Risau akak ^_^

    Eh, filem Azura, Ali Setan, Mawar Merah (Allahyarham Mustafa Noor ni akak rasa handsome gila masa tu... sayanglah dia mati muda!) tak masuk dalam senarai ke Sal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mawar Merah tu tema dia terlampau heavy bagi saya...

      "Mana bisa aku mencintai kamu, kamu itu keponakanku". Waduh!

      Hahaa

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com