Tuesday, 12 February 2013

Kau siapa nak sound aku?

Kau siapa nak sound aku??

Ah, macam bagus!!!

Betulkan diri sendiri bro..

Rasa macam biasa dengar ayat ni kan?Kadang-kadang tanpa sedar kita yang menuturkannya.

Kenapa harus marah bila menerima kritikan? Mungkin yang menegur tu ada kala salah caranya,mungkin kasar bahasanya, mungkin kasar bunyinya.. Tapi tak bolehkah kita dengar dulu? Jangan cepat melatah. Orang takkan saja-saja nak menegur kalau kita tak buat silap. Banyak lagi benda berfaedah yang dia boleh buat.Tapi kenapa masa yang dia ada tu, digunakan untuk membetulkan kita??

Seorang ustaz pernah cakap dengan aku, " Jangan pandang orang yang berkata, tapi dengar apa yang dia katakan.. Maksudnya, jangan cepat menuduh orang yang menegur tu tak layak untuk beri kritikan. Kalau pun dia tak menutup aurat dengan sempurna, kenapa nak melenting bila dia ingatkan kita suruh solat? Kalau pun dia mengabaikan solatnya, kenapa nak marah bila dia tegur kita sewaktu melakukan maksiat? Siapa kita untuk menentukan siapa yang layak berdakwah, siapa yang tidak? Dosa pahala itu semua urusan Allah.

Aku sendiri bukan seorang yang layak bicara soal agama. Auratku, solatku, ibadahku sendiri masih tak terjaga sempurna. Tapi kita semua manusia, tak lari dari melakukan dosa. Fitrah manusia itu pelupa.Kena saling mengingati.

Bukan saja bila bicara soal agama, dalam hal-ehwal seharian pun kita patut peka dengan kritikan. Asyik nak dengar apa orang cakap pun bukanlah sesuatu yang baik. Tapi kadang-kadang kita kena fikir, kenapa orang tegur kita? Kenapa kawan kita sound kita? Kenapa mak ayah kita membebel? Kenapa bos kita asyik tak puas hati dengan kerja kita? Rasanya, korang tau sendiri kan jawapannya...

Next time kalian ditegur, senyumlah dan ambil pedoman apa yang patut. Ikut hati, mati, ikut rasa binasa...Tepuk dada, tanya iman, tanya Tuhan..

2 comments:

  1. Macamana nak cakap ya dalam hal ini. Pada akak, tak kisah kalau si dia yang tak pakai tudung, menegur kita agar jangan tinggal solat. Si dia yang tak cukup solat, melarang kita buat maksiat. Mungkin kita patut fikir sejenak teguran itu sebelum melenting tak tentu pasal.

    Tapi kalau si dia yang tak cukup solat, memaki hamun kita kerana tak solat satu waktu, atau si dia yang yang tak tutup aurat, suruh kita tutup aurat tu elok-elok; jangan atas tutup bawah 'ternganga'. Hah yang macam ni punya teguran memang susah sikit nak hadam logiknya!

    Pada akak, kalau menegur kenalah berlembut. Bila lembut bunyi, lembut juga masuk dalam hati kita dan barulah kita boleh berfikir kenapa dan mengapa kita ditegur, patutkah kita berubah dek kerana teguran tersebut. Kalau menegur dengar kasar, siapa yang suka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah point saya, kita selalu fikir 'siapa yang menegur', bukan apa yang ditegur. mungkin dia tak nak kita jadi macam dia? ebab tu lah dia tegur kita walaupun kita nampak dia takdelah baik mana. Betul tak?

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com