Wednesday, 14 February 2018

Blogger penipu! Hadiah aku mana???

Assalamualaikum dan hai semua! Tajuk entry macam nak carik gaduh je kan. Hahaha. Rileks, aku bukan nak jadi samseng taik kucing di hari Rabu yang mulia ni. Aku cuma keresahan sebab belum berkesempatan mengepos hadiah untuk pemenang-pemenang GA yang aku dan Siti anjurkan. Tugas mengepos hadiah memang aku yang ambil alih sebab takkanlah Siti nak buat semua. Amboi amboi amboi bab kata Altimet.

Aku harap korang tak kecam aku. Aku memang dilanda kesibukan. Nak berlari ke pejabat pos di waktu kerja memang susah sebab aku tak bawak kenderaan sendiri. Hujung minggu? Pun kena masuk opis. Last and upcoming weekend pulak aku kena ke luar KL atas urusan keluarga. Penat jangan cakaplah, tapi apa boleh buat. Bukan beralasan, tapi memberi penjelasan. Harap korang faham.

Rindu nak menulis blog. Rindu nak blogwalking blog korang jugak.

Harapan aku agar pemenang-pemenang sabar menunggu ye. Bukan sengaja tapi memang tak sempat. Kalau ada pejabat pos bukak sampai malam memang senang citer. Risau jugak kot ada yang buat entry mengecam aku. Tolonglah ye, drama TV pun aku tak suka tengok, drama in real life apatah lagi. So please. Kalau nak kecam, kecam kat instagram sebab aku takde akaun insta. Hahaha.

But seriously guys. Tolong faham aku. Aku akan buat once aku dapat ruang dan peluang. In the meantime biarlah aku uruskan diri dan keluarga aku sendiri yang sangat menuntut perhatian dan komitmen.

Till then, kalau free kita sembang lagi na. Bye!

52 comments:

  1. tanjat kitewww, ingat pe la cik sal kita hamukkan kan.. hahaha

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan tersebut.

    ReplyDelete
  3. Phewww!!! tajuk mengundang kemarahan ngeh! ngeh! ngeh!
    Kalau dah diberi penjelasan Mrs. A rasa In Sha Allah blogger yang menang itu faham.
    Semoga dipermudahkan segala urusan Sal.

    ReplyDelete
  4. dont worry dear...
    dieorang mesti faham...
    kesibukan yg melanda... :)
    semoga dipermudahkan urusan ..

    ReplyDelete
  5. fuh berdebar baca tajuk, ingatkan apa lah tadi hehehe mujur akak tak menang kalau tak akak ngamuk dah kikiki...mesti pemenang2 faham tu ciksal nak buat macam mana dah ciksla sibukkan, akak pun pernah macam tu jugak lewat pos hadiah hahaha tapi pos jugak, cuma lambat lepas tu takut dah nak buat GA2 ni takut tak terpos hadiah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..lambat takpe lagi. saya paling takut kalau pos tak sampai

      Delete
  6. mmg penipu pun! ckp awal thn nk dpt title, ni dah msk bln dua, nk kata title, nk dok kt puncak pun x merasa!

    ReplyDelete
  7. sori slh komen. igt td football forum

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf ni bukan page sukanstar #bangangabadi #tadikaemirates

      hahahaha

      Delete
  8. cikyan tak tersenarai...sedihh...huuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan sedih cik yan...kot ada rezeki lain

      Delete
  9. ejulz pun pernah rasa perasaan ni.. rasa bersalah lambat hantar hadiah kepada pemenang2..

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. Ampunkan Dosaku
    2. Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana

    ReplyDelete
  10. Dont worry. kami faham. Yang penting ada penjelasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasi posmen cuti CNY dulu hehe.. makan limau kenyang2.. hehe..

      Delete
    2. sabar ye rakan-rakan.hehehe

      Delete
  11. Teman pun sibuk. kadang kala tak menang tangan berlari ke sana ke mari.

    ReplyDelete
  12. hahaha
    ingat marah siapa lah tadi

    ReplyDelete
  13. yg menang msti fhm jgn risau sal

    ReplyDelete
  14. Perasaan bersalah itu tandanya sal seorang yang bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  15. halamak terkejut baca tajuk..hhhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tajuk macam headline harian metro je kan?hahaha

      Delete
  16. Ingat kena tipu tapi takut digelar penipu rupanya..ahhaha

    ReplyDelete
  17. Ala rasa semua pemenang paham kot... zaman la ni semua org busy..hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman ekonomi merosot..busy cari duit. hahaha

      Delete
  18. haha..kita tunggu jer..klu sampai yer lah tu rezeki kita..:)

    ReplyDelete
  19. insyaAllah sal dah bagitaw hal sbnar diaoa=rang akan faham la

    ReplyDelete
  20. Nasib baik gift LZ telah selamat Sal terima..
    Kalau tidak baca post terus terasa, hihihi
    Chill Sal, pemenang semua faham..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hadiah saja-saja nak bagi takpe lagi..ni GA. berat wooo..nanti kata penipu plak. buat GA nak tambah follower je

      Delete
  21. Haha rupanya statement utk diri sendiri ke sal haha

    ReplyDelete
  22. Hahaha.. nak kecam, kecam kat insta ye.... hek2

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..nak buat hashtag pun lantak hampa la

      Delete
  23. ihiks, xpa aih kak sal, take ur time..kami pun xrushing sgt nak hadiahnyer..hihi..

    ReplyDelete
  24. hahaha... jgn mcm2 kalau nk hadiah kena sabar

    ReplyDelete
  25. uuish tajuk ingatkan ada yang kena attack ke apa.. samalah same here.. da siap bungkus tp kames ritu rasa cem huurm ni nak cuti kang tah kemana2 pegi. so tunggu CNY dlu la.. insyallah nxt week ya kawan2.. dak dak kami tak tipuuu jangan risau ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..Siti pun sama gak ye. Akan cuba jugak secepat mungkin.Tengoklah sabtu ni akak berumah kat pos opis

      Delete
  26. Tajuk macam cari gaduh. Hehe. Takpe rakan2 blogger memahami tu sal. No worry. :)

    ReplyDelete
  27. Hahaha ingatkan betul kess kena tipuu. Sebab rasa macam pernah jugak kena sekali. Kita tak dapat dapat hadiah kita sampai sekarang.

    ReplyDelete
  28. Mencik tau..hari tu tengok2 dah lepas tarikh nak join GA

    ReplyDelete
  29. inilah salah satu sebab k lily malas nak buat giveaway ni sebab kak lily tau yg masa memang selalunya tak de. bila kita janji so haruslah di tetapi kan... sabar tau dik

    ReplyDelete
  30. AlbaAlhamduli ga mama punya hadiah dah setel .fuh lega

    ReplyDelete
  31. itu yg aida tak dpt komit kan diri buat ga / segmen.
    but posting hadiah tu. aduhai...

    ReplyDelete
  32. Ko hati hati sikit Sal kalau pos belah Sarawak ngan Sabah, takut tak sampai pulak. Mcm hakak dulu.... sudahnya depa tak dapat pun hadiah tu. Tulah hakak rasa terkilan sampai sekarang rasa nak pos balik je tau

    ReplyDelete
  33. ok je sal, insyaAllah diorang paham

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com