Monday, 15 January 2018

Aku, Dia dan Kasut Corak Hati

Aku ada sepasang kasut flat color cream, with heart shaped embellishment besar terletak warna coral pink. Beli dekat Padini. Ramai puji kasut ni comel. Well, bukankah kasut melambangkan personaliti pemakai. Hahaha.

Tapi hari tu masa jalan dengan dia, dia senyum-senyum tengok kasut aku pastu tanya:

"Kenapa letak hati kat kaki, Sal?".

Sejujurnya aku terdiam tak tahu nak jawab apa. Dah memang pattern dia macam tu. Masa aku beli, aku beli sebab aku rasa kasut tu comel dan murah. Tu je.

Last-last aku jawab macam ni:

"Sebab selalunya saya bagi hati saya kat orang, orang pijak-pijak. So, baik saya sendiri letak kat kaki, puas hati".

Tak taulah kenapa aku terlintas nak jawab macam tu. Dia diam. Aku pun diam.

Aku ingatkan dia pun tak kan pijak hati aku macam dia, dia dan dia yang dulu-dulu tu. Tapi entahlah, memang diri ditakdirkan single sampai mati kot. Kalau tak malang, selalunya aku bangang.

Bye KL, bye awak.


Pergi vacation membawa hati yang dipijak orang. See you in a week, guys. Semoga bila aku pulang nanti hati dan semangat semakin pulih. Doakan ye. 

Ah...lantaklah dari fikir pasal dia baik aku enjoy!!!


54 comments:

  1. Alolo jgn ckp macam itu. Insya Allah satu hari nanti Ada insane Yang pikat Hati Tu Dan Jaga dia sebaiknya sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai insane pulok dah.. sori.. insan

      Delete
  2. InshaAllah...cik sal satu hari nanti hati itu akan bersatu dengan hati insan lain, jangan putus harapan okeh, pergi bercuti tu mana tahu jumpa hati satu lagi kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...xpelah g bercuti ni nak lupakan sekejap. Bagi masa untuk hati sendiri heal. Ewah sangat

      Delete
  3. amboi... best je ayat dia balas.. hahaha.. mcm mbawa hati yg lara je sal.. mne gmba kasut tu.. nk tgk !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasut x bawak, tinggal kat KL. Hahaha. Hati mmg kena bawak, kalau tinggal sape nak jaga..

      Delete
  4. inshaAllah suatu hari nanti akan bertemu si dia yang tertakhta di hati. hati-hati sal

    ReplyDelete
  5. hahahha. lawak la Sal, jawab je 'senang sy nak bawak hati awak lari' hahaha..
    tapi takpe sal, nanti sampai waktunya, belum tiba waktunya .. ngegeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. X pandai nak cia cia cia la Zie. Kalau x lama dh jawab gitu.

      Delete
  6. In syaa Allah ada yang lebih baik menunggu. Happy holiday Sal.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Haha. Jadi blogger cukuplah. Tu pun selalu skip menulis

      Delete
  8. kalau kahwin sekalipun, jangan bagi hati sepenuhnya. Nanti sakit hati bila dipijak-pijak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah betul.sebab biasa orang perempuan ni kalau sayang, sayang sampai hati sendiri sakit. Ewah

      Delete
  9. Ikatan yang tak putus adalah antara anak dan ayah atau ibu. Yang lain itu, semua akan putus dan dipijak-pijak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu...mendalam betul. Insha allah saya akan ingat

      Delete
  10. Replies
    1. Insha allah abang MKL. Terima kasih atas kata2 semangat

      Delete
  11. Ramainya yg dah pijak hati sal yea, takpe..yg pijak2 tu tak sesuailah tu, dari nnt kena pijak, henyak, lenyek, penyek lagi teruk Kan, sekurang2nya kena pijak sakitnya sikit je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..jangan dipijaknya saya ni dahla. Saya kecik je. Hehe

      Delete
  12. Think positif je kak. Huhu. Yang penting hati kena ceria. :)

    ReplyDelete
  13. Teringin pulak nak tengopk kasut yang ada gambar hati tu.

    Sabarlah wahai hati anggaplah dia bukan jodoh cik Sal kerana dia bukan yang terbaik eececewah...

    Fuh! holiday lagi? Ke mana pula kali ni?

    ReplyDelete
  14. selamat bercuti. inshaAllah angin bercuti pasti akan ada hasil yg positif ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. True that. Beralih angin lihat tempat orang memang banyak perubahan saya rasa

      Delete
  15. rasa nak buku kan je entry ni hahaha

    tak pe yg penting blk malaysia ada ole ole hanbok sutera korea eh ehhh ye laaa aritu kn da mng... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan juara liga boleh menang, tapi dengan relegation team kalah pulak. Hahaha

      Delete
  16. Ishhkkk...macam Ramlah Ram pulak.
    Tapi dia letak hati kat baju... :D

    Moga yang terbaik akan datang untuk Sal...aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oklah tu, saya memang peminat ramlah ram. Badan pun saiz dia

      Delete
  17. boleh jadi tajuk drama tu sal

    ReplyDelete
  18. adoiii awat sedih bebenor ni.. chill na..Jodoh tu kan rahsia Allah...

    ReplyDelete
  19. Ala hati mummy ni lagi la bukan takat dipijak, digilis2 lagi..relax je.. Insya Allah akan ada manusia yg akan kutip hati telah dipijak itu suatu hari nanti..Dan meletakkannya ditempat palinggggggg tinggi.Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ok sikit ni mummy. Bila fikir balik xdelah apa sangat. Ala macam x pernah frust sebelum ni.

      Delete
  20. Anw Happy Holiday Sal... Sila cari marka baru waktu holiday na..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah balik ni mummy, tak jumpa plak. Haha

      Delete
  21. There's someone who is better for you. Dont settle. Take care <3

    ReplyDelete
  22. Deep ayat tu sal. Sentap kalau si dia, dia dan dia dengar. Haha. InsyaAllah akan ada yg amik hati tu naik ke atas semula satu hari nanti.

    ReplyDelete
  23. hati sendiri memang sendiri yang kena pujuk. jomla kita letak hati tinggi2 biarla susah nak dicapai gituu.. eh hatikuuuu tertinggal disana melayang terobang entah dimana. macaaaam mane ni..!!

    ReplyDelete
  24. Dont ever give up.. Sebab ada seseorang yang memang ditakdirkan untuk awak Sal.. One day bila sal jumpa dia, Sal akan tahu dia lah pelengkap hidup Sal.. Selamat bercuti Sal..

    ReplyDelete
  25. Ek eleh, jiwangg pulak tetiba.....nak pergi oversea pergi jerlah. Jeles hokay org tu asyik jalan je. Tunjuk sikit kasut comey? Tunjuk beg buat apa!

    ReplyDelete
  26. Replies
    1. haha, ayat orang kuat tengok hindustan

      Delete
  27. seriously dik, aida suka jawapan tu.
    memang win.
    disamping ia memang menjawab soalan, ia juga mampu menutup terus mulut org yg menyoal tu :) ha ha ha
    no more questions.

    ReplyDelete
  28. Insha Allah ....
    moga Allah gantikan dengan lebih baik....

    Biar single asal jangan jadi #teamHusna or #teamaryana

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com