Friday, 1 February 2013

Ada ke pengguna FB buat gini lagi?

Kredit google image
Facebook...majoriti kita ada facebook.Atau singkatannya FB.Daripada budak sekolah sampai ke nenek kita kat kampung, semua nak ada akaun FB. Kalau tak ada,korang akan dianggap noob.Somehow aku kagum FB masih bertahan,belum berkubur cam Friendster atau MySpace.Anyway, entry kali ni aku nak membebel pasal perkara-perkara yang orang selalu buat masa FB tengah top,hot,meletup suatu masa dahulu.Tapi kalau korang still buat benda-benda ni,korang akan dianggap lame di mata masyarakat tempatan mahupun antarabangsa.

1.Poke
Aku memang menyampah orang poke-poke ni.Rasa nak hempuk je!

2.Kirim kad raya,kuih raya, baju raya...
Haha,masa aku join FB 4 tahun dulu,kebetulan time tu bulan puasa.Aku tengok orang buat,aku pun buat gak lah.Naive betul aku.Padahal,bukannya boleh dapat betul-betul pun.But it was fun...rasa cam toughtful je 'bagi'  lemang kat member yang raya kat oversea.pffft!!

3.Tulis kat wall 'Thanx for adding me'..
Jarang orang buat macam tu lagi sekarang.Ke aku yang tak buat?Ke orang yang tak add aku??Huhuhu.Rasanya orang still buat,tapi ayat dah diubah suai sikit.'So,bro, apa citer??' rasanya lagi OK kot.Takdelah nampak cam ko desperate sangat nak berkawan ngan seseorang tu.Walaupun itu adalah hakikatnya..hahahha.

4.Interbiu Sosial
Dulu formspring memang famous.Orang boleh tanya kau soalan,kau jawab then publish kat FB..Seronok gak apps ni.Then ada 'social interview'. Yang ni kau jawab soalan yang apps ni tanya kat kau.Tentang diri sendiri,takpun tentang kawan-kawan FB kau.Rajin jugak la dulu aku layan sampai 20 soalan tentang sesetengah kawan FB yang aku tak pernah jumpa pun.huhu.

5.Jawab kuiz.
Kenali personaliti anda melaui warna kegemaran...Adakah anda seorang yang cantik?Pekerjaan yang sesuai untuk anda..Adakah si dia juga menyukai kamu??Rumah baru kamu nanti sepatutnya warna apa?
Entah sape-sape je yang create kuiz ni.Sesetengah tu entah apa-apa.Tapi orang tetap akan spend time untuk buat.Termasuk aku.Ala,saje je,bukan percaya pun.

6.'Log in FB dapat duit'
Ok,aku memang annoyed kalau kena tag gambar orang pegang duit berkepuk-kepuk suruh ko join scam dia.Terus aku remove tag dan unfriend.Apakah ini?Kalau betul semudah tu untuk kaya,maka takdelah orang miskin kat dunia ni.Nasib baik fenomena ini dah berakhir.

7.Spread rumour yang FB akan ditutup
Adoi la..ini memang lame.Tolonglah berenti.Please,please,please...

Akhirul kalam,jadilah pengguna FB yang berhemah..Bubye!

2 comments:

  1. Oh, alahai! Akak baru tahu yang FB ni dah wujud sejak 2004 ya, Sal! Akak joined FB tahun bila ya... 2013 ke 2014 kot. Lupalah tapi barulah lagi. Masa Sal dah mahir menganalisis FB, akak baru buka akaun di FB Sal. Tapi akaun tu sampai la ni gitu ajelah, tak kuasa akak nak ambil tahu sangat. Mood mengupdate FB duplohlapankali belum on lagi. Akak rasa akak lagi dulu sign up kat blogspot berbanding dengan buka akaun FB tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu saya gila FB..pastu dah jumpa twitter dan blog, dah malas layan FB. Tapi rasa bersalah tak ikuti perkembangan kawan-kawan yang memang dikenali. Dok layan stranger kat Twitter ngan blog, member jemput kahwin pun tak sedar

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com