Tuesday, 22 January 2013

Kenapa saya suka karaoke?

Kredit pix: Google Image
Assalamualaikum...
Kali ini aku nak cerita pasal punca kenapa gaji aku cepat habis.Sebab aku ada hobi yang sangat membazir duit iaitu 'menyumbangkan' lagu di pusat karaoke.Cam tak sangka,kan, aku yang nampak lemah-lembut ni suka karaoke???huahuahua....Tapi kenapa aku suka karok?Antara sebabnya adalah...

1.Medium meluahkan perasaan secara tak langsung
Bila bengang, atau marah, segala lagu rock akan keluar.Cam tetibe je semua nak feeling boleh goreng gitar,padahal gitar perut je. Bila frust,segala lagu jiwang nak dipilihnya.Sampai bernanah telinga member.Ada yang dah tertidur, bangun balik pun aku tak habis nyanyi lagi.Hahaha

2.Boleh tengok perangai sebenar kawan-kawan.
Jangan terkejut kalau kawan korang yang nampak pendiam dan pemalu tetiba pilih lagu dangdut dan bergelek sakan cam nak bocor lantai.Atau budak yang korang bajet layan nasyid je sebenarnya kenal lebih banyak lagu Nirvana dan Oasis dari korang.Jangan jatuh cinta bila mamat yang nampak kepit tu sebenarnya ada sore jantan yang boleh membuatkan Jamal Abdillah rasa nak berenti menyanyi...

3.Feeling cam retis popular
Walaupun penonton hanya ada beberapa kerat,aku selalu feeling cam retis tengah buat konsert.Esspecially kalu version 'Live'. Bajet la ko tengah nyanyi kat Royal Albert Hall,padahal kat Green Box jer..

4.Video klip karaoke yang kelakar
Sesetengah lagu, tak gunakan video klip original,tapi video buatan sendiri.Memang lawak tengok video klip kalau tak ada kena-mengena dengan lagu.Ni biasanya terjadi pada lagu-lagu Melayu jiwang.Kadang-kadang sorang je nyanyi, yang lain dok jadi penganalisa video tak bertauliah sambil gelak berdekah-dekah.

5. Sebab suara aku sedap
Ni aku tak kata,tapi kawan-kawan aku yang kata.Tak adalah sedap sampai tahap boleh menang 'Vokal Bukan Sekadar Rupa'.Tapi,aku rasa kalau aku g audition, Azmeer takdelah rasa nak baling kerusi.Eh,berani dia baling kerusi,aku cucuk mata dia.

Ada orang yang pandang serong kat aktiviti karok ni.Tapi bagi aku,janji kau jaga batas kau.Hati-hati jugak kalau pilih tempat.Karang ada yang terselit sekali bila polis buat operasi.Kan dah malu.And be safe.Jangan pergi berdua dengan kawan lelaki yang korang baru kenal.Atau pergi beramai-ramai dengan kawan-kawan lelaki diorang yang kau tak kenal.JANGAN!!!Tempat gelap dek non,macam-macam boleh jadi.

So,jumpa lagi di sesi merapu lain kali...menyanyi,menyanyi jugak...solat jangan lupa.
Peace =)

5 comments:

  1. haha list no 5 x bley bla. die pakai spek kot. susah nak cucuk mate.. :p

    ReplyDelete
  2. Haha..ada orang kata dia pakai spek sebab sebelah mata dia rosak.Tak taula betul ke tidak..Gosip katanya

    ReplyDelete
  3. i like the 2nd statement. haha

    ReplyDelete
  4. Masih lagi ke minat karaoke sampai sekarang ni?

    Wah, akak serius tak tahu Sal ada suara sedap rupanya. Janji bukan macam suara Fazura, sudahlah. Eh, yang itu lagu yang salah, bukan salah suaranya!

    Silap tulis komen ^_^

    Apa kata selit satu video tengah nyanyi live kat blog ni. Nanti kami semua judgelah kalau Sal masuk AF, tempat ke berapa kami boleh beri ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha,masuk AF orang pertama keluar kot..

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com