Friday, 13 December 2019

5 entry paling popular Blog Sal

Assalamualaikum semua! Aku sedang berehat-rehat dengar Lite FM sambil menaip entry ini. Sambil-sambil tu terdetik hati nak check page view. Blog aku yang baru nak masuk umur 7 tahun , baru 400K je page view all time. Follower 414. Kira masih dalam kategori blogger sendu. Hahaha. Alang-alang tu jom tengok 5 entry blog aku yang paling mendapat sambutan.


1. Cara Padam Caller Ringtone Bagi Pengguna Hotlink

Pengguna Hotlink yang nak batalkan langganan caller ringtone tapi tak tau cara, boleh rujuk entry ni. Dah 2 kali aku edit. Aku rasa kena edit lagi sekali sebab banyak link broken dan website Maxis pun dah banyak diubah. Lagipun sekarang kan zaman apps. Entry tutorial teknologi macam ni kenalah terima hakikat akan tiba satu masa jadi tak relevan. Apa pun aku happy sebab dah banyak tolong orang jimat kredit dari dipotong.

2. Pengalaman Cabut Gigi Bongsu

Aku tau ramai yang nak cabut gigi geraham bongsu sebab tumbuh melintang tapi takut. No wonder entry ni ramai pembaca. Sampaikan aku sambung Part 2 dan Q&A/Tips lagi.

3. Percutian Musim Luruh di Osaka - Apa yang aku bawa

Sekadar berkongsi untuk yang nak ke Osaka pada musim luruh. Bagi aku cuaca dan musim adalah sangat penting supaya tak terkurang atau overpack. Alang-alang tu jemput baca kisah travel Osaka-Kobe-Kyoto-Nara aku kat SINI


4. Braces Journey - Pasang Bracket

Dah macam blog doktor gigi je. Tadi pasal gigi bongsu, ni pasal braces plak. Ramai rupanya suka baca kisah aku mengakhiri zaman bujang jongang.

5. Budget dan tips - Sydney

Ha..kalau tadi cerita kat negara matahari terbit, ni cerita aku di bumi kanggaru. Masa ni baru lagi buat blog dan tak berapa pandai travel so kalau baca entry Sydney aku tak terhibur, aku mintak maaf ye. Maybe kisah di Gold Coast atau Melbourne lebih mengujakan?

Sekian entry syok sendiri. Hahaha. Thanks for reading lovelies! Love ya!

23 comments:

  1. Akak pun sendu gak, wpun dah masuk 9 tahun. :D
    Takpe, janji masih menulis utk hobi, catatan pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. menulis untuk kepuasan diri sendiri je. Kalau ada yang mendatangkan manfaat pada orang lain tu kira bonus

      Delete
  2. kita lagi laa.. baru nakhidup jadi blogger. hihihi

    ReplyDelete
  3. noe lagi la sendu.. nak tahap2 beku jer.. hihihi...apa2 pun moga terus berblog...

    ReplyDelete
  4. Wah hebat... Nanti akak nak baca bab braces tu. Sebab anak sulung akak bakal kena pakai sebab gigi kapak dia ke depan. Soktor suruh pakai bila dia dah masuk tingkatan satu nanti. Tapi takpe baca awal awal tambah ilmu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai masa remaja lagi senang kak. Gusi lagi lembut. All the best ye

      Delete
  5. Hebat tu entry popular dia. Memang ramai cari tu bab gigi dan travel. Mana ada sendu. Onz je tau!

    ReplyDelete
  6. next.. yg braces tu x habes lagi.. kasi senyuman yg manis satuuuuuu kali heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak..malu la. Dah terbiasa senyum tutup mulut. haha

      Delete
  7. Wah.. Ada pasal braces dan gigi bongsu..

    ReplyDelete
  8. Ya ampun, saya baru nak belajar berblog.. hehehe sangat jauh ketinggalan..

    ReplyDelete
  9. Hebat la Tu sal 400k pv.. afa Pula dtg Dari Google search.. krna improve sikit klje lagi

    ReplyDelete
  10. Wahhh... Best best entry nie😍😍

    ReplyDelete
  11. Nanti godek godek... Nak baca 🤭🤭

    ReplyDelete
  12. hehehe.. ada masa nk baca. blogger sendu janji byk org baca bkn syok sendiri

    ReplyDelete
  13. wah tahniah...baru terjebak rumah sal. takpe lain kali nak jenguk yang lain pulak

    ReplyDelete
  14. suka sangat bila entry2 yang bermanfaat dok jadi carian orang. semoga diorang dapat manfaat dari apa yang kita kongsikan..

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com