Monday, 28 March 2016

Melbourne Part 12.2- Iluka n The Forest

Assalamualaikum semua! Well, mood update cerita Melbourne sudah datang, so marilah kita sambung. Kali ni masih di Great Ocean Road, kisah sebelumnya boleh baca SINI

Selepas tangkap gambar dan tengok view di Cape Patton, perjalanan diteruskan. Dah nak tengahari, so perut masing-masing dah mula bergolak. Lapo wei..lapo!

Next stop, Apollo Bay for lunch. Masa mula-mula naik van, Mitch dah edarkan form untuk pilih makanan. Ada option untuk halal food dan vegetarian. Aku dah lupa apa nama makanan yang kitorang pilih, tapi berdasarkan entry Siti, nama makanan tu lamb kebab and chips.


Restoran kitorang singgah ni nama dia Iluka. Amboi, tak tahu la hati sape yang terluka kat sini. Nice restaurant, tapi kalau kat Australia ni, kau mintak sos sikit pun kena bayar tau. So, janganlah nak memandai mintak or amik sendiri cam kat McDonald tu.



The tiny and peaceful pekan. Ada motel kalau korang nak overnight.

Great view, as always

Dah makan, ready tuk sambung perjalanan. Kalau korang nak solat, lunch break ni boleh kot pandai-pandai cari port. Makanan tu ambil je, bungkus dan makan kemudian dalam van.Yelah, driver bukannya Islam, so takkan nak request berhenti solat sesuka hati.

Next pit stop kitorang ni, kalau korang tak singgah pun takpe kot. Dan aku sebenarnya agak menyesal sebab turun. Patut duduk je dalam van. Sini pun OK nak cari port solat. Sebab lepas ni, tempat yang korang akan pergi, orang ramai sangat. Pastu stay pun sekejap-sekejap.

Aku menyesal turun bukan apa, sebab kena masuk hutan, pastu tengok pokok. Huhuhu. Memanglah, pokok Australia beza dengan pokok kat Malaysia, tapi kalau takat tengok pokok kat FRIM or Taman Negara pun boleh. Mat saleh mungkin akan impressed tapi Malaysians akan rasa biasa je. Apa ntah nama hutan ni, aku lupa la wei. Tunggu Siti update entry lah, kot dia ingat. Hahaha

Nampak tak muka bosan aku..hehe

Cam rombongan sekolah gi camping. Keh keh.

Akhirnya, kita tinggalkan hutan, dan kita nak tengok tarikan wajib kat Great Ocean Road! Kira kalau korang tak sampai tempat aku bakal cerita ni, korang kira tak sampai GOR lagi lah. Apa dia? Tunggu next entry ye.

Mood kerja tak berapa nak ada, mood holiday membuak-buak.

 Jumpa next entry! Bye!

Part 12.1
Part 11
Part 10
Part 9


Thursday, 24 March 2016

25 Things that make me happy

Assalamualaikum semua. Aku telah ditag oleh Huda aka Cik Manisah Lesing untuk menyenaraikan 25 perkara yang buat aku happy. Sejujurnya, aku ni masuk kategori mudah terhibur, memang senang senyum dan gelak walaupun gigi berterabur. Eh, terpantun pulak.

Apakah 25 perkara itu? Jom tengok:

1.Tidur yang berkualiti dan cukup
2.Jalan tak jam
3.Spend time ngan family.
4.Tengok Abah ngan Mak senyum. Yelah, budak nakal cam aku ni selalu buat diorang marah je. Huhu
5.Laut.
Old pic - Pulau Penyu, Sandakan.
6.Karaoke
7.Makan, esspecially ramai-ramai, dengan my favourite people.
8.Watching a good movie.
9.Siapkan kerja yang Bos bagi dan dia puas hati.
10.Girl talk with my besties
11.Shoes. I love heels!
12.Bila team bola yang aku suka - menang


13.Bila team bola yang aku benci - kalah. Sifat busuk hati ni memang ada among football fan. Haha
14.Bunga. Dapat bunga, gi kedai bunga, gi taman bunga.
15.Theme park
16.Coffee - terutamanya Mocha n Caramel Latte
17.Travel. Perasaan bila jejak tempat yang kita teringin nak sampai adalah priceless.

Tempat paling best aku pernah sampai? Of course la this one!

18.Habiskan baca murder mystery/ crime novel dan dapat teka siapa culprit dengan tepat.
19.Mengemas. Cleaning keeps me sane!
20.Baca story travel orang lain.
21.Writing a blog entry.
22.Me time. Duduk rumah tak buat apa. Bliss!!
23.Lagu-lagu lama.. Kaki retro ni woi
24.Dapat memudahkan urusan orang lain
25.Video kucing atau baby comel

Actually nak bagi lebih pun boleh, tapi kang kata durhaka pulak. So, mari kita calonkan mereka-mereka ini untuk menyambung cabaran.


Saturday, 19 March 2016

Melbourne Part 12.1 - Great Ocean Road

Assalamualaikum semua! Hari ke-4 di bumi Melbourne, kitorang ke Great Ocean Road , antara tempat yang masuk kategori wajib pergi.

The Great Ocean Road is an Australian National Heritage listed 243 kilometres (151 mi) stretch of road along the south-eastern coast of Australia between the Victorian cities of Torquay and Allansford. Built by returned soldiers between 1919 and 1932 and dedicated to soldiers killed during World War I, the road is the world's largest war memorial. Source : Wiki


Kitorang ke GOR ni ikut tour yang kitorang booking di Melbourne Visitor Centre, Federation Square. Harga pakej siap dengan makanan dan tour guide adalah AUD 96. Sebenarnya, kalau nak amik pakej ke GOR ni, korang ada banyak pilihan. Kalau tak nak ambil dekat Melbourne Visitor Centre, boleh je walk in mana-mana tourist agent kat bandar Melbourne, takpun book online. Ada jugak yang pakej sekali dengan ke Philip Island, but since that one kitorang dah gi dengan AK, so amik ke GOR sahaja. If you all nak drive sendiri pun boleh, tapi mintak maaflah, prosedur kalau nak memandu kat sana aku tak kaji. Sila rujuk blog orang lain.

Pagi-pagi lagi aku dan Siti dah keluar ke Melbourne City walaupun tour ni dah offer untuk pick up kitorang dekat mana-mana point yang dekat ngan rumah. Yelah, manalah kitorang tau street tu lah, ini lah..Petaling Street akak tau la. Nak senang, tunggu je kat depan St. Paul's Cathedral betul-betul kat Fed Square, sebab diorang akan gerak dari situ.

Sampai je van kitorang dah tunggu, so kitorang check nama then naik cari seat. Tips : Duduk dekat belah kiri. View lagi cantik. Van tu pun gerak on time, pastu pick up peserta tour yang lain. So, sempat la pusing-pusing tengok town. Kat Melbourne CBD ni ada H&M 6 tingkat tau! Yang mana giler brand ni bolehla gi cekidout.

View sepanjang jalan. Ni kalau korang drive sendiri, boleh je berhenti ambil gambar tepi jalan tu. Tapi janganlah suka-suka ceroboh ladang orang. Kena tangkap kang sia-sia.

Tengok dari jauh ingatkan oink oink, rupanya kambing biri-biri.

Dah nampak laut!

Pintu gerbang masuk ke G.O.R. Wajib berenti amik gambar sini

Nilah van kitorang naik. Ramai gak yang travel sekali kali ni. Ada ramai Malaysian, Singaporean, ada couple from Italy, ada dari India dan England jugak.

More laut. Untuk pencinta laut memang 'muntah pelangi' sepanjang perjalanan ke sana. Aku yang terkenal kaki tidur dalam kereta pun mata cerah je.


First pit stop - aku lupa nama tempat ni. Berhenti untuk minum pagi. Kalau hari-hari breakfast view macam ni, indahnya dunia!

Air kena buat sendiri la ye. Sempoi je, biskut cecah milo.

Lepas minum, buat sesi suai kenal dengan peserta lain dan tour guide. Pastu, sape yang nak gi toilet, boleh membuang dulu. One thing yang aku sangat kagum dengan Australia ni adalah bilangan toilet yang banyak. Kalau kat mall, tak payah pusing hujung ke hujung nak cari tandas. Even kat pantai, themepark dan botanical garden pun sama.

Dah settle, kitorang pun sambung perjalanan. Untuk yang senang mabuk kereta, sila bawa ubat yang sepatutnya sebab jalan ke GOR ni macam ular kena palu. Just that view dia cantik. Other than that, bertabah la belok kiri kanan.

Sepanjang perjalanan, tour guide kitorang, Mitch (tak sure eja cmane) pasang mix tape, ada penerangan tentang kawasan-kawasan yang kitorang lalu diselang-seli dengan lagu supaya orang takboring. Banyak la dia cerita, tentang cmane batu-batuan di GOR terbentuk dari lava, sejarah GOR dan tentang cara hidup haiwan eksotik Australia.

Next pit stop, Kenneth River. Nak kata pekan, tak jugak, tapi kat sini banyak burung yang jinak. Korang boleh beli makanan dan feed diorang. Kebetulan kitorang sampai sini, tetiba hujan, so nasihat aku, korang bawaklah ponco atau baju hujan untuk trip GOR ni, lagi-lagi spring sebab cuaca memang tak menentu. 


Siti dapat ayah angkat. Hehehe


Menurut Mitch, kerajaan Australia tak benarkan sebarang perniagaan kapitalis kat pekan-pekan kecil macam Kenneth ni. Lagi-lagi yang dilalui pelancong. So, memang takde jumpa McD, KFC, Tesco, 7Eleven, Woolworths dan perniagaan-perniagaan besar sebab semuanya strictly local. Nak support perniagaan penduduk tempatan katanya. I'm impressed!

After a few kilometres, singgah look out point ni pulak - Cape Patton


One thing kalau ikut tour ni, kena ikutlah bila guide dia berhenti. Tapi kalau korang drive sendiri, aku rasa Kenneth tak berenti pun takpe kot. Tapi Cape Patton ni wajib singgah. View dia lawa Subhanallah! Tak terungkap dengan kata-kata mahupun lensa kamera!

OKlah, nanti aku sambung lagi ye. Memang panjang cerita ke GOR ni. Separuh pun tak sampai lagi. Hope you guys enjoy this entry!

Part 11
Part 10
Part 9



Sunday, 13 March 2016

5 Things I hate most


Assalamualaikum semua! Wah, lama betul tak join segmen, terutama sekali yang melibatkan tag mengetag ni. Kali ini aku ditag oleh kak Mummydearie dalam entry ini. Tapi, aku tak tau siapa pemilik asal segmen. Kalau terbaca, mohon komen seround dua, boleh jugak berkenal-kenalan dan bagi direct link.

Mari kita tengok apakah 5 perkara yang menimbulkan kebencian dalam diriku ini..

1.Driving
Hahaha..aku ni selagi boleh elak, memang aku elakkan diri dari driving. Melainkan tu soal hidup atau mati je. Mungkin sebab aku senang panik, terutama bila drive dalam KL. Next time kalau korang tengok driver terhegeh-hegeh bawak cam siput sedut ce korang intai driver dia. Entah-entah aku.

p/s : menarik sebab ramai yang join segmen ni taruk bad driver sebagai salah satu benda yang paling dibenci.

2.Orang yang suka menyibuk
There's a fine line between ambil berat dan being nosy. Aku memang stress kalau orang tanya banyak-banyak. Mungkin sebab sifat aku yang tak suka exposed sangat. Tengok jelah, aku jarang post apa-apa aku buat or mana-mana aku pergi dalam FB. Instagram pun aku takde. Blog lain, korang tak kenal aku, so sukati lah apa aku nak cerita.

3.Pasukan bola yang aku sokong kalah
Poyo? Well, life as a football fan is hard! Paling aku benci bila kalah dengan team musuh tradisi atau kalah walaupun main cantik cuma takde luck. Rasa hati bengkak je macam putus cinta.  Trust me, kaki bola je faham. OKlah, benci sebab lepas tu kena bahan. Memang tak best. Rasa nak log out FB setahun!

4.Perform atau bercakap di khalayak ramai
Sebab tu, walaupun suara aku *ehem* sedap, aku tak pernah join nasyid, koir, mahupun public speaking. Nyanyi kat rumah orang kahwin pun aku tak sanggup. Aku ingat lagi masa dipaksa jadi emcee time perhimpunan pagi kat sekolah, sampai petang aku punya gigil tak habis lagi. Siyes!

5.Tempat crowded
Crowd buat aku stress, so jangan expect nak nampak aku shopping di Sogo walau dahsyat macamana pun sale. Dan aku adalah manusia yang dah siapkan baju raya sebelum Ramadhan lagi sebab nak elakkan bersesak dengan orang ramai. Public holiday jangan mimpi nak ajak aku lepak Kuala Lumpur Darul Nepal. Either aku golek-golek kat rumah je, or tetibe dah ada kat kampung. Tempat yang aku dah jangka akan ramai orang pergi memang a BIG No.

Apa-apa pun, sebagai seorang manusia biasa, aku rasa kita harus embrace the differences. Manusia berbeza, and that's what makes the world a lively place. Jangan asyik nak benci orang, orang pun bukan suka kita sangat. Hahahaha. Tak payah nak impress manusia, kita hidup untuk impress Tuhan.

Peraturan segmen ni adalah aku kena tag 5 orang, so aku memilih mereka ini:


Takde paksaan pun, buat sekadar suka-suka. Thanks for reading, anyway! Terserempak time blogwalking jangan lupa tegur ye

Monday, 7 March 2016

Melbourne Part 11 - Seeing Star

Assalamualaikum semua! Meh, kita sambung cerita Melbourne. Selesai berkeretapi di Puffing Billy, kitorang pun balik ke rumah RZ. Tapi before that kitorang drop AK dulu, sekaligus berakhirlah kontrak dua hari kitorang. Kalau hari sebelumnya kitorang singgah makan di Bali Bagus, kali ni kitorang decide untuk dinner kat rumah je. Balance spaghetti pun banyak lagi.  Yang paling aku suka duduk negara sejuk ni, lauk biar atas meja gitu je pun tak basi. Tak payah asyik nak perangat. Jimat gas. Tapi nak makan panaskan la, jangan pemalas sangat mengalahkan aku.

Settle makan, malam pun masih muda lagi. Takkan nak tido wei, tak remaja la! Hahaha. RZ ajak pusing-pusing bandar Melbourne. So, kitorang pun OK je. Memandangkan dalam itinerary Siti ada mention nak pergi Melbourne Star, so we oll pun decide nak ke sana.

Melbourne Star adalah sejenis Ferris Wheel, ala menda bulat yang korang naik kat fun fair tu lah. Lebih kurang Eyes On London jugak. Ia terletak di kawasan Docklands. Dibuka setiap hari dari pukul  10 pagi sampai 10 malam. Harga tiket boleh tengok SINI. Kinda pricey, lagi-lagi bila convert, tapi kalau korang nak tengok view Melbourne dari ketinggian 120 meter, then why not. Boleh tengok as far as 40 kilometres away. Satu pusingan lengkap mengambil masa 30 minit.

Melbourne Star ni terletak berhampiran Harbour Town. Harbour Town bukanlah sebuah town, tapi nama sebuah mall. Kat sini macam Midvalley lah gais, nama je valley tapi bukan lembah. Kalau u olls naik public transport, boleh naik City Circle Tram dan berhenti di station Docklands Drive. This one free, tapi korang kena check timetable. Kalau di luar waktu operasi, korang boleh naik Tram No. 70 dari Flinders Street Station dan berhenti bila nampak Harbour Town. Kalau dari Bourke Street, naik tram No. 86. Senang je.

Since we olls naik kereta, cabarannya adalah mencari parking. Parking kat Melbourne City ni sebenarnya senang nak jumpa. Lagi-lagi malam weekdays sebab diorang ni bukan macam kita, suka merayap malam-malam. Yang payahnya adalah nak make sure tempat tu betul-betul dibenarkan parking dan tempoh berapa lama kita dibenarkan park. Setiap tempat parking ada signboard yang agak tricky nak baca. Kena baca betul-betul kalau tak nak kena saman. Ada yang kau boleh parking malam sahaja, ada yang boleh parking tak lebih 2 jam, ada yang free at certain time only..Sayang aku tak snap gambar, kalau tak boleh tunjuk kat korang.

Kitorang parking kat open space, so keluar kete je nampak.. Akak terus snap le dik oi..


Kitorang tak naik, tapi boleh pergi sedekat ini untuk ambil gambar.

Harbour Town ni OK gak kalau nak shopping, tapi sama macam Harbour Town, Sydney, diorang ni pun bukak kul 10 sampai kul 6 je. Kalau datang malam macam ni ada few je bukak macam kedai makan ngan kedai game. Masa kitorang dok tangkap gambar ada lah sorang staf kedai game ni kuar n borak-borak. Friendly orangnya, tapi sayang slang Aussie begitu pekat susah nak faham. Kat Harbour Town ni nak cari makanan halal memang senang.


Jenuh adjust elak tiang nak nampakkan bentuk star untuk korang.

Rugilah ada go pro tak guna..

Settle ber selfie bagai, kitorang pun balik. Sebab hari esoknya aku n Siti ada journey yang agak jauh. Tapi, kitorang berdua jelah.

Aku mention kat RZ, kalau dapat tangkap gambar depan Etihad Stadium, aku teringin jugak. Tapi, sayang tak jumpa pulak jalan. Actually, Etihad bukanlah termasuk dalam wishlist aku. Ada apa dengan Etihad Stadium? Etihad Stadium ni ada tiga tak silap aku. Satu di Melbourne (Melbourne FC), satu di New York (New York FC) dan satu lagi di Manchester (Manchester City FC). Nama sama sebab ketiganya milik keluarga Arab yang merupakan pemilik kelab-kelab bola sepak tersebut. Bukan apa, nak tangkap gambar depan tu pastu upload kat FB. Mesti kawan-kawan aku ingat aku gi tengok match kat Manchester. Tulah, niat buruk kan, tu pasal Tuhan tak berkenan!

Gambar Google. Jauh beza ngan Etihad Manchester sebenarnya

Tapi, katakanlah aku gi Melbourne dua tahun lepas confirm aku carik gak Etihad Stadium Melbourne sebab pemain favourite aku David Villa dulu main satu season ngan Melbourne FC. Mana tau ada rezeki jumpa. Pergh, mau sawan aku.

Aku minat giler dia ni woi..Tapi time aku gi Melbourne, dia dah ke New York FC la pulak. Kalau aku gi New York , adakah dia akan ke JDT?

Sal ni citer pasal travel pun nak selit bola. Bosan betul lah! Hahaha. OK lah, aku janji sambungan citer Melbourne ni tak bosan. Ni pun taip laju-laju tau demi korang yang dok tanya bila nak sambung.

Till then, thanks for reading..

Part 10
Part 9

Tuesday, 1 March 2016

March on!!

Assalamualaikum dan apa khabar semua! Berakhir sudah Februari, bulan yang sibuk tapi padat. Yang pasti, kak Sal kau tengah mengalami kemurungan sekarang ni sebab the month ended with a sad note. Ingat dapat mengakhiri penantian empat tahun nak merasa tengok team bola sepak paling hebat di dunia julang trofi, tapi sayang hampa lagi. Korang tak faham wo..dia punya effect tu lagi perit dari putus cinta! OKlah, sebenarnya murung sebab masalah peribadi dan beban kerja, tapi saja nak salahkan sekumpulan lelaki yang berada beribu-ribu batu jauhnya malah kenal aku pun tidak.

Heartbreak at the Wembley

Walaupun duduk dalam gua sambil berkabung bersama penyokong Liverpool yang lain, aktiviti wajib setiap kali awal bulan tetap diteruskan. Tujuan aku letak bloglist bulanan ni adalah sebagai promosi blog diorang kat readers lain sebagai tanda penghargaan sebab tak putus-putus komen kat blog aku. Yang tak ada pun jangan risau, aku akan tetap terjah. Percayalah, kekerapan aku merayap kat blog orang, lagi tinggi dari kekerapan update blog sendiri.

OKlah, meh kita tengok siapa yang berjaya jadi pengomen tegar bulan lepas. Sedih betul, empat entry je mampu. Tu pun, terima kasih masih ada yang sudi datang mengomen.

1.nhhas
Blog : http://hnr318.blogspot.my/

2.Scdha Sein
Blog : http://scdhaseinphoto.blogspot.my/  

3.Jari Manis
Blog : http://jarimanistravel.blogspot.my

4.Siti Yang Menaip
Blog:http://sitiyangmenaip.blogspot.com/

5.  Farrah MF
Blog: http://famf-tower.blogspot.com

6.aRz MoHa
Blog: http://www.arzmoha.com

7.Muhammad Khairuddin Lim
Blog: http://kakitravelkhairuddin.blogspot.my

8.Deanna Morni
Blog : http://kameqdeanna.blogspot.com

9. Mummydearie
Blog : http://mummydearie.blogspot.my/

10.Hainom OKje
Blog : http://hainomokje.blogspot.my/

11.paridah
Blog : http://karyaku-paridahishak.blogspot.my/

12.Mekja
Blog : http://travellockmekja.blogspot.my/ 

13.Mummy Julia
Blog : http://notachentamummy.blogspot.my 

14. Aku Penghibur
Blog : http://www.akupenghibur.com

15. Farah
Blog : http://herlifemanual007.blogspot.my/

Tahniah Huda sebab berjaya menjadi pengomen paling tegar. Senarai pengomen tegar bulan Februari ni pun pelik macam bulan lepas. Tapi yang penting dua orang follower tu yang bulan lepas dok pakat hilang, dah muncul balik! Korang perasan tak sape? Huhuhu..sebenarnya diorang bukanlah merajuk ngan aku, tapi sibuk terbang sana sini. Yelah, kaki travel katanya. Bukan kaki tengok TV macam aku. Hahaha.

OK lah gais, rasanya tu je aku membebel kali ni. Hidup perlu diteruskan, masalah perlu diselesaikan, bukan dipendam merana badan. Nak pinjam bahu boleh?

Jumpa lagi next entry! Have a lovely month ahead!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com