Saturday, 24 June 2017

Salam Aidilfitri 2017

Assalamualaikum dan hai semua. Macamana persiapan hari raya korang? Bohonglah kalau aku cakap aku tak hepi nak sambut raya walaupun Syawal kali ni cuti tak lama. Raya kali ni lain dari tahun lepas sebab both akak dan abang aku spend raya pertama kat sini. Raya ni jugak raya terakhir adik lelaki aku beraya bujang. Tahun depan dah beraya sebagai laki orang. Aku? Masih #TeamRayaSingle.

Walaupun aku kena naik opis seawal raya keempat, tapi aku dah ambil cuti dari 26 Ramadhan (Rabu lepas). Saja, nak rileks. Entah apa nak dibuat cuti 4 hari sebelum raya, macamlah balik kampung. Macam biasa, kami raya KL lagi tahun ni. Family aku memang complicated. Nak explain kenapa tak raya kampung kena cerita panjang lebar, so baik korang layan ketupat rendang dari layan kisah hidup aku. Lagipun, Abah aku still bertugas sebagai amil zakat tahun ni, so macam biasalah amil kan kena bertugas pagi Syawal. The most wanted person tau. Tak ada dia mau kalut satu taman.

Bila cuti awal, aku berpeluanglah gi shopping barang raya awal sikit. Kuih dah buat weekend sebelumnya so just chill beli barang untuk hias rumah dan barang dapur. Usha baju raya sambil tu, last-last beli brooch je. Heaven betul gi supermarket time orang tak ramai. Sampai lupa weekdays parking kena bayar. Buat selamba aku je.

Khamis lepas. Masih lengang. Beli barang dengan senang hati.

Tahun ni aku tak beli baju raya baru sebab takde yang berkenan. Orang dah tak pakai baju kurung ke? Aku jenis klasik sikit, suka baju kurung berbanding jubah, dress atau kurung moden yang fancy. So, macam biasa, baju jarang pakai aku anggap je baju baru. Tak payah membazir. Rupa macam tu jugak, tak lawa-lawa pun. Kah kah.

Ketupat dan lepat pun kitorang dah siap anyam semalam. Hari ni baru nak isi beras/pulut dan rebus. PM tepi kalau mak awak nak menantu yang pandai anyam ketupat. Haha.


So, projek hari ni nak merendang, melondeh, eh melodeh dan sebagainya. Jap lagi kakak aku anak-beranak sampai tak dapatlah nak online. So, nak wish Selamat Hari Raya, mohon maaf segala silap yang nampak mahupun tidak. Tak sabar nak baca cerita raya korang. Hati-hati di jalan raya ye.

31 comments:

  1. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin sal :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. wish stail hipster ni..haha. SHRMZB. Boleh?

      Delete
  3. terima kasih payung lontong and rendang ayam.. sedap menjilat jaaari =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih datang, tu yang paling penting. Harap pas ni daapat hangout lama-lama lagi ye.

      Delete
    2. nanti roger lagi.. terjah KLCC idaman hati hehe..

      Delete
  4. #TeamRayaBujang jugak.. untuk sampai bila guna hashtag ni tatau la ngeh ngeh but i dun really care kak.. janji happy !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya dong..janji happy.meroyan pun bukan boleh dapat apa.haha

      Delete
    2. hahaha.. btul2. rilex n chill.. cari duit pi jalan2.. kot sangkot yg mata biru mata hijau =P

      Delete
  5. Blm terlambat nk ucap selamat Aidil Fitri kan Sal.
    Wah, pandai nganyam ketupat ye, bagus2x, next year anyam bebanyak pastu just, ritu nk beli yg siap anyam,6 biji 5 hengget tekau, tak payah le, rebus ketupat segera jelah.
    Ada doa byk2 tak masa bln puasa baru ni, Mana tau berkat doa bertemu jodohnya, aminnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak NA..sedangkan daun belum anyam dah mahal, inikan pulak ketupat. Alhamdulillah, pandai tak pandailah, tapi family saya memang tak aci jenis segera ni.rasa macam tak raya

      Delete
  6. Salam Aidilfitri Sal. Saya dan famili beraya di KL sebelum balik ke rumah mertua. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya sal..zie pun raya di KL, next day baru balik kmpong

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya Sal. Maaf zahir & batin

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya Aidilfitri Sal..
    Maaf Zahir Batin 💕

    No wonder belum balik kampung masa Raya, al-kisah cuti awal, hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. raya ke-10 masih belum balik kampung.mungkin tunggu raya haji..huhu

      Delete
  10. pandainya anyam ketupat tu,akak buat ketupat palas bolehlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah pandai, ambil masa jugak.saya ketupat palas kurang pandai bab mengisi pulut tu.mesti kurus je ketupat palas saya..haha.macam orangnnya

      Delete
  11. Tak pe Sal.... single lagi senang. Ko boleh beraya kat mana mana ko suka. Kang dah kawen nak kena balik rumah mertua lagi....hihihi...

    Kira lamalah jugak tu cuti sampai raya ke 4 baru masuk kerja balik, kang duk rumah kena buat air pulak layan budak budak beraya, kan malas tu haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tahun ni adik saya cuti lama, so biarlah dia yang take over tugas buat air dan layan bebudak tu. Suka konsep mak jilap, raya jelah mana suka kan sementara single ni. Naik raya keempat tu oklah kan, ada orang raya pertama pun kena bertugas.lagi sedih.

      Delete
  12. hihi, ketupat daun plas timm tau, ketupat nasik kak sal kna ajar balut..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pulak terbalik, ketupat daun palas memang tak pandai. Time diorang buat akak lari. Haha

      Delete
  13. semoga Kak Sal mendapat seru vitamin rajin habiskan up entry travel.. fuuuuuh..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mood kenduri je sekarang ni u olls..haha

      Delete
  14. Tahun ni tak akak tak anyam ketupat. Dapat ketupat segera nona aje la jwb nye

    ReplyDelete
  15. salam..
    yaya singgh raya sini jap..da nk hbs rye bru mai kan..huhu
    maaf ler..
    jarang bw... =p

    ReplyDelete
  16. errr nak ucap selamat hari raya hari laa... advance sikit ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..boleh..nak ucap selamat awal muharam pun boleh. tu paling penting..haha

      Delete
  17. Sama lah kita raya team raya KL. Best sebab jalan lengang nak g beraya rumah saudara amra. Hehe

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com