Tuesday, 10 March 2020

Wanita vs Wanita

Ada wanita yang tabah. Namun ada juga yang goyah. Mungkin sebab tu ada yang mendabik dada.

"Hei, tengok aku ni. Dah jatuh teruk pun boleh bangun balik! Kau jangan lembik sangat!"

Mungkin niat tu baik. Ingin mengembalikan semangat rakan. Cuma itulah, seolah mengangkat diri sendiri pulak. Sedarlah, kekuatan kau tu pun Allah yang pinjamkan.

Ada wanita tak pernah buat silap besar. Jalan hidupnya diatur cantik oleh Tuhan. Syukur. Namun itu bukan tiket untuk mengutuk wanita yang pernah buat salah.

"Kau tu bodoh! Kalau aku, takdelah aku nak ....(sambung dengan cerita rekaan anda sendiri)".

Syukurlah andai diri dipelihara Allah. Namun ramai juga wanita yang salah langkah. Bantu mereka bangkit, bukan buang dan pulaukan.

Kerana di penghujung hari, wanita semua sama. Ketawa untuk sembunyikan air mata. Menangis sendiri bila tak ada yang memerhati.

Selamat Hari Wanita. Post yang terlambat sebab biasalah perempuan kan lambat bersiap. Haha

-Bukan wanita pendendam, aku hanya wanita yang tersakiti-

23 comments:

  1. Betul tu minta dikasihani dan difahami.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Terima kasih Wak. Jaga diri ye. Berkebun area rumah je tau

      Delete
  3. Replies
    1. Terima kasih. Jaga diri dan stay at home ye cikgu

      Delete
  4. ramai je pompuan jadi Janda gara gara Janda.. ehh tu citer lainn :p

    dan hari Lelaki Sedunia pun ade gak ye cikSal tapi sbb ramai lelaki pelupa maka abaikan je lah.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak selamat hari bapa akan datang... hehehehe hari lelaki sedunia macam tak pernah dengar je.

      Delete
    2. hari lelaki sedunia kalau ada pun nanti lelaki lupa tarikh.haha

      Delete
  5. Ada perempuan yang tabah ada perempuan yang lemah. Apa pun kadang musuh perempuan adalah perempuan itu sendiri. Apa pun bersahabat dengan perempuan dan nikmati kehidupan. hehehehe apa pun kita perempuan tetap boleh mengoncang dunia..amboiiii selamat hari wanita buat semua wanita di malaysia dan dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul, musuh perempuan tu selalunya perempuan jugak. Nampaknya sekarang virus covid19 yang sedang menggoncang dunia. Jaga diri kak

      Delete
  6. aku memang pencinta wanita namun ku bukan buaya....

    eh ehh... lain pulak maksudnya nnt ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.... anies .... anies....

      Delete
    2. nanti covid dah reda, kita gi karok kat Melawati mall ye anies

      Delete
  7. deep. terima kasih kerana mengingatkan juga.

    take care sal. stay safe

    ReplyDelete
  8. nice sharing and reminder kak..
    ur on the right track dun worry.

    take care tau duduk rumah baik2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah right track sangat, pernah tergelincir tapi sedang cuba nak kembali ke jalan yang benar. haha. Thank you Siti. U pun take care

      Delete
  9. Peringatan yang bagus Sal.. Kadang terlepas pandang.. Tq..

    ReplyDelete
  10. Semoga kita akan sentiasa memperbaiki diri menjadi wanita yang lebih baik. Aaminn..dah² jangan tersakiti lagi ye. Be happy okay!

    ReplyDelete
  11. Selamat Hari Wanita juga buat Sal.
    Ekceli Mrs. A pun tak perasan bilakah Hari Wanita Sedunia tu
    Maaf wanita memang lambat bersiap.

    ReplyDelete
  12. Wanita insan istimewa..walau nmpk lembut tapi cekal..

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com