Tuesday, 10 November 2015

Journey to the South

Assalamualaikum dan hai semua! Rindu aku tak? Tak? Ah, aku tetap nak bagitau gak ke mana aku menghilang. Aku dah balik dari kampung tercinta. In case ada yang keliru, aku dekat KL ni, duduk dengan family. Parents dan adik-beradik yang belum kahwin. Tapi, dekat kampung aku masih ada atuk dan ramai lagi saudara-mara. So, aku balik kampung sekali-sekala untuk melawat diorang dan rilekskan kepala otak.

Orang kata, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian jadilah Sal yang Menyesal. Itulah yang terjadi kat aku. Semuanya salah aku sebab tak nak beli tiket awal. Iye, aku tau ada perayaan Deepavali, tapi aku biasa je balik kampung time cuti Chinese New Year, Krismas ataupun balik sesaja di bulan puasa. Cuma dah lama tak balik kampung naik bas. Most of the time, aku walk-in, beli tiket bas di kaunter, tunggu sekejap then jalan. Simple. Kat Terminal Bersepadu Selatan tu ada 20 kaunter yang beroperasi, lebih dari cukup.

Tapi Sabtu lepas, jangkaan aku meleset sama sekali. Aku janji nak balik kampung dengan makcik aku. Aku belum sampai TBS ,dia dah call, bagitau yang dia dah sampai, tapi orang ramai gila. Aku pun pelik, ramai mananya pun. Biasa OK je. Tapi, bila aku sampai, memang betullah, ramai mengalahkan zaman Puduraya dulu. Tak caya, tengok gambar.



Aku dah saspen. Ramai macam ni, ada ke tidak tiket? Nak beratur, tak tau lah berapa jam baru sampai ke kaunter. Nasib baik ada staf kat situ suggest kitorang beli tiket kat kaunter warga emas/OKU since makcik aku memang warga emas pun. Lega sekejap. Tapi, kaunter warga emas tu turut dibuka untuk penebusan tiket bagi yang beli online. Still, kena beratur, tapi takdelah barisan panjang macam kaunter biasa.

Naluri Detektif Conan aku still tak puasa hati kenapa orang tetiba ramai. Yang ramai tu pulak muka Melayu ngan Cina, tak nampak pun macam sambut Deepavali. Siasat punya siasat, aku pun jumpa notis ni.


Ceh, patutlah orang melimpah ruah, semua perkhidmatan bas ke Utara dah berpindah dari Pudu Sentral ke TBS mulai 1 November 2015. Cmane boleh aku tak perasan benda ni padahal baca suratkhabar hari-hari. Mungkin keluar time cuti kot, aku kalau cuti tak baca suratkhabar pun sebab kena beli. Muahahaha.

Dah bas ke utara, ke pantai timur dan selatan semuanya bertumpu setempat, macamana lah orang tak ramai! Ni kalau raya puasa tak tahulah cmane. Aku harap dalam masa terdekat pihak TBS dapat fikirkan cara nak figure out masalah ni.

Alhamdulillah, dapat jugak tiket, but the earliest lagi sejam setengah. Menangis! Tapi nak buat cmane, salah sendiri tak beli tiket awal-awal. Tu pun nasib baik ada makcik yang warga emas, boleh gak tumpang kat kaunter khas. Kalau aku sorang, takkan nak buat-buat mengandung plak. Ish, mengundang sangat, kan!


Sementara nak tunggu bas, kitorang pun naik atas dulu cari makan. Since makcik aku tak nak makan heavy, kitorang pun masuk kedai ala-ala kopitiam yang kat depan dia ada gambar Misbun Sidek tu. Rasa tu bolehla, tapi yang kelakarnya, kat sini walaupun diorang serve kau, tapi kena bayar sebelum balik. Boleh bayangkan tak, kau tengah makan tetiba waiter datang dan mintak kau bayar. Ada kes orang lari lepas makan kot? Aku husnudzon jelah.

Gitu-gini pun aku tapau Nasi Goreng Cina kat foodcourt. Takut jalan jam, pastu kebuluran dalam bas. In the end, jalan tak jam pun, tapi nasi goreng tetap habis sebab aku ni walaupun badan kecik tapi memanjang lapar. Hahaha.

Note to self, lepas ni kalau nak balik kampung time waku puncak, beli tiket di Terminal Bersepadu Selatan secara online. Klik SINI .Hanya register menggunakan email yang masih valid. Tiket hanya available dalam tempoh 48 jam. Contohnya kalau kita online pada tarikh 1 haribulan, pukul 2 petang, kita hanya dapat view tiket pada tarikh 3 haribulan, pukul 2 petang dan ke atas. Ada faham ka abang kakak? Tiket yang dah beli tu kita print dan bawa ke TBS untuk ditukar di kaunter. Ini pun kena beratur jugak tau, macam nak dapatkan boarding pass flight kekdahnya. So, walaupun dah ada online ticket, jangan sesuka hati nak datang lambat

Itu sajalah cerita pendek aku. Nanti aku free aku gi blogwalking n sambung cerita Melbourne. Mohon sabar menanti. Thanks for reading


81 comments:

  1. Dah pindah pulak dah. So puduraya nak buat apa? Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. puduraya untuk bas dekat-dekat je macam Seremban dan Tg.Malim katanya

      Delete
    2. dulu nak balik pahang pun naik bas kat pudu tu

      Delete
  2. tak familiar ngan bas sangat...jarang2 ke selatan, pantai timur tok sah cakap langsung xpenah..hihihikkk... hujung tahun ni nak jalan2 KL maybe naik train jelah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kiranya dah berapa lama Suida x naik bas ni

      Delete
  3. pernah beratur panjang2 camni masa nak beli tiket ke langkawi atau balik sini ja setiap kali cuti.. dulu mana nya nak beli online.. maka walk in laa... biasanya sejam ke dua jam pastu baru dpt naik.. saborrr ajelah setiap kali nak naik feri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..bab feri tu pernah gak.lagi-lagi waktu puncak

      Delete
  4. ramai sungguh orang nk balik bercuti ke kampung ya sal...lain kali kena tempah tiket awal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, silap saya gak sebab buat last minute

      Delete
  5. Replies
    1. abe MKL dh khatam ke entri Melbourne si Sal ni...wah!!! bestnya org tu nk ke Melbourne

      Delete
    2. khatam entry Siti sekali tau,dia punya lagi detail.

      Delete
  6. Blog ni jadi tumpuan teman sekarang..hi3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb nak cari info ke Melbourne kan kan kan ;p

      Delete
    2. tapi tulah, entry tersangkut-sangkut.banyak betul benda nak citer,tapi takde masa

      Delete
  7. Haah la kak...

    Hari ahad lepas nak book tiket dari pudu balik butterworth pun tak boleh... pelik jugak sebab selalu boleh...

    Sampai TBS, pelik, ada extra kaunter untuk ke PT and utara.. nasib baik akak bgtaw.. kalau tak, still musykil sampai sekarang... ngeh2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..pas ni nak ke utara kena naik dari selatan ye..

      Delete
  8. Cik sal... nnt nk emel cik sal ttg GOR melben...
    Sila respon tau.. hihi...

    Dh mcm bg arahan puloks... hihihi

    ReplyDelete
  9. sal....tak puasa hati tu mcm mn?? mcm puasa jugak ke??? carik pasal...kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, typo..perasan je ek..ni memang baca betul-betul ni. puasa hati pun boleh..ertinya, menahan marah..haha

      Delete
    2. hahhahaha...mmbca dgn hati mesti laa perasan.....tahan marah tu puasa hati la ehhh....oooo....nk pasa mata laa....tidooooo...kah kah kah

      Delete
    3. haha..kalau naik bas memang gitu lah, tido je..tengok luar nampak highway je pun

      Delete
    4. tido dlm bas mmg sonok..kdg xsedar terlentok ats bahu org sebelah...hahahhaha

      Delete
    5. tu sebab selalu request seat sorang..kang tertidur kat bahu bangla habis lah..

      Delete
  10. sal....kalau beli tiket online kita leh pilih "brand bus" yg kita nak ke?? ke dia yg tentukan?? hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. soklan ni serius ke tak?hahaha,..pilih sendiri la DM, macam nak beli handbag online jugak..

      Delete
    2. ahahahah okay jap lawak la adus.. okay xmo gelak.. hampun DM hampun..

      Delete
    3. keh keh keh...soklan wat2 serius nihhhh...

      Delete
    4. bas pun ada brand eh..ingatkan kasut or handbag je adusss

      Delete
  11. membe blk hari jumaat dia pun beritahu org mmg ramai giler siap tambah kaunter lg...

    ReplyDelete
  12. hrp2 operasi kt terminal jln duta x dipindahkan ke TBS...kalu pindah mau menangis mok cik ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lagi ke terminal jalan duta tu?kalau pindah jugak,berhuhuhu lah kita

      Delete
    2. jalan duta tu macam ada je lagi.. kalo sapa naik dari pudu mesti bas singgah jalan duta jugak kutip orang.. kalo yang kat pekeliling tu kalo bas dari pahang klantan trengganu kan ? keee salah ?

      Delete
    3. kat pekeliling tu tak pasti ada lagi ke tidak..entahla, tak faham sistem bas ekspres kat sini

      Delete
    4. dlu time kat uni kan kak.. 2x je naik bus balik penang. tp kan pinggang CT ni unik.. xngam dengan seat bus. so x naik dah.. tapi seat flight xngam gak.. tp nak naik gak.. hahaa..

      Delete
  13. bhahahaha sebab baca paper hari2 la tu yang boleh miss info ni..
    kat utara ada da poster tu so semua akan ke TBS hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tak ke utara kan, tu yang tak tau..huhu

      Delete
  14. untunglar ade makcik warga emas., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki tu wak,kalau sorang taktaula berapa lama kena beratur

      Delete
  15. Salam singgah sini dik...wahh...tengok jer gambar dapat tau dah..memang sesak....btw Diana tak pernah lagi mengalami suasana macam ni...Apa² selamat bercuti dik...

    ReplyDelete
  16. wah dulu putra yg tukar,skrg pudu pun tukar,

    ReplyDelete
  17. Masa belajar dulu, balik KL naik ekspress SPT, bila nak sampai Puduraya pemandu nanti putar lagu Senyumlah Kuala Lumpur ... alahai... rindu Puduraya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang nostalgia Puduraya kan..tangga besi macam dalam bas tu memang klasik

      Delete
  18. Ramainya orang! Saya tak pernah experience ambil bas ramai orang macam ni masa dekat Malaysia. Mungkin sebab saya tak pernah nak keluar dari Selangor/Kuala Lumpur/Putrajaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah,Farah sekali keluar sampai Canada terus..hehe

      Delete
  19. Replies
    1. miss u too, dear..lama menghilang ek..

      Delete
  20. aaa kakSal...sekrg dh tukar semua p TBS dh.... crowded dh tempat tu...

    ReplyDelete
  21. Akak ni lagilah lama tak naik pengangkutan awam, Sal. Memang tak tahu menahu pun apa yang berlaku pada pengangkutan awam sekarang. Akak ni nak naik bas bawa anak-anak pun takut sebabnya akak tak tahu celah lubang mana nak masukkan duit bayar tambang! Hahaha ...

    Oh, balik kampung rupanya! Tak pergi melawat kakak mertua punya emak ke? Kata nak jadi cucu menantu mithali terbaik abad ni. Time nilah kena tunjuk baik, Sal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...kena melawat kakak mertua dulu baru melawat emaknya.tak nak la lawan tauke

      Delete
  22. Mak aaiiii ghamainya umat manusia! Habis dikumpul semuanya kat TBS. Sesakk,..

    ReplyDelete
  23. memang dh lama tak naik pengangkutan awam..tak tahu mrnahu sangat pasal ni..since cik sal dh berkongsi n beri info..moga bermanfaat la kan buat orang lain.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehla PK jawab kalau ada sedara mara or kawan-kawan tanya

      Delete
    2. samalah saya pun...dah berzaman juga tak naik public transport

      Delete
  24. mestilah rindu lama sgt menyepi blk kg rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu belum balik kampung Ostolia, kalau tak lagi lama

      Delete
  25. ya ampun ramainya cam semut dapat benda manis..sib baik balik ngan makcik eh leh beratur n dapat tiket cepat..stesen puduraya dah tutup kan itu sebab semua destinasi bertolah dari TBS
    haa kan dah ckp..dalam berita tV pun dah kuar..Sal x perasan kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha,tulah..banyak sangat baca berita besar-besar, berita macam ni boleh terlepas.hihi..

      Delete
  26. gambar tiket tu sengaja letak terbalik ke heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..saja nak suruh pembaca exercise kepala

      Delete
  27. lagi 1 jam setengah perlu tggu? itu sbb kalau nk balik kg naik bas mesti beli 2-3 hari lebih awal..sbb..ni lah art nk beratur nak tggu bas lagi..hurmmmmmg x lah

    ReplyDelete
  28. Orang keje suat kabo pon x tak tahu berita... Adusss... Lawak laa... Ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia dok baca berita besor-besor, tu yang tak perasan berita gini..haha

      Delete
  29. Jangan buat2 mengandung... Buat2 pengsan! Orang terus hantar balik kg! Kah kah kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..orang anto hospital, terus bangun..dahla spesis takut hospital

      Delete
  30. Patut dah boleh buat web check in kan... Tak yah collect tiket lg... Huh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah..harap in the future dia buat gitu.sebab sekarang orang dah ramai

      Delete
  31. Mummy dah lama tak naik bas.. teringin gakk.. tapi tulahh tank perut kitaorg selalu bocor risau gak kalo mati kebelur dalam bus nanti..hahahaha :P

    ReplyDelete
  32. ramainya orang ye
    tak sangka juga masih ramai yang memerlukan perkhidmatan public transport
    last naik bas ke pahang masa umur akak 19 tahun
    tu pun masa tu dah tukar ke pekeliling...sebelum tu pudu
    rasa seronok sangat walau asyik mual aje sebab naik bas berhenti-berhenti
    kalah orang mengandung akak bila naik bas dulu...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai juga..student agaknya.lagipun kalau setakat balik kampung sorang dua, baik naik bas

      Delete
  33. mmg ramai giler tu . sis pernah gi situ masa antar my kakak balik dari kursus . ruang beli tiket tu tak besar mana . dpt bygkan kesesakannya...

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com