LRT Kelana Jaya Line dah kembali beroperasi. Cara dapatkan pampasan dari RapidKL

Tuesday, 15 November 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Huru-hara dibuatnya Kuala Lumpur apabila 16 stesen LRT, dari Ampang Park ke Kelana Jaya terpaksa ditutup akibat gangguan sistem kawalan. Seiring dengan hujan lebat hampir tiap-tiap petang dan banjir di sana-sini, traffic jam menjadi perencah keluhan warga kota yang lazimnya menggunakan laluan tersebut untuk ke destinasi masing-masing.

Aku antara puluhan ribu yang terkesan kerana office aku terletak di Bangsar, antara laluan LRT yang terpaksa ditutup untuk baik pulih. Cuma aku masih bernasib baik kerana rumah aku dekat dengan LRT Aliran Ampang dan aku boleh gunakan pilihan menaiki MRT sampai Pasar Seni. Aku tak suka sangat sebab banyak turun naik tangga tapi redha jelah. Traffic jam dari Pasar Seni ke Bangsar pada waktu puncak pulak buat aku rasa nak turun jalan kaki je. Selalunya jalan tak jam, tapi aku rasa ramai yang memandu sendiri jadi kereta lebih banyak dari biasa.

Hari pertama LRT kembali beroperasi, aku bekerja dari rumah. So, pagi ni tengok macamana. Nervous pulak nak pergi kerja. Doakan selamat sampai ye.

Dan untuk beli jiwa rakyat jelata yang terkesan, RapidKL memberi tambang percuma sampai 20 November 2022 ni gais! Tapi ada syaratnya ye. Kena naik dan turun dalam aliran Kelana Jaya Line sahaja. Ada 3 cara untuk dapatkan pampasan. Inilah masanya nak cover balik kerugian sebab terpaksa naik Grab atau drive sendiri sepanjang perkhidmatan LRT tergendala.


Pertama adalah dengan menggunakan token. Pergi kaunter dan bagitahu nak ke mana. Petugas akan bagi token dan guna macam biasa. Korang jangan pergi beli kat mesin pulak. Memang tak dapatlah

Kalau ada Touch 'n Go lagi senang. Tap sahaja waktu masuk dan keluar, tiada nilai akan ditolak. Again make sure laluan Kelana Jaya sahaja ye. Kalau naik LRT turun kat MRT atau aliran lain akan kena charge jugak.

Majoriti rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan RapidKL memang akan beli pas My50 sebab lagi jimat. Termasuklah aku walaupun aku masuk office seminggu 2 atau  3 kali sahaja. Bila dibahagi cost per day masih jauh lebih berbaloi. Pengguna My50 special case sikit sebab bila renew My50 dari tarikh 21 November sampai 20 Disember, auto dapat tambahan 7 hari.

Memang kenanganlah LRT buat hal hampir seminggu. Harapnya takkan berulang walaupun aku tak terkejut kalau terjadi lagi. Huhu. Haih Malaysia, cmane nak jadi tuan rumah World Cup kalau macam ni...

Flashback balik kerja 9 Nov 2022 - Hari pertama tunggu bas nak ke MRT Pasar Seni hampir setengah jam

Pack macam sardin cap hayam

Traffic jam tak payah cerita lah.

Hari pertama jelah huru-hara sikit, hari kedua dan seterusnya dah OK dan makin terancang. RapidKL pun dah tau cara nak handle. Dengar cerita sampai bawa turun bas dan driver dari Rapid Penang tau! Kalau aku ternaik bas Rapid Penang aku ajak dia pi Padang Kota jelah makan pasemboq. Nasib baik tak. Hehe.

OK gerak dulu apa-apa roger. Thanks for reading!

35 comments

  1. Mmg.. sy kt sini pun rasa adoi ssh lah LRT x bergerak semgu ni.. nasib baiklah diorg bg refund kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. patut bagi refund Grab jugak. huhu. tapi oklah dari takde langsung

      Delete
  2. Terganggu apabila LRT tiada.
    Nasib baik sudah ok dan diberi pampasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik satu line sahaja

      Delete
    2. if more than a line, sal, hiruk-pikuk KL.
      ada yg amik cuti peristiwa agaknya :) ha ha ha

      Delete
  3. x leh bayangkan kot. memang jam la sbb semua kena cari option lain... nasib la dah ok dah kan...

    ReplyDelete
  4. la ni masa membeli jiwa kan sal...apa saja masalah marhaen cepat ja cuba diselesaikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. setuju kak. tunggu jugaklah kot ada YB offer ride di stesen LRT yang terjejas

      Delete
  5. Sal...kalau nak minta kak ayu tolong buat kan personalised calender tu, leh je...roger2 nanti ek.

    ReplyDelete
  6. Okaylah dia bagi pampasan walaupun dera juga melalui 7 hari tapan LRT tu..

    ReplyDelete
  7. Rosak dia haritu, terjejas ramai manusia!

    ReplyDelete
  8. Jenuh! Seminggu pula tu ye..
    Bertabahlah Sal.. ;)

    ReplyDelete
  9. harap2 gangguan seperti ini tidaklah berulang lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya mampu berharap. tak terkejut kalau terjadi lagi

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Huru hara dibuatnya bila LRT rosak. Lama pula tu kan. Tak pasal pasal duit banyak melayang kena guna kaedah lain. Bagus juga ada bagi free lepas tu dan boleh dapat pampasan. Kalau senyap gitu memang tak patutlah kan.

    ReplyDelete
  12. sibbaik tak panggil pak supir dari Transjakarta.. leh turun kat tugu cinta Monas., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. supir KL pun sesat Wak, tak tau jalan. supir Jakarta tak tau lah sampai mana

      Delete
  13. huhu... nasib baik Sal tak buat mcm mamat yg berjalan 26km dari pantai dalam ke ampang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. tak sanngup la. yang that guy tu jadi masa petang sebelum lrt digantung perkhidmatan. dengan hujan lebat dan RapidKL tak buat persediaan pulak. kasihan dia

      Delete
  14. kalau ko ternaik rapid penang dia hntr trs ke USM. x pn ke rumah nina. haa pepandai laa ko nk urus nnt๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala setakat Penang tu takde hal lah. haha

      Delete
    2. ok. rapid penang sila hantar ini orang ke pulau jerejak

      Delete
    3. jerejak pun dah jadi tourist spot sekarang

      Delete
  15. Tu lah bila dengar sampai seminggu alamakkkkkk teruk le kalau orang yang kerja memang guna lrt setiap hari. Tak dapat bayangkan...dah le hujan tiap petang

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la tu.
      tgk semlm pun ramai yg naik.
      seminggu stucked tu, sure ramai yg dlm kesukaran.
      sal la salah sorang ye.
      moga hal gini x terjadik lagi, kan, sal.

      Delete
  16. Satu pengalaman yang menakutkan. Harap syarikat patutnya ada back up plan sistem jika berlaku lagi macam tu.

    ReplyDelete
  17. alahai naik bas crowded.. harap tak ada yg kena covid tu. memang laluan bangsar sentiasa jem. ada kwn duduk situ, nk jumpa pun fikir byk kali. haha

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah. Semuanya kembali ok.

    ReplyDelete
  19. ada dgr kes ni. alhamdulillah da ok, sal.
    semlm, 23 nov, kebetulan aida perlu naik mrt & lrt ni ke Kerinchi.
    sebab ada kelas mengajar kat Menara TM.
    tak brani nak drive considering PM lom lantik.
    takut jugak pape hal kan.

    sehari la jadik org KL, sal.
    kereta park kat Sg Jernih. nanti ke pasar seni.
    tukar ke lrt kelana jaya. turun di Kerinchi.
    org melaka masuk bandar, Sal ha ha ha ha ha :)

    ReplyDelete
  20. kurang panas hati tu kalau dpt pampasan sikit kan

    ReplyDelete
  21. Bila kita bergantung dengan public transport ni mmg akan letih bila salah satu problem sbb ia berkait kan...ntah x tau knp LRT jadi teruk lately ni

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah