Bila kerap guna Google, tetibe dah tak reti tengok scorecard

Wednesday, 23 November 2022

Petang tadi kat opis, masa tengah siap-siap nak balik tetibe member tanya "Nak Scorecard tak?". Aku pun jawablah tak nak. Buat apa nak simpan scorecard PRU15? Kan dah ditampal di whiteboard untuk rujukan staf . Lagipun takde siapa kisah siapa menang di parlimen mana dah sekarang ni. Cuma nak tau siapa jadi PM Malaysia atau Kerajaan Perpaduan apakah yang akan dibentuk. Tu pun sebenarnya ramai malas dah nak layan.

*Scorecard = Laporan keputusan penuh yang dicetak dalam bentuk 'pullout' di tengah-tengah surat khabar. 

Member aku pelik aku cakap tak nak, tapi dia hulur je. La..scorecard World Cup rupanya. Eh mestilah nak! Dulu masa remaja, menggila beli suratkhabar atau majalah demi sekeping scorecard, pastu tampal kat dinding.


Tapi tu semua cerita dulu. Zaman sekarang, nak tahu keputusan, highlight atau jadual boleh Google je.  Aku ambil sahajalah dah memang aku minat bola. Kot dia bagi aku jadual konsert ke, tarikh sale handbag branded ke, dah pasti aku tolak.

Belum ada kesempatan nak isi scorecard WC ni. Game pun banyak jugak yang aku terlepas terutama pukul 3 pagi. Layan highlight sahaja. Ni pun menaip rileks-rileks sambil menunggu game Germany vs Jepun. Mana tahu Jepun bakal buat kejutan. So far team underdog di World Cup Qatar memberikan persaingan sengit. Contohnya Morocco sewaktu menentang Croatia dan Arab Saudi menewaskan Argentina yang merupakan calon favourite. Gigih aku layan match dalam bas. Nasib baik pakai facemask, kalau tak semua orang nampak muka aku berkeriut-keriut bila gol tak jadi.

Sampai rumah tadi, aku belek-belek scorecard ni sambil terkial-kial tengok jadual game. Lambat pulak rasanya. Dah terbiasa dengan Google dan apps, tak reti pulak nak baca secara manual. 

Antara perlawanan menarik yang aku tunggu :

Spain vs Costa Rica (24/11 - 12 am waktu Malaysia) 

Spain adalah team yang aku sokong. Line up sangat membimbangkan sebab goalkeeper kurang berpengalaman di pentas besar. Costa Rica pula adalah lawan yang kuat. Mengharapkan keajaiban Spain menang. 1-0 pun jadilah. Kalau tak nanti kena bahan dengan Blogger Anies.

Belgium vs Canada (24/11 - 3 am waktu Malaysia) 

Canada bukanlah peserta lazim dalam kejohanan bola sepak. Umum mengetahui negara 'Land of Maple' ni lebih cenderung mengutamakan sukan hoki ais. Kali pertama beraksi adalah pada WC 1986. Ini adalah penampilan kedua. Jujur sorang pun pemain Canada aku tak kenal

Belgium pula membariskan 'generasi emas' yang masih bersinar seperti Courtois, Eden Hazard dan De Bruyne. Aku predict diorang menang bergaya.

Uruguay vs South Korea (24/11 - 9 pm waktu Malaysia) 

Aku nak sangat tengok gandingan Luis Suarez dan Darwin Nunez. Korea Selatan pun bukan calang-calang lawan. Aku predict Uruguay menang tipis.

Hurm...hadap jelah aku banyak cerita bola sampai World Cup habis. Yelah, nak cerita politik kang takut kena kutip dengan MCMC. Nak sambung cerita Turkiye belum ada kesempatan. Tahulah entry travel kena duduk betul-betul depan PC menaip. Nak susun gambar lagi.

Yang bestnya esok dan lusa aku kerja dari rumah. Yay! Rimas weh tengok jam di mana-mana. Khabarnya banyak roadblock di merata-rata tempat seluruh Malaysia. Selamat bertugas abang-abang polis.

OKlah nanti sambung lagi. Thanks for reading!


35 comments

  1. Memang minat betul Sal dengan bola ye.
    Sal dengan bola berpisah tiada.

    ReplyDelete
  2. Itali tak masuk Piala Dunia.. Macam tak best je nak nengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala jangan macam tu. sokonglah Spain. Vamos!

      Delete
  3. Jepun kalahkan Jerman ye 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezza. Tulah dok sibuk armband pelangi sampai nak boikot. Adan uke

      Delete
  4. Sal, akak baca sahajalah apa Sal tulis pasal bola.
    Sejak Klose takde malas layan bola. Haha. Kalau Sal tahulah Klose dari pasukan mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Player Jerman tu. pemenang kasut emas 2002 tak silap saya. tapi sekarang Germany hambar lah

      Delete
  5. aida ni suka tgk bola bila sampai suku akhir :) ha ha
    tu pun sokong team yg menang, sal. happy happy aje.
    kebetulan husband aida pun xde favour memana.
    enjoy the show tgk bola tu bergolek sana sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..buat hepi-hepi je. lupakan sekejap masalah donia. asyik follow berita PM pun penat jugak

      Delete
  6. terbaik sal peminat tegar bola n ikuti info tentangnya

    ReplyDelete
  7. terkejut tau Jepun boleh kalahkan Jerman! Nasib baik lah kawan kak Sal tu bagi jugak score card walaupun dah tolak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti dia ingat pompuan ni buang tebiat ke..selalu tak pernah tolak

      Delete
  8. lahh..pelik jugak tadi takkan pru-15 pun nak ada scorecard 🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. PRU memang ada scorecard jugak. Cuma la ni zaman internet, orang tak depends pada suratkhabar sangat untuk tahu keputusan penuh

      Delete
  9. Agak-agak sapa yang juara ya pada tahun ini. Sebab banyak game yang tak di sangka kemenangannya tapi ya lah kan bola itu bulat. Boleh ke sana boleh ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal-awal ni team favourite kalah tu perkara biasa. belum dapat rentak lagi

      Delete
  10. sah lah tu tampal belakang pintu bilik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belakang bilik aku ada poster Backstreet Boys. Tak muat dah

      Delete
    2. poster BSB? mcm x caya je. ntah2 poster bekem ms tgh jambu dulu

      Delete
  11. Haha.. ms zaman sekolah dlu mmg hobi simpan bendalah mcm ni.. tampal kt bilik 😂😂 skrg dh xde dh.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang kalau tampal pelik pulak suami kakmim nanti

      Delete
  12. harapnya pd kali pasukan yg belum jadi juara akan jadi johan world cup!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah jugak tu, tapi manalah tau kan. Team underdog banyak juga yang bagus

      Delete
  13. Selamat mengikuti Piala Dunia Sal. Team mana pilihan hati tahun ni? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih pilih Spain seperti tahun-tahun lepas

      Delete
  14. awal jadwal masih kurang berkesan
    nanti ketika perempat final baru full nonton

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Awal-awal ni tengok a few games je

      Delete
  15. cuma layan lagu WC 'Dreamers'...best jg..

    ReplyDelete
  16. Jepun menang.. Tulah Jerman tutup mulut sgt.. Hihihi setakat ni ibu tak berpeluang nak tgk live WC ni belum apa2 udah leboh tidoq.. ‘;)

    ReplyDelete
  17. ni kalau ngan Ian, boleh sembang....MA memang x faham bab bola2 ni..

    ReplyDelete
  18. omg....betul2 fan ni.. sorang pun MA x kenal & tau nama... Ian iyer..

    ReplyDelete
  19. sekarang lagi mudah tgk online kan, tapi kalau tulis sendiri kat scoreboard tu pun best gak

    ReplyDelete
  20. Wah..Sal mmg minat bola erk..akak gitu2 je la..kadang layan kadang x

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah