Tuesday, 23 June 2015

Terima Kasih Deanna Morni

Assalamualaikum semua. Dok buat apa tu? Mestilah tengah online, apa punya soalan da... Berbuka apa hari ni? Aku dah dua hari berturut-turut berbuka Nasi Beriani bak hang! Macam ni gaya memang by end of Ramadhan gemuk la aku. Orang lain bulan puasa berat turun, aku bulan puasa berat naik. Bersyukurlah Sal oi!! Ramai orang susah kat luar sana tu tak merasa nak berbuka sedap-sedap bersama-sama dengan ahli keluarga atau kawan-kawan. Apalah nasib mangsa banjir, para gelandangan, saudara-saudara seakidah di Rohingya, Palestin, Syria...Kita baru diuji dengan traffic jam time balik kerja dah nak mengamuk. Lepas tu berangan nak waktu kerja macam kat Brunei. Macamlah direct 8 jam kita kerja tu kita buat kerja sepenuhnya ye tak? Kalau bagi 6 jam je entah-entah langsung kerja tak jalan. Ala, lagipun Malaysia ni, ikutlah waktu bekerja Brunei ke, Zimbabwe ke, Australia ke, jalan tetap jam.

Anyway, bukan itu point utama entry aku. Minggu lepas officemate aku bagitau yang ada parcel untuk aku. Nampak tak malasnya nak update entry. Edit blog rajin lah pulak. Mesti diorang pelik sebab lately ada je surat aku sampai. Bukan apa, aku prefer bagi alamat office sebab takut orang hantar parcel yang kena tandatangan penerima. Kalau hantar ke rumah takut mak ayah aku takde.


Inilah dia, penghargaan top 20 pengomen Feb-Mei 2015 dari kak Deanna Morni pemilik blog Kameq Deanna Ilustrasi Hidupku. Thanks a lot kak DM! Warna pink lak tu! I loike! Sesape yang suka warna pink tu jangan jeles ye. *Jeling-jeling*

Aku memang selalu lepak kat blog Kak Deanna ni, mungkin sebab dia selalu post pasal makanan, dan aku pulak memang suka makan. Hahaha. Lagipun, kak Deanna ni seorang yang peramah dan kelakar. Selalu jugak jadi top komentator kat blog aku ni. Kalau korang belum follow blog dia, jemputlah follow, confirm tak rugi. Cara penulisan dia santai dan menarik. Ini bukan bodek tau, tapi kenyataan.

Rasanya tu jelah untuk kali ni. Nanti kita sambung lagi. Selamat menghayati bulan Ramadhan my dearest readers. Jumpa lagi!


Thursday, 18 June 2015

Review : Jurassic World

Remember, if something chases after you, run..


Aku menonton filem ni di TGV KLCC, sehari sebelum puasa. Sanggup ambil cuti ye. Tengok tayangan pukul 11 pagi, panggung hampir lengang, rasa macam tengok filem B rated yang tak laku. Bulan Ramadhan aku memang tak buat aktiviti lagha macam gi karaoke atau tengok wayang. Bukan nak kata aku baik, tapi aku rasa masa terluang baik diisi dengan aktiviti berfaedah macam mengaji ke, jadi volunteer ke.. Tengok wayang bila-bila masa pun boleh, tapi Ramadhan hanya setahun sekali. Asyik ralit buat dosa, nak jugak sesekali tuai pahala. Insha Allah.

Berbalik pada tajuk entry. Filem ini tentang lawatan dua beradik, Zach (Nick Robinson) dan Gray (Ty Simpkins) ke Taman Tema Jurassic World, di mana ibu saudara diorang, Claire (Bryce Dallas Howard) merupakan salah seorang pegawai operasi kat situ. Saintis-saintis kat taman tema tersebut tengah develop dinosaur baru yang sangat ganas dan Claire terlibat secara langsung dalam projek tersebut. Salah seorang pegawai atasan kat Jurassic World iaitu Mr.Masrani (Irffan Khan) insist supaya Claire dapatkan khidmat nasihat Owen Ridley (Chris Pratt si abang Sado) untuk memantau dinosaur spesis baru bernama Indominus Rex. Keadaan jadi huru-hara bila Indominus Rex sukar dikawal dan terlepas. So, cmane nak tangkap dinosaur ni tanpa merisikokan nyawa lebih 20 ribu pengunjung dan pekerja Jurassic World di atas pulau terpencil Isla Nublar? Jeng jeng jeng...

 Mana hangpa nak lari???

Aku merupakan peminat tegar francais filem Jurassic Park ni. Cuma the second installment, The Lost World aku kurang suka sebab banyak sangat cakap. Jurassic Park 1 dan 3 berkali-kali aku tengok. Lepas tengok Jurassic World ni, bolehlah disimpulkan yang ini merupakan filem Jurassic Park paling best! Probably because of the theme park setting. Lagi ramai orang, lagi kalut, lagi banyak 'lauk' dinosaur boleh pilih. Huhuhuhu. Yelah, nak banding filem pertama tahun 1993 ngan 2015 memanglah tak adil kan. Dinosaur kali ni lebih real, jalan cerita mantap dan senang faham, effect yang sangat menjadi dan cukup elemen ngeri dan ganas. Memang banyak kali aku terkejut, nasib tak terpeluk kawan kat sebelah. Tapi ending diorang tipikal lah, dari filem pertama lagi dok guna idea sama. Insaf lah kononnnya, tapi pastu ada je orang develop pulau dinosaur ni dalam filem seterusnya.  So, harap Jurasic World ni ada sambungan. Tapi mungkin kena tunggu 10 tahun lagi..haha.

Aku suggest korang tengok filem ni. Aku bagi 4 bintang! Tak kisah lah samaada korang follow cerita ni dari filem pertama ke tidak sebab senang je faham. Ah, kalau best sangat Sal, nape tak 5 bintang je? OK, maybe sebab ada part yang aku tak boleh terima macam *spoiler alert, skip ke perenggan seterusnya kalau tak suka spoiler* macam ride bulat Gyroscope yang takde trail dan tak boleh dikawal pekerja theme park. Come on, tak logik! And how come such park takde CCTV? Ending plak macam nak cepat habis. Tetibe plak T-Rex jadi baik, pastu boleh berpakat dengan Velociraptor. Oh, dan sangat tak logik seorang wanita, hebat macamana pun, berlari-lari sepanjang hari dengan pointy heels 3 inci. Entah apa-apa aku ni, nama pun filem dinosaur nak expect logik kemendanya!

OKlah, alang-alang dah update blog, aku nak ucap Selamat Be-Ramadhan kepadasemua. Bukan takat puasa je, tapi untuk menghidupkan bulan mulia ni tak kiralah siang dan malam. Hahaha, aku cuti hari ni. Saje je, nak rileks sikit hari pertama puasa ni. Insha Allah akan merajinkan diri update blog dengan kerap.


Friday, 12 June 2015

Pengguna Pengangkutan Awam yang Menjengkelkan


Sebagai pengguna public transport yang tegar gara-gara penakut nak drive dalam KL, aku memang dah masak sangat dengan laluan bas dan LRT. Sampaikan aku menjadi tempat rujukan kawan-kawan dan saudara-mara yang nak naik pengangkutan awam tapi tak yakin. Dah macam ada database Rapid KL dalam otak aku ni plak.

Berikut disenaraikan beberapa perangai-perangai pengguna public transport yang buat aku menyampah gila. Sila jangan buat, tak kisah la korang jenis yang bergantung hidup pada pengangkutan awam atau naik sekali-sekala.. Antaranya:

1. Tak mau gi belakang
Ini annoying, terutama kalau dia lah yang berebut nak masuk dulu. Pastu block pintu tren/bahagian depan bas. Drebar ingat dah full, then tak bagi orang naik lagi. Kesian la dekat yang dah lama menunggu.

2.Dengar lagu kuat-kuat
Nak aje aku belikan earphone..Kalau lagu best yang semua orang layan takpe, ni lagu yang bahasa orang lain tak faham. Tambah pulak sesi 'sing along'.  Nak marah ada, nak gelak pun ada.

3. Tak bagi pompuan mengandung/org tua/ o.k.u duduk
Ini perkara biasa kat tanah tumpah darahku. Terutama kalau petang-petang, balik dari kerja. Letih la kononnya. Takde kesedaran sivik langsung.


4.Terlebih peramah
Golongan-golongan ini memang mudah dikenalpasti. Duduk ke, berdiri ke, sebelah orang dia kenal ke, foreigner ke, dia bantai je. The moment korang senyum je kat dia, mesin berborak dia pun terus 'on'. Selagi korang atau dia tak turun dia akan terus bercakap walaupun kau tak layan. Walaupun dia nampak kau pakai earphone dan humming along lagu kau tengah layan tu. Ada sekali tu aku nampak sorang brader ni buat-buat tidur pun sorang auntie tu dok berborak lagi. Aduiyai..

5. Nampak kau tengah berlari-lari bapak ke arah bas, tapi tak inform pada driver.
Cam hampagas je...pulak tu dia boleh pandang sepi je dekat kau yang tertinggal. Manusia memang kejam!!! Kejam!!!Ops, drama queen sangat.

6.Menggelupur nak turun sampai tolak-tolak orang
Rileksla bro...rasanya ramai je orang nak turun. Kau tolak-tolak ni memang mintak kena sigung ke apa?

7. Public Display of Affection
Tak payah nak PDA sangat la dalam tren/bus. Geli kot orang lain tengok. Tak tau PDA tu apa? Sila google. Hihihi

So, tolong jangan jadi manusia selfish...Naik pengangkutan awam pun tak pandai timbangrasa cmane kalau ada kenderaan sendiri nanti. Sekian, pesanan khidmat masyarakat

**Entry repost**

Saturday, 6 June 2015

Sabtu yang Malas

Assalamualaikum semua! Salam Sabtu! Dok buat apa tu? Aku macam biasa, kalau takde orang ajak aku keluar memang aku suka dok rumah. Makan, tengok TV pastu guling-guling macam tenggiling. Aku ni jenis manusia yang suka duduk rumah, tapi malangnya aku ada satu kelemahan. Aku tak reti cakap 'Tak nak'. Letih cmane pun, kalau ada kawan or family ajak gi mana-mana or mintak tolong, memang aku gagahkan jugak.


Sabtu yang indah ni, fortunately takde orang ajak aku keluar. Yay! Tengah bulan kot, siapa nak berjimba. So pagi tadi dapatlah kemas rumah, masak dan basuh baju. Rumah aku ni takat Mak Ayah, aku dan Adik yang tengah cuti sem, apa sangatlah kerja rumah yang ada. Walaupun setiap pagi before gi kerja, aku pesan kat Mak tak payah buat kerja rumah sangat, tunggu jelah aku balik, tapi tau jelah orang tua. Kau ingat dia nak biar kain bertimbun tak berlipat. Kau ingat dia boleh biar je tengok taik kucing kat luar pagar. Pastu argue ngan aku, kata kalau duduk rumah tak buat apa badan lagi lemau. Lagi senang sakit. Habis den nak buat cmano. Duduk dengan parents gitulah cabarannya. Takkan kau nak kurung diorang dalam bilik. Pastu adik-beradik lain kata aku 'dera' Mak Ayah. Adoilah ai.. Duduk dengan Mak Ayah ni nampak macam indah je. Tak payah bayar sewa, balik kerja dah siap masak, tapi sebenarnya kesabaran tu kena tinggi. Kalau tak tahan dah lama angkut beg gi pindah rumah sewa. Tapi sebab sayang, takut apa-apa jadi diorang berdua je kat rumah, maka bertahan jelah. Selagi ada umur dan kesempatan ni kumpul pahala jaga diorang dulu.

Ish, panjang nau aku membebel ni kan.. Dalam pada takde idea nak update blog.


Actually hari ni adik aku ada projek khas. Projek apa? Jeng jeng jeng! Kalau aku cakap bahan dia kurma, tepung dan minyak sapi mesti ramai yang boleh agak kan? Layankan jela, walaupun ikutkan hati nak duduk depan TV je layan Hindustan. Filem Shahid Kapoor kot! Adik aku ni memang minat memasak. Tangan dia ada luck sikit. Walaupun aku lagi kerap turun dapur dari dia, tapi apa yang dia try sekali je dah jadi. Berbanding ngan aku, try banyak kali pun tak jadi-jadi. Adik ikut Mak kot, memang berbakat bab memasak. Aku ikut Ayah, berbakat dalam pengetahuan tentang bola sepak.Hahaha.

Cakap pasal bola, peminat-peminat bola jangan lupa kul 2.45 pagi esok final UCL, Barcelona vs Juventus. Sebagai peyokong Spain, of course lah sokong Barca! Majoriti pemain Barca tu pemain Spain jugak. Pastu, Barcelona ada ex Liverpool player, Luis Suarez. Harap dia akan 'menggigit' malam ni! Perlawanan ni juga merupakan perlawanan terakhir the legend Xavi Hernandes bersama FC Barcelona. 6racias Xavi!We will miss you, legend!


OKlah gais, aku nak gi tolong adik aku. Have a blessed weekend! Thanks for reading!

Friday, 5 June 2015

My Wedding Checklist

Makin bertambah umur aku, pandangan aku tentang majlis perkahwinan makin berubah. Dulu masa umur awal 20-an, memang banyak yang aku angankan. Ramai orang taksub dengan so-called perfect wedding dan aku mengaku aku hampir terjebak dalam dunia imaginasi yang sama.

Tapi makin lama aku belajar yang wedding dan marriage adalah dua perkara yang sangat berbeza. Simpan duit untuk kahwin bukan bermaksud simpan duit untuk majlis kahwin, tapi untuk kehidupan selepas berumahtangga nanti. Kalau kau tanya aku, ulang lagi sekali - Aku, sekarang, sewaktu entry ini ditulis, dah draft wedding checklist . Checklist aku simple je, terbahagi kepada dua kategori:

A. Perkara-perkara yang aku tak kisah keluarkan duit

B. Perkara-perkara yang aku tak sanggup bazirkan duit


A. Perkara-perkara yang aku tak kisah keluarkan duit adalah:

1. Makanan. Aku nak ramai orang datang meraikan aku. Aku nak orang cukup makan.  Nak buat stail Johor, ada berkat sekali.
*Berkat - lauk yang dibungkus untuk tetamu bawak balik.

2.Khemah. Reason sama dengan nombor satu

3.Outfit for my family. Aku nak diorang nampak cantik pada hari bahagia aku.

4.Honeymoon. Yup, because I can! Aku nak gi bercinta ngan laki aku, korang sibuk apa!


5.Doorgift. Isi, bukan pembalutnya

6.Make up dan baju bersanding. Bagilah aku merasa nampak cantik at least sekali seumur hidup.


B. Perkara-perkara yang aku tak sanggup bazirkan duit pulak :

1. Kad kahwin mahal. Buat apa nak spend duit banyak untuk something yang orang akan buang

2.Pre-wedding photography. Call me old-fashioned, tapi aku tak rasa benda tu perlu.

3.Henna. Ada ustaz kata haram, ada kata harus. Orang kata kalau dah was-was baik tinggalkan


4.Pelamin. I can't stand people staring at me! Bersanding akan buat aku nervous!

5 Bekas doorgift. Rujuk point 1

6. Cincin kahwin mahal-mahal. Aku bukan jewellery junkie. Baik you simpan duit tu bawak I gi honeymoon ke Maldives ye sayang!

7.Hantaran mahal-mahal. Aku bukannya gila brand atau gila gadget. Aku suka makanan. Food is awesome!

Doakan aku. Dalam bab majlis kahwin ni, walaupun kita ada pendirian, banyak hati nak kena jaga.

Apa-apa pun, twitter ni memang win!


Korang terasa tak? Sebab aku terasa. Kah kah kah
p/s: Sesapa nak komen"nanti adalah tu" , sila simpan komen tu untuk blog lain.

That's all people! Thanks for reading.

Monday, 1 June 2015

Selamat datang Jun

Assalamualaikum semua! Dok buat apa tu? Gi isi minyak tak malam tadi? Hahaha..OK, tak boleh cakap banyak sebab aku sedar diri aku kerja ngan suratkhabar. Ops!

Macam biasa, masuk bulan baru ni apa lagi aktiviti aku selain mengupdate bloglist sebagai penghargaan top komentator bulan lepas. Memandangkan entry yang lepas aku telah terbuat 'dosa' kepada ramai pengomen tegar dengan tidak menulis nama mengikut susunan pengomen terbanyak, bulan ni aku print screen terus. Barulah nampak telus, adil dan saksama. Ini muktamad ye, sebarang surat-menyurat, whatsapp atau tawaran belanja makan tidak akan dilayan. Kalau pinangan mungkin aku consider. Eh...what the what!

Cari nama korang, ada tak?

1. Jari Manis
Blog :  http://jarimanistravel.blogspot.com

2. Scdha Sein (SS)
Blog : http://scdhaseinphoto.blogspot.com/

3.zarul farhana
Blog:  http://sayazarulfarhana.blogspot.com

4. Farrah MF
Blog: http://famf-tower.blogspot.com

5. QasehVee
Blog : http://harumankasehvee.blogspot.com/

6. Muhammad Khairuddin Lim
Blog : http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/

7. Mummydearie
Blog : http://mummydearie.blogspot.com/

8.Fidah Shah

Blog: http://whitebarley.blogspot.com/

9. Qaseh Abadi
Blog : http://syidamenulis.blogspot.com

10. Hainom Okje
Blog : http://hainomokje.blogspot.com/

11.aRz MoHa
Blog : http://www.arzmoha.com

12.Siti Yang Menaip
Blog:http://sitiyangmenaip.blogspot.com/

13. Anies
Blog : http://aniesandyou.blogspot.com/

14.Puan Kutu
Blog: http://puankutu.blogspot.com

15.Deanna Morni
Blog : http://kameqdeanna.blogspot.com

OKlah, macam biasa nak ucap thanks kat sesape yang selalu singgah kat blog aku ni. Tak kisahlah follower, silent reader atau kaki komen, korang semua memang awesome! Thanks a lot, walaupun korang tak sedar, aku memang happy dengan kehadiran korang.

Selamat menyambut ketibaan Ramadhan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com