Saturday, 19 January 2013

2012 ... yang pahit dan manis Part 1

Relevan lagikan nk ucap 'Selamat Tahun Baru 2013!' di hujung-hujung bulan Januari ni??? Rasanya awal lagi,so aku harap yang terbaik untuk kita semua di tahun 2013 ni..okey?

2012...ada apa dgn 2012?Actually ada banyak gak..ko gila,365 hari tu,manusia mana la yg boring sangat sampai x ada benda yang berlaku kat dia dalam tempoh masa tu.Haha.So, first aku nk share apa yg x best dulu.Apa,x kisah?Dah tu buat apa kat sini???

Perkara2 x best yang berlaku pada aku dalam tahun 2012...

1. Syukran Rahmat,geng volunteer Petrosains meninggal kerana sakit.Staf2 PSB n volunteers yang aktif dalam tahun 2010-2011 mesti kenal ngan arwah.Arwah sentiasa nampak ceria n pandai sorok dari orang yang dia sakit.Sememangnya, kematian itu tak mengenal usia.Al-fatihah buat arwah...

2.Kena ragut...ok,ni mmg pengalaman ngeri.Something yang kau selalu baca dan dengar,tp x pernah sangka akan jadi kt kau.Takde apa yang hilang,tp trauma n luka sikit2 je.MC 2 hari,tp almost 2 minggu nak hilangkn rasa sakit kt pinggang,siku dan kepala.Paling teruk kat pinggang.Almaklumlah,aku ni bukan ada lemak sangat.Nasib baik,kepala keras(bukan keras kepala ye).

Inilah handbag yang terkorban,handbag kesayangan. 

3. Pemergian bapa saudara aku,Khamarudin Mohamad ke rahmatullah.Dia ni pakcik belah mak aku.Lebih dikenali dengan panggilan Pak Ngah Mail.Agak terkejut jugak,sebab last time tengok arwah nampak macam dah sihat,boleh buat lawak lagi.Tapi,tulah.Terkilan sebab pernah cakap ngan dia kalau aku kawin nak dia masak lauk ayam masak merah coz ayam masak merah arwah memang terbaik!!!Tuhan lebih sayangkan dia.Al-fatihah.

Actually,ada lagi yang x best.Certain tu benda-benda kecik je.Tak berbaloi pun aku nak ingat.Kalau ingat,sakit hati.Ada gak yang terlalu peribadi untuk diceritakan kat sini.Sebab libatkan soal famili.N soal hati #ehem.Tapi ,aku tahu.Allah tak akan uji hamba-Nya melainkan yang termampu ditanggung oleh mereka.Setiap apa yang berlaku tu bersebab.Yang penting,belajar dari kesilapan..

OKlah,nanti sambung..


1 comment:

  1. Alahai! Yang soal hati tu yang sibuk nak tahu apa ceritanya sampai kini menyendiri ^_^

    Alfatihah pada mereka yang telah lama meninggalkan kita.

    Hari ni, ketika ke mari, kisah-kisah di sini dah berusia 4 tahun lamanya. Kalau melahirkan anak, dah 4 tahun umurnya. Lama tu...

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com