Wednesday, 29 April 2015

Tous Les Jours

Assalamualaikum semua..bila takde benda nak cerita, kak Sal korang buat review tempat makan lagi. Kali ni, nak cerita pasal sebuah cafe' kat Bangsar iaitu :

Tous Les Jours
39-41 Jalan Telawi 3, Bangsar Baru,
Kuala Lumpur
Tel : +603-2201 3526

Perancis sangat kan nama cafe ni. Pronounce 'Tu le juru'. Lebih kurang 'Tol Juru' je bunyinya. Memula aku ingat nak whatsapp Antoinne Griezzmann tanya apa maksud nama kafe ni, tapi memandangkan dia tengah sibuk training ngan Diego Simeone terpaksalah aku google translate. Tous les jours bermaksud 'everyday' kalau ikut Uncle Google. Kalau duit korang banyak bolehla kot makan sini everyday. Kalau tidak, kita beli roti panjang kat bakeri Jusco tu, makan sambil ngadap wallpaper Eiffel Tower kat laptop. Pun boleh.


Kalau ikut official website TLJ , katanya ia merupakan bakery berkonsep Korean-Perancis gitu. Kawan aku yang pernah gi Korea kata suasana dalam kafe ni memang macam dekat Korea. Kalau dia tipu maknanya aku pun tipu korang la. Hehehe.

Masuk-masuk je korang akan nampak pelbagai jenis roti dan pastry. Pilih je mana yang berkenan di hati.


Kek pun ado!

Le Menu. Nak full list boleh click sini

Aku, SR dan ND pilih ni. Dark Cherry Danish, Apple Crumb Danish, Peach Danish dan Chocolate Ganache Cake.

Kopi yang menyebabkan kitorang tak tido sampai malam. Mana taknya, kitorang gi cafe ni petang, lepas Asar.

Caramel Mocchiato. Too sweet for my liking.


Cafe Mocha. Ni pilihan aku. Hantu coklat.

My verdict: Nice place kalau korang suka dessert. Memang sedap. Berbaloi ngan harga. Ambiance pun tenang je. Boleh pilih nak duduk luar atau dalam. Terpulanglah korang nak feeling minum kat Korea atau kat France. Just that, kelemahan tempat ni adalah parking. Siapa yang biasa ngan area Jalan Telawi dan Bangsar Village, tau sangatlah. But it's worth it!!!!!

Till then, thanks for reading, lovelies!

Email aku at salbiahm85@gmail.com kalau nak aku buat food review of your place.('',)

Friday, 24 April 2015

Kita jumpa kat sana ek

Assalamualaikum semua! Huuhuuu..serius rindu nak update blog dan blogwalking tapi lately busy memanjang. Busy sebab benda ni.


Pesta buku kali ni, unit aku bukak booth kat sana. So, datanglah ke PWTC, Kuala Lumpur dari 24 April sampai 3 Mei 2015 ni. Booth kitorang dekat dengan entrance ke Hotel Seri Pacific, sebelah BSN, depan KakiNovel.

 
Buku-buku yang kitorang jual ni, tak dapat kat kedai-kedai buku kat luar. Harga pun dah dikurangkan dari harga asal RM 120-150.


Kalau korang rasa buku takdelah apa sangat, kitorang turut menjual exact duplicate suratkhabar The Sunday Times bertarikh 1 September 1957. RM 5 sahaja u olls! Setiap cerita, setiap gambar, setiap iklan..semuanya sama dari muka depan sampai page last. Nak lagi feel, boleh baca suratkhabar ni sambil pakai baju peplum, rambut sanggul ala-ala Sarimah.

Nak jumpa aku mintak autograph pun boleh. Tapi aku tak nak bagitau aku kerja hari apa, pandai-pandailah kalian. *Ayat bajet kau Ayda Jebat?* Haha, kalau ada jodoh kita jumpa. Boleh gitewww.

OKlah u olls, see you later..

Sunday, 19 April 2015

Review : Orchid Bistro Aeon AU2

Assalamualaikum semua! Dok buat apa tu? Weekend ni entah kenapa, malas gila nak keluar. Rasa nak duduk rumah je.

Makan - Tengok TV - Repeat

Tapi tetibe semalam ND ajak gi Aeon AU2, Keramat. Aku memang suka gi shopping kat Aeon AU2 ni sebab parking luas dan orang tak ramai. Mungkin sebab shopping complex ni takde tarikan lain macam wayang, boling or karaoke, so orang datang sini mainly for shopping dan makan.

Aeon AU2 ni bolehlah dikatakan tempat yang agak istimewa bagi aku sebab dari hari pertama tempat ni bukak, aku kerja kat one of the shop. Lama jugak, hampir setahun. Memori dengan seseorang pun banyak kat sini. Ehem ehem. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat jatuh cinta...

Oklah, tak usahlah kita masuk mode 'Sandarkan pada kenangan' sebab tu semua kisah silam ye dok..

Aku nak cerita pasal one of the tempat makan yang first time aku pergi iaitu Orchid Bistro.


Suasana dalam restoran yang selesa. Staf dia ramai Melayu! Ini agak rare, biasa aku gi makan, waiter dan tukang masak dia pekerja asing. Naisssss!



Disebabkan aku ni pagi-pagi dah breakfast pizza (kau ingat kau orang Itali!), aku just order Cheese Sandwich dengan juice je. Ni nama dia 'Juicy Fresh', campuran tembikai, carrot ngan orren. Memang sedap, dan tak manis, sesuai dengan nama dia.Sandwich aku lupa nak snap gambar.


ND si peminat laksa, order air 'Mango Tango'. Campuran mangga dan oren. Aku pun tumpang sekaki rasa laksa dia. Sedap wei! Kuah pekat dan boleh rasa ikan dia. Licin semangkuk!


Untuk yang suka western food

Light menu pun ada kot korang tak rasa nak makan heavy


So, kalau nak puji banyak sangat pun tak fair lah sebab kitorang pun baru sekali pergi, pastu baru merasa dua menu ni je. Tapi aku memang plan kalau aku datang Aeon AU2 aku nak datang sini lagi. Tengok orang lain makan macam sedap je. Harga dia reasonable dan tak dikenakan 'service charge'.

So, kalau korang ke Aeon AU2, bolehlah singgah makan sini. Roger kalau nak belanja aku sekali. Hehehe. Oh ye, just for your info, jalan depan Aeon AU2 ni ditutup setiap petang Sabtu sebab ada pasar malam. Korang kena pusing sikit, tapi takdelah sesak sangat.

OKlah u olls, thanks for reading!

Thursday, 16 April 2015

7 Tips Untuk Kurus


**Ini entry repost..sebab tak sempat nak taip entry baru**

Orang yang betul-betul kenal aku tak akan tanya soalan ni: Cmane jaga badan? Sebab diorang tau akulah manusia paling malas sekali kalau bab-bab bersenam ni. Setakat senaman mata tengok Tv dan senaman tekak dengan bercakap aku rajin la. Jaga makan? Haroooom! Suruh makan saya makan, tak suruh pun saya makan.

So,apa kelayakan yang aku ada nak bagi tips kuruskan badan ni? Well,ehem,antara pekerjaan awal aku adalah buat part time kat farmasi Vitacare. Lepas grad, aku kerja setahun lebih kat GNC Live Well . Sepanjang aku kerja kat sana,memang banyak training yang aku pergi tentang pemakanan dan diet. Selain tu, untuk menjadi pekerja yang berpengetahuan dan meningkatkan sales aku merajin-rajinkan diri baca majalah-majalah kesihatan dan banyak belajar dari nutritionist bertauliah.

 pix credit

So,kalau korang tak ada masalah kesihatan, tak mengandung, tak on medication dan tak menyusukan baby, bolehla cuba tips-tips kat bawah ni:

1.Detox.
Sebelum korang memulakan apa-apa program kesihatan, bersihkan dulu badan tu dari segala toksik-toksik yang bermaharajalela. Sebab kalau banyak lemak dan kotoran yang berkumpul kat usus, badan memang susah nak menyerap nutrien dari makanan. Bantai la produk apa pun, korang tetap camtu je. Produk untuk detox ni ada berbagai kat pasaran. Ada dalam bentuk teh, fiber ataupun serbuk yang kena bancuh dulu dengan air. Kalau rasa takut nak detox secara besar-besaran, start slowly. Jangan melampau sangat,kang ada yang cirit-birit, or worse dehydrated.

2.Minum banyak air kosong.
Tips ni macam dah basi, tapi memang tulah antara tips terunggul dalam menguruskan badan. Minum air kosong akan buatkan korang rasa kenyang, bagus untuk buah pinggang dan boleh membantu penghadaman. Seelok-eloknya minum segelas air sebaik saja bangun pagi dan setiap kali sebelum makan. Air yang ada kandungan gula yang tinggi akan buatkan selera korang bertambah. So,faham tak kenapa restoran makanan segera include air bergas dalam menu diorang? Nampak tak permainannya di situ??

3.Makan sikit,tapi kerap.
Itu stail aku makan. Berhenti sebelum kenyang. Beri peluang perut korang untuk proses makanan yang korang dah makan. So, korang takdelah terlebih makan. Faham?

4.Gunakan formasi 1/2-1/4-1/4.
Formasi? Ingat ni main bola ke? Ok,bayangkan sekeping pinggan bulat, takpun empat segi. Bahagikan kepada 4. Tak, bukan belah dengan kapak, ada plak kena amuk ngan Mak/Bini/Tokey kedai makan jap gi. Dari 4 bahagian tu, isi 2 bahagian dengan sayur.1 bahagian dengan protein (ayam/ikan/daging/kekacang) dan 1 bahagian lagi dengan karbohidrat (roti/nasi). Huhu, aku tau ramai tak suka makan sayur dan maybe korang akan kecewa sebab nasi dan lauk sikit sangat, tapi itulah tips yang aku pernah belajar.

Image credit : Google Images

5.Cuba 'Meal Replacement' (MR)
Aku bukan nak promote Herbalife ke apa ke,tapi aku rasa MR banyak membantu orang untuk kuruskan badan. Instead of makan nasi, kita minum bancuhan MR ikut cadangan pemakanan yang biasanya orang yang jual tu akan plan untuk kita. MR akan buat kita kenyang sebab ia tinggi serat, tinggi protein dan rendah kalori. Memang susah mula-mula, almaklumlah perut Melayu, mesti nak nasi gak, tapi lama-lama kita akan nampak result. Just be careful,pastikan produk yang korang makan tu ada reputasi yang baik dan disahkan oleh Jabatan Kesihatan Malaysia. Jangan nak kurus punya pasal,main bantai je.

6.Jangan tahan lapar
Ramai yang berdiet suka skip meal. In the end, diorang akan makan lagi banyak dari yang sepatutnya sebab paras gula dalam darah dah jatuh secara drastik. Otak akan hantar signal yang kita ni lapar dan kita makan banyak dalam usaha nak stabilkan balik paras glukos dalam darah. Ambil snek yang kaya dengan fiber macam roti wholemeal, kacang takpun buah kalau tak nak ambil karbohidrat.

7.Jangan makan depan TV atau makan ramai-ramai
Aku bukan suggest korang jadi anti-sosial. Tapi bila makan ramai-ramai, kebarangkalian untuk makan lagi banyak tu ada. So,belajar untuk limit diri sendiri dan berdisiplin. Kalau sekali-sekala takpelah.Kang orang kata kau poyo plak. Lagi satu, kalau makan depan TV kita takkan sedar yang kita ni makan banyak. Macam analogi makan popcorn dalam panggung wayang. Tengok trailer je kadang-kadang popcorn leh habis separuh.

Ada banyak tips lain,tapi aku rasa tips macam bersenam dan jangan makan lewat malam semuanya dah biasa dengar kan?So,apa kata tambah petua-petua aku dah bagi untuk memantapkan badan korang. Ingat, tak semestinya untuk kurus, tapi untuk sihat.

OKlah, kalau korang ada tips menarik lagi, share lah kat sini untuk manfaat bersama. Thanks for reading. xoxo

Tips bonus: Cari gym trainer yang cute macam ni supaya korang lagi bersemangat nak exercise. Hahahaha
Image credit: Google Images

Wednesday, 8 April 2015

Angus, Thongs and Perfect Snogging - Movie Review


Di saat semua orang obses menyerbu panggung wayang untuk menonton Furious 7, lepas tu up gambar tiket kat FB dan insta sebab tak puas hati kena 6% GST, aku jugak yang dok rumah tenang-tenang layan filem ni kat HBO.

Filem ni bukan dari Hollywood, tapi made in England ya'll! How can I tell? Sebab watak bebudak sekolah dia pakai uniform. And of course I can easily detect British accent from the lines. Asyik tengok American-made teen flick, nak jugak tahu apa kelainan filem dari negara kelahiran Orlando Bloom ni.

Filem ni mengisahkan Georgia Nicolson (lakonan Georgia Groome), gadis berumur 14 tahun yang ada crush dekat pelajar baru iaitu Robbie (Aaron Johnson). Disebabkan Robbie ada seorang kembar lelaki bernama Tom (Sean Bourke), Georgia pun berpakat dengan kawan baik dia iaitu Jas (Eleanor Tomlinson) untuk mengorat kembar tersebut. Walaupun Jas berjaya mendapatkan Tom, tapi Georgia ada halangan iaitu awek blonde paling popular kat sekolah diorang iaitu Lindsay (Kimberley Nixon).

Robbie yang cute!! Ada iras Logan Leerman (Percy Jackson)

Georgia ni selalu rasa diri dia tak cantik dan rimas dengan parents dia yang agak conservative. So, bila ayah dia (Alan Davies) dapat peluang bekerja kat luar negara, dia terus galakkan ayah dia pergi. Konon dia rasa lega ayah dia yang kolot tu takde. Masalah timbul bila Mak dia (Karen Taylor) dah start rapat dengan seorang arkitek hot sejak ayah dia outstation. So, dari situ bermulalah struggle Georgia mengubah penampilan diri untuk menarik perhatian Robbie dan pada masa yang sama memastikan ibu bapa dia tak bercerai.

Overall aku rasa filem ni sweet, kelakar dan menghiburkan, tapi  boleh tahan 'open minded' dia memandangkan rating '18'. Padahal cerita budak sekolah je. Sama jelah kalau filem omputih tu kan, tak kisah lah England ke, Scotland ke, Hollywood ke..Aku suka setting dia, sebuah pekan kecil tepi laut kat Brighton yang sangat cute, charming dan peaceful. Buat kau rasa nak booking tiket pergi England on the spot!

Out of five aku bagi 3.5 rating. Bolehla layan kalau rasa nak kembali mengenang zaman remaja korang yang tunggang-langgang tu. Hahaha.

Till then, see you next entry!


Tuesday, 7 April 2015

USS Part 5 - Water World n Oasis Spice Cafe

Assalamualaikum semua! Meh lah kita sambung cerita aku dan kengkawan ke Universal Studios Singapore yang dah lama tertangguh. Melampau tau, gi USS je tapi dah sampai Part 5. Mengalahkan gi Euro Tour.  Tu namanya trick supaya sentiasa ada idea nak update blog. Hahahaha *Gelak blogger keji* So, inilah dia, sambungan dari Part 4.

Kalau korang ke USS, pastikan korang tak terlepas show dekat Water World ni. Aku pun dah lupa apa ke nama show dia, tapi memang awesome. Kalau korang sanggup basah, duduk lah depan-depan. Kerusi warna biru aka 'Soak Zone'. Aku duduk level atas sikit, so kena tempias-tempias jelah. Gitu-gini pun dah standby poncho beli kat Daiso buat ala-ala selimut tetangga gitu. Agak-agak air nak 'melimpah' tu angkatlah poncho tutup badan dan muka. Tapi tak kena pun. Sebab aku duduk belah kanan auditorium. Lainlah kalau duduk area tengah.

Gara-gara panas, nampaklah effect kabus-kabus gitu dalam gambar. Ni before show start.

Aku suka giler tengok watak heroin dalam show ni. Dahlah cantik, lasak lak tu. Kalau aku, nak terjun dari platform tu pun dah gaya macam Mr.Bean kat swimming pool.

Disebabkan aku banyak fokus dekat show ni, takdelah banyak sangat momen-momen cantik yang aku rakam kat kamera. Tapi memang show ni best, ada meletup-letup dan aksi gaduh-gaduh macam dalam filem-filem lanun tu. Arrrr! Arrr! Are you ready, kids? Who lives in the pineapple under the sea? Ops, salah filem.

Dah puas tengok orang putih main air, kita gi mencekik lah! Kat USS ni bab makan tak payah risau. Ada banyak kafe halal. Sediakan jelah Singapore Dollar. Duit kat mana, duit, duit kat mana..

Kitorang makan kat Oasis Spice Cafe', dekat area Egypt. Time ni fanas macam dekat fadang fasir lahhh

Of course lah menu dia ala-ala kat negara Arab kan..

Mohon jeles sebab orang tak ramai. Makan kat dalam ni memang fefeeling dalam filem The Mummy.

Sedap ke tidak? Dah lapar kan...belasah jelah.

Perut dah kenyang, marilah kita menunaikan kewajipan kepada Yang Esa. Mari mencari surau.

Surau USS dekat je ngan Oasis Spice Cafe'. Betul-betul belakang menatang ni.

Comel je u olls surau dia. Huhuhu. Kat surau perempuan tak disediakan telekung (time aku pergi lah), so better korang bawak telekung sendiri.

OKlah, nanti aku sambung lagi ek...Thanks for reading! Love you!!!!!


Friday, 3 April 2015

Selamat hari jadi yang ke-...

Assalamualaikum semua! Tahukah kalian hari ni birthday aku? Haha, of course lah korang tak tau melainkan korang friend ngan aku kat FB macam blogger travel terkenal, Sdcha Sein. Tanjat I olls tetibe dia wish birthday titew..

Birthday yang ke berapa? Rasanya aku dah banyak kali mention, this year I turn thirty. Tiga puluh. Three series u olls!!!

Dulu zaman aku sekolah aku selalu membayangkan by umur 30 aku dah kahwin dan ada 2 orang anak. Bapak besar cita-cita! Sekarang bila masuk umur 30, aku still belum kahwin tapi dah ada 5 anak sedara, dua anak kucing, satu anak tekak dan berkotak-kotak anak mancis. Ok, anak mancis tu aku tipu..orang sekarang pakai lighter kot!

Apa-apa pun aku nak wish selamat hari jadi kat diri sendiri. Semoga panjang umur, murah rezeki dan mendapat jodoh yang baik. Giler forever alone wish kat diri sendiri. Hahahaha.


Tapi kan, tapi kan..paling terkejut aku bila dapat tahu aku sama tarikh birthday ngan Akak Cantik yang dengan anak-anak nampak cam adik-beradik tu. Patutlah selama ni aku ngan dia serasi bersama macam mertua  ngan menantu je. Hehehe. Jangan marah Mak, eh Kak dan Selamat hari jadi! Special tau wish sampai dua kali. Kat blog akak sekali, kat sini lagi sekali.

Apa-apa pun aku tau engkorang yang sweet-sweet belaka ni confirm akan wish happy birthday kat aku, so thank you in advance! (Confident tu penting) Mmmuah sikit!

OKlah, aku nak gi intai Abang Torres I masak apa kat dapur sempena birthday dinner aku malam kang. Jadi ke tidak Paella yang aku request tu.

Abang, jangan taruk belacan ye, I resdung!

Till then..bye u olls! Love you!!!

Wednesday, 1 April 2015

Bila April

Assalamualaikum. Hola!Sudahkah kalian mengupdate status atau tweet 'Dear April, please be nice to me..'? Cliche' sangatlah twee macam tu, cuba tukar ' Dear GST, please be nice to me..', barulah sesuai dengan keadaan semasa. Tak gitu?

*Sambil tiup habuk kat blog* Ada tak yang rindu nak baca bebelan aku kat sini? Kemon lah, dalam 202 orang follower tu takkan takde at least 20 yang tertanya-tanya nape Kak Sal dah jarang update blog? 20 banyak sangat ek? OKlah, at least mesti ada 2 orang follower ternanti-nanti. Kan? Kan? -Krik krik krik-

Tak apolah, ado tak ado pun, den totap nak update bloglist berdasarkan pengomen tegar bulan lepaih. Kelimabelasan utama aku adalah:

1. Jari Manis
Blog :  http://jarimanistravel.blogspot.com

2.Siti Yang Menaip
Blog:http://sitiyangmenaip.blogspot.com/

3. Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 
Blog : http://drshikinzainal.blogspot.com/  

4. Muhammad Khairuddin Lim
Blog : http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/

5.Deanna Morni
Blog : http://kameqdeanna.blogspot.com

6. Anies
Blog : http://aniesandyou.blogspot.com/

7.Kathy R'bain
Blog :  http://kathyrbain.blogspot.com

8. Scdha Sein (SS)
Blog : http://scdhaseinphoto.blogspot.com/

9.Farrah MF
Blog: http://famf-tower.blogspot.com/

10.Mummydearie
Blog : http://mummydearie.blogspot.com/

11. Farah
Blog : http://herlifemanual007.blogspot.com/

12.Zarulfarhana
Blog : http://sayazarulfarhana.blogspot.com/

13. Hainom Okje
Blog : http://hainomokje.blogspot.com/

14.Qaseh Abadi
Blog : http://syidamenulis.blogspot.com

15. JR
Blog : http://mycuteshoppe.blogspot.com/

OKlah, macam biasa nak ucap thanks kat sesape yang selalu singgah kat blog aku ni. Tak kisahlah follower, silent reader atau kaki komen, korang semua memang awesome! Thanks a lot, walaupun korang tak sedar, aku memang happy dengan kehadiran korang. Nanti aku free aku update blog ye (ni ayat khas untuk 2 orang follower yang tunggu aku update blog tu.. Hehehe). Sekarang ni busy. Kerja kat office melambak, balik rumah dah flat, tengok PC pun takde nafsu. Ni pun curi masa sikit sebelum start office hour.

Till then, see you next time, lovelies!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com