Friday, 27 May 2016

Gagalnya aku sebagai seorang anak

"Mak, Abah, nanti bulan 10..."

Mak ngan Abah aku yang dok baca surat khabar terus mendongak. Kalau ni cerita anime, confirm mata diorang bersinar-sinar macam lepas makan ramen paling sedap di dunia.

Oh god, here we go.. Tarik nafas panjang-panjang. Susun ayat.

Go!

"Nape ngan bulan 10?", Abah mencelah bila aku tetibe diam.

"Bulan 10 akak nak gi *insert travel destination* dengan *insert travel(s) mate*."

Ah..sinaran mata tadi yang begitu galak terus padam. Aku tengok je muka diorang. Tunggu respon.

"Oh, ingat apa tadi. Pergilah..". Komen pendek dari Mak. Abah macam biasa, buat-buat tanya pergi berapa hari, nak stay mana, naik flight apa...

Tapi aku bukan bodoh, aku boleh detect diorang kecewa.

Kecewa? Nape plak nak kecewa?

Sebab aku tau bukan tu berita yang parents aku nak dengar.

"Mak, bulan 10 kawan akak si ... nak 'datang'. Family dia pun ada sekali."

"Abah, akak dah bincang dengan ... , kitorang plan bulan 10 ni nak bertunang."

Bunyi lebih manis dan indah di telinga seorang parent, bukan?

Ah, gagalnya aku sebagai seorang anak sebab tak dapat hadirkan kebahagiaan yang diorang nak dalam bentuk seorang lelaki bernama suami.

Maafkan aku.. Sebab tak laku...


Shrugg it off, sambung buat travel iti.. Bulan 10 dekat dah ni.

p/s : Ada 'lamaran' untuk travel sekali in 2017? My calendar is open. Let me know, kita duduk bincang..

66 comments:

  1. Sebagai ayah, saya tak pernah kecewa dengan anak sekiranya mereka tidak menghadiahkan saya seorang menantu. Ini kerana saya berpegang teguh kepada takdir illahi. Saya terima semua itu kerana sayangkan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Button like mana? Nak like sejuta kali...

      Delete
    2. Like like like like like like likeLike like like like like like likeLike like like like like like Like like like like like like likeLike like like like like like likeLike like like like like like Like like like like like like likeLike like like like like like likeLike like like like like like Like like like like like like likeLike like like like like like likeLike like like like like like likeLike like like like like like likeLike like like like like like likeLike like like like like like like

      Delete
    3. huhuhu..jangan salah faham dengan ayah saya..mungkin dia nampak saya ni macam jenis yang tak pandai jaga diri sendiri..kepala angin, buat keputusan tak fikir panjang, susah nak berubah..so dia risau. risau bila dia dah takde nanti siapalah nak tengok kan anak dia nih..

      Delete
    4. wow bestnya dapat pak macam ni.. sporting habis.. like 1 juta kali.. hehehee :)

      Delete
    5. wah! terbaik komen MKL ni
      fist time juga nampak dia komen panjang =)

      Delete
    6. ni komen direct dari hati ni..perghhh

      Delete
  2. Anggaplah suara saya suara seorang ayah. Saya ada lima orang anak. Yang penting saya doakan mereka bahagia dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  3. Kebahagiaan seorang ayah adalah mereka mereka cukup makan minum di dunia. Menjaga maruah keluarga dan masuk syurga akhirnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan MKL...Sama sebiji lah ayat encik abah ... hihihi

      Delete
  4. Apa sekali pun, saya sebagai orang tua tetap berdoa agar Sal ketemu jodoh di suatu masa nanti.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. urm...nanti bulan 11 tahulah..haha

      Delete
    2. sebulan lepas tu baru tau... tapi ni lagi 4 bulan dh dah dpt teaser., adehhh!

      Delete
    3. hahaha..4 bulan lagi tu kejap je sebenarnya

      Delete
    4. Tu la kan... zaman la ni, kelip kelip mata, ehhh dah 4 bulan..

      Delete
    5. tulah, ni pun terkejut tetiba dah bulan enam..cepatnya masa berlalu

      Delete
  6. Selamat bercuti bulan 10 . Bersama denga CT lagi..geng-geng ke Aussie tempoh hari.

    ReplyDelete
  7. Bukan Tak laku...belum sampai jodoh...jodoh Dan pertemuan Kerja Allah..Insyaallah ada rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolong explain kat parents saya please..

      Delete
  8. lorhh, gitu pun boleh ka..hik3..xpe..one day..

    ReplyDelete
  9. selamat brcuti bln 10 nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks a lot kak nohas *kenyit mata*

      Delete
  10. InshaAllah satu hari nanti pasti ada jodohnya, bukan tak laku, tapi Allah akan beri pada waktu yang tepat,kakak saya umur 40 pun masih bujang.

    selamat bercuti,mana tahu masa cuti2,jumpa cinta hati,sapa tahukan Allah yang lebih tahu

    ReplyDelete
  11. pasal jodoh lagi ke cik sal munge.... Ouchhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahla..SS, blog ni kan random..haha

      Delete
  12. bukan gagal tapi belum nak berjaya...

    ReplyDelete
  13. haha awal2 baca tu, rasa sedih dan cuak nak bagi tahu parents yg kita nak travel lagi. Takut hilang mata bersinar2 diorang. Tapi bila baca sambungannya lagi, terus tergelak. Hehehe sorryyyy, we are in the same boat anyway. T__T belum sampai jodoh lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..mata bersinar-sinar diorang buat saya rasa bersalah..raya ni kena mintak maaf

      Delete
  14. jodoh tu ada,tp kena mencari.mn tahu gi travel ni terjumpa bro yg hensem2 ke,kenal2 kjp terus kawen kan..
    anyway enjoy ur holiday sal

    ReplyDelete
  15. SERONOKNYA TRAVEL SELALU SAL...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok dunia, tengok kekuasaan Allah

      Delete
  16. Memang setiap ibu bapa nk anak mereka hidup bahagia macam org lain..tp kan jodoh tu ditangan Allah.bukan salah cik sal kerana tak mampu beri kebahagiaannpada mak ayah..klu cik sal salahkan diri sendiri..bermakna salahkan Allah juga.Allah sebaik2 perancang.teruskan doa cik Sal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak salahkan sesiapa PK, cuma muhasabah diri..di mana kekurangan.

      Delete
  17. Bahagiakan mereka dengan cara yang lain... insya Allah

    ReplyDelete
  18. Kadang kita rasa orang tu sesuai dengan kita... Tapi mungkin sebenarnya kita yang tak sesuai dengan dia... kita memilih...dia juga punya hak untuk memilih... Mungkin kita tidak terpilih oleh dia yang kita pilih... Lantas... Apa pilihan yang kita ada? Buat lah pilihan yang tepat... Dunia dan akhirat... Pilihlah pilihan yang Allah pilih untuk kita... Pilihlah cinta Allah kerana cinta Nya yang paling benar... Cinta Nya kepada kita hamba Nya amat besar... Ayuh kita gali dan cari cinta Nya yang kekal abadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan sampai gagal sebagai hamba-Nya sudahlah..

      Delete
  19. http://kasutkaca15.blogspot.my/2016/05/tudung-raya-dari-kasutkaca15.html



    jom join. senang sgt

    ReplyDelete
  20. Anggap aje jodoh belum sampai. Bukannya masalah laku tak laku. Kan manusia tu dijadikan berpasang-pasangan. Yang penting jangan give up!

    Yalah, mereka bimbang siapa nak jaga anak dara mereka kalau mereka dah tiada. Selalulah dulu emak akak kata, kasih sayang adik beradik tak sama dengan emak sebab itulah nak juga tengok anak tu kahwin!

    Kononnyalah kalau kahwin tu adalah orang nak jaga kita. Tapi, kalau jodoh tu tak elok, nak jaga apanyakan. Hehehe!

    ReplyDelete
  21. Takpe mummy doakan jodoh cepat ker lambat ker.. semuanya dipermudahkan. Insya Allah... Amin

    ReplyDelete
  22. SaL!!!! no no no..sis JM x setuju kalau Sal ckp 'gagal nya aku sebagai seorang anak' keran tidak dapat memberi mak dan ayah seorang MENANTU..TETAPI gagalnya Sal kalau beri mak dan ayah menantu HANTU hahahaha...

    ReplyDelete
  23. soal laku ke tak ni adjektif tau..so Sal jgn suka merendah diri..in sha Allah one day u will find a right person yg minat bola, leh jaga Sal hingga ke Jannah aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak minat bola pun takpe, janji minat kat saya..haha

      Delete
  24. perghh..ke manakah iteww..Aussie lagi ke...ngan siapa? travelmate baru ke..SAH..x kan dpt jawapan heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. idok le Aussie..travel mate ada yang baru, ada yang lama

      Delete
  25. dah siap ke itie nye kalau belum meh nk tlg siapkan ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. daripada siapkan Itinerary I, baik kak JM update blog..haha

      Delete
  26. sis lagi sadis . dah bawa jumpa mak n family , sampai la ni . mak pun dah 'pergi', masih lagi status kawan ... klulah akad nikah itu di tangan wanita ... kan kan kan ... jodoh kita urusan ALlah ... mcm nak join tapi segan ... meh meh meh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sis Vee..nak buat cmane.tapi kisah sis lagi sedih.at least saya takde sesiapa nak berharap..

      Delete
  27. udah sedih2
    nnt bln 1 2017 kite g jenjalan hokey!

    ReplyDelete
    Replies
    1. stadium siap nanti kita pergi hokay..hehe

      Delete
  28. i feel u sal
    baru semalam adik akak yang sebaya sal
    cite benda yang sama

    maka kami berdua berhuhu bersama
    tak tahu camne nak ubat rawan di hati dia dan sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab parents je kak sebenarnya...lain takde.percayalah, kalau untuk diri sendiri memang tak lalu nak fikir

      Delete
  29. apapun, ni semua soal jodoh sal
    tu aje akak mampu cakap
    be strong ye yunk

    ReplyDelete
  30. akak.. believe me.. they wont feel like that..
    ehem2 yang 2017 tu jangan sakan sngt.. nanti nanti nak tngk schedule..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah..tengok schedule dulu baru plan, bukan the other way around

      Delete
    2. bahahaha merasa la weh puasa kat perantauan.. baru Salam Aidilfitri katanya =P

      Delete
    3. jadiklah CT, feeling student luar negara kejap

      Delete
  31. Sabar sabar sabar.....belum sampai waktunya....enjoy your life

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com