Benda yang paling malas nak buat sebelum pergi bercuti - packing. Barang-barang atas ni kononnya nak bawak semua, tapi lepas isi dalam backpack dan aku try bawak.. Allahu berat!
Bagi orang lain mungkin takde apa setakat sejemput gini, tapi aku ada 'Scoliosis'. Look it up in Google or tanya mana-mana doktor. Aku menaip pakai handphone, susah nak copy and paste info.
Anyway, tenang saja dan reduce half the amount. Test bawak. Ok, tak sakit belakang. Dahlah takde penimbang. Tawakal jelah berat luggage ni tak lebih 7kg.
Kenapa 7kg? Nak naik Air Asia. Nasib baik tak gila. Oklah gila sikit. Flight balik aku diorang postpone tapi masih dalam hari yang sama. Aku kalau boleh tak nak sampai KL malam, nanti susahkan famili kena ambil. Tapi tulah. Dahla flight yang postpone tu tak boleh check in pakai apps atau pakai web, kena pergi kaunter. Haih, nervous betul. Doakan urusan pergi balik aku dipermudahkan ye.
Anyway, struggle jugak nak travel minimalist ni. Nak ambil luggage tak berbaloi sebab mahal. Lagipun aku sorang. Kalau berdua or ramai boleh share.
Pernah travel bawak carry on naik flight sebelum ni, tapi satu atau dua malam saja. Ni kali pertama sampai 3 malam. Walaupun dah biasa travel light tapi rasa struggle pulak kali ni. Well at least takdelah aku tempted nak beli baju baru untuk bawak pergi bercuti. Dah masuk hari ke empat no-buying-new-clothes-challenge by the way dan masih bertahan. Boleh refer previous entry.
Anyway, macam mana aku estimate berat beg? Aku compare dengan berat sebotol minyak masak 5 kg. Timbang pakai firasat je. Ha.. Ilmu tinggi ni, Ayah Pin pun tak tau. Agak-agak lah, beg aku lagi berat ke, minyak tu lagi berat. Tak percaya judgement sendiri, aku mintak tolong mak ayah aku. Mintak diorang angkat. Diorang kata beg aku ringan je. Lol, orang tua lagi kuat dari aku. Hopefully tak lebih 7 kg kalau tak kalutlah aku tak tau nak campak mana barang kat airport tu. Pasni sila beli hand luggage scale ye.
Nampaknya kena scrap plan nak backpacking around Turki. Kenalah sorong beg troli fefeeling aku Lisa Surihani dalam Istanbul Aku Datang. Kuat nau berangan.
Ini entry auto publish. Aku sedang lena tidur, or probably tak lena sebab takut tak terbangun pagi. Flight tengahari, tapi sebab dah lama tak naik flight, better pergi awal. Excited, at the same time nervous.
Oklah, nanti update lagi ye..
Update : Tadi saja cuba-cuba check in flight balik pakai apps. Eh boleh pulak. Settle satu hal. Lega. Ni on the way nak ke KLIA2. Naik bas dari KL Sentral, option paling jimat. Jam pulak jalan, sempat blogwalking.
Wah pergi mana itu?
ReplyDeleteHehe cabaran juga untuk akak selalu bawa beg sorong berat bawah 20 kg (check-in). Seksa beg berat walaupun sorong sebab ada tempat kena angkat macam dari conveyor belt. Memang travel.seorang tidak seronok sebab tiada orang tolong.
Saya kalau nak angkat beg dari conveyor belt memang nervous. Sebab kena cepat kalau tak beg tu jalan, kena tunggu satu pusingan lagi. Ya, travel sorang kena harap diri sendiri. Orang kadang-kadang takut nak tolong terutama dalam flight
Deleteselamat berwisata sal..hati2 jaga diri
ReplyDeleteTerima kasih kak PI atas doanya. Berkat doa kak PI agaknya, tiba-tiba dah boleh check in pakai apps
DeleteWah, selamat melayan kaki Sal. Moga semuanya berjalan lancar.
ReplyDeleteTerima kasih kak Amie. Kaki masih Ok. Mata sahaja tak mahu tidur malam pertama di tempat orang
DeleteMama pun X pandai la nakntravwl.minimalis. barang mesti bawa MCM nak pindah rumah haha
ReplyDeleteItu kalau travel dengan keluarga dan naik kereta. Bila naik public transport terutama flight kenalah budget supaya tak penat mengusung
Deletesyok betul jadi seketul sal ni, travel alone pun jadi..nak jugak macam ni!
ReplyDeletekalo ciksun, sebab ada penimbang berat badan kat rumah, tiap kali nak fly bawak luggage, mesti timbang dulu situ hahahaha
Saya pun tak seronok jadi saya. Haha. Tapi make do jelah apa ada. Nak travel sesangat. Solo pun ok
Deleteehh, wak pon baru balik dari travel nih, bukan air asia tapii., ;p
ReplyDeleteMana level Wak naik air asia ni. Haha
DeleteWah..seronoknya Sal travel jauh!
ReplyDeleteAkak pun dah melonjak keinginan, tapi itulah belum ada kesempatan.
Moga dipermudahkan permusafiran Sal dan beroleh hikmah perjalanan.
Tak jauh mana kak Ujie. Malas nak drive or naik bas, tu yang naik flight. Padahal dekat
Deletewah..ke mana la tu? have fun & save flight key. MA memang x leh mcm ni, segala benda nak pikul... bag memang besar2 je.. he he he..
ReplyDeleteIkut hati nak bawak semua, tapi kena ikut kemampuan diri. Lagi-lagi bawak backpack. Kalau beg troli bolehla isi banyak
Deletewah macam nak pi laut je tu... selamat berwisata sal
ReplyDeletePandai kak Notie. Memang ke laut pun ni
DeleteSamalah macam akak juga. Tang packing le paling malas, Jadinya kalau nak pi travel...seminggu dah letak je dulu barang nak bawak....teringat nak bawak ni hah campak beg besor....time nak terobang hah baru kemas baik-baik...tu pun kadang penuh.....hish hish hish camno le nak light light travel.
ReplyDeleteMacam stail saya packing. Packing awal tapi pastu kembor balik. Pastu isi balik. Selagi tak pergi tak finalise
DeleteKalau travel dengan kereta lagi le kalau boleh dapur pun nak angkut sama....huwaaaaa camno tu
ReplyDeleteHaha. Samalah. Lagi-lagi kalau dengan famili
DeletePegi mana tu? Arghh rindu jgk. Nak terbang. Ni hahah pape pun semoga selamat prgi dan balik ye
ReplyDeleteeh..kak Ret kan dah terbang gi Langkawi dengan Uyum hari tu
Deletenak terbang lama sket hhaha.. nk dok dalam perut kapal terbang lebih dr sejam :D
Deletehappy holiday Sal...take care!
ReplyDeleteAlhamdulillah dah selamat balik rumah
DeleteSaya yang takde scoliosis ni pun penat bila nak packing beg. Penat memikir barang apa yang perlu bawak. 😂
ReplyDeletehaha. packing memang penat. banyak fikir. pastu mulalah yang tak patut bawak pun dibawa jugak
DeleteWah, Sal jalan-jalanlah! Bestnya! K akak dah google scoliosis, beria akak study :)
ReplyDeleteAkak malas packing sebab baju akak selalu tebal dan besar. Macam mana kunun nak travel light, confirm jadi heavy gak hahaha
orang Scoliosis tak digalakkan bawak beban di belakang lebih 10% dari berat badan sendiri. if tulang belakang sihat macam kak Farrah takpelah kot. boleh belajar kat Youtube gulung baju jadi kecik. hehe
Deletekita g turki nnt jgn bw apa2... time blk je luggage penuh. baju dan lain2 kita beli kat sana...
ReplyDeletelarikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Kann bab packing la malas sikit huhu
ReplyDeleteSelamat pergi jalan jalan
Selamat pergi dan selamat balik buat Sal..
ReplyDeleteHave a fun trip ye..
ecececeh.... ala2 lisa surihani gitew yer :) ha ha ha ah ha...
ReplyDeleteaida ni sejenis tak boleh minimalist.
mesti mau angkut itu beg besar, sal.
gi kursus 3 malam, da mcm 3 minggu punya beg!
asben garu kepala aje pe'el bini dia ni. ha ha ha ha...
Samalah tak suka bab packing ni. Kalau boleh nak pejam mata celik je dah sampai. hehehe...Struggle bukan tak pernah buat tapi sebab kekok lama tak travel kot.
ReplyDelete