Thursday, 8 August 2019

Forgiven but not forgotten

Kadang-kadang maaf ni hanya di mulut. Jauh di sudut hati masih ada rasa marah. Bukan dendam, tapi sakit yang kau tinggalkan itu jahat.

Sakit yang kau tinggalkan tu ada kala kacau aku waktu aku sedang bersendirian. Sakit yang kau tinggalkan akan berulang bila aku lalu di tempat kejadian. Sakit yang kau tinggalkan sama macam kau. Datang dan pergi ikut mahunya.

Orang kata nak melupakan kena berjauhan. Tapi trauma tak mungkin hilang walau ke hujung dunia aku bawa diri. Orang kata nak melepaskan kena memaafkan. Tapi maaf aku hanya sekadar zahir, batin masih menyimpan. Kerana yang terluka bukan hanya hati. Tapi keyakinan, emosi dan harga diri.

Di sini aku masih terperangkap. Antara rindu, benci, masa silam dan hadapan. Jangan kau tuduh aku masih sayang. Kerana kau tak layak untuk disayangi.

Fool me once, shame on you
Fool me twice, shame on me.

And I let you fool me over and over again.

Mungkin sebenarnya aku tak mampu maafkan diri sendiri. Kerana jadi bodoh dan biarkan ia terjadi.


Nota kaki : Maaf lama menyepi, ada isu yang perlu diselesaikan. Terima kasih kepada yang sudi bertanya khabar. Doakan kesihatan aku. Aku penat. Aku ingin tidur.

2 comments:

  1. be strong .. semoga apa yg sal hadapi dipermudahkan & Allah ada something to show u best way.. insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Pasti ada hikmah disebaliknya.
    Semoga Sal tabah dan banyak bersabar ya.
    Sajalah nak bagi seciput nasihat 'jangan terjatuh di lubang yang sama banyak-banyak kali itu kurang bijak namanya. Cari je jalan yang lain yang takde lubang'.

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com