Sunday, 24 February 2019

Hari Sibuk vs Hari Bosan

Assalamualaikum dan hai semua! Ikutkan aku nak update blog sangat-sangat. Tapi entahlah rasa malas dan lemau yang melampau. Mungkin sahaja sebab penat. Hari ni memang sibuk.

Ironinya semalam (Sabtu) adalah hari yang sangat-sangat bosan. Yang membuatkan kebosanan aku memuncak adalah nak update blog tak dapat sebab wifi rumah rosak. Jadi hari aku dibazirkan begitu sahaja. Keluar sekadar cuci kereta. TV pun hambar. Bola sepak pun tak ada yang mengujakan. Nak habiskan waktu menunggu malam tu rasa perlahan sangat.

Dan hari ini (Ahad) aku busy seawal pukul 7 pagi. Hari aku pack dan aku terkejar-kejar dari satu tempat ke tempat lain. Busy apa nanti lah aku cerita. Badan lemau. The only reason aku tak tidur lagi adalah sebab tunggu game Man Utd vs Liverpool.

Ada hari kau sangat bosan, orang ajak buat benda mengarut pun kau setuju.

Dan ada hari terlampau sibuk, kau tetiba rindu hari bosan di mana kau boleh bermalasan sepanjang hari.


Dan ada kala aku suka hari sibuk sebab aku akan lupa untuk rindu

16 comments:

  1. hari2 bosan hari2 juga hari sibuk haha tak tahulah

    ReplyDelete
  2. hehehe bosan2 jomla kita jalan2 kak. hehe..
    tapi sebenarnya kan sungguh. dalam kita sebok2 tu kalo time rindu..
    akan rindu juga =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu kan..tengah busy pun kalau nak teringat, teringat jugak

      Delete
  3. Busy buat apa hari Ahad tu? Busy pergi kenduri ke? :)

    ReplyDelete
  4. Hari menjadi bosan jika nak buat sesuatu yang menjadi kesukaan kita tidak dapat di buat. Wah busy sokmo hari minggu....apa saje yang di busykan cik sal oiiiii

    ReplyDelete
  5. kalau bosan kat rumah, kena pergi jalan2 baru tak bosan kot..hehe

    ReplyDelete
  6. Keluar jln2 ja. . Xpon ronda2 ja.. Xla bosan

    ReplyDelete
  7. First of all..Ya Ampun..lambat nak bw ke sini.
    Meh kita gi jalan2

    ReplyDelete
  8. ya betul tu ciksal kadang2 bila dah sibuk kita akan suka hari2 yang kita boleh bermalasan, dan bila dah selalu bermalasan kita rindu untuk sibuk pulak hehehe akak pun macam tu jugaklah

    ReplyDelete
  9. Amboiii.... bila tak sebok bosan, bila bizi rindu nak bosan pulak..... lepas tu terasa rindu.... gitulah jadi gegadiskan...Syoknya jadi gegadis hiihi...

    ReplyDelete
  10. Zaman skrg wifi tu mmg pnting Kalau wifi sangkut2 mmg Boleh murung haha

    ReplyDelete
  11. Sabar jelahkan time tengah rajin nak up-date wifi pulak spoiledbrat.

    ReplyDelete
  12. Sal cepatlah update blog..
    Tak sabar baca cerita Sal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah update banyak ni. Jemputlah membaca ye

      Delete
  13. hari sibuk sangat disenangi kerana boleh melupakan rasa rindu yang kadang-kadang datang bertamu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih baik sibuk, supaya fikiran tak melayang

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

 

Template by BloggerCandy.com