Tuesday, 26 July 2016

Krabi Part 4

Assalamualaikum semua! Adoila, mereput cerita Krabi ni ha. Jom sambung!

Setelah Elephant Trekking , kami dibawa ke Hot Stream Waterfall atau dalam bahasa tempatan- Namtok Ron Khlong Thom. Tu dia... Jauh jugak dari town, dalam 50 kilometer. Ada gak yang naik motor ke sini, kalau tak nak ambil travel agent. Macam kitorang, dah amik travel agent, kenalah ikut group dan tour guide.


Dah sampai sini, apa lagi mau bikin, mandi lah. Tapi aku boleh plak tak bawak baju spare. Bijak kan? So, celup-celup kaki je. Lagipun, kat sini ada signboard, dinasihatkan tak payah lama-lama sangat berendam. Maksimum 20 minit je. Tak tahulah sebab tak elok dari segi kesihatan ke, ataupun pihak waterfall tak nak orang ramai buat tempat tu macam jakuzi sendiri.

Banyak je gambar selfie kitorang, tapi ni je yang paling proper ..haha

So, aku rekemen ke tidak tempat ni? Bagi aku, biasa je. Kat Malaysia pun banyak kolam air panas kan. Kalau ada niat nak rendam badan tu bawaklah baju spare. Ada toilet untuk salin baju. Tahap kebersihan tandas tu so-so ajelah. Jangan high expectation sangat.

Dalam sejam kat sini, kami dibawa ke area Emerald Pool pulak. Nak ke sana kami naik van tadi. Short journey je. Kat dalam ni tak dibenarkan bawak masuk makanan melainkan air mineral.

Tour guide memberi penerangan.

Kawan-kawan aku suggest ke Blue Pool dulu. Nanti dari tempat jauh, kita pergi yang dekat. 

Korang kalau nak menjejak Blue Pool ni, pakailah kasut sukan ye. Sebab penat berjalan. Kalau pakai selipar biasa je mau melecet kaki.

Memula elok je lalu dalam hutan, tapi bila dah keluar tu, panaih lit lit weiiiih. Bawakla topi ngan spek mata hitam korang tu

Katanya 0.8 km je, tapi maybe sebab naik bukit, rasa macam 8 km! Jalan punya jalan ingat dah terlepas, tapi rupanya tak sampai lagi. Korang jangan risau, Blue Pool ni memang senang cari. At the end of a storm, eh tak, at the end of the path akan nampak kolam yang kaler biru macam swimming pool! 

Tidak dibenarkan berenang ye. Korang jangan gi cari pasal pulak.

Sedikit info tentang  Spring Pool. Local panggil Sa Nam Phut. Digelar Blue Pool mungkin sebab kaler dia biru, bukan sebab ada awek pakai macam dalam filem blue sampai aku terpaksa censored gambar atas ni. Siot, time amik tak perasan. Kalau aku ni jantan, dah macam pervert pulak.

Macamana warna biru tu terhasil aku tak sempat kaji. Maaf ye. Haha.

Sempat buat kawan baru. Sebab hari tu tak mintak izin nak up muka diorang so aku taruk la stiker.

Dari Blue Pool, kami patah balik ke Emerald Pool. Blue Pool ni takde apa nak buat. Tangkap gambar jelah. Nak mandi tak boleh.


Ramai manusia, cuba cari aku kat mana?





Cari sampai esok pun tak jumpa. Sebab aku yang tangkap gambar ni. Hahaha, kelakar betul aku ni.




Emerald Pool ni boleh bermandi-manda. Best, macam swimming pool! Aku pun turunlah bersiram walaupun tak bawak baju spare. Tak tahan godaan. Gambar mandi-manda tak ada. Hihi.

Lepas beberapa ketika barulah kitorang sedar yang kitorang dah lambat for lunch. Apalagi, menggelupur patah balik ke pintu masuk. Lunch dah disediakan, tapi kena makan cepat. Sebab nak kejar masa. Time tu memang biar baju kering sendiri je kat badan. On the way ke pintu masuk tadi pun dah kena panas.

Pas makan, kami pun diperambat naik van sebab nak ke destinasi seterusnya. Ke mana tu? Nanti aku sambung. Sorry lah entry ni cam malas je sebab aku memang ikut je tour guide. Memang blank. Research pun tak buat.

Part 1
Part 2
Part 3

Jumpa next entry!

Thursday, 21 July 2016

Siri Berlagak Dengan Pembaca

Assalamualaikum dan hai semua! Bertemu kita lagi dalam siri berlagak dengan pembaca blog. Berlagak apa? Berlagak sebab dapat kad raya lah. Muahahaha.

Alhamdulillah, raya kali ni banyak jugak kad raya aku dapat. Siapa sangka, rezeki blogging, dapat jugak merasa dapat kad raya macam zaman bercinta, eh tak, zaman kanak-kanak dan remaja dedolu. Antara rakan blogger baik hati yang sudi mengirim kad raya kepada aku adalah :

1.FarrahMF


Tengok pun dah tau kan, siapa yang rajin bab-bab buat kad sendiri ni. Tak main la beli kad kat kedai. Tu korang, noob. Samalah aku gak. Kad ni dari pemilik blog FAMF Tower. Dia ni memang kreatif bab kraf dan masak-memasak. Tip top meletup. Tangan yang memegang sudip, juga mampu memetik gitar. Bila kita nak berkolaborasi buat busking ni kak? Dah standby nak nyanyi. Hehe, jangan marah kak Farrah. Thanks for the lovely thought!

2. Deanna Morni

Lama tak dengar khabar akak sorang ni. Sibuk agaknya. Almaklumlah, selalu outstation. Suka baca pengalaman dia explore tempat baru dan shopping-shopping Malaysia. Tapi tulah, dalam sibuk-sibuk pun tak lupa hantar kad raya. Terharunya. Ni link blog kak DM buat yang nak berkenalan : Kameq Deanna

3. Qaseh Vee

Sis Vee ni diam-diam je hantar kad. Aku pun lupa yang aku ada bagi alamat kat dia. Siap bagi FM 'Floria Putrajaya', tapi dah selamat naik fridge. Tahulah aku ni gila FM. Sis Vee ni antara yang terawal aku kenal dalam dunia blogging. Yang ni pun hebat di dapur jugak. Mak Usu kesayangan ramai.

4. Scdha Sein

Bohonglah korang tak kenal Scdha Sein. Famous kot Ah Kak ni. Merata dah dia berjalan. Sesiapa yang suka baca blog travel yang tak serius tapi very informative, bolehla singgah blog SS.

5. Yana Yani

Ah..kalau perati betul-betul, sedikit cacat kad pemberian Yana Yani. Tahu tak, aku letak stiker kereta baru dapat sekali dengan kad raya ni sebab takut hilang. Sekali amik kau, dengan stiker kereta aku jadi cacat sekali sebab melekat. Bijak kau ni.. Nasib baik still valid. Adehhh..Thanks kak YY! Tak pernah lupa menyeru kita semua agar sentiasa ingat kepada saudara seagama yang lain.

Ermmm..lima je pun kad raya kau dapat, Sal, nak berlagak apa! Eh..ada lagi hokay, aku je lupa aku letak mana! Nanti dah jumpa aku update la entry ni.

Thanks for reading, lovelies!!! Citer raya? Gi cari kat blog lain. Bye...

Saturday, 16 July 2016

Craving for 'Me Time'

Misi : Menulis tanpa gangguan dalam masa 20 minit sebab memanjang sibuk nak update blog. Kalau tak sibuk pun internet connection macam lahanat. Ready, set, go!

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri semua. Ah...finally! Dapat jugak masa nak tulis blog walaupun aku nak warning korang awal-awal yang entry ni takde arah tujuan.

It's just that, aku sibuk betul lately. Sibuk raya dah satu hal, sibuk dengan keluarga pun satu hal. Macam-macam jadi. Baru enam orang adik-beradik dah pening kepala. Kalau lagi ramai tak tahu entah apa.

Tu baru hal peribadi, hal kerja pun busy jugak. Minggu depan ada event, kena keluar office. Hampeh, tak tahu ke ni musim jamuan raya. Musim yang tepat untuk gi department lain buat-buat hantar dokumen atau jumpa orang, kot ada rezeki boleh tumpang jamuan raya diorang. Pastu, mana boleh miss jamuan raya company. Tak merasa lah jumpa dan bergambar ngan artis. Tak merasa tumpang aura glamer staf TV yang lain. Aku pun artis gak, artis karaoke merangkap pengulas sukan kat twitter.

Aku harap korang tak kata aku sibuk sebab Euro 2016 sebab Euro tahun ni macam sampah. Format yang bodoh, grouping tak adil, draw tak seimbang, dan pemenang takde kredibiliti langsung. Aku tengok gitu-gitu je.

Nak sangat update blog, tapi bila internet slow, memang punah impian nak edit gambar. Aku mintak maaf kat kawan-kawan yang bagi kad raya sebab aku tak sempat buat entry untuk appreciate korang. Melbourne dan Krabi tak taulah bila nak sambung, Dan yang lagi penting, aku ada dua future trip yang banyak lagi aku tak prepare ni. Ahhhh...stress!

Dah nak habis 20 minit. Thanks membaca entry tanpa arah tujuan ni. Ni pun lepas gian menaip sebab dah rindu sangat kat blog. Doakan keadaan kembali reda untuk aku agar dapat aku menikmati sedikit masa untuk diri sendiri.

Entah apa-apa entah aku ni. Belum ada suami atau anak lagi. Dah tak tentu arah sebab tak dapat 'Me Time'.

Terlebih 5 minit plak. Aku dah ngantuk sangat ni. Tido dulu. Esok banyak lagi hal menanti.

Maybe I'm just craving for a full 90 minutes of live football - A type of drug yang dah lama sangat tak dapat.

Aku yang sunyi dalam meriah.

Bye.


Sunday, 3 July 2016

Apa? Dah bulan Julai?

Assalamualaikum semua. Bulan Ramadhan ni momentum blogging aku kurang sikit. Blogwalking kurang,  blog sendiri lagilah sepi. Orang nak datang komen pun tak tau nak komen cmane sebab takde entry baru. Hahahaha. Tapi aku memang tabik spring kat diorang ni, sebab entry lapuk tahap Bujang Lapuk pakai songkok pun depa komen dengan sepenuh hati. Mereka adalah: 

1.Siti Yang Menaip
Blog: http://sitiyangmenaip.blogspot.com/

2.Muhammad Khairuddin Lim
Blog: http://kakitravelkhairuddin.blogspot.my

3. Yana Yani
Blog : https://iamaproudmama.blogspot.my

4.  Farrah MF
Blog: http://famf-tower.blogspot.com

5.nhhas
Blog : http://hnr318.blogspot.my/

6.Mummy Julia
Blog : http://notachentamummy.blogspot.my 

7.Anies
Blog : http://aniesandyou.blogspot.my/

8.Siti Nurzafirah
Blog : http://miamorzafirah.blogspot.my

9.Qaseh Vee
Blog: http://harumankasehvee.blogspot.com/

10. Zie Azi
Blog : http://jepunmari2.blogspot.com/

11. Mummydearie
Blog : http://mummydearie.blogspot.my/

12. Scdha Sein
Blog : http://scdhaseinphoto.blogspot.my/ 

13. Puan Kutu
Blog :  http://puankutu.blogspot.my/

14.paridah
Blog : http://karyaku-paridahishak.blogspot.my/

15.Hainom OKje
Blog : http://hainomokje.blogspot.my/

I olls sangat terharu dengan kehadiran u olls semua. Aku tau ramai yang  nak komen, tapi tetiba sel-sel otak tak berhubung. Mungkin kerana entry aku yang entah apa-apa. Hahaha. Silent reader pun aku tetap appreciate. Tapi dah silent, aku tak tahu lah sape korang.

Sebagai tanda penghargaan, blog-blog yang tersenarai akan dimasukkan dalam bloglist Julai.

Nak ucap Selamat Hari Raya in  advance. Hati-hati di jalan raya. Have fun wherever you are bersama yang tersayang. Thanks buat yang bagi kad raya. Sorry tak sempat buat entry. Insha Allah akan diusahakan.

Love you gais! Take care!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com