Sunday, 31 May 2015

Tutorial - Cara buat gambar bulat

Assalamualaikum semua! Pernah tak korang teringin nak buat gambar bulat macam kat header aku ni tapi tak tahu Photoshop, Illustrator atau sebarang editing software?

Hari tu aku google cara buat 'circle image' dan jumpa satu tutorial yang sangat simple. Boleh buat asalkan ada internet connection. Tak perlu download software pun. Selama ni aku selalu edit gambar dan taruk watermark kat website PicMonkey.Com, tapi baru tau yang boleh buat gambar bulat kat situ jugak.
Dari ini :


Menjadi ini : 


Kat sini aku share step-by-step ye..

1. Copy awal-awal gambar yang nak dibulatkan tu, manalah tau kalau tersalah ke, gambar original ada lagi. Paste dekat destination folder yang senang nak cari. Nak mudah, kat desktop je.

2.Bukak website PicMonkey.Com

3. Klik 'Edit'


4. Klik Computer, pastu bukaklah folder berkaitan dan select gambar yang nak dibulatkan tu.

5. Dekat bahagian Basic Edits tu klik Crop, dan pilih square.

6.Drag kotak empat segi tu dekat area gambar yang korang nak bulatkan.

7.Klik 'Apply'.



8. Dekat sini terpulang korang nak edit dulu atau nak proceed. Boleh explore sendiri options yang ada tu. Nak resize, taruk filter, black n white, bagi lagi cerah.. terpulang.

9.Dah settle edit, klik dekat Frames - Rounded Corners.

10. Maximise corner radius sampai nampak bentuk bulat (dalam contoh bawah ni sampai 273), then tick pada kotak 'Transparent corners'.

11.Klik 'Apply'.



12. Once dah settle edit semua, klik 'Save'


13. Klik 'Save to my computer' dan save di destination folder pilihan you alls. Take note : Tunggu sehingga keluar ikon PicMonkey 'Masterpiece saved!' sebelum menutup website atau bukak tab lain untuk mengelakkan 'hang'

Kredit penuh untuk website ini.

Full credit for this website

Selamat mencuba! Kalau tak faham bagitau Kak Sal ek.. Selamat mebulat-bulat. Hehehe.

Friday, 29 May 2015

Kiriman yang mengembalikan mood blogging

Assalamualaikum semua! Ewah...tajuk entry aku memang tak boleh blah kan? Haha, lately mood blogging memang ke gua ke laut. Keinginan tulis entry baru tu ada, tapi otak aku pun sama blank dengan skrin. Last-last aku baca entry-entry blog lain, komen, klik iklan, komen lagi, blogwalking..  sampai jemu. Style aku, kalau takde mood, aku tak update blog, walaupun idea dan benda nak cerita dah melimpah-ruah. Aku tak suka tulis entry dengan separuh hati. Kalau nak menulis, biar all in or nothing. Macam tagline Adidas pulak kau!

Entry ni sebenarnya merupakan entry penghargaan buat dua orang blogger ni. Yang pertama adalah untuk akak suka travel yang minat kaler pink dan merupakan pelapis sukan badminton negara selepas Dato' Lee Chong Wei bersara nanti. Kau hado?? Sape lagi kalau bukan si sweety sweetu Jari Manis.

Rasanya majoriti pembaca blog ni kenal kak JM kan, sebab dia ni memang peramah, kalau komen kat blog orang memang bawak bom tangan bagai. Selain dari sifat peramah dia tu, kak JM ni famous sebab banyak tempat dia dah pergi dan cara dia tulis travel details dia buat korang rasa macam korang pun ikut sekali. Jangan main-main ye, orang Korea pun baca artikel dia tau! Jemput berkenalan dengan dia ye, single lagi orangnya.. Hehe.


Thanks kak JM, for the lovely gift! Saya ni memang spesis kurang vitamin, kuku selalu patah atau tercabut - pastu stress bila tertarik benang tudung! Lepas ni, tiada masalah lagi! Aku dah macam iklan Terlajak Laris pulak ni.

Blogger kedua adalah cik Siti Yang Menaip. Dia ni kaki travel dan kaki food hunting jugak. Muda lagi orangnya, tapi cara penulisan sangat matang. Chegu la katakan! Ceria je orangnya, memang tak rugi berkenalan dengan dia. Status? Ah, tu korang siasat lah sendiri. Aku tak bertanggungjawab ye..Hihihi


Thanks CT yang comel, bagi hadiah yang sweet ni! Akak belum makan lagi, sayang pulak rasanya. Hehehe.

Saja nak tanya, header baru OK tak? Since aku ni kedekut malas nak upah designer, buatlah sendiri. Cukuplah untuk orang yang tak reti guna Photoshop or Illustrator or whatever.

OKlah u olls, thanks for reading. See you next time lovelies!

p/s : still ada peluang korang nak jadi top 15 kaki komen bulan May. InshaAllah aku akan masukkan  blog korang dalam Bloglist Jun.

Monday, 25 May 2015

Tomorrowland Review

 Of all the people, why me?

Because we think you can fix the future

Masa kawan aku ajak tengok filem ni, aku blur sekejap. Biasalah aku, bukannya alert pun kewujudan filem-filem terbaru kat wayang. Lainlah kalau filem-filem Superhero dari Marvel atau DC, yang tu memang aku mark kalendar awal-awal supaya tak terlepas. First step, aku google for reviews, dan baca sepintas lalu. Most critics kata filem terbaru Disney ni takdelah best sangat, buatkan aku jadi skeptical. Takut jadi macam filem 'Into the Woods', hype je lebih.

Tapi memandangkan aku percaya yang citarasa orang adalah berbeza-beza, aku pergi menonton filem ni dengan fikiran dan hati yang terbuka. Who knows, it might be fun, right?


Filem ni mengisahkan Casey Newton (Britt Robertson), anak kepada bekas engineer NASA yang sukakan Sains dan risau melihat keadaan dunia yang makin lama makin diancam kebuluran, bencana alam dan peperangan. Suatu hari dia telah menerima pin lapel misteri yang kalau dia pegang je, dia akan terus di bawa ke dunia futuristik yang digelar Tomorrowland. Out of curiosity, Casey pun menyiasat dari mana pin tu datang, dan dia terjumpa budak pelik bernama Athena (Raffey Cassidy) dan Frank Walker (George Clooney).  Together, mereka pun membongkar misteri kewujudan Tomorrowland dan macamana diorang nak menyelamatkan masa depan.

Pendapat aku? OK, I guess. Tak menghampakan kalau kau minat filem-filem Sains Fiksyen. Macam biasa, masalah yang sama just like masa aku menonton 'Interstellar'. Aku cuba mencari logik dan fakta Fizik sampaikan aku lost dalam jalan cerita. Itulah masalahnya kalau kau terlebih faham Sains! Huhuhu. Tapi Tomorrowland takdelah seberat 'Interstellar', boleh enjoy dengan senang hati sebab after all, it is a Disney movie. Ada part kelakar, ada part yang touching. Tapi mesej filem ni besar. Tentang sifat manusia yang mudah putus asa dan dah tak ambil kisah apa nak jadi dengan bumi ni.

Aku suka giler lakonan Raffey Cassidy sebagai Athena! That girl can definitely pergi jauh! Scene favourite aku adalah masa dekat kedai collectibles 'Blast from the Past'. Memang awesome!Aku bagi filem ni tiga dari lima bintang. Tapi tu pendapat peribadi aku. Taste orang kan tak sama.

Till then, thanks for reading you alls! Aku nak gi tidur dulu. Assalamualaikum!!

Thursday, 21 May 2015

Hola, Luis Garcia!

Assalamualaikum semua..Tu dia, terharu kak Sal korang sebab ramai yang memuji kerajinan dalam entry INI walaupun badan tu dah macam kena pijak-pijak penatnya. Siap ada yang nak booking aku rewang time dia kahwin lagi. Takde pulak yang nak booking aku jadi menantu. Hahaha. *Gelak mohon simpati*

Akan tetapi, tahukah kalian kerajinan itu datang disebabkan rasa bersalah? Yup, rasa bersalah sebab hari bersandingnya adalah pada hari Ahad lepas tapi aku tak dapat pergi. Sebab aku ada date dengan pakwe dari Spain. Hola hola !!!

Inilah dia pakwe yang aku cakapkan tu. Korang rasa dia sape? Pelakon telenovela? Penyanyi? Ahli silap mata? Tukang masak? Pakar motivasi? Penari salsa?


OK fine, 80% daripada korang meneka dengan tepat - dia pemain bola. Siapa yang teka betul tu nampak sangat peminat blog aku. Mengaku jelah, takpe, aku tak kisah. Hehehehe

Ni lah dia Luis Garcia. Bukan Luis Suarez, Lois Lane atau Louisa Chong. Beliau merupakan bekas winger Liverpool pada tahun 2004-2007. Salah seorang 'Hero Istanbul' yang membawa Liverpool memenangi Champions League pada tahun 2005 bersama Captain Steven Gerrard.

Luis Garcia ni pemain kebangsaan Spain jugak. Walaupun mata aku lebih tertumpu pada Raul Gonzalez dan David Villa yang baru nak up time tu, aksi beliau dalam World Cup 2006 tetap aku ingat. Spain balik agak awal, kalah dalam Round of 16 kepada Perancis. Spain memang banyak striker power-power. Masalahnya bab defend. Tu sebab bila Puyol bersara dari pasukan kebangsaan dan prestasi Casillas merudum, Spain pun hancus masa World Cup 2014. Lepas Xavi, Xabi Alonso dan Iniesta blah entah apalah akan jadi kat team Spain ni.

Sudah-sudah la membebel tu Sal, kau ingat kau pengulas sukan ka? Daripada korang layan auta aku, baik layan gambar.

Penyokong-penyokong paling sabar dalam dunia

The moment he arrived. Ramai dok chant 'Luis Garcia song'. Memang true fan diorang ni! 'Mat Yo song' aku tahu. Ku yakin Mat Yo tak salah, tak salah..


Interview dari pengacara Astro. Kalau hot macam ni baru boleh jadi pengulas sukan perempuan. Aku jadi pengulas kat blog ni cukuplah.

Melayan soalan-soalan dari peminat. credit gambar : FB Stadium Astro

Barcakap tentang pengalaman beliau bersama Liverpool, the memorable Champions League, 'gol hantu', his teammates and much more selama lebih setengah jam. credit gambar : FB Stadium Astro

 Nak sign kena beratur. credit gambar : FB Stadium Astro


Aku request dia sign dua gambar tu, satu untuk Cik A (yang mengajak aku ke event ni tapi tetiba dia plak malas nak beratur), dan dekat mafla tu. Ikut hati nak request sign kat jersi Spain jugak, tapi kesian pulak dia penat. Orang pun dah ramai. Kan ke peminat Liverpool ni baik hati orangnya. Thanks Cik A sebab amikkan gambar! Boleh pulak ada cameo kat belakang tu..Cis!

Oh my, aku faham apa rasanya adik-adik fangirl Kpop yang lupa diri masa jumpa artis Kpop hari tu. Slang Spanish Luis Garcia ni memang mencabar iman. Aku dah practice nak cakap 'Hola' depan dia terus jadi 'Hai' je. And his smile. Wow... Nape dia nampak makin hensem ni! So glad dia tak hulur tangan untuk salam kalau tak...(sila habiskan ayat dengan kreativiti anda sendiri).

Tapi korang jangan risau, sebab Cik A kan ada. Kalau aku buat bukan-bukan mesti dia akan volunteeer bagi pelempang kat situ jugak. Hahaha. Hampunnnn!

Dah selesai, kitorang pun gerak cari makan, solat kat Low Yatt dan teman kawan aku beli barang. Kesian SR, kena tunggu lama. Tapi aku dah bagitau awal-awal, so dia pun takdelah complaint. Dia pun kenal aku dah lama. Dia ngan ND slalu jadi mangsa dengar aku membebel pasal bola walaupun blur. Love you gurls!

Dari tadi dok sebut Cik A, sape pulak lah Cik A ni kan. Ni lah orangnya, Anies, pemilik blog Anies and you Thanks Anies, kau memang the great! Korang dah follow blog dia belum? Kalau belum, silalah sebab dia ni peramah orangnya. Dalam alam maya dan jugak kat luar. Memang sempoi, kepala boleh layan tau. Baik punya aku puji hang ni Anies! Hahaha.


Aku rasa nanti esok lusa citer pasal event 'meet n greet' ni kluar kat Astro. Glamer lah kak Sal korang.

Sudahla, aku nak gi sambung kerja. Walaupun bos aku pun penyokong Liverpool, itu tak menjamin yang aku ni kesayangan dia. Mungkin juga ada sikit-sikit bibit cemburu di hati lelaki dia tu sebab aku dapat jumpa dan bergambar dengan Luis Garcia. Hihihi. Ampun, Encik Bos!

Till then, Adios mi amigos! You'll Never Walk Alone!!

Monday, 18 May 2015

Cerita hari Sabtu

Assalamualaikum semua! Wah, lately mood update blog begitu membuak-buak. Hahahaha. Maybe sebab lega. Apa yang lega? Nak tau, refer entry ni.


Aku ni kalau nak diikutkan, bukanlah suka berjalan sangat. Weekend aku suka chill je duduk rumah. Tapi lepas adik aku asyik menyebut-nyebut nak tengok satu filem ni, tak sampai hati pulak tak nak bawak. Yang misterinya, kawan baik aku pun hantar wasap ajak tengok filem yang sama. Pelik betul diorang ni. Dahlah nama sama, taste pun sama.

Diorang ajak gi hari Sabtu, which means aku tak dapat tolong jiran aku rewang. Jiran aku yang sorang ni kalau buat kenduri, berkampung sampai tiga malam. Memang style family dia. Kenduri doa selamat lepas nikah, Marhaban dan hari langsung. Mana kau nak cari wedding macam tu kat tengah-tengah KL! Diorang ni je.

Disebabkan tak dapat tolong diorang pada siang hari Sabtu, balik kerja petang Jumaat tu, aku terus  pergi menyibukkan diri sampai tengah malam. Memanglah letih, tapi nak menebus dosa tak dapat hadirkan diri pada hari Sabtu, terpaksalah aku layankan. Dahlah tidur lewat, pagi-pagi Sabtu dah gi NU Sentral nak tengok filem Pitch Perfect 2 ni.


Honestly, aku yang noob ni tak tau pun kewujudan filem ni. Memandangkan aku tak tengok yang first movie, aku takdelah bernafsu nak tengok yang second. Tapi kenangkan kedua-dua cik S (my sister n my best friend) dah ajak, aku pun pergilah. Aku siap pasang niat nak tidur masa dalam panggung nanti. Ngehngehngeh.

Filem ni merupakan sambungan dari filem Pitch Perfect yang pertama, tentang sekumpulan gadis yang menggelarkan diri mereka 'Barden Bellas' dari Barden University. Diorang merupakan group penyanyi acapella, ala-ala dalam drama Glee. The Bellas telah melakukan kesilapan semasa melakukan persembahan di hadapan Presiden US, menyebabkan reputasi mereka jatuh merudum. Untuk membersihkan nama baik diorang, The Bellas berazam untuk memenangi Kejohanan Acapella Dunia walaupun menyedari mereka perlu mengalahkan saingan terhebat mereka iaitu 'Das Auto Machine'.

My verdict? Filem ni best! Aku tak tidur langsung! Hahaha. Tak tengok yang first pun boleh faham. Sesuai untuk peminat-peminat filem muzikal. The singing memang awesome wei. Pitch Perfect 2 ni kelakar, just that lawak dia racist dan sexist. Kalau yang tak berapa open minded mungkin akan flinched here and there.

Balik tengok wayang, aku terus gi kenduri jiran aku. Malam tu ada Marhaban. Kepala dah ting tong, which is salah aku. Aku mana boleh makan seafood sangat tapi bila diorang ajak gi lunch kat Manhattan Fish Market masa kat NU Sentral aku terus lupa diri.

Habis kenduri, korang ingat aku akan balik rumah dah tidur? No way! Aku berjaga sampai 12.30 tengah malam, takut terlepas tengok bola. Oh tak, ini bukan perlawanan biasa-biasa. Ini perlawanan bersejarah. Ini perlawanan terakhir Captain Fantastic, the one and only Steven Gerrard. Liverpool and England legend!

Must. not. cry 


Walaupun Liverpool kalah 1-3 kepada Crystal Palace, tapi aura kesedihan sebab Steven Gerrard akan meninggalkan Liverpool lebih kuat. Memang sebak wei! Gerrard deserves a better send-off, tapi sayangnya kalah pulak. Terima kasih, legend!

Tu baru cerita hari Sabtu, cerita hari Ahad pun menarik jugak. Nanti aku update ye, lepas dapat gambar.

K lah gais, kita jumpa lagi ye...Love you!

Saturday, 16 May 2015

Hilang!

Amaran : Entry ni panjang!

Aku ingatkan lepas selesai Pesta Buku, lepas selesai buat report dan inventori, aku bolehlah rileks sikit. Well, maybe aku agak rileks bab kerja, tapi tidak dari sudut peribadi. Kalau korang berkawan ngan aku kat FB atau follow twitter aku, mesti korang perasan yang something big happened.

Selama ni aku just baca dalam media sosial dan surat khabar, tapi tak pernah menjangka akan terjadi kat ahli keluarga aku sendiri. Sepupu aku hilang! Masa dapat berita tu dalam group whatsapp family Khamis lepas aku ingatkan benda ni bergurau je padahal ikut logik takkanlah orang nak buat lawak tak kelakar macam ni. Aku terus call pakcik aku dan dia sahkan berita tu.

Malam tu aku gi rumah diorang, tapi hanya anak-anak diorang je ada kat rumah. Pakcik aku masih kat luar, mencari berdasarkan cerita random dari orang-orang yang kata ternampak sepupu aku. Tapi akhirnya diorang balik ke rumah dengan tangan kosong.

Sepupu aku tu perempuan, sekolah menengah. Dia keluar rumah petang Rabu , tapi tak balik-balik. So, malam tu parents dia terus buat report polis. Aku rasa ramai orang kat Malaysia ni masih salah faham bab melaporkan kehilangan ni. Ada yang ingat kita kena tunggu 24 jam untuk buat laporan 'missing person'. Kalau yang hilang tu kanak-kanak or remaja bawah umur, tak payah tunggu 24 jam. Even dalam masa setengah jam pun macam-macam boleh jadi. So, take note ya!

Dan semalam aku dapat call dari seorang sepupu aku, dia bagitau sepupu aku yang hilang tu dah dijumpai oleh polis. Alhamdulillah. Semalam katanya parents dia dah pergi ambil dan sekarang ni dah ada kat rumah. Kitorang dah berpakat sesama kitorang untuk bagi diorang ruang selesaikan masalah sendiri dan berehat buat masa ni. Aku tau diorang penat. Pakcik ngan makcik aku tidur ngan makan pun tah ke mana. Dah reda baru kami akan pergi menziarah.

Memang mencabar mendidik anak remaja di zaman moden ni. Zaman aku dulu kawan-kawan semuanya nampak depan mata, parents pun kenal, berbanding sekarang kawan ada di alam nyata dan alam maya. Ada Wechat, BeeTalk, Twitter dan entah apa-apa di luar sana. Macam aku berkawan dengan korang. Even aku yang dewasa ni pun terkadang silap percaturan, apatah lagi remaja macam sepupu aku tu. Bahasa pasarnya orang kata 'budak baru nak up'. Tengah nak mencuba, mudah terikut-ikut kawan. Kita semua pun pernah remaja, pernah melalui fasa 'rebel', pernah jugak nakal.

OKlah guys, aku nak keluar jap lagi. Plan yang hampir aku cancel sebab takde mood. Huhuhu. Nanti lah aku update story aku gi mana. Takdelah teringin sangat pun tapi sekadar memenuhi keinginan kawan baik dan adik aku. Boleh pulak dua-dua sekali request benda sama. Sabotaj aku apa!

'Kehilangan' buat aku realise kita kena appreciate orang-orang yang kita sayang.. So, layankan jelah permintaan pompuan dua orang tu! Hahahaha.


Thanks for reading, lovelies!

Monday, 11 May 2015

Thank you, Steven Gerrard

Thank you, for everything

For all those great years

Those wonderful games

For making us believe that we can dream

For giving us hope when we were falling apart

For showing us miracle can happened

No matter what other says

You are made for Liverpool as it was for you

Good luck in your future, Captain

We'll be forever grateful

Walk on, walk on with hope in your heart,

 And you'll never walk alone 

17 tahun main untuk kelab yang sama, sayangnya tak ada PL title sebagai kenangan... Football can be 'unfair' sometimes. The Kop will miss you. ;(

Aku rasa selain Beckham ngan  Lampard,  Gerrard ni boleh dikatakan antara pemain England yang hensem lah bagi aku. K bye.

Wednesday, 6 May 2015

MayDay! MayDay!

Assalamualaikum. Hola! Adoilah, sungguh kak Sal kau ni update blog pakai Internet Explorer ke hape! Dah 6 haribulan baru terhegeh-hegeh nak ucap terima kasih kat pengomen-pengomen awesome bulan lepas. Hahaha. Apa nak heran, 30 Syawal pun orang kita still ucap Selamat Hari Raya, ye tak?

*Sambil tiup habuk kat blog* Ada tak yang rindu nak baca bebelan aku kat sini? Bulan April memang aku busy mengalahkan Ahmad Maslan. Lapan entry je..tapi ada hati nak jadi blogger fofuler. Takpelah, aku fofuler kalangan korang je cukuplah kan. Ok apa, last month follower aku 202, bulan ni 209. Hihihihi.

Tak apolah, ado tak ado pun, den totap nak update bloglist berdasarkan pengomen tegar bulan lepaih. Kelimabelasan utama aku adalah:

1. Jari Manis
Blog :  http://jarimanistravel.blogspot.com

2.Siti Yang Menaip
Blog:http://sitiyangmenaip.blogspot.com/

3. Amy Syeera
Blog : http://amysigadisweird.blogspot.com/

4. Muhammad Khairuddin Lim
Blog : http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/

5.Deanna Morni
Blog : http://kameqdeanna.blogspot.com

6. Anies
Blog : http://aniesandyou.blogspot.com/

7.Kathy R'bain
Blog :  http://kathyrbain.blogspot.com

8. Scdha Sein (SS)
Blog : http://scdhaseinphoto.blogspot.com/

9.Fidah Shah

Blog: http://whitebarley.blogspot.com/

10.Mummydearie
Blog : http://mummydearie.blogspot.com/

11. Farah
Blog : http://herlifemanual007.blogspot.com/

12.Sis Vee
Blog : http://harumankasehvee.blogspot.com/

13. Hainom Okje
Blog : http://hainomokje.blogspot.com/

14.Qaseh Abadi
Blog : http://syidamenulis.blogspot.com

15. Ismi Ana
Blog : http://annaputri20.blogspot.com/

OKlah, macam biasa nak ucap thanks kat sesape yang selalu singgah kat blog aku ni. Tak kisahlah follower, silent reader atau kaki komen, korang semua memang awesome! Thanks a lot, walaupun korang tak sedar, aku memang happy dengan kehadiran korang.

Sekarang ni hopefully dah kurang busy, boleh fokus kat projek 'Bawaku Terbang' bersama blogger 'S' dan projek 'Sorak sampai lebam' dengan blogger 'A'. Projek baik punya nih! Hahahaha. Kepada blogger lain yang ada cadangan projek menarik, bolehla email aku bersama nombor handphone sekali. ;)

Till then, see you next time, lovelies!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com