Tuesday, 19 January 2016

Sabar jelah!

Assalamualaikum dan hai semua! Finally, dapat jugak curi masa update blog. Aku bukan takde mood wei, tapi memang serius sibuk! Sibuk paling utama, mestilah sibuk kat tempat kerja. To the point, aku ni nama je kerja syarikat surat khabar, tapi nak baca pun tak sempat. Nasib baik free, kot lah potong gaji ke, ada yuran langganan ke, mau aku claim. Dah malam baru baca, berita pun dah basi.

Sibuk yang kedua, well, biasalah, kenduri di mana-mana. Kalau takat KL boleh tahan lagi, ini dah merata. Nampaknya tahun ni menjadi tahun pilihan ramai sepupu-sepupu dan anak-anak sedara menamatkan zaman bujang. Dan aku, masih setia dengan sengih macam kerang expired setiap kali soalan cepu cemas 'Bila lagi?' ditanya. Hampir saja aku menjadi manusia yang memboikot majlis kenduri, tapi pergi jugaklah, jaga nama Mak ngan Abah. Lagipun memenuhi undangan kan ke wajib.

Kalau ikutkan aku, duduk rumah lagi berfaedah. Telinga pun tak sakit.


Sejujurnya, aku kurang adil dengan hobi blogging ni. Sebab tengok wayang, karaoke dan bola tetap menjadi keutamaan berbanding blog. Ada cerita aku dah tengok tapi tak sempat nak buat review. Movie review adalah bahan update blog paling senang nak dikarang. At the same time dapat menyelamatkan korang dari tertengok movie yang tak best. Baik tak aku? Hehehe
Karaoke? Ah, jangan salahkan aku. Aku cuma nak mengurangkan bahang panas. Moga suara aku yang ala-ala Adele tertelan mikrofon ni mampu memanggil hujan. Dan sesungguhnya Allah sahaja yang berkuasa menurunkan hujan dan memberi rezeki kepada sekalian alam.

Dan sesungguhnya memang rezeki Man United nak menang ke atas team terunggul, Liverpool. Ala, bola itu bulat. Walau bagaimanapun, memang bangang kalah dengan one of the worst Man United team I have ever seen! No offense peminat United, tapi memang aku panas hati bila bola dah elok dihantar ke depan, tapi gagal di final third. Control game saja tak cukup, kenalah ada finishing. Ibaratnya bercinta macam nak rak, tapi tak jadi kahwin. Kan itu sangat tak best. Walaupun keeper United, David De Gea tu power dan hensem, pemain Liverpool sewajarnya lebih bertenang dan kreatif. Shoot jarak jauh terlampau ambitious sampai ke bulan, Benteke suka tunggu bola dan Ibe masih suka menggentel. Apa kau fikir kau Messi! Dan macam biasa, fail bila defend set piece. Lagi perit bila gol dijaringkan Wayne Rooney, pembenci Liverpool sejak azali.


Aku pun tak tahu kenapa aku membebel pasal bola kat sini. Mungkin sebab ini blog aku, so suka hati aku lah kan..Hahaha. Sabar jelah!

Oh ye, aku harap pemenang-pemenang GA aku bersabar seperti mana aku bersabar dengan Liverpool sebab partner GA aku sekarang ni pergi bercuti. Kebanyakan hadiah ada pada dia, so kena tunggu dia balik baru boleh pos. So, sesiapa tak bagi alamat lagi, still boleh bagi, no problem. Mintak maaf sangat-sangat sebab lambat. Yang mana dah bagi alamat tapi aku tak reply email, boleh komen kat sini.

Story Melbourne masih tergantung, sebab stail aku kalau taip entry travelogue ni, kena sit down by myself tanpa gangguan. Banyak gambar nak kena watermark dan banyak details nak kena recall. Dan aku masih berpegang teguh pada nasihat yang pernah aku dapat dari seorang writer. Kalau kita nak orang seronok baca entry kita, kita pun kena seronok bila menulis.

Sibuk dan stress macam ni memang tak seronok.

Mohon bersabar dengan aku. Bila dah kurang sibuk,  aku akan blogwalking, start pos hadiah n update blog. Tunggu ye..

Actually takde sape heran pun aku update blog ke tidak, jauh sekali nak tahu kenapa, tapi blogger perasan femes memang wajib buat entry macam ni.

Terima kasih sudi membaca luahan hati aku yang sedang stress, penat dan messed-up. Bye!



56 comments:

  1. adalah jodoh ciksal nnti tuuh, aminn ya robbal alamin., ;p

    ReplyDelete
  2. Cik sal... yang ni memang Win..

    Ibaratnya bercinta macam nak rak, tapi tak jadi kahwin. Kan itu sangat tak best.


    Betui sesangat sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. intercept dah cantik, tahan bola pakai badan, counter attack cepat, tetiba depan gol.....tak masuk. macam tulah rasa

      Delete
    2. Kahkahkah 'ulasan sukan' ni kelakar!

      Delete
    3. hahaha..nak buat perbandingan je, bagi orang faham

      Delete
  3. Yes I'm alone... but I'm alone and free...

    Absolutely gua setuju bangat sama ini sttmnt...

    Eh camna nk letak frozen tu?
    Mcm best pulak...

    Cer ajar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. google image macam biasa, tapi tambah 'gif' kat belakang

      save macam save image biasa

      upload kat entry pun macam upload gambar biasa.

      Delete
  4. Cik sal mmg terer arh menulis...pasal tu keje kt tmpt news...

    Perhhh best duh baca ulasan bola tu...
    Walaupun sy x minat bola... baca ulasan tu terus nak g google...

    Ha ha ha...

    #kipidap

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti google david de gea tu, nak tengok betul ke hensem.hahaha

      Delete
  5. anda di tag http://akubukaninnocent.blogspot.com/2016/01/segmen-blogwalking-by-nurnbla-january.html

    ReplyDelete
  6. suka baca review movie sbb boleh jadi bahan nak tengok malam2 :D hehe.

    geram betul nampaknya dgn manU menang tu yeee. kalau tgk attempts pun, nampak liverpool lagi byk.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kalah ngan man u kan..kalau ngan team lain takpe lagi.nasib baik main cantik, kalau kena ayam memang lagi kuat kitorang maki.hahaha

      Delete
  7. masa euro (kalau tak silap) tahun berapa ntah, tv3 ada pecahkan tradisi. diorang panggil pengulas perempuan bercakap pasal bola. agak heaven la masa tu. dah la lawa, bijak bola pulak tu.

    eh aku rasa, kau calon yang seterusnya la. tapi kalau ulas tu, tolong la up sikit aku punya team selangor. hahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.whohoo..thanks bro!

      masalah aku adalah nervous bila bercakap dengan ramai orang..depan panel audition je aku dah ketaq, kalau dekat stadium apatah lagi

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Yes... sibuk adalah alasan yang win untuk tidak menghapdet blog ngeh!ngeh!ngeh!

    ReplyDelete
  10. Entry travelog memang kena ada happy mood bila menulis, baru idea memancar-mancar, hehe. Tapi betullah, kadang-kadang blog ni selalu dianaktirikan. Sha pun buat gitu, hukhukhuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..betul..kalau takde mood, memang tulis macam malas je.

      Delete
  11. Sekarang kalau pergi kenduri kahwin mesti nak bergambar ala2 pengantin atas pelamin.. yang jadi mangsa dah tentu en. hb kena paksa bergambar sama.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglah...sy dah malas nak pergi wedding

      Delete
  12. amboi Sal, ayat akhir tu kan mennn hihi..rindu lah nak baca celoteh cik sal yang sempoi ni.. erm kena gak rajin2 update blog sebab kakak nak baca kay :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ikut hati memang nak update hari-hari, tapi banyak komitmen lain gak kan.thanks kak ana sudi baca saya mengarut..hehe

      Delete
  13. sama situasi dengan adik akak
    mana nak ikut p kenduri sebab dia malas nak hadap soklan
    yang dilabelkan tidak perlu dijawab oleh adik akak

    akak suka movie review! dulu sebelum tengok wayang
    memang baca review dulu...dapat tahu spoiler pun sangat happy
    tak paham sapa tak suka spoiler...haha
    bukan apa tau...once kita dah tahu, senang nak bajet cite tu perlu ditonton or tak
    dulu kerap beli cinema online...banyak movie review best kat situ
    sekarang tak tahu wujud lagi ke idak

    akak nak sambung gelak pasal liverpool...hahahaha
    masa tengok dengan husband akak, senak juga tengok
    banyak sangat attact...tapi masuk aje idak
    dapat ke rooney...perghhh! terus nak buat gelek gerudi inul...haha
    bertabahlah ye wahai fan liverpool
    tak ikut sama fans liverpool lain bertapa kat gua anfield ke?
    apapun sal...moga terus bertabah! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..bertapa kejap je..menang lawan norwich keluar balik..fan men yu elok-elok ye duduk dalam tu.tak tau malam ni fan Arsenal ke Chelsea mai teman.

      saya tak suka spoiler, sebab nak perasaan excited nak tau apa jadi lepas tu.

      Delete
  14. sabar jer laa...jadi penyokong Liverpool nie tahap ketabahan kena tinggi...tapi sayang tak menang walaupun control game...hehehehe #YNWA

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..tp menang against norwich malam tadi memang best..#YNWA

      Delete
  15. kesibukan menjadikan sal antara orang yang hebat setaakt ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..masih ada peluang saya beri sumbangan kepada orang lain

      Delete
  16. lama tak menyinggah,, sebab sama yang macam salbiahM cakap tu hehe,, sibukk huhu,,, hari ni sempat baca entri sal,,yang pasti cerita bole pasti ada, sama macam kawan saya gugurl yang fanatik dengan arsenal..

    ReplyDelete
  17. kadang blogger pun sibuk juga, anyway suka baca bebelan sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear..saya memang suka membebel.hahaha

      Delete
  18. Replies
    1. memang..kena gi vacation ni.baru ok balik.kena tune macam keter jugak

      Delete
  19. Agaknya, begitulah juga perasaan anak sulong saya bila setiap kali pergi kenduri kahwin atau balik kampung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang yang mengalami sahaja yang faham...

      Delete
  20. Intro punyalah baik ada ada cartoon bagai..sekali citerr bola da.. Adehhh mummy tertipu..hahaha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah mummy, entry pun macam emosi gak..turun naik

      Delete
  21. Salam Jummat Sal.. mummy mai ronda.. hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ahad mummy...dah ahad baru baca komen.haha

      Delete
  22. Mummy rasa tahun ni, tahun sibuk kot.. selalu awal tahun mummy bole berfoya-foya ini tidakk, dok ngadap keje je..adehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua orang makin rajin, yelah kos sara hidup dah meningkat.hahaha

      Delete
  23. Setuju sangat bab kita kena enjoy menulis kalau kita nak orang enjoy baca apa yang kita tulis tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..reader boleh detect kalau kita menaip dengan malas

      Delete
  24. amboi kak sal, kemain layan bola xD
    saya pun sekarang jarang update blog jugak, hhuhu

    ReplyDelete
  25. sbb soalan cepu mas tu lah sis dah malas nak balik kg . mrk tu tak faham . yg meminang tu lelaki . klu x de org masuk meminang , camna nak kahwin kan ! n klu ada yg merisik , kena gak belek2 sbb kita nak bersama dgn org tu hingga akhirnya ... sabar je lah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis.ada ke dikatanya kita ni memilih.benda macam ni kenalah memilih, bukan boleh main redah je.dah kawin esok, kita yang kena hadap, bukan diorang

      Delete
  26. Sabarlah, Sal. Jangan stress-stress. Kalau dah kalah tu, terima ajelah dengar redha. Nak hentak meja, nak mogok lapar, nak buat apakan. Ngaku ajelah team pilihan awak memang tak best pun. Hehehe!

    Bab soalan cepu cemas, cepu lempang, cepu nak minta kena lemps tu semua, akan tiba masanya bila orang dah malas nak tanya. Kita senyum kambing jerk. Orang tanya duploh soalan yang sama, kita senyum jerk tanpa menjawab. Memang terkehel mulut mereka nak tanya lagi lama-lama give uplah tu. Tapi awak, janganlah give up yerk. Jodon tu nanti-nanti datanglah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. team pilihan saya best ok, cuma takde luck..hahaha.

      Delete
  27. Sal... Tak dinafikan aRz punya mood Update Blog dan blogwalking semakin ke tengah laut. Rasa macam nk snorkeling ja hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kalau dah ke tengah laut tu scuba diving terus lah

      Delete
  28. Partner sal tak ajak bercuti sekali ka.... Syok dia bercuti ngan ahkak kita kan? Tak ckp plak tu

    ReplyDelete
  29. blog kita kan...so ikut suka la nk citer apa..asalkan xmenyalahi mana2 peraturan....hehhehe....sy pun mmg sibuk teramat awal tahun nih...mcm xmenyempat nk siapkan keje...huhuhuh

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com