Tuesday, 28 March 2017

Kekuasaan Allah di Kobe - Part 7 - Kansai Trip

Assalamualaikum semua! OK, meh sambung cerita di Kobe. Kobe ni sekali pandang, takde siapa sangka ia pernah dilanda gempa bumi yang amat tragis. Gempa yang terjadi pada tarikh 17 Januari 1995, pada jam 5.46 pagi itu dikenali sebagai the Great Hanshin Awaji. Seramai 6,434 orang maut; 43,792 cedera, manakala 249,180 buah rumah rosak. (Sumber : http://www.dri.ne.jp/en) Gempa berdurasi 20 saat, pada skala 6.9 Mw itu antara yang paling dahsyat dalam sejarah Jepun.
(Sumber : https://en.wikipedia.org/wiki/Great_Hanshin_earthquake)

So, lepas je turun dari Mount Rokko, kami meneruskan perjalanan ke Earthquake Museum, Kobe. Aku dah buat research, so ada 3 cara aku kenal pasti dari Rokko Cable Car ke Earthquake Museum.

Option A : Turun di Iwaya Station
  1. Naik bas nombor 16.
  2. Berhenti di hentian bas Nada Kuyakushomae. Aku pernah mention yang bas di Kobe ada skrin yang display bus stop yang seterusnya, tapi dalam tulisan Jepun. 
  3. Cari stesen train Shinzaike Station
  4. Naik Hanshin Line to Iwaya Station
  5. Jalan kaki dalam 850 m ke muzium
Yang ni kitorang reject sebab banyak kena jalan. Bukan malas, takut sesat atau salah bus stop.

Option B : Turun di Kasuganomichi Station
  1. Naik bas nombor 16.
  2. Berhenti di Rokko Station, iaitu stesen tren kitorang sampai tadi.
  3. Naik Hankyu-Kobe line to Kasuganomichi Station
  4.  Jalan kaki dalam 1.3 km ke muzium
Yang ni kitorang reject jugak sebab 1.3 km nampak jauh. Hahaha. Ni sebab malas. Jujur.

Option C : Naik bas, turun dekat dengan museum.
  1. Naik bas nombor 16.
  2. Berhenti di stesen bas JR Rokkomichi. Senang nak detect bus station ni sebab besar dan memang banyak bas berhenti kat situ.
  3. Naik Kobe City Bus no. 100.
  4. Berhenti bila dah nampak muzium.
Yang ni obviously menjadi pilihan kitorang. So, jomlah ke bus stop masa sampai tadi dan cari bas no. 16.

See..kat bahagian depan bas tu ada screen yang bagitau next station. 

Berhenti kat sini

Pastikan tunggu di platform yang betul

Kelemahan naik bas ni, kena tunggu lama sikit berbanding tunggu tren. Boleh plak time ni bladder aku buat hal. So, main terjah je masuk bangunan ni, tengok-tengok ada toilet. Haha. 


Petunjuk kitorang untuk turun di Kobe Earthquake Museum ni adalah gambar yang aku dah print awal-awal. Harus diingat, kat Osaka yang namanya muzium tu tak semestinya rupa macam bangunan dahulukala, bumbung pagoda semua tu ye. Masa nampak muzium ni kitorang siap tertanya-tanya, betul ke tidak. Dah lepas bus stop baru kalut nak turun. Jalan jauh sikit, tapi takde masalah sebab cuaca just nice.

Bangunan muzium tu macam ni. Dalam gambar nampak macam bangunan tengah construction..padahal memang rupa dia gitu.

Earthquake Museum dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi sampai 5.30 petang, kecuali hari Isnin dan petang tahun baru. Bayaran masuk adalah 600 yen.

Kalau nampak signboard ni, maknanya kalian di tempat yang betul

Masuk sahaja, macam biasa, akan disambut oleh awek Jepun yang akan tunjukkan kita kaunter tiket. Satu jelah yang tak best muzium ni, tak boleh ambil gambar.

Antara tarikan paling menarik dalam muzium ni bagi aku adalah 'Earthquake Simulator', di mana pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman berhadapan dengan gempa bumi. Selain tu ditayangkan juga dokumentari yang menceritakan kembali timeline, damage, survival, dan bagaimana penduduk Kobe membina kembali kehidupan dan bandar kecil mereka setelah gempa bumi tersebut. Sedih pun ada jugak bila tengok. Bayangkan kalau jadi pada kita atau keluarga kita.

Berada di muzium gempa bumi ni membuatkan aku bertambah kagum dengan negara dan masyarakat Jepun. Budak-budak umur baya Shin Chan dah diajar menghadapi situasi gempa bumi. Teknologi seismic diorang canggih, boleh mengkaji kebarangkalian berlaku gempa bumi di tiap-tiap kawasan dan meramal bila ia ada potensi untuk berulang. Eh..time tu tetiba takut dan fikir macam-macam. Huhu. Sebab tu orang-orang Jepun cenderung hidup secara minimalis. Mereka kena sentiasa bersedia untuk berpindah. Aku perasan jugak di kebanyakan tempat awam di Osaka dan Kobe, ada anak panah yang menunjukkan arah tempat perlindungan kalau-kalau terasa gegaran.

Meet Aya Shimada, volunteer di Kobe Earthquake museum. Survivor too!

Kebanyakan staf dan volunteer kat sini adalah survivor earthquake tersebut. So, aku perasan bila diorang explain pasal exhibit, mata diorang macam berair sikit. Terkenang, mungkin. Termasuklah Aya Shimada yang bawak tour tempat ni. Actually, Kobe Earthquake Museum ni tak sediakan guide, tapi since waktu ni orang tak ramai, so Aya datang dan tegur kitorang. Dia explain macam-macam. Memang friendly dan fluent berbahasa Inggeris. Dia pernah stay di Malaysia, so comel je bila dia try cakap Melayu.

Tempat ni bagi aku memang kategori must visit. Banyak benda korang boleh belajar. Besarnya kuasa Allah, bila tengok antara negara termaju di dunia pun lumpuh bila dilanda bencana. Ujian buat mereka, panduan buat kita.

Memandangkan waktu Asar dah dekat, kitorang nak berkejar ke suatu tempat ni. Kali ni pun naik bas lagi. Tunggu kat depan institut ni. Baik betul Aya tu, siap temankan kitorang sampai ke bus stop pastu tengokkan time table. Bas kat sini punctual katanya, pas tengok time table kat bus stop, boleh patah balik tunggu dalam building sebab tak tahan sejuk. Haha. Dalam hati skeptical jugak..iye ke punctual? Tapi memang betul. Impressed!

Tunggu bas berhadapan bangunan ni. Uniqlo di mana-mana.

Dari muzium, kami naik bas ke Sannomiya station. Boleh naik bas no. 100 atau 101. Sannomiya ni stesen utama di Kobe. Untuk ke Kobe Mosque (Masjid Kobe), korang boleh pilih untuk jalan kaki dalam 1.0 km, naik City Loop Bus atau naik teksi. Kitorang macam biasa, sampai je kat stesen Sannomiya, terus tanya Tourist Information Centre, cara yang mudah nak ke sana. Jangan ingat non-muslim tak tau Masjid Kobe. Cuma tulah, kalau nak tanya non-speaking English people, kenalah print gambar dengan tulisan bahasa Jepun siap-siap. Konsep Flash Card ini ditaja oleh Scdha Sein *iklan jap*

Tapi City Loop Bus ni tak boleh guna Kansai Thru Pass. Setiap kali naik, fare dia 260 yen per ride. Unless korang beli Day Pass, 660 yen. Ini bergantung pada itinerary korang. If tempat korang nak pergi tu banyak yang City Loop Bus cover, then untung beli bus pass ni. Travel ke Jepun kena banyak kira-mengira. Tapi kalau setakat beza sikit, tapi lebih mudah dan cepat, jangan kedekut sangat ye. 

Staff kat tourist Information Centre tu suggest naik teksi je since kitorang ramai. 260 yen x 4 = 1,040 yen. Naik teksi dalam berapa ratus yen sahaja. Aku lupa plak. So, mari gedik naik teksi. Barulah Kobe Drift.
 

Inilah dia Masjid Kobe! Ia siap dibina pada tahun 1935 dan merupakan masjid tertua di Jepun. Masjid ni menyimpan banyak cerita menarik. Antaranya, pernah menjadi tempat perlindungan sewaktu Kobe dibom pada tahun 1945. Seluruh Kobe musnah, kecuali rumah Allah ini. Begitu juga sewaktu gempa bumi pada tahun 1995. Hebat kan? Allahu. Memang rasa sebak gila bila tengok masjid berdiri megah di negara yang minoritinya bukan muslim. Memang syukur tak ABC (Allah Bagi Cuti) time datang sini.

Sorry aku tak tangkap gambar dalam masjid, sebab ada orang lain waktu ni. Khuatir menggangu privasi diorang. Sayang dah terlepas waktu solat berjemaah. Kalian kalau ke sini, planlah elok-elok. Ada rezeki boleh berjemaah kat negara bukan Islam, rasanya boleh buat air mata menitik.

Perasan tak dalam entry ni kitorang tak makan dari tadi. Dahsyat tak? Haha. Kebiasaannya keliling masjid mesti ada kedai makanan halal. Begitu juga kat area Masjid Kobe ni. Kitorang makan kat kedai Pakistan (ke Bangladesh? Or India?) berhampiran masjid. Sedap!! Ke sedap sebab lapar. Huhu. Mana entah gambar. Aku rasa aku ada amik, tapi belek-belek fail tak jumpa. Adoi la...

Lepas makan, ke mana kita? Nanti sambung cerita ye..Thanks for reading!

Part 6
Part 5
Part 3
Part 2
Part 1

Tuesday, 21 March 2017

Braces Journey Part 4 - Lepas 40 Hari

Aku datang ke braces review pertama dengan hati yang berbuku. Mana taknya, awal-awal doctor dah warning yang geraham bongsu belah kiri aku perlu dicabut. Rujuk ENTRY INI. Damn it, aku dah buat-buat lupa sebab tak sakit! So, misi aku hari tu adalah membodek doktor cari alternatif lain. Perit wo nak recover lepas operate.

Braces review yang pertama tak banyak renyah. Tak sampai sepuluh minit. Doktor pasang power chain kat gigi belah bawah. Ia sejenis getah elastik bentuk bulat yang dipasang di atas arch wire untuk merapatkan gap antara gigi. Dalam kes aku, doktor pasang dekat tempat gigi yang rongak tu je. Power chain aku jenis clear.  Sekali pandang memang tak nampak.

Benda kaler hijau tulah power chain

Lepas pasang power chain, doktor tanya lagi pasal minor surgery wisdom teeth aku. Aku tanya balik, perlu ke buat since tak sakit. Doktor cakap, sama je, tak sakit hari ni, sakit esok. Takut jugak aku bila lama-lama pakai braces nanti, bila braces tarik gigi ke belakang, dia menolak ke depan. Gulp! Tapi sebenarnya aku tipu doktor. Sekali-sekala gigi bongsu belah kiri aku ni buat hal jugaklah. Tapi tak kronik macam belah kanan. Belah kanan masa belum buang dulu, asal gosok gigi je berdarah. Dia punya menangkap ke kepala tu, rasa nak mengamuk je.

Jadi, aku pun bersetuju untuk operate dengan berat hatinya. Takpelah, untuk diri sendiri.

Balik dari pasang power chain, aku dah start rasa tak selesa. Nasib baik aku amik cuti. So..kembali makan bubur dan makanan-makanan yang aku makan masa first week pakai braces. Kepala pun dah start berdenyut. Tapi aku gagahkan jugak petang tu pergi tukar minyak hitam ngan oil filter keter. Adoi..duit lagi. Makin sakit kepala. Kah kah.

Tapi jangan risaulah, sakit sehari dua je. Weekendnya aku gi kenduri kahwin dah makan ayam dengan gembira.

Minor surgery aku akan dibuat bulan depan. Rasa cam sedih dan forever alone je kena gi sorang-sorang. Takkan nak mintak member amik cuti kot. Adik aku takde. Nak bodek-bodek Mak akulah, harap dia sanggup. Yelah, operate tu lama..takut dia bosan.

Day 1

Day 40

Bila tengok dalam gambar ni cam nampak progress. Haha. Korang rasa? Since powerchain aku jenis clear, memang tak kelihatan.

OKlah, doakan minor surgery aku berjalan lancar dan aku dapat recover dengan mudah. Jumpa next entry.

Monday, 13 March 2017

Menuju Puncak Rokko - Part 6 - Kansai Trip

Hari ke-tiga di Kansai, kami nak ke Kobe! Memandangkan hari Sabtu, so takde masalah nak keluar seawal pukul 8 pagi. Kitorang expect orang tak ramai lah time ni. So, pagi macam biasa, breakfast dan sediakan bekalan perjalanan. Jarak Kobe-Osaka tambah tolak dalam 40 km. So, kalau korang nak melawat Kobe, tapi malas nak tukar-tukar tempat penginapan, stay aje kat Osaka. Tak jauh sangat pun.

View dari koridor apartment kitorang menginap. Cuaca cerah, tapi still sejuk. Ohayo Japan!

Dari rumah kitorang, jalan ke stesen Namba dan cari train Midosuji Line untuk turun di Umeda Station. Umeda Station ni kawasan yang sama kitorang turun dari Museum of Housing and Living hari sebelumnya. Kali ni acah terer sikit lah sebab semalam dah lalu. Oh ye, untuk pas kitorang pakai Kansai Thru Pass-2 Days berharga 4,000 yen. Kansai Thru Pass ni untungnya sebab dia cover bas jugak. Dekat Kobe akan banyak naik bas sebab Kobe tu kecik aje.

Dah sampai Umeda, cari pulak Hankyu-Kobe line. Jangan sampai confuse bila naik train kat Jepun ni. Kat satu stesen tu ada banyak line. Dan tiap-tiap line tu ada menuju ke macam-macam destinasi. Penting pastikan dua benda ni : Line dan Destinasi. Then baru make sure platform yang tepat

Dalam train on the way ke Rokko Station, aku perasan stesen Rokko yang patut kitorang turun tu dah terlepas. Aku pun bagitau dekat travel mate aku yang lain walaupun kredibiliti aku sebagai pembuat itinerary tergugat kala itu. Macam biasa, kat Jepun ni kena pegang teguh pada peribahasa 'malu bertanya sesat jalan'. Aku pun tanya satu awek Jepun yang diri sebelah aku. Rupanya train kitorang naik ni train ekspress, tak semua stesen dia berhenti. Patutlah laju semacam.


Train tu finally berhenti kat stesen Kobe-Sannomiya yang merupakan main station di Kobe. Awek Jepun yang aku tanya tadi tunjuk kat tren kat platform sebelah dan suruh naik tren tu untuk patah balik ke Rokko. Lepas ucap 'Arigato', kami pun berlari ala Amazing Race ke tren sebelah. So, selain line dan destinasi, jenis train pun perlu diambil kira. Sebelum naik, tengok dulu adakah train express atau train local-bound supaya berhenti kat stesen yang dihajati.

Tapi sebenarnya ada hikmah kitorang tersilap naik train tadi sebab masa perjalanan lebih cepat. Nama pun train express kan. Apa pun terima kasih lah pada cik adik Jepun comel yang tolong kitorang.


Stesen Rokko ni kecik je. Turun bawah terus nampak bas no. 16 untuk ke Mount Rokko  Kali pertama naik bas di Jepun, jakun jugaklah. Sebab naik ikut pintu belakang, turun pintu depan. Dekat Kobe, bas yang kaler hijau-putih ni boleh pakai Kansai Thru Pass.

Keadaan di Kobe tak macam di Osaka. Selain dari lebih sejuk, Kobe juga nampak kurang sibuk. Memang enjoy tengok scenery kat luar masa dalam bas. Tak susah nak tahu mana nak berhenti, sebab bas kitorang naik ni ada skrin yang bagitau nama stesen. Macam train jugak. Canggih kan, walaupun bas dia nampak sempoi je. Uniknya bas kat Kobe ni, nak turun baru bayar. If nak pakai cash pun boleh, tapi guna exact change.


Masa kitorang sampai, orang agak ramai walaupun masih pagi. Tak lengang macam gambar atas ni. Ni gambar dari Google. So, mula-mula kita beratur dulu untuk beli tiket. Plan trip korang awal-awal. Nak turun-naik atau naik tak turun-turun. Eh..naik tak turun-turun tu cmane? Nanti aku cerita.


First of all, kita beratur beli tiket. Harga cable car untuk dewasa adalah 590 yen (one way) atau 1100 yen (return). Bagi kanak-kanak bawah 12 tahun adalah 300 yen (one way) atau 500 yen (return). Kitorang beli return. Nilah rupa cable car kat Rokko ni. Aku pun tak faham nape aku tak tangkap gambar. Terlampau teruja mungkin. Cable car ni ada gerabak yang open air, ada gerabak bertutup. Kot tak tahan sejuk, pergilah duduk kat yang tutup tingkap tu. Tapi nak feel, mestilah duduk dekat tempat open air.

Masa on the way naik tu aku siap terfikir, kalaulah datang time autumn dah full bloom, mesti lagi cantik scenery. Lupa habis nak snap gambar. Dok menikmati view dan udara sejuk dari luar. Exercise paru-paru ni penting, taulah kak Sal korang ni kan penyanyi. Tapi penyanyi karaoke jelah mampu. Hehe

Rokko Cable Car ni buka seawal 7.10 pagi sampai 9.10 malam. Manalah tau kot korang nak menikmati sunset ke. Perjalanan ke puncak Gunung Rokko ambil masa 10 minit . Jadi...Nikmatilah!

Ada apa kat atas tu?

Dekat sini ada observatory. Boleh tengok bird eye view Kobe

Hujan sekejap-sekejap. Memang tak boleh elak.

Hoi hoi.. sejuk weh!


OK, awal entry tadi aku ada mention pasal naik tak turun-turun kan? Kat Mount Rokko ni, banyak lagi tempat korang boleh explore. Ada jugak yang dari sini terus proceed ke Rokko-Arima Ropeway. Cable car macam kat Genting tu. Dengarnya view dari atas cable car ni pun boleh tahan cantik. Nak ke Ropeway Station, boleh naik bas. Tak pasti pulak aku bas tu boleh pakai pas ke tidak.

Aku pun tak tau kenapa benda ni takde dalam iti aku. Mungkin sebab kitorang kejar masa, since hanya peruntukkan sehari sahaja kat Kobe. Suggested itinerary untuk you alls, dari Mount Rokko, naik la Ropeway ni sampai ke Arima Onsen. Onsen tu maksudnya hot spring.

Atau mungkin jugak kitorang 'takut' dengan Arima Onsen. Sebab dengar cerita orang Jepun ni tak kisah mandi bogel di tempat awam. But if you guys are curious, pergilah tengok. Like I said before, kalau nak buat benda gila, Jepun adalah tempatnya. Kah kah. Nah..just kidding. If nak tahu lebih lagi buatlah research sendiri. Contohnya kat website ni . Aku tak pergi takut plak nak bagi advice, kang sesat korang kecam aku. Dari Onsen tu, sukati lah korang nak pergi tempat lain terus atau retrace perjalanan datang.

Macam kitorang, lepak tengok view dari observatory tu je. Tak tahan stay lama-lama, sebab sejuk. Turun dari Mount Rokko dengan cable car jugak.

Dari Mount Rokko, kitorang nak gi jejak sejarah Kobe pulak. Nanti sambung next entry ye. Thanks for reading

Part 5
Part 3
Part 2
Part 1

Kalau dah namanya Jepun, weekend pun train sibuk jugak kalau pagi-pagi

Tuesday, 7 March 2017

Go Marching In!

Assalamualaikum dan apa khabar semua! Berakhir sudah Februari, bulan yang sibuk tapi padat. Walaupun begitu, aktiviti wajib setiap kali awal bulan tetap diteruskan padahal seminggu delay dah ni woi. Tujuan aku letak bloglist bulanan ni adalah sebagai promosi blog diorang kat readers lain sebagai tanda penghargaan sebab tak putus-putus komen kat blog aku. Yang tak ada pun jangan risau, aku akan tetap terjah. Percayalah, kekerapan aku merayap kat blog orang, lagi tinggi dari kekerapan update blog sendiri.

OKlah, meh kita tengok siapa yang berjaya jadi pengomen tegar bulan lepas. Terima kasih masih ada yang sudi datang mengomen.

1.Muhammad Khairuddin Lim
Blog: http://kakitravelkhairuddin.blogspot.my

2.nhhas
Blog : http://hnr318.blogspot.my/

3.aRz MoHa
Blog: http://www.arzmoha.com

4.dear anies
Blog : http://aniesandyou.blogspot.my 

5.Siti Nurzafirah
Blog : http://miamorzafirah.blogspot.my

6.Farrah MF
Blog : http://famf-tower.blogspot.my 

7.Hainom OKje
Blog : http://hainomokje.blogspot.my/

8.raihanah
Blog : http://vitamin-cerdik.com/

9. tiga lalat 
Blog: http://tigalalat.blogspot.my

10. Zie Azi
Blog : http://jepunmari2.blogspot.com/

11.LYAfrina
Blog : http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.my/

12.azaleania
Blog :  http://azaleania.blogspot.my/

13.Ana Fatihah
Blog: http://solehahgirlz.blogspot.my

14.Nour Adieb
Blog: https://nourayuadieb.blogspot.my/

OK lah gais, rasanya tu je aku membebel kali ni. Jumpa lagi next entry! Have a lovely month ahead!


Dah tengok Surga Tak Dirindukan 2, tapi malas nak buat review sebab tak puas hati dengan ending. Kah kah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com