Projek Terbaru - Doakan tak hangat-hangat tahi ayam.

Sunday, 21 August 2022


Sekarang zaman digital marketing. Kena beradaptasi supaya tak ketinggalan


Bukan tak bersyukur apa yang ada, cuma nak upgrade diri. Comfort zone adalah sesuatu yang sangat bahaya kerana menternak kemalasan


Anyone ada contoh free course macam ni lagi bolehlah share. Kita tambah ilmu sama-sama.

p/s: Betul ke dah lepas umur 35 kita makin tak laku dalam job market? 

34 comments

  1. sama la kita, ada projek terbaru gak ni..mudah2an tak hangat2 taik ayam gak..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah tak Cik Sun. Jom support each other. Chaiyok!!

      Delete
  2. Bagus Sal tambah ilmu baru. Memang patut tuntut ilmu cuma ikut minat masing-masing.
    Hehe tidak minat pasal pemasaran digital.
    Semoga berjaya ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah minat sangat tapi saya ada basic advertising. Bidang digital marketing pun memang on demand sekarang ni

      Delete
  3. Google mmg bagus ada byk online free course.. tp kena rajin explore... selalu dlm twitter byk google promote... follow je diorang di twitter

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kakmim for the tips. Kena bukak balik akaun twitter ni

      Delete
  4. wah bagus lah sal. Semangat nak belajar lagi. Boleh tambah ilmu dan tambah certificate lagi. Zaman sekarang memang kena upgrade benda tu semua. Semuga berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat kena seru lagi. Paksa diri je ni. Haha

      Delete
  5. Umur 35 tak boleh dapat kerja. Rasanya pada akak tidak juga kena tenguk permintaan sekarang bagaimana. Ada kawan akak kontrak kat Mimos dah ok sistem dibangunkan sebab dia ada pengalaman kerja dengan vendor di hospital IT tiba-tiba dapat tahu dia berhenti kat mimos dapat tawaran lebih baik. Hah camne tu. Lepas tu ada lagi staf mimos ikut dia. Tapi ni semua bidang IT lah. Kalau bidang digital tak pasti lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang dapat kerja baru kalau transferrable skills dan buat benda-benda terkini. Saya kerja suratkhabar, bidang yang hampir lupus, sebab tu struggle nak cari kerja baru walaupun pengalaman kerja lebih 10 tahun

      Delete
  6. Semoga dipermudahkan urusan sehariannya

    ReplyDelete
  7. Bagus Sal, sentiasa upgrade diri.
    Kalau tengok orang terdekat akak, lepas umur 35 pun masih laku asalkan bidang kepakaran kita tu memang diperlukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepakaran saya tak berapa laku sebab industri media cetak makin malap. tu yang kalut cari kepakaran baru

      Delete
  8. In syaa Allah, berkat usaha akan membawa jaya, moga yang dirancang akan berjalan lancar.Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum ada perancangan detail lagi. test the water, tengok akan membawa ke mana

      Delete
  9. Alhamdulillah, bagus Sal tambah ilmu baru. Tak juga lepas umur 35 masih byk dapat offer kerja hehe..kena tengok skill apa yang kita boleh offer pada majikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. skill yang ada tak berapa function dalam latest job market. tu yang struggle nak cari skill baru

      Delete
  10. Sama.. baru siap 16% hehe. Caiyok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru 2 modul tapi dah penat. huhuhu. lama tak belajar ni

      Delete
  11. Kalau minat, teruskan. Semoga terus bersemangat. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berapa minat. cuma buat demi sesuap nasi. huhu

      Delete
  12. bagus, tingkatkan ilmu, zaman dunia tanpa sempadan...sekrg dah tak kira usia, siapa yg kuasai ilmu digital, dia terkedepan...ramai suri rumah jadi youtuber, tiktoker, boleh jana income...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. nak tak nak kena ikut aliran zaman

      Delete
  13. semoga semuanya berjalan dgn lancar & dipermudahkan..all the best Sal!!!

    ReplyDelete
  14. All the best Sal....akak doakan Sal capai kejayaan

    ReplyDelete
  15. Skills diperlukan ni, sebab sekarang walau jawatan yang termaktub lain, tapi ada kerja2 yang memerlukan skill2 tambahan. Good job Sal, moga beroleh rezeki.

    ReplyDelete
  16. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Sal.

    ReplyDelete
  17. digital marketing merupakan profesi yang sedang viral saat ini terlibih akibat dampak covid 19 yang mengerikan

    ReplyDelete
  18. Kepuasan diri sebenarnya bila kita upgrade diri kita..

    ReplyDelete
  19. skrg tak berapa minat mana tau lama jatuh minat yg amat dasyat

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah