Saturday, 28 May 2016

#UCLFinal #GoAtleti!

San Siro Stadium, Milan, Itali
29th May 2016, 2.45 pagi waktu Malaysia
Final Champions League 2015/16
Atletico Madrid vs Real Madrid


 10 sebab aku nak Atletico Madrid menang

1. Atletico ada Torres

2. Their coach is Diego Simeone, one of my favourite. Dia buat taktikal 'parking bas' followed by counter attack nampak genius instead of boring.

3. Final 2014, same fixtures, Atletico Madrid kalah. Dah elok leading 1-0, tetibe Ramos score di minit terakhir. Lagi pedih? Real Madrid tambah 3 biji gol di extra time. Ngeri! 

4. Sebab Torres

5. Atletico tak pernah menang Champions League. Lainlah Liverpool, juara lima kali. Kalau Real menang, ini kemenangan yang ke-11. Asyik muka sama je menang, boring gak kan.

6. Sebab Real Madrid kelab kaya yang penuh star, berbanding Atletico. Dalam bola sepak, duit dan nama besar bukan segalanya.

7. Cristiano Ronaldo tu ex-player Men Yu. Boooooo!!!

8. Torres tu ex player Liverpool.

9. Kapten Atletico, Gabi somehow buatkan aku teringat kat Gerrard.

10. Sebab aku ada banyak jersi Atletico, so bolehlah aku pakai dengan bangganya kalau menang..Muahahaha

Throwback sikit.. Sal at Sydney, musim bunga 2014

Can't wait! Jangan tak terjaga sudah.



Friday, 27 May 2016

Gagalnya aku sebagai seorang anak

"Mak, Abah, nanti bulan 10..."

Mak ngan Abah aku yang dok baca surat khabar terus mendongak. Kalau ni cerita anime, confirm mata diorang bersinar-sinar macam lepas makan ramen paling sedap di dunia.

Oh god, here we go.. Tarik nafas panjang-panjang. Susun ayat.

Go!

"Nape ngan bulan 10?", Abah mencelah bila aku tetibe diam.

"Bulan 10 akak nak gi *insert travel destination* dengan *insert travel(s) mate*."

Ah..sinaran mata tadi yang begitu galak terus padam. Aku tengok je muka diorang. Tunggu respon.

"Oh, ingat apa tadi. Pergilah..". Komen pendek dari Mak. Abah macam biasa, buat-buat tanya pergi berapa hari, nak stay mana, naik flight apa...

Tapi aku bukan bodoh, aku boleh detect diorang kecewa.

Kecewa? Nape plak nak kecewa?

Sebab aku tau bukan tu berita yang parents aku nak dengar.

"Mak, bulan 10 kawan akak si ... nak 'datang'. Family dia pun ada sekali."

"Abah, akak dah bincang dengan ... , kitorang plan bulan 10 ni nak bertunang."

Bunyi lebih manis dan indah di telinga seorang parent, bukan?

Ah, gagalnya aku sebagai seorang anak sebab tak dapat hadirkan kebahagiaan yang diorang nak dalam bentuk seorang lelaki bernama suami.

Maafkan aku.. Sebab tak laku...


Shrugg it off, sambung buat travel iti.. Bulan 10 dekat dah ni.

p/s : Ada 'lamaran' untuk travel sekali in 2017? My calendar is open. Let me know, kita duduk bincang..

Saturday, 21 May 2016

Penghargaan yang tertangguh

Assalamualaikum dan hai semua!! Kita rileks jap cerita travel aku, entry hari ni cerita pasal travel orang lain pulak. Boleh gitu? Ha.. nak buat penghargaan segunung intan untuk rakan-rakan blogger yang sudi ingat pada aku dalam pada diorang dok berkelana di tempat orang.


Poskad ni ada cerita sweet yang tersendiri. Sebulan lepas aku balik dari trip Melbourne dengan Siti Yang Menaip, tetiba aku tengok ada poskad dari dia dalam post box. Cekap budak ni buat kerja. Aku tak tau pun, memang surprise! I lebiu Siti! Nanti ada peluang kita travel sesama lagi ye. Sape yang suka baca blog travel dan makan-makan bolehla follow blog Siti. Dia punya story Melbourne dah jauh, boleh aku copy paste nanti..Hahaha.


Poskad ni pun dari Siti jugak..Yang ni dari Korea. Senyap-senyap je pergi berjalan ye..


Another one dari Korea! Fridge magnet custom made kiriman blogger travel femes ames, kak Jari Manis. Siap ada nama lagi. Maaflah gambar yang tak clear. Sape yang tak kenal kak JM ni rugilah, dia ni memang banyak tempat dah pergi. So, memang someone kau boleh rely on untuk travel advice. Malu bertanya sesat jalan.


Kalau ada kiriman dari Jari Manis, kawan baik dia pun sama gak baik hati. Tengok wajah anggun tampan tu pun dah kenal kan sape. Thanks Scdha Sein aka Wa Ah Kak. Chopstick dari China tu sayang I nak guna. Tapi keychain dari Singapore tu dah selamat digantung. SS ni pun blogger travel jugak. Kalau mengalami kemurungan bolehla baca entry-entry dia, gerenti terhibur.


Tudung, keychain dan FM ni beza dari yang lain, sebab diberi by hand. Dari sape lagi kalau bukan Anies. Antara kawan blogger yang aku selalu lepak sesama. Mak aku pun dah kenal.

"Keluar ngan sape?"

"Ngan Anis.."

"Ok, baik-baik.."

Laku betul jual nama kau Anis. Lagi senang dari menjual Balotelli ke Milan. Hahaha! Thanks Anis, sayang hang bebanyak!

Yang lain tu, bila lagi nak bersua depan mata? Asyik sembang alam maya je..

Fridge magnet pun selamat naik 'board'


Another postcard in the mailbox! Ini kiriman Cik Huda . View cantik ni dekat Mount Cook, New Zealand. Teringin aku nak sampai sini. Tapi Huda kata nak jalan-jalan New Zealand kena rajin drive. Aku ni gi keje pun naik LRT walaupun ada keter. Dah acane?


***

Entry ni memang kelakar, tak sempat habis taip tertekan publish. Pastu tak check blog sampai ke petang. Tetiba ada orang tu ingat kita saja tak nak cerita hadiah yang dia bagi. Revert to draft , ingat nak update tapi gara-gara putus cinta semua nak buat tak de mood. Lagipun sibuk dengan kerja, sibuk jadi pengulas Piala Thomas tak berbayar dekat Twitter (kecewanya Malaysia tak sampai final), sibuk rewang, sibuk wedding cousin dan melayan sedara-mara datang rumah. Ni baru ada free sikit nak ngadap blog.

Again, thanks for everyone yang selalu bagi aku hadiah. Walau tak pernah jumpa depan mata, tapi gaya macam dah kenal lama. Eh, semua rakan blogger aku, aku sayang. Kalau takde korang, aku membebel sorang-sorang. Silent reader is still a reader, regardless.

Jumpa next enry, lovelies! Thanks for reading! 

Thursday, 19 May 2016

Mood : Gutted

Final Europa League 2015/2016
St. Jakob-Park, Basel, Switzerland
19th May 2016, 4.45 am waktu Malaysia

FT : Liverpool 1- 3 Sevilla


Proud of them sebab sampai sejauh ini
Player biasa-biasa, coach luar biasa 
Man United-Dortmund-Villareal bukan lawan mudah tapi semua berjaya diatasi.
 Sayangnya The Reds kecundang di pentas akhir
Impian tengok piala dijulang hampa lagi.


Menjauh diri mengubat hati. Kalah bola ni peritnya lagi dahsyat dari putus cinta. 


We'll come back stronger.
Jumpa next season
You'll Never Walk Alone, lads!

Friday, 13 May 2016

Krabi Part 2

Assalamualaikum semua! Jom sambung cerita Krabi...

Sampai sahaja ke hotel, aku terus pergi ke kaunter untuk check in. Macam yang aku cerita dalam entry INI, aku book penginapan melalui Agoda. Once dah settle payment, Agoda akan email booking voucher. Print siap-siap untuk ditunjukkan pada staff di kaunter.

Kami menginap di Pranang Flora House. Ramai member yang dah pergi suggest kitorang booking hotel di area Ao Nang instead of Krabi Town sebab Ao Nang lagi meriah katanya. Dah kata noob malas buat research, ikutkan jelah.



Cantik bilik ni, selesa jugak. Ada aircond, dan aku mintak extra bed sebab kami bertiga. Aku paling kecik amiklah katil paling kecik.

Toilet selesa. Siap ada bath tub ngko!

Bak kata kawan aku, nape view macam mengadap Batu Caves je? Hahaha

Nak cerita pasal Pranang Flora House ni..best ke duduk sini? Bagi aku kira masuk kategori best la. Ada wi-fi yang laju, ada TV, bilik lengkap towel, selimut, almari dan hanger. Tapi iron aku tak sure. Tak tanya pulak. Stail aku kalau travel memang bawak baju ngan tudung tak payah gosok. Semaklah wei nak fikir.

Petang tu pas check-in, mandi dan solat, kitorang keluar cari makan. Lapar!!! Kalau duduk area Ao-Nang ni memang senang cari makanan halal. Lagipun hotel kitorang ni dekat sangat dengan masjid. Takde masalah nak tau waktu solat. 

Masjid Ao Nang

Sebab dah lapar sangat, makan je kat kedai depan masjid ni. 

Aku lupa makan apa, gambar pun tak tangkap. Tapi bertabah la ye, gerai kecik macam ni slow sikit servis dia. Tak apalah since harga berpatutan dan sedap. Ke sedap sebab aku dah kebulur? Lantaklah, yang penting halal.

Lepas makan, kitorang jalan-jalan tengok area jual baju dan souvenir depan masjid.  Tapi takde beli apa pun. Rilekslah, kan baru sampai. Lama lagi aku nak stay Krabi ni..

Orang kata Krabi ni senang naik motor, tapi kitorang kan rajin so jalan je. Kalau jalan turun bukit korang akan sampai ke pantai Ao Nang. Sepanjang jalan ada kedai makan, kedai souvenir dan kedai massage.

Ada gak lah orang lepak. 


On the way balik ke hotel kitorang beli pancake dan singgah mini mart. Pancake Thailand ni sedap tau. Ni tengah taip pun terliur sebab teringat kesedapannya. Hahaha. Kalau korang ke Krabi, cubalah cari.

Makan dah, tengok pantai dah, kita balik tidur lah ye. Esok hari yang panjang. So, kena jimat tenaga. Nanti sambung story na.. Bye!


Saturday, 7 May 2016

Melbourne Part 12.4 - Loch Ard Gorge

Assalamualaikum semua! Jom, kita sambung kisah di Twelve Apostles. Seterusnya kami dibawa ke Loch Ard Gorge.


View dari atas.. Ramai gak manusia

Tabah menapak tangga ke bawah

Berhenti jap amik gambar. Menahan sejuk je, tak mampu pose dengan sempurna. Haha

Tangga yang agak tinggi.

But the real challenge adalah pasir dia. Pasir basah tapi bila pijak dia 'sedut kaki'. Macam pasir jerlus pulak.

Menyaksikan keindahan ciptaan Allah di depan mata. Beautiful place. Rasa nak celup-celup kaki tapi realitinya nak keluarkan tangan dari poket sweater pun tak mampu. Sezuuuuk!


Loch Arde Gorge mendapat namanya dari kapal Loch Ard yang karam di kawasan tersebut pada tarikh 31 Mei 1878. Daripada 18 penumpang, hanya dua sahaja yang terselamat iaitu Tom Pearce dan Eva Carmichael. Sewaktu tragedi tersebut, Tom telah berenang hampir sejam untuk menyelamatkan Eva yang berpaut pada serpihan kapal dan membawanya ke pantai.Mereka berlindung di dalam gorge (gua) semalaman.

Romantik kan.. macam drama Sanay Wala Nang Wakas pulak!

Ha, aku tau korang pun macam aku gak, kaki tengok hindustan. Mesti tertanya-tanya apa terjadi kat dua orang anak muda ni. Adakah mereka menari-nari Kaho Naa Pyar Hai sementara menunggu pertolongan? Adakah mereka berkahwin dan hidup bahagia selepas diselamatkan penduduk kampung? Atau mereka dikacau lanun macam kisah Elizabeth Swann dan Will Turner dalam Pirates of the Carribean?

Aku tanya Mitch dan dia jawab selepas tragedi tu, Eva balik ke kampung dia di Ireland dan Tom meneruskan hidup macam biasa. Sekian. Apalah Eva ni..aku tengok gambar atas tu Tom macam hensem je. Kah kah kah. Nak tahu lebih lanjut, korang boleh baca SINI. Still a better love story than Twillight!

Tak jauh dari situ ada Shipwreck Walk, tapi kitorang tak turun. Aku tengok gambar google, lawa gak tempat tu. Selain dari Twelve Apostles, Loch Ard Gorge dan Shipwreck Walk, korang boleh juga ke London Bridge dan Gibson Steps. Tempat ni kitorang tak pergi.


Kalau nak tengok banyak lagi gambar menarik kat Great Ocean Road ni, bolehlah tumpang baca travelog Huda kat SINI. Kalau pergi time musim panas, dapat turun main-main air. Cuma hati-hati jelah. Arus dan ombak menggila jugak. Personally aku rasa Great Ocean Road ni lebih cantik time summer, tapi bagi aku dapat sampai ke sini pun dah bersyukur. Melbourne memang awesome!

Kami kemudiannya pulang ke city. Tapi balik lalu jalan lain. Yelah, takkan dah lewat petang nak lalu jalan cliff, bahaya. Balik banyak lalu kampung. Aku memang suka tengok area countryside Melbourne ni. Kat Great Ocean Road ni kebanyakan pekan dan rumah masih mengekalkan ciri tradisional. Kitorang hanya singgah satu pekan je. Aku lupa nama apa. Sebab dah ngantuk. Singgah pun untuk gi toilet dan cari makan. Aku tak yakin status halal McDonald dia, lagipun aku memang tak makan junk food sangat, so takdelah beli apa.

Sampai bandar Melbourne, kebulur giler!

Flinders Street Station - majestic at night!


Singgah 'Lord of the Fries' berhampiran station.

Beli fries buat kunyah-kunyah sementara tunggu tram balik ke rumah RZ.

Cukuplah adventure untuk hari ini! Penat, tapi seronok. Aku repeat balik apa aku pernah tulis. Great Ocean Road ni korang boleh pilih ikut tour atau memandu sendiri. Prosedur memandu kat sana aku tak tahu, korang boleh rujuk blog orang lain. Sorry. Ada banyak tour group yang menyediakan tour ke Great Ocean Road. Boleh book di Melbourne Visitor Centre berhampiran Federation Square, search online atau merayau di bandar Melbourne cari tourism centre. Ada yang menyediakan pakej ke Philip Island atau korang boleh ambil dua-dua sekali.

Sedar-tak sedar, kitorang tinggal 2 malam je lagi nak balik ke Malaysia. Rasa sekejap je percutian ni. Tak puas lagi!

Nanti aku sambung cerita ke mana kitorang last day di Melbourne. Thanks for reading, guys!

Part 12.3
Part 12.1
Part 11
Part 10
Part 9

Sunday, 1 May 2016

It's gonna be May!

Assalamualaikum semua! Bulan baru, bloglist baru. Bulan lepas mampu update empat entry je. Idea mengupdate blog sangat banyak, tapi masa je yang takde. Apa-apa pun, tetap curi masa nak appreciate rakan-rakan blogger yang rajin datang komen bulan lepas (sebab rasa bersalah awal April hari tu tak buat).

1.Siti Yang Menaip
Blog:http://sitiyangmenaip.blogspot.com/

2.nhhas
Blog : http://hnr318.blogspot.my/

3.Mummy Julia
Blog : http://notachentamummy.blogspot.my 

4.dear anies
Blog : http://aniesandyou.blogspot.my/

5.Muhammad Khairuddin Lim
Blog: http://kakitravelkhairuddin.blogspot.my

6.adieaniez AIDA
Blog : http://adianiez.blogspot.my

7.  Farrah MF
Blog: http://famf-tower.blogspot.com

8. Scdha Sein
Blog : http://scdhaseinphoto.blogspot.my/  

9. Mummydearie
Blog : http://mummydearie.blogspot.my/

10.Hainom OKje
Blog : http://hainomokje.blogspot.my/

11.timm bill
Blog : http://timmbill91.blogspot.my

12.paridah
Blog : http://karyaku-paridahishak.blogspot.my/

13. Lya Afrina
Blog : http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.my/

14.Siti Nurzafirah
Blog : http://miamorzafirah.blogspot.my

15. Puan Kutu
Blog :  http://puankutu.blogspot.my/

Thanks semua! Nanti free aku gi jalan-jalan blog korang ye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com