Wednesday, 13 November 2019

Sunyikah aku?



"Kamu ni sunyi. Perlukan teman untuk bercakap."

2 baris ayat dari Mak yang buat aku terdiam. Aku tak mampu nak lawan sedangkan otak aku sedang pantas mengatur hujah-hujah untuk menangkis tuduhan beliau.

'Apa diharap pada manusia, Mak. Kerana mengharap sayang manusia la Akak jadi macam ni. Allah kan ada. Cukuplah'.

Namun jawapan tersebut hanya berlegar dalam hati. Tak daya aku nak luahkan. Kerana aku tahu, apa pun aku jawab, pasti aku akan kalah akhirnya.

Sunyikah aku? Entahlah aku pun tak tahu. Cuma yang aku tahu, aku takut kehilangan. Aku terlalu fragile. Breakup bodoh pun boleh buat aku sedih berbulan-bulan. Cukuplah itu yang terakhir. Aku tak nak laluinya lagi.

Betul, orang kata tak cuba tak tahu kan? Tapi aku tak mahu mengambil risiko. Aku penat. Biar jelah aku macam ni. Aku tak sanggup dah. Tak apalah orang nak kata aku lemah. Ya, memang aku lemah dan bodoh. Maafkan.

Apa-apa pun, kita tak bersendirian. Sebab Allah ada.

You'll Never Walk Alone. Eh tetibe..

18 comments:

  1. kita tak pernah sendiri, allah sentiasa ada. laku kan aktiviti yang disukai, yakin, someday kesakitan yang pernah dialami menjadi satu pengalaman je, yang buruk buang, yang baik jadikan teladan. isyaallah, YNWA ✌✌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for the comment sis..Insha Allah saya akan kembali kuat. Doakan saya ye

      Delete
  2. semua tu pengalaman hidup..alone but not lonely..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang lonely jugak tapi pandai-pandailah nak hidup. Layan perasaan memang sakit jiwa

      Delete
  3. semoga dipermudahkan segala urusan.. =)

    ReplyDelete
  4. Pahit manis masam semuanya itu lumrah kehidupan. Harunginya dengan ketabahan disamping keluarga yang tersayang. Dulu masa akak pertama kali berhijrah ke KL rasa macam kecil sangat dan tak de kawan. Tapi kita cari kawan melalui minat yang sama contohnya membaca novel. Dari situ sikit demi sikit akak luaskan skop kawan. Tapi apa pun yang penting keluarga tersayang sentiasa di sisi. Ingat Allah selalu dan kuatkan hati bahawa Allah menguji mengikut kemampuan kita adakah kita kuat atau tewas sebelum bertempur. Perghhhh panjangnya ayat ahkak. Apa pun ingat Allah sentiasa ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak sudi taip komen panjang-panjang. Good advice. Ujian memang kan buat kita lagi kuat. Saya tak ada masalah bab berkawan, tapi taulah mak ayah kan risau tengok anak dia hidup sendiri. Saya fikir keluarga jelah yang masih kuat sampai hari ni. Kalau tak dah lama rebah.

      Delete
  5. Allah sentiasa ada bersama kita. Jangan sedih sedih.

    ReplyDelete
  6. Yes, YNWA sebab Allah sentiasa ada. cheer up Sal :)

    ReplyDelete
  7. InshaAllah, kadang-kadang sunyi itu juga satu kebahagiaan...

    ReplyDelete
  8. i adeee kak.. i adee. mai la sini =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah..lama tak jumpa. Rindu nak gi jalan-jalan cari makan sesama

      Delete
  9. When you walk through a storm
    Hold your head up high
    And don't be afraid of the dark
    At the end of a storm
    There's a golden sky
    And the sweet silver song of a lark
    Walk on through the wind
    Walk on through the rain
    Though your dreams be tossed and blown
    Walk on, walk on
    With hope in your heart
    And you'll never walk alone
    You'll never walk alone
    Walk on, walk on
    With hope in your heart
    And you'll never walk alone
    You'll never walk alone

    ReplyDelete
  10. Kita takkan pernah sunyi insya Allah.. Allah km ada

    ReplyDelete
  11. Sal... Kalau bosan tanam pokok bunga tau 🌼🌼🌹🌹

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com