Wednesday, 23 September 2015

Salam Aidiladha

Assalamualaikum semua..Tak balik kampung ke gais?? Biasanya raya haji orang tak ambil port sangat bab balik kampung ni. Gitu gini pun, macam biasa, KL tetap jam semalam. Tambah pulak dengan hujan. Tapi bagus jugak hujan, kurang sikit jerebu. Boleh bernafas dengan tenang. Kat tempat korang jerebu cmane?
 
Tahun ini umat Islam diduga dengan tragedi kren runtuh di Masjidil Haram pada petang 11 September 2015 bersamaan  27 Zulkaedah 1436 Hijrah. 107 jemaah terkorban dan antaranya adalah 7 orang rakyat Malaysia. Alfatihah untuk mereka semua. Meninggal di hari Jumaat yang mulia, di tempat yang mulia. Dapat pula dikebumikan di Mekah, tempat suci umat Islam. Beruntung sungguh kalian.

Sumpah, aku rindu tempat itu... Walaupun aku hanya berkesempatan menunaikan umrah namun masih terbayang suasananya di depan mata. Masih terasa indahnya berada di kota suci Mekah. Pergilah ke mana sahaja dalam dunia ni, tapi perasaan bila dengar azan berkumandang di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dan bersolat jemaah dengan jutaan manusia lain dari pelosok dunia yang bersatu di bawah agama Islam - adalah perasaan terindah yang takkan dapat kat tempat lain. Sayunya bila nampak Kaabah depan mata, tak terbanding walau dengan percutian termahal ke mana-mana destinasi atas bumi ni. I still remember the first time I saw Kaabah. I feel like crying. Sebak dan terharu, kerana terpilih menjadi tetamu-Nya.

Memori umrah 2013. Moga berpeluang lagi ke sana

Sempena hari raya Aidiladha, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua yang beragama Islam. Buat yang tak dapat sambut dengan ahli keluarga kerana komitmen lain, bertabahlah dan anggaplah ia sebuah pengorbanan. Kepada yang buat korban tahun ni semoga korban kalian diterima Allah. Same goes to buat yang menunaikan haji. Semoga mendapat haji yang mabrur dan dipermudahkan urusan.

Aku doakan kita semua akan dijemput sebagai tetamu Allah di Tanah Haram suatu hari nanti.

Korang balik mana raya ni? Aku kat KL je..dah memang keluarga kat sini, mana lagi nak pergi kan? Oh ye, Mak dah OK dah kaki. Simen dah dibuka. Buat masa ni kena rehat. Gitu-gini pun, ligat jugak kat dapur petang tadi walaupun aku dengan confidentnya perasan boleh buat seorang. Tapi memang pun, juadah raya kalau takde sentuhan seorang ibu memang kurang sedap. Terima kasih buat yang bertanya dan mendoakan. Tahun ni buat rekod lah dia, tak dapat gi sembahyang raya. Bukan apa, takut jemaah kat masjid terpijak or terlanggar kaki yang sakit tu. So, biarlah dia rest kat rumah. Soalannya, rest ke? Hahaha. Siapa ada Mak dah tua tau sangatlah kan..

Till then, thanks for reading :)Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga pengorbanan kalian diterima Allah.

29 comments:

  1. salam aidil adha ... 11 september mengingatkan sis pada world trade center kat Ny tu ... kebetulan tarikh sama ... sis cadang nak balik kg tapi x dpt gak akhirnya ... huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..tarikh sama, peristiwa berbeza, tapi rasa sedih tu tetap ada kan..

      Delete
  2. Salam Aidiladha Sal...alhamdulillah syukur kerana Sal berpeluang ke sana...sis JM sentiasa berdoa agar Allah beri peluang utk ke tanah suci ini. Ramai yg cakap perkara yg sama like u said...melancong lah ke mana2 negara or destinai mana pun tetapi x boleh nak banding perasaan berada di kota mekah

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya doa suatu hari nanti kak JM akan berpeluang juga sampai ke tanah suci ni..akan tiba masanya nanti, then kak JM akan faham apa yang kitorang cakap.

      Delete
  3. setuju....kalau masak dapur..x dpt sentuhan mak mmg x umphhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tul tu kak JM..kita rasa dah tiru resepi dia 100% tapi tetap tak menjadi.Ada mak tetiba jadi sedap plak...haha

      Delete
    2. SS dah lama x dapat sentuhan mak... Sob sob sob....

      Delete
    3. ala, SS..janganlah buat I olls sedih..

      Delete
    4. haah laa SS...titew pun sedihhhh

      Delete
  4. Aku tak jadi balik raya sebab mak aku tiba2 nak datang. Kbai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tak kisahlah.raya mana pun janji ada mak, ok lah tu

      Delete
  5. salam aidiladha... tak balik kg.. :D

    ReplyDelete
  6. Salam sal, wah..sal buat juadah apa tu, mak jadi master ke sal, he he..tentulah mak kan, mak always kan, mana bole lawan mak...nnt kem salam kt mak yea, moga cepat sembuh kakinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...kenalah Mak yang jadi chief..saya hanya ikut arahan. Inshaallah, nanti saya sampaikan salam. Thanks for the doa, kak.

      Delete
  7. masa gmbr tu blom buat lg erk tempat tawaf sementara., alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa ni tawaf tingkat dua baru nak start buat..semua tawaf ramai-ramai kat bawah tu.

      Delete
    2. Wak.... nama dia mataf wak... hihi

      Delete
  8. Al fatihah untuk mangsa yang terkorban.
    Nak ucap selamat hari raya, raya dah habis...huk..huk
    Moga bertemu aidil adha tahun depan & moga dimurahkan rezeki selalu. Aamiin

    ReplyDelete
  9. Semoga ibu mu sembuh...
    Syafakillah auntie....

    p/s: pls keep my mum in ur doa too.... insya Allah

    ReplyDelete
  10. Mudah-mudahan kita semua punya peluang untuk jadi tetamu Allah, tidak kiralah kali yang ke berapa, umrah atau haji. Aminnnnn.

    ReplyDelete
  11. Teringin nak jejak kaki ke Tanah Suci Mekah..

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah sal dah penah sampai sana
    bercita-cita ke sana...entah bila berpeluang
    insya allah kalau diizinkan...sampailah kan

    ibadah haji tahun ni pun dah selesai
    PIL akak insya allah akan kembali sabtu ni nanti

    dah habis raya ni, boleh lagi dak ucap selamat hari raya? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh...boleh..bak kata kak MD, kita buat-buat la cam raya puasa, sambut sebulan..hehe

      Delete
  13. One fine day... SS pon nak peluk kaabah tu... Tak sampai lagi pon dah sayu... Harap2 ada rezeki SS nanti...

    ReplyDelete
  14. Padanlah akak tak tersenarai kali ni. Rupanya banyak juga entri Sal yang akak tak baca lagi. Ni bila masa Sal jadi rajin ni? The last time kita borak, Sal kata jarang dah update blog. Rupa-rupanya dalam diam banyak dah entri!

    Takpa, setakat komen berkoyan ni no hal punya. Akak alright jerk, takda masalah terkehel jari-jemari ^_^

    Nak ucap Salam Aidil Adha, dah lama berlalu pulak. Makanya baca ajelah dan mengomen merapu ikut suka hati. Jangan marah ya, Sal @_@

    Oh, ya... Mak dah sihat ke? Orang tua memang macam tu. Mana reti duduk diam. Orang muda aje yang suka duduk tak buat kerja kalau diberi peluang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya selalu duduk rumah je lately, tu yang entry banyak..lagipun kat opis tak berapa nak busy..hahaha.takpe, bulan ni boleh kejar balik ye

      Delete
  15. sal..sy pun raya xbalik kpg....raya kt sini jer...buat korban kat surau kt rumah jer....nak cuti pjg pun xleh coz hri sabtu lepas raya dh kena g outstation....teringat masakan mak kat kpg.....sobb sobbb sobbbbb

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com