Thursday, 26 February 2015

Kongsi

Kenapa ek..

kalau diri sendiri tengah sedih atau ada masalah, masih mampu nak gelak. Kalau hati sendiri tengah gelisah, pandai je cari penawar, ubat luka sendiri. Kalau bab berlakon, sembunyikan perasaan, bukan takat Anugerah Skrin, Academy Award pun boleh agaknya.

Tapi kenapa kalau yang sedih atau tengah susah tu orang yang rapat dengan kita, kita yang tetiba nak emo lebih? Kenapa bila dia harapkan kita bagi dia kekuatan, kita nampak lagi rapuh dari dia? Kenapa bila dia susah hati, kita yang rasa terbeban?

Mungkin sebab selama ni senyuman diorang yang buatkan hari-hari kita gembira. Mungkin sebab selama ni diorang yang buat kita lupa masalah yang kita tengah lalui. Mungkin sebab selama ni, kekuatan kita tu sebenarnya datang dari diorang.

Kita tak kisah menangis, tapi tak sanggup tengok orang-orang kesayangan kita sedih. Kan.. Peliknya manusia, masalah sendiri pun tak selesai, lagi nak kongsi masalah orang.

Kalaulah, boleh aku 'kongsi' masalah kau tu, memang aku sanggup.

Sebab bila kau susah hati, aku yang rasa peritnya.

Monday, 23 February 2015

Di mana dia?

Aku kalau takde 'Dia' ni, aku memang tak update blog. Kalau dia ada, terpijak taik ayam pun boleh buat entry 300 patah perkataan. Tapi kalau dia takde, nak taip 3 ayat pun payah, walaupun baru balik dari London.

Rasanya dah dekat dua minggu 'Dia' tak datang. Sebab dia tak muncul-muncul, previous entry aku ni sebenarnya repost, antara entry terawal aku masa buat blog dulu. Kot ada yang pernah baca dan rasa tertipu ke..hehe.

Aku rasa setiap blogger ada 'Dia' diorang yang tersendiri. 'Dia' bagi aku adalah : MOOD. Macam yang aku pernah bebelkan dalam entry ni. Kalau takde mood, memang aku tak jenguk lah blog ni. Lately, mood update blog aku tak tau ghaib ke mana. Nak kata takde bahan, melambak je benda jadi. Habis-habis kering idea pun aku boleh cerita pasal bola. Padahal bukan tau banyak pun. Syok sendiri je, walaupun korang suka usik aku konon boleh gantikan Allahyarham Hasbullah Awang kan..Trust me, takde sape suka pengulas sukan perempuan hokey! Melainkan kalau dia hot, orang lelaki sukalah. Aku tak hot.

Gambar lama seround..hiasan semata. Hahaha

Motif entry ni? Walaupun takde sape tanya, tapi sebagai blogger perasan femes, aku tetap nak clarify kat korang nape aku jarang update blog. Hahaha. Nanti korang ingat aku gi holiday plak. Aku balik kampung je dik non, cuti Chinese New Year baru ni. Fridge Magnet I LOVE MUAR pun takde nak bagi souvenir.

OKlah,  nak masuk kerja. Banyaknya suratkhabar nak kena belek, dah cuti lama. Welcome to my job! Where you get paid to read newspaper at your workstation.. Tak best sangat pun, lainlah kalau suruh baca komik atau majalah.

Buat penyokong Liverpool, marilah kita ulang kembali memori manis malam tadi.. klik SINI.

Oklah..nanti aku tulis lagi. Duhai Mood, menjelmalah dikau..

Tuesday, 17 February 2015

Perkara-perkara orang belum kahwin tak larat nak dengar

Sape sini umur dah agak, ehem, lanjut, tapi belum kahwin? Angkat tangan!!! Eh, Akak belum kahwin? Akak pun? Awak kat sana tu..takkan takde orang nak? Nak kahwin dengan saya tak? Hahaha..kidding!

Aku belum kahwin. Dan aku ada ramai cousins dan kengkawan yang belum kahwin. Kitorang OK je,life macam biasa. Tapi, kadang-kadang ada jugak gangguan dari orang-orang sekeliling yang membuatkan kitorang stress. Sekali-sekala bolehla terima. Dah 2,3,4 kali kala rasa nak bertukar jadi Superman Hulk je. Ada beberapa perkara-perkara yang  orang belum kahwin (especially pompuan) malas nak dengar..

1.Kau ni tak nak kahwin ke?
Kebangangan apakah ini? Sape tak nak kahwin oi...Kalau dah namanya manusia normal, mestilah ada naluri nak disayangi dan menyayangi. Tak ada sape yang nak mati reput sorang diri dalam sebuah rumah dikelilingi kucing-kucing yang in the end makan mayat tuan dia sebab lapar. Banyak sangat tengok CSI aku ni!


2.Kau ni memilih kot...
Pfft! Hidup ni penuh dengan pilihan. Nak breakfast roti canai ke coco crunch? Nak pakai baju pink ke baju hitam? Nak beli kereta kena pilih. Nak kerja,kena pilih. Tapi kereta kalau dah jemu, boleh tukar. Kerja kalau cam haram, boleh berenti. Tapi,kahwin ni untuk seumur hidup. Memilih tu lagi baik dari main 'tangkap muat'.

3.Si polan bin si polan tu belum kahwin. Nak tak aku jalankan je?
Ini golongan makcik-makcik yang scary. Yang buat kau rasa nak menyorok belakang mak kau setiap kali dia bukak mulut pasal status bujang kau. Sebab dia berani cakap something yang mak kau pun berkerut dahi dengar...Seriously,woman,mind your own business!!!

4.Kau tunggu .... (insert celebrity name) ke ?
Kau jawab je soalan tu macam ni:" Haahla, mana tahu ni.. Rasanya lagi 10 tahun cukup duit saya nak pinang dia."

5.Bila nak kahwin?
Life doesn't run on schedule. Tak semua orang hidup dia semudah lahir-g sekolah-masuk u-dapat kerja-kahwin-dapat anak-dapat cucu-the end. Tak,Allah atur hidup seorang hamba dengan seorang hamba lagi berbeza-beza. DIA lagi tahu bila masanya. Bila masa tu sampai, adalah nanti. Kau suka ke orang tanya,bila kau nak mati?

6.Kau still tak boleh lupakan ... (insert nama cinta lama)?
Bukan senang nak lupakan orang yang pernah kita sayang. Bukan sebab kita masih berharap, tapi nak rasa feeling yang sama dengan orang yang berbeza bukannya mudah. Kadang-kadang bila ingat balik, rasa tak sanggup je nak frust lagi sekali, go through the same heartbreak all over again.. Serik dah.


7.Sabarlah,nanti ada...
Eh, kitorang sabar. Siapa kata kitorang tak sabar. Korang je yang suka assume kitorang lonely. Tak dinafikan, ada golongan single yang nampak cam desperate sangat nak kahwin. As if finding a husband/wife is the main reason they woke up every morning. Tapi,bagi aku, tak salah.. Hak dia. Jangan dia kacau bini orang, tunang orang lantak dia lah. Tapi majoritinya lebih suka sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti seharian. Sebab kami percaya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk Hamba-Nya.

So,my advice to all my single friends...buat tak tau je. Tapi korang jangan la duduk melopong je seolah-olah siling rumah korang akan terbuka dan jodoh korang akan jatuh atas riba. Tak,jangan harap. Tak salah berusaha. Yang penting,bila harus memilih, doa banyak-banyak moga itu pilihan terbaik..Wah,aku bab nasihatkan orang memang pandai la kan!

Tapi kepada yang terasa dengan entry aku, maaf. Aku faham maybe korang nak tengok kitorang bahagia. Aku faham gak kalau korang jeles tengok kitorang hidup bebas bagaikan camar pulang di senjakala. Eh...Tapi,kurang-kurangkanlah cakap benda-benda yang boleh buat orang-orang belum kahwin ni bengang je dengar. Kesian kat kitorang, walau luaran nampak cam happy hahahaha, dalam hati kitorang terguris orang tak tahu. Life kitorang nampak meriah, travel sana sini, beli apa je kitorang nak, berjimba-jimbut tanpa perlu mintak izin sesiapa, tapi kebahagiaan tu kau takkan nampak dengan mata.

Dunia gamat bunyinya, sunyiku hanya Tuhan tahu

Nota kaki : Makin dekat birthday ke 30 ni, makin hati gundah gulana. Banyak sangat dosa kot.


Wednesday, 11 February 2015

Review : Jupiter Ascending

I have more in common with a dog than with you, Your Majesty...

I like dogs! I've always love dogs!


Aku, sama macam jutaan yang menonton filem ni, datang kerana dua nama tu : Channing Tatum dan Mila Kunis. Dah lama tak tengok either one of them beraksi di pawagam, terutamanya Tatum. Minat dia since filem Step Up dan She's The Man. Renungan mata kaler hijau dia tu, terus sampai ke kalbu tau. Ini soal citarasa, kak MD tak faham...hehehe.

Sinopsis: 
Filem ini mengisahkan Jupiter Jones (Mila Kunis) yang tersepit dalam perebutan ke atas planet Bumi antara tiga beradik dari kerajaan Abrasax iaitu Balem, Titus dan Kagil. Balem telah menghantar sekumpulan askar alien untuk membunuh Jupiter, tetapi telah diselamatkan oleh Caine Wise (Channing Tatum), askar manusia dengan DNA serigala. Caine telah diupah oleh Titus, untuk membantu Jupiter. Dari situ, bermulalah pengembaraan Jupiter ke angkasa lepas untuk menuntut haknya sebagai waris diraja kerajaan Abrasax. Tapi apa yang diorang tak tau, tiga beradik tu masing-masing ada perancangan sendiri. Somewhere along the mission, Jupiter dan Caine jatuh cinta, tapi layak ke askar upahan nak bercinta dengan permaisuri? Siapa sebenarnya yang jahat antara tiga beradik tu? Apa yang best sangat planet Bumi ni sampai jadi rebutan? Kenapa dalam berbilion manusia kat bumi ni diorang pilih Jupiter Jones? Nak tau cerita, pergilah tengok sendiri ye..hehehe.

My Review:
Dari segi visual effect dan scene battle memang takde masalah. At some point aku siap terfikir, ni filem Michael Bay ke? Dah roll credit baru tau ni filem adik-beradik Wachowski. Jalan cerita dia awal-awal memang agak complicated, tapi bila dah sampai tengah barulah faham. Skrip dia menepati skema filem sains fiksyen, tapi ada jugak babak-babak kelakar. Channing Tatum ngan Mila Kunis bagi aku bukanlah pasangan yang serasi sangat. Bolehlah layan filem ni kalau korang suka filem ala-ala John Carter, Thor the Dark World dan Guardians of the Galaxy. Aku bagi 3.5 bintang.

p/s: Nasib baik sempat tengok cerita ni sebelum Cinta keluar.

Tuesday, 10 February 2015

Akhirnya kutemui Cinta!

Assalamualaikum semua...sihat ke? Seperti yang aku cerita dalam entry sini, kitorang sedang menantikan kehadiran ahli keluarga baru. Kalau ikut due date, sepatutnya lepas Chinese New Year baru keluar, tapi aku suspect dia tak sabar nak dapat Ang Pow.

Dipendekkan cerita, malam Ahad kakak ipar aku masuk wad sebab dah start sakit. Pagi Isnin aku whatsapp Abang aku dia kata air ketuban dah pecah, tapi 'pintu' belum bukak. 'Induce' dua kali, still takde apa, terpaksalah operate takut baby lemas sebab abang aku cerita time tu baby memang dah kat bawah. Maka, lahirlah seorang puteri comel ke dunia ni.. Lahir pukul 3 lebih macam aku jugak. Harap mewarisi sifat-sifat terpuji aku seperti lembut hati, bertolak-ansur dan penyabar. Hahaha.

Dengar je baby dah keluar, terus hilang segala gundah gulana. Yelah, tersiksa jugaklah kakak ipar aku nak melahirkan. Aku yang kat office tak tenteram nak buat kerja, asyik tengok handphone je. Alhamdulillah, bos beri keizinan balik awal. Nak gi tengok sebelum waktu melawat habis. Yang bestnya Hospital Columbia Cheras ni waktu melawat tamat kul 9.30 malam.


So. .inilah dia Cinta Amanda Sofea bt Mohd. Nawawi. Panjangnya nama anak kau Alang. Aku tengok je . memang tak lah nak dukung. Kecik je orangnya, 2.4 kg.

Hari tu plan nak berpantang kat rumah aku, tapi tak jadi. Kakak ipar aku akan berpantang kat rumah dia, Mak dia dan kakak dia yang akan jaga. Tapi takpelah, still dalam KL, boleh gi jengah selalu.

So bersedialah Uncle, Auntie, kakak-kakak dan abang-abang sekelian, kalau pasni blog penuh dengan cerita Cinta je. Moga dengan kehadiran Cinta ni, akan mengiringi kehadiran cinta-cinta lain dalam hidup aku. Gitewww...hahaha.

OKlah, thanks for reading!

Saturday, 7 February 2015

Ku tunggu kau di hari Sabtu

Assalamualaikum semua...dok buat apa tu? Tak berjalan ke? Kononnya hari ni aku nak gi tengok wayang, citer 'Jupiter Ascending'. Tak tau best ke tidak (belum tengok mestilah tak tau, apa-apa entah aku ni). Nak tengok sebab ada hero pooojaan hatiku, Channing Tatum. Lagipun aku suka filem-filem Sains Fiksyen ni, aku kan nerd. Hahaha.

Tapi semalam tetibe dapat whatsapp dari seseorang, katanya nak datang. Bawak satu family sekali. So, terpaksalah korbankan impian nak tengok abang Channing demi dia. Yelah, depan dia je aku tak mengaku, tapi sebenarnya rindu. Last jumpa dia masa Raya Haji hari tu. Lama giler kan... Dia ni kerja memang tak jejak Malaysia, memanjang naik kapal terbang je.

Atas permintaan dia; aku, Mak dan Kak Ngah pun masakkan Paru Masak Cili Hijau favourite dia ni.

Dalam gambar tak berapa nak hijau. Aku terlebih taruk air masa blend cili kot.

Pastu, tambah ngan Kari Kambing ngan Sayur Campur.



Dah siap masak, lepak-lepak depan PC layan blog. Nak tengok TV tak dapat, sebab dah kena conquer ngan anak-anak saudara. Kartun jelah dari pagi sampai malam. Takpe, takpe, mak sedara korang ni bagi chance. Janji pukul 11 malam ke atas, giliran aku. Malam ni ada 'Madrid Derby', Atletico Madrid vs Real Madrid! Tak sabar nak tengok Antoine Griezmann dan Diego Godin beraksi. And of course, my all time favourite, Fernando Torres!


Pastu ada 'Merseyside Derby', pukul 1.30 pagi, Liverpool vs Everton plak! Harap malam ni Sturridge akan menari-nari lagi! Pergh, ni memang Super Saturday! Ketahuilah korang sekarang ni memang musim bola, walaupun tak ketara macam World Cup atau Euro. Tak caya, korang gi Jalan TAR atau Uptown, jersey kelab-kelab Eropah dan pasukan-pasukan Liga Malaysia sedang rancak dijual.

Tulah sebab lately aku asyik tak cukup tidur. Bukan sebab rindu dia...

Eh, sape 'dia' ni? Jeng jeng jeng.. 'Dia' yang aku maksudkan adalah abang aku, my dearest Alang yang memang dah lama giler tak jumpa. Wife dia duduk di Mersing, sedang menunggu hari nak bersalin. Kakak ipar aku akan berpantang kat sini nanti. Tak sabar rasanya, yelah, anak saudara paling kecik pun dah 2 tahun setengah. Dah lama tak ada baby dalam rumah. Rindu nak cium bau baby yang wangi. Tapi, aku memang takut nak dukung baby, lagi-lagi yang kecik dan lembik. Aku takut terlepas or terpeleot anak orang. Ish, ngan apa nak digantikan.. anak kucing banyaklah!

Sekarang ni tengah dok tunggu dia sampai dengan kakak ipar dan family kakak ipar. Rumah dah kemas, kain dah lipat, jangan aku tertidur sudah. Mana entah tak sampai, jalan jam kot? Biasalah KL+ Sabtu = jalan jam. Apa-apahal pun, yang ada kat rumah ni bagi makan dulu.

Till then, happy weekend guys!

Friday, 6 February 2015

9 tips berguna untuk Student Intern

Minggu ni opis aku dapat sorang budak intern baru. Rasanya baru hari tu buat makan-makan untuk student yang baru habis internship, ni dah dapat intern baru lagi.

Personally, aku sendiri tak pernah merasa jadi intern. Course aku dulu tak payah buat praktikal, tapi kena buat Final Year Project selama setahun dan latihan industri sewaktu cuti sem. Tapi, selama 6 tahun aku bergelar wanita bekerjaya ni (cewah) dah macam-macam intern aku hadap. Alhamdulillah, so far semua OK, kalau ada nakal-nakal sikit tu, biasalah bebudak.

Idea nak buat entry ni datang masa aku baca blog Zarul Farhana yang sedang buat internship. Lepas tu, terbaca pulak kat blog Aku Penghibur tentang 10 perkara pelajar praktikal kena ambil tahu. Yang ni version aku, dari pengalaman aku sendiri.So, kat sini aku nak share kat korang tips-tips berguna agar dapat menjadi budak intern yang cemerlang, gemilang, terbilang...hehehe

1.Hormat semua orang
Semua means pak guard, akak kantin, bos-bos besar, staf department lain, customer, intern lain dan yang pasti, supervisor korang dan staf-staf lain dalam department. Insha Allah korang akan disenangi ramai dan boleh bekerja dengan selesa. Jangan kekwat ye, lagi-lagi dengan staf lagi senior.

2.Be punctual
Datang on time dan balik slightly lewat by few minutes. Jangan lah lagi 15 minit kul 6 korang dah pegang beg siap-siap dan dah tutup PC.  Ikut waktu rehat yang dijadualkan. Jangan ikut perangai staf-staf yang memang kerja situ.


3.Jangan memandai
Kalau tak sure, tanya, dan bila orang ajar something, jangan menyampuk. Sesetengah orang tak suka. Tapi tu tak bermakna korang tak boleh contribute idea. Trust me, kitorang suka 'Idea Orang Muda' asalkan disampaikan dengan bersopan.

4.Ada personal barrier.
Ada benda boleh cerita, dan ada benda better simpan saja. Jangan tanya soalan peribadi macam umur, status perkahwinan dan pandangan politik. Buatnya korang tertanya akak umur 40 tahun tu "Anak dah berapa?" padahal dia belum kahwin, tak ke haru. Unless diorang yang bukak cerita dulu, then go ahead. Tak salah nak bersosial dan berborak benda-benda luar kerja asal jaga batas korang.

5.Social media
Facebook, twitter, instagram, blog...Kalau boleh jangan biar diorang tau akaun media sosial korang. Walaupun social media korang 'clean'. Almaklumlah anak-anak muda macam kalian ni berkemungkinan tinggi akan pissed off dengan tempat korang buat internship dan 'accidentally' terpost kat blog, twitter or FB. Terlajak kata boleh diundur. Terlajak post...jawablah sendiri!

6. Buat apa saja kerja yang disuruh
Asalkan tak melanggar batas agama dan hak asasi manusia,then why not. Biasalah tu kalau kena buat kerja remeh macam fotostat, pergi hantar dokumen, taip surat.Macam dalam cerita kungfu , start belajar mesti buat benda-benda remeh yang macam takde kena-mengena. Korang tak tengok Dragon Ball ke? Karate Kid? Drunken Master?

7.Kalau takde kerja...
Kalau kat tempat kerja aku, intern ada jadual. Contohnya kalau this week korang kena assign kat certain unit, unit lain tak boleh nak sesuka hati mintak korang tolong kerja dia. Melainkan dengan persetujuan bersama. So, kalau unit yang korang kena assign tu takde kerja nak bagi, tanya diorang kot korang boleh tolong unit lain. Kalau supervisor korang kata OK, then pergilah ramahkan diri tanya. Tips: mintak kerja dari Eksekutif Junior. Biasanya diorang ada kerja 'remeh' yang takde staf nak tolong. At least tolong staple kertas pun OK apa dari menganga.

Certain tempat memang ada 'slow days', tapi bila start busy, korang jangan mintak nyawa plak!


8. Kalau takde kerja gak boleh try alternatif ni:
- tulis laporan harian
- browse work related articles kat internet. contohnya, kalau company korang tu jual plastik, korang google lah jenis-jenis plastik, cara recycle plastik atau apa-apa jelah..
- explore website company internship korang tu. Most company ada website diorang sendiri. Takdelah bila Mak kat kampung tanya nama CEO korang membisu seribu bahasa Sanskrit. Malu kot tak boleh jawab.
-kalau tempat praktikal korang tu ada ruang pameran ke, kilang ke, perpustakaan ke, mintak izin nak gi tengok-tengok. Provided korang tak sesat lah..
- bukak website cari kerja/ update resume
- gi pantry tolong basuh cawan ke, lap meja ke. 

9.Amik contact number your supervisor
Manalah tau kalau korang lambat, sakit tak dapat datang or ada emergency, at least boleh contact someone. Takdelah hilang dari radar. Boleh buat orang annoyed walaupun tak disengajakan.

So far, tu saja dari aku. Korang ada nak tambah, tulislah di ruangan komen. Have a great internship, boys and girls! Good luck and have fun!

Credit : Google Image. The Internship, filem ni memang best!


Wednesday, 4 February 2015

8 filem Melayu 80-an favourite aku

Sebut saja filem Melayu 80-an, apa yang akan terbayang di fikiran korang? Kalau aku, automatically akan nampak flashes of fesyen rambut kembang, seluar ketat, mekap tebal dan lagu-lagu pop jiwang atau rock kapak.

Tak ramai golongan muda yang suka filem-filem 80-an ni. Mungkin kerana cara bercakap macam baca skrip dan jalan cerita yang predictable. Pastu some of the cast bukannya pandai berlakon pun. Probably diorang diangkat sebagai hero atau heroin kerana populariti sebagai penyanyi, sebab diorang 'ada rupa' atau berani beraksi daring.

Aku dilahirkan dalam tahun 1980-an. Masa kecik-kecik manalah pandai tengok filem, tengok kartun tahulah. Back in the 1990's, masa aku sekolah rendah, stesen-stesen TV selalu tayang filem-filem 80-an time hari raya. Sekarang pun ada gak ditayangkan kat TV atau melalui Astro. Actually, aku dapat idea buat entry ni masa tengok salah satu dari 8 filem ni.Ce korang teka yang mana satu?

1.Bukit Kepong

Filem yang dibuat berdasarkan kisah benar - Tragedi di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada tarikh 23 Februari 1950 di mana balai polis tersebut telah diserang oleh komunis. Antara pelakon utama filem ini adalah Tan Sri Jins Shamsuddin dan Dato' Yusof Haslam. Filem ni walau tak sehebat filem-filem perang orang putih, namun korang kena tengok sebab ia adalah filem sejarah. Oh by the way, tapak balai polis ni ada lagi, aku pernah tengok sekali masa kecik dulu. Lama rasanya tak ke Bukit Kepong walaupun ramai sedara kat sana *off topic plak!*



2.Kami

Kekuatan filem ni of course pada soundtrack dia, yang menggunakan lagu-lagu Allahyarham Sudirman Hj.Arshad memandangkan Allahyarham merupakan pelakon utama. Filem tentang persahabatan dan survival dua orang anak gelandangan kat Kuala Lumpur yang sure boleh bikin nangis daa.. Al -fatihah untuk Allahyarham Sudirman Hj.Arshad

3.Rahsia

Filem lakonan Norkumalasari, Shukery Hashim dan Yusof Haslam. Seram wei, filem ni boleh membuatkan 'Nang Nak' nampak cam filem untuk budak-budak je. Serius! Anak patung dia lagi angker dari 'Annabelle'. Aku tengok sekali je, 20 tahun tak habis takut lagi.

Kalau korang berani, tengoklah filem 'Misteri Rumah Tua'. Diorang kata ni lagi seram. Sebab ni filem Indonesia. Norkumalasari antara pelakon utamanya. OK, next!!!

4. Ali Setan

"Tipah tertipu bang, Tipah tertipu!".

Ali tengah dok fikir, siapalah yang telah menipu Tipah sehingga Tipah tertipu, tertipu terTipah

Filem komedi romantik lakonan Azmil Mustapha dan Ogy Ahmad Daud yang memang sweet. Part favourite aku masa Ali troll Asmidar kira kunci kat bilik dekan. Memang nostalgic zaman aku belajar kat USM dulu gigih ajak kawan-kawan usha tempat-tempat diorang shooting babak dalam filem ni. Tinggal kenangan jelah..pokok yang diorang ukir-ukir nama tu takde dah.

Too bad Ali Setan 2 tak best! Watak Asmidar pun digantikan dengan pelakon lain.

5. Azura

Filem asal lakonan Jamal Abdillah dan Ogy Ahmad Daud ye, bukan remake yang ada Neelofa tu. Ait, Ogy lagi? Percayalah, walaupun in real life dia nampak macam over, tapi dari dulu sampai sekarang, lakonan kak Ogy tak pernah mengecewakan aku. Dia mewarisi kecantikan Allahyarhamah Saadiah dan merupakan pelakon yang sangat versatile.

6.Mat Gelap

Yang ni aku cheating sikit, sebab actually ia ditayangkan di pawagam pada tahun 1990, tapi aku assume dia mesti shooting dalam tahun 1989. Kan? kan? Hahaha. Filem lakonan Imuda, Liza Othman, Zahim Albakri ni agak unik ia digabungkan dengan animasi kartun lukisan Imuda sendiri. Rasanya, ni filem Melayu pertama yang buat percubaan macam ni. Apa kau ingat Imuda pandai nyanyi lagu "Rilek Brader" sahaja kah? Dia dulu hero filem tau!


Terasa tua bila buat lawak "Bosan tahap Mama Bosan", tapi adik-adik tak faham .OK, sedih!

7.Mekanik

"Orang putih ke, orang biru ke, orang coklat ke..kan kita semua orang Malaysia"

Dialog legend Susan Lancaster. Dak-dak sekarang kenal ke Susan Lancaster ni? Ala, yang bawak watak Kak Ngah dalam drama Keluarga Iskandar tu... Dalam filem ni turut terdapat cameo by Allahyarham Mokhtar Dahari. Hero filem Mekanik ni, Azmil Mustapha jugak. La ni, katanya dah join tabligh.

8.Darah Satria

Oh, ini bukan komik kungfu ala-ala Pedang Setiawan atau Dendam Kesumat yang harga $2.50 tapi ramai sanggup kumpul duit belanja sebab nak beli tuh. Ni filem perang lakonan Aman Shah masa muda. Hensem woooo dia ni dulu-dulu. Sekarang pun hensem lagi, cuma agak gems. Hehehe.

Filem-filem atas ni senang je nak jumpa kat youtube. Pandai-pandai lah cari. Mungkin boleh mengenang nostalgia zaman muda kalian. Hahaha, tuan punya blog tak bertanggungjawab jika ada jiwa yang kacau nanti ye.

p/s: Gila-gila Remaja tak masuk list sebab aku kureng sikit filem tu, hahaha. Hati kau keras, Sal!

Till then, thanks sudi baca. Pendapat u olls?


Monday, 2 February 2015

Nape tak nak follow balik?

Assalamualaikum semua! Buat apa tu? Selamat bercuti buat yang bercuti, yang tak bercuti tu - apa boleh buat nasib badan... Bokojo lah kito sekueknyo!

Hari ni aku nak meluahkan rasa terkilan dengan sesetengah blogger. Walaupun aku nampak ala-ala macho sebab selalu cerita pasal bola, tapi background bunga-bunga cinta kat blog ni membuktikan yang aku sebenarnya gadis hati tisu suka kaler pink dan romantic comedy.


Baca tajuk pun dah boleh agak kan, aduan rakyat aku ni pasal apa.. Aku nak complain tentang para blogger yang aku follow blog dia. Ingat aku ni main hentam kromo je ke follow blog? Buat semak news feed je tau... Hari ni, aku nak reveal kat korang, 3 sebab yang mendorong aku untuk follow certain blog (dan apa aku rasa bila diorang tak follow aku balik):

1. Blog tu best!
Kadang-kadang bila blogwalking, aku akan stumble upon blog yang dahlah layout cantik, cara penulisan sempoi, entry informatif, gambar menarik dan macam-macam lagi lah yang buat aku terus jatuh cinta. Blog macam ni aku akan terus follow tanpa bertimbang tara lagi. Aku tak harap pun diorang akan follow blog aku balik dan muka tak malu aku akan setia meninggalkan jejak walau kunjungan tak berbalas. Hahaha. Tapi, ada gak yang follow balik. Rezeki aku lah tu. So, korang silalah perasan kalau aku follow korang dulu, tu tandanya blog korang best!  Tapi di mata aku lah..kat oghang lain mana cheq tau!

2.Dia follow aku dulu
I think it's just a simple act of being courteous and polite. Orang berbudi, kita berbahasa. Lain blogger lain stail blogging. Tak buat macam aku ni, tak bermakna dia tu blogger yang sombong. Tapi kalau aku, aku memang appreciate sangat bila ada orang sudi follow blog aku. Every followers count, tak kisah la dia rajin singgah ke, tak ke, datang sekali pastu pergi tak kembali pun ado...

3.Join giveaway/segemen
Perkara biasa apabila penganjur atau penaja giveaway/ segmen meletakkan syarat kita follow blog dia kalau nak join. I have no problem with that. TAPI aku rasa cam tak proper kalau diorang tak follow peserta tu balik. Macam tak appreciate effort orang yang join giveaway atau segmen dia. Ada tu, tak datang blogwalking pun. Buat segmen semata-mata nak tambah follower dia je. Peserta dia buat tak tau. Korang kalau buat giveaway/segemen, tolonglah jangan jadi blogger macam ni ye.

Ini hanyalah pandangan peribadi aku. Maaflah kalau ada yang terasa..

Pendapat korang cmane plak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com