Tuesday, 15 October 2019

I don't feel so good

Assalamualaikum semua. Sedang berkira mau menulis tentang trip Aceh atau trip Jeju, tapi belum apa-apa aku dah menguap. Mungkin sebab ubat. Apa boleh buat.

Seminggu lepas hujan turun tiap-tiap hari. Dan hampir tiap petang aku kena hujan. Mungkin kerana aku tak tahan sejuk atau antibodi yang lemah, Ahad lepas aku kecundang juga. Aku kalau demam memang makan berhari. Harap esok bolehla keje sebab Mak dah bising suruh pergi check up kat hospital sebab aku lately kerap demam dan sakit kepala. Aku ni dengar je hospital terus sihat. Terus boleh sidai kain dan memasak. Punyalah tak nak pergi hospital. Aku gi klinik je. Tu pun pasal nak mintak mc. Ops.

Pergi klinik siang tadi, timbang berat dan aku dah drop lagi sekilo dari last check up. 40.5 kg. Esok lusa hilang terus kot aku ni macam kena snap Thanos.

Jadi dengan azam membara aku pun beli lah susu full cream sebab orang kata susu boleh naikkan berat badan. Hari ni every 3 jam aku makan walaupun sedikit. Nak muntah weh. Aku harap aku punya plan diet ni janganlah hangat-hangat taik ayam macam orang yang kata nak diet untuk kurus. Sekarang aku faham perasaan diorang.

Aku tak kisah pun kurus tapi bila kurus ni buat aku jadi lembik dan tak bermaya pun tak best kan. Aku pernah buat blood check up for thyroid and diabetis tapi result menunjukkan aku takde masalah-masalah tu. Weight loss aku ni sebab stress. Kenapa aku stress biarlah aku dan Tuhan je yang tau. Terlalu peribadi untuk dikongsi.  Pernah ada reoccurring suicidal thoughts, tapi kenangkan keluarga aku kuatkan jugak diri. So far aku masih bertahan. Jangan risau, aku masih ingat Tuhan.

So misi aku sekarang ni adalah nak naikkan berat badan je dan dekatkan diri dengan Tuhan. Kalau sakit ni dari Allah, moga Dia sembuhkan dan ia jadi kifarah untuk dosa-dosa silam. Tapi andai dari manusia, semoga dia insaf la. Kalau aku ada dosa ngan kau, aku mintak maaf, datang jumpa aku selesaikan.

Doakan aku dan famili aku sihat ye. Sayang korang.


Missing : This happy go lucky girl with pipi pau. Help me find her.

Thanks for reading gais!

23 comments:

  1. kak..!! meh sini meh i bawak u makan2..
    sampai akak kembali berpipi paaaau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah. Meh la sini Siti. Miss you! Lama x jalan sesama

      Delete
    2. nanti sy balik kg sy roger eeh.. lets meet up. tula lama x lepak skali =)

      Delete
  2. Rindu Sal! Stay strong okay, ingat insan tersayang..
    Semoga Sal diberikan kesembuhan dan kembali sihat berpipi pau, aaminn.
    Take care Sal..

    ReplyDelete
  3. Moga baik2 shj Cik Sall.. kuatkan semangant ya.. moga berjaya naikkan berat badan semula.. jgn stress2... moga Allah mempermudahkan urusan Cik Sall...

    ReplyDelete
  4. semoga cepat sihat! =)
    insyaAllah.. sumenya baik2 je..

    ReplyDelete
  5. Mmg kurus sgt 40kg tu Sal.
    Maybe Sal kena join aktiviti yg campur org ramai utk hilangkan stress.

    Semoga Sal cepat sihat ya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya selalu stress kalau tempat tu ramai orang. Hahaha

      Delete
  6. Adudu 40kg je sal.. kecik nau sal ni.. take care ye sal bykkan minum air losing Dan rehat

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak sangat rehat ni. Hehe. Kena bersenam

      Delete
    2. Bykkan minum Susu.. bagus utk tulang DN kesihatan

      Delete
  7. Semoga Sal dikurniakan kesihatan yang baik seperti sediakala.
    Kena makan nasi setiap hari ni baru cepat naik berat badan tu ehh!
    Kuatkan semangat Sal think positif selalu.
    Dugaan itu tanda Allah sayang.

    ReplyDelete
  8. Allahuakbar.....jangan stress-stress. stress boleh menyebabkan sel macam-macam penyakit muncul. Apa pun semuga Allah memberi kekuatan pada sal untuk menghadapi apa jua cubaan yang datang. Ingat orang2 yang sayang sal selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sis. Tulah, stress antara punca immune sistem lemah. Sakit yang takde pun boleh jadi ada

      Delete
  9. Semoga kembali sembuh Sal. Aamin

    ReplyDelete
  10. Untuk sal, sekiranya tak mampu carilah seseorang untuk mendengar luahan sal.. sebba yang terpendam memakan diri Sal dari dalam sebenarnya.. Tambah bila dah ada lintasan untuk bunuh diri.. Kena dapatkan pertolongan..
    sha doakan semoga Sal diberi ketenangan dan sentiasa dalam rahmat Allah..
    tak mudah tapi teruskan berjuang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Sha for your concern. So far dah berjumpa dengan doktor dan ada masa kalau tak tahan sangat saya akan cari kawan yang boleh dipercayai dan luah perasaan depan dia. Everyday is a fight untuk kekal semangat dan happy. Memang tak mudah. Terima kasih atas doa ye

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com