Saturday, 23 November 2019

Retail Therapy

Assalamualaikum dan hai semua! Hujung minggu ni buat apa je? Aku kena kuarantin dalam rumah. *Gasp!* Rilek, bukan sebab sakit atau kena grounded tapi sempena hari Jumaat yang mulia semalam aku begitu laju menghabiskan wang bagaikan aku ni Gwen Stefani dalam video klip Rich Girls. Ikutkan aku gi mall tu nak beli satu barang je. Satu je tau. Tetapi tiba-tiba

Botol air: RM20 dan notebook : RM10. 

Macam budak naik sekolah pulak beli botol air ngan notebook. Tapi nak tau kenapa aku terbeli? Ha teruskan membaca..

Plan asalnya aku cuma nak beli ini:

 Nano White Dark Spot Corrective Serum
Harga asal: RM 69.20. Harga selepas 30% discount : RM48.44. Beli di Guardian

Tu dia..Sal kau nak putih level transparent ke hape? Haha. Aku memang tambah serum ni in my skincare routine before sapu moisturizer dan sunscreen. Harga agak mahal so tunggu sale je. Selepas kejadian kulit muka breakout tahun lepas, aku jadi obses dengan skincare. Alhamdulillah, my skin dah makin elok sekarang. Cuma ada parut jerawat degil yang ambil masa untuk dipudarkan. Hence the reason aku pakai corrective serum ni. Kalau ada yang berminat nanti aku share skincare routine aku #RoadToGlassSkin. Kalau minatla, tak minat takpe.

Pastu terbeli ini...new rubber phone casing. RM15

Aku pakai Samsung A5 tahun 2016, so memang agak susah nak cari casing. Model 2017 ke atas dah pattern baru. Before this aku pakai transparent case yang lembik tu. Kena habuk dan cahaya terus jadi kuning. Dah tak nampak warna asal phone aku iaitu Rose Gold. Pakai case yang ni pulak terus nampak kelabu asap tepon aku. Sis redha jelah. Janji phone masih berfungsi dengan baik. Bukan senang nak jumpa casing kalau phone kau dari zaman dolu kala, so beli jelah ye.

 Nak turun dari escalator tetibe nampak ni..MarvelXMiniso!! Omaigod I love you 3000!

 Hai pencinta kucing Marvel!

Patut jam loceng buat alarm Hulk's roar je. Confirm terkujat

 Alolo comelnya!


Macam-macam ada. Memang rambang mata. Sib baik aku kuat iman. Lagipun waktu rehat dah nak habis, nak kena lari balik opis. Antara produk lain yang aku rasa menarik tapi tahan nafsu (dan poket) adalah pedicure set , earphone, headrest, tuala, coin purse dan macam-macam lagilah. Aku pejam je mata.

And then my biggest purchase, but by online


Aku ada 2 hari cuti kena clear dan beribu-ribu points BIG Air Asia kena redeem. Both kena settlekan sebelum 31 Disember 2019. So...tada! My first solo trip. S.O.L.O ye. Aku tak pernah travel solo. Ini seram. Doakan keselamatan aku gais. Aku just bayar tax, harga tiket aku bayar dengan BIG points .

The biggest purchase of course la booking hotel. Cuti ni aku nak backpacking tapi hotel nak selesa. Eh motif! Sukati aku la kan. Kalau aku decide nak duduk bilik je tak nak keluar korang bukan boleh cakap apa. Haha.

Tapi aku sedih sebab aku cerita kat sorang colleague aku ni aku nak travel sorang terus dia kata aku 'menyedihkan'. Aku OK je kot. Tak mintak duit sesiapa pun. Sampai hati. Maybe dia rasa dia better dari aku sebab dia dah kahwin. Yelah, aku loser.

Biarlah kan orang nak cakap apa. Malas nak kecik hati. Badan dahla kecik. Semua nak kecik..apa yang besar? 

OKlah, selamat berhujung minggu. Aku nak cau gi tengok bola. Tapi depan TV jelah. Kan aku sedang 'mengurung' diri.Hehehe. Anyway, thanks for reading!

29 comments:

  1. Dah tengok benda comel lagi lagi dah I love you 3000 tu memang tergoda lah nak membeli tu kan..hihi..eh, travel solo okay what. enjoy solo travel sekali sekala why not kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Spend duit hail titik peluh sendiri apa salahnya kan

      Delete
    2. orang yang berkata-kata tu jeles sebenarnya. enjoy your trip okay Sal :)

      Delete
  2. Pagi-pagi akak dah gelak besar baca entri poket bocor Sal ni hahaha akak pun dalam perintah berkurung ni sebab kes terlebih belanja. Tapi akak tak sampai tahap Gwen Stefani lah πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    Bestnya nak travel solo! Akak doakan semua baik dan berjalan lancar. Moga banyak pengalaman baru (juga memori indah 😊) yang akan ditempuh melalui trip ni.

    By the way, there’s nothing wrong with travel seorang diri. Tak menyedihkan pun tetapi kalau dah itu pandangan seseorang, kita tak boleh nak buat apa kan...yang penting jangan mood kita rosak hanya kerana pandangan2 sebegini. Kalau kita nak travel separuh badan pun...eh badan kita πŸ˜€

    Ishh dah macam tulis entri pulak kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Kalau nak fikir pandangan orang memang selamanya kita tak dapat buat apa kita suka. Takpe, saya suka komen panjang-panjang ni

      Delete
  3. Selamat melancong sorang-sorang. Wah saya belum pernah melancong sorang diri. Jaga diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks. Saya pun first time. Harap semuanya OK

      Delete
  4. jumaat lalu tgk kat miniso semua marvel ni semua pun almost terpaut, sib baik rushing , tak sempat singgah. if meninggah ada je yang dak ava nak beli juga.
    best arr travel sorg2, tak perlu risau peeling org lain, nak situ nak sini just go for it. just elakkan pergi tpt isolated, pergi yg ramai org. take care & enjoy yrself Sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sis. Saya pun tak berani sangat. Tapi ada banyak masa nak pikir lepak n enjoy bilik hotel je

      Delete
  5. akak pernah travel sorang2 2 kali. tapi cukup lah tu.. ada view tersendiri.. yg penting jaga diri.. org yg travel sorang je faham kenapa nak travel sorang.. betul kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni bukan apa..travel adhoc. Hari biasa plak tu. Mana nak cari orang teman

      Delete
  6. jaga diri bebaik bila travel sesnorang tu..sisyat tak pernah lagi travel sensorang..tp kalo p mall sensorang mmg seronok..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau shopping saya pun suka sorang-sorang. Nak beli pun takde segan-segan

      Delete
  7. Shopping memang terapi terbaikπŸ›’πŸ›’πŸ›️πŸ›️πŸ’ƒπŸ’ƒ

    ReplyDelete
  8. akak !! bila nak pegi mall tu lagi ? nak jaaaammmmm tu !!!!
    i love u 3000 kak *cat eyes* i love u 3000 kakkkkkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. La..nape tak wasap. Kalau tak boleh pergi siang tadi. Nanti akak roger ek kalau nak gi lagi. Miniso ni ada kat KL je kan?

      Delete
  9. happy holiday kak.. u deserve the break.
    go n enjoy n eat good food n cuci mata n macam2 la =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha allah. Thanks dear. Lama betul rasanya tak rest.

      Delete
  10. part menghabiskan duit org pompuan mmg laju kan? hahaha


    p/s nak ole2 nnt tauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha allah. Alah gi dekat je. Malu plak nak berole-ole bagai

      Delete
  11. masa bujang ni la nak buat ape pon seronok.. enjoy your holiday..esok esokk dah kawen payah nak buat.

    ReplyDelete
  12. memang comellah barang2 marvel tu kalau anak2 akak tengok mesti rambang mata nak beli.

    Travel sorang2 pun ok apa ciksal, kalau nak dengar cakap orang je susah kita ni kan, dah travel ke belum tu? moga dipermudahkan urusan ciksal

    ReplyDelete
  13. Solo trip ke mana Tu sal.. have fun ye

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. Dalam negara je. Kalau oversea x berani. Hehe

      Delete
  15. Sorry to say lah.. apa yang menyedihkan kalau travel solo.. Bagus apa buat solo travel.. Itu adalah masa untuk kita berehat, bersenang lenang.. Tanpa perlu ikut masa dan kehendak orang lain.. Tak ada yang salahnya bila travel solo ini.. Pedulikan je manusia macam tu.. Untuk Sal.. selamat melakukan perjalanan solo.. Sha doakan semoga semuanya dipermudahkan dan Sal sentiasa berada dalam perlindungan Allah.. Aamiin.. enjoy your time.. bahagia itu kita yang rasa walaupun solo..

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com