Thursday, 17 September 2015

Mixed Feeling

Asssalamualaikum dan apa khabar gais! Harap korang semua sihat la hendaknya ye! Time korang baca ni, aku dah jauh dari Kuala Lumpur. Jauh dari jerebu, jauh dari hutan batu yang kononnya gah tapi tak dibangunkan secara sistematik dan jauh dari kesesakan trafik. Lega? Of course! Tapi tulah tanah tumpah darahku, so tak boleh la nak complain banyak. Tempat jatuh lagikan dikenang, ini kan pula tempat jatuh cinta, jatuh sakit dan jatuh sebab terpijak kain sendiri.

Aku menulis entry ni beberapa jam sebelum naik flight. Saja buat entry auto-publish, agar blog ni tak luput dari ingatan u olls! Bukan aku menaip di depan Eiffel Tower atau di tengah kepulauan Maldives, tapi di depan PC kat umah ni je. Probably aku sekarang sedang bersuka ria. Tu kalau panjang umur dan takde halangan di tengah jalan. Kalau tak, sendiri mau ingat lah!


Berat hati nak pergi bercuti, tinggalkan Mak yang kaki bersimen dan Ayah yang bukanlah kuat sangat. Mak aku retak jari kelingking kaki kanan kerana terjatuh. Selama aku takde, kakak aku yang jaga. Nasib baik kakak aku tak bekerja dan mempunyai rumah yang agak selesa. Senang Mak nak ke bilik air dan bergerak ke sana ke sini, tapi kena bertongkat. Kesian jugak kakak aku, dengan anak 4 orang lagi. Tapi mujurlah, nakal-nakal diorang pun, nak jugak tolong bila diminta.

Tapi bila aku suarakan pada Mak, dia nasihatkan aku supaya tak risau. Aku dah penat bekerja. Apa salahnya pergi bercuti, hiburkan hati sendiri. Terharu OK! Hati seorang Ibu kan.. Yelah, kitorang kecik2 dulu bukan senang sangat, tak pernah mak ayah bawak gi cuti luar negara. So bila dah besar, parents aku selalu galakkan kitorang explore the world. Ayat klasik diorang: dulu-dulu tak merasa..

Honestly, hampir dua bulan aku sibuk giler kat office. Projek tak putus-putus. Tapi dalam banyak-banyak tu, aku paling stress dengan 'Program 5S'. Stress, walaupun aku ni suka mengemas dan suka benda-benda tersusun elok, tapi aku tak suka bila keadaan meja terlampau plain. Aku ni rebel sebenarnya, tak suka bila barang-barang aku diatur-atur orang lain. Tapi, dalam pada tak suka tu, boleh plak ada yang calonkan nama aku jadi Auditor. @#$%^&**-! Selamba aku tinggalkan tempat kerja sedangkan tugas-tugas 5S aku tengah melambak. Lantak kau lah!


Perasaan nak pergi bercuti bercampur-baur. Lagi-lagi bila terima berita pasal kejadian kren jatuh di Masjidil Haram. Allahu! Walaupun aku takde sedara-mara yang pergi batch kali ni, tapi ramai juga rakan sekerja yang pergi. Lagipun, kita sesama Islam kan. Bila jadi kejadian macam ni, kita pun tumpang sedih. Semoga umat Islam dilindungi. Ini 'teguran' buat kita. Wallahu'alam.

Meriah hidup kau Sal! Dok sibuk tarik luggage dan merayap sana sini. Ah, bak kata SonaOne... Dunia gamat bunyinya, sunyiku hanya Tuhan tahu.

Bunyi macam orang merajuk je..Hahaha. Mungkin aku hanya penat dan tak cukup tidur. So, biasalah tu tulis merapu-rapu. Sini kan memang tempat meroyan. Nak meroyan kat blog orang kang kena halau pulak. Hehe.

Kita sembang lagi bila aku dah balik ke negara tercinta. Salam Sayang dari aku di perantauan. Ewah!


74 comments:

  1. Replies
    1. FM seketui naaaaaaaaaaaaaa ;-) x de xmo kwn putus sahabat - unfriend - removed - blocked

      Delete
    2. hamboi..tak aci la ugut-ugut nih..haha

      Delete
    3. Hikhik ugutan Anies dahsyatttt :)

      Delete
  2. Amboi mesti tengah sakan bercuti cik sal kita..enjoy the holiday n semoga selamat pergi n balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks PK..balik da ni.dah start keje dah, sambil dok dengar lagu raya.hahaha

      Delete
  3. Hah, balik kang jangan lupa tugasan kucing tu! Aku tuntut biar kau tau erti penyesalan. Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah? Tugasan kucing?blur kejap...

      Delete
    2. haaaa, iye la... cuba baca balik. :-)

      Delete
  4. Replies
    1. haha, mana ada cuti lagi kak Kathy..ni lah baru cuti.Raya hari tu raya keempat dah naik keje tau..

      Delete
  5. Wah..merajuk membawa diri ke mana tu Sal.....happy holiday..

    ReplyDelete
    Replies
    1. membawa diri jauh mana pun, balik ke Kolumpo jugak kak Wa..hehe

      Delete
  6. Moga kak Sal enjoy your vacation, okay?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...memang enjoy pun.Thanks dear..

      Delete
  7. tahu dah pergi mana.. semoga selamat pergi dan kembali ke tanah tumpah air plus jerebu teruk ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, nanti I balik, nak balas dendam karok 2-3 round.bagi hujan, kurang sikit jerebu..hihihi

      Delete
  8. Replies
    1. Alhamdulillah...thanks for the prayer,sis

      Delete
  9. jatuh terpijak kain eh ehehe...pakai suar jeans confirm x jatuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa zaman sekolah kak JM..bajet budak nakal pakai kain labuh sapu lantai.sekali jatuh, padan muka..sape suruh tak ikut peraturan..hahaha

      Delete
    2. Hahaha akak ingat zaman2 bebudak pakai kain labuh seret lantai jalan tar segala! Akak tak tergolong dlm group tu sebab tak labuhkan kain pun jatuh terkungkang! ;)

      Delete
    3. uish ni semua kakak2 yang pakai labuh2 ni.. ceq pakai kain nampak stoking =P

      Delete
    4. you budak baik, CT.budak nakal ca ktorang je pakai labuh-labuh.takpun by the time CT sekolah menengah trend tu dah xde

      Delete
  10. yeay!!! akhirnya trip yg di rancang telah terlaksana...destinasi? pegi ngan siapa? sis JM dh tahu...skodeng IG orang tu heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, ikutkan saya nak buat surprise, tapi dah bocor rahsia..hahaha.

      Delete
    2. ngeh ngeh ngeh...Sal x de IG eh?

      Delete
    3. bhahahaha bhahahah bahahahah bahahahahahahaha... okay nak gelak =P

      Delete
    4. tulah, travel partner I ni tak boleh buat partner in crime..hehehe. takde IG kak JM, camera hp tak cantik.saya lagi suka share words berbanding gambar, tu sebab all the time on twitter. mungkin lah akan buat akaun IG, lepas beli hp baru.tu pun entah bila-bila..hahaha

      Delete
  11. alhamdulillah Sal..jika perjalan di restui ibu in shaa Allah semua berjalan lancar..x sabar nk tggu your story bercuti di tempat yg sis JM belum jejak kaki tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM tak pernah sampai? Serius? Insha Allah, ada kelapangan saya update story. Bulan ni sibuk, sempat update 3 entry je. First time saya gigih beli internet time travel, nak wasap Mak punya pasal. Alhamdulillah,berkat doa u olls semua, dah selamat balik dah ni

      Delete
    2. betul!!!! jeles tgk gambar IG sitiRORO..alhamdulillah selamat balik dah

      Delete
    3. Sis JM tak pernah sampai? Mula hitung2 sendiri fikir entri Sis JM.

      Delete
    4. tak lama lagiiii tu sampai.. uish ada orang skodeng itew laaaah =O

      Delete
    5. cam tanjat je JM tak pernah sampai.takpela, one fine day... tu baru gambar kat ig, belum gambar kat blog lagi. lagi terkesima..hehe

      Delete
  12. dulu di ofis sis JM kami amalkan sistem 5S ni...so mmg perlu sentiasa jaga kerana ada Audit Pensijilan..mmg terbaik lah tp sekarang dan tukar kepada EKSA..let's go green...no more 5S tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, government dah pakai EKSA sekarang, kitorang baru terkedek-kedek nak 5S..huhu.Ada positifnya jugak 5S ni kak JM, tapi nak practice dekat company yang operasi 24/7 memang payah sikitlah

      Delete
  13. apa salahnya Sal..dah keje penat2..hadiahkan diri sendiri..pergi holiday...tgk tempat orang..nikmat keindahab ciptaan Allah..pedulikan perasaan org x puas hati tu...kalau asyik nk dgr ckp org je x ke mana....'hadiah' utk diri sendiri n enjoy your holiday..selamat pergi dan balik ye aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis...reward untuk diri sendiri kan..ubat sunyi hati.opssss

      Delete
  14. dh g bercuti eh sal...moga dipermudahkan urusan dan perjalanan...moga selamat sampai ke destinasi dan kembali ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..berkat doa semua, dah pulang ke tanah air dah ni. ;)

      Delete
    2. Sal dh balik? berapa hari? 5 hari je? rasa lama korang kat sana heee

      Delete
    3. Aiyakkk! Dah komen pung pang pung pang, akak lupa nak cakap,...moga bunda Sal cepat sembuh.

      Delete
    4. haaaaati jiwa raga masih disana =P

      Delete
    5. 6 hari..tapi tak campur masa atas flight la...saya pun rasa cam sekejap je.rasa tak nak balik.

      Delete
    6. thanks for asking kak...

      kaki Mak dah tak bersimen.tapi tau jelah, balik hospital tadi terus ajak masak untuk raya esok. tak nak rest pun.huhuhu

      Delete
  15. kalau sy pun..msti perasaan bercampur baur.....byk benda yg dipikir kan...tp guna kan lah masa bercuti ni dgn sebaik mungkin so bila balik nanti kurang sikit rasa beban yg di pikul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, seminggu gi cuti, rasa lupa semua masalah..lega otak tengok tempat orang. Subhanallah, cantik sangat!

      Delete
    2. arghh..jeles..tgk view di Ocean Road tu...serious tau..Sis JM x jejak lagi kaki ke Melbourne tu

      Delete
    3. jom next time =D heheh.. cek wallet jap.. adus pedih mata..

      Delete
    4. ha JM..CT dah offer tu.dia teringin nak repeat Melbourne katanya

      Delete
    5. nk itut jugakkkkkk....huhuuh

      Delete
  16. Oh, by the time akak baca entri ni Sal dah selamat pulang ke tanah airlah yerk! Bestnya dapat pergi cuti-cuti. Puas nak cari clue pi mana. Pi Melbourne ke apa ni? Percepatkan sikitlah Sal yerk cerita tentang cuti-cuti tu katanya dah mengamalkan 5S sesangatkan. Mesti semuanya teratur aje, senang nak buat kerja!

    Okeylah mak beri restu membawa diri mengelilingi dunia! Kalau mak tak bagi restu itu barulah 'sunyiku hanya Tuhan tahu...'

    By the way, apa khabar emak Sal sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emak saya dah bukak simen kaki dia, tapi dah start ligat dekat dapur sempena Aidiladha ni..saya dengan dia je yang ada.Adik-beradik lain tak sampai lagi.

      Meja je teratur kak MD, hidup macam tu jugak. Hahahaha.But you are right, restu ibu tu paling penting!

      Akan cuba update entry secepat mungkin ;)

      Delete
    2. Akak dah lama mengamalkan 5S ni, Sal tapi tetap juga workstation bersepah-sepah. Hehehe....

      Delete
  17. By the time akak baca ni, Sal dah selamat sampai Malaysia dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah siap-sedia nak raya dah ni..hehe

      Delete
  18. Sal, tertarik akak dgb konsep 5S tu. Konsep dr Jepun eh. Tengok perkataan2 tu berdengung semacam je bunyinya. Akak pun rasanya kena implement 5S lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5S ni memang sesuai untuk orang kreatif macam kak Farrah..TAPI kalau nak amalkan 5S ni tak boleh 'sayang' barang sangat.rasa tak perlu je, kena buang.sanggup ke?hehe

      Delete
    2. Oh dia kena main buang2 ye....kalau implement separuh je boleh? ;)

      Delete
    3. step pertama dia adalah sisih- buang barang tak perlu..hahaha, nak buat separuh? boleh je kak Farrah..kalau rigid sangat bosan lah pulak.meja opis saya ni dah macam padang jarak padang terkukur dah..kosong je

      Delete
  19. Semoga selamat perjalanan dan ceria selalu... :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro khir..dah selamat balik dah pun..hehe

      Delete
  20. orang tu pergi australia lagi khabarnya!
    tak apalah kalau mengembara tu boleh tenangkan hati sal
    adik akak yang sebaya sal pun lately sangat tertekan
    mungkin tiada orang yang dirasakan memahami buat dia jadi camtu
    kalau sudi, p lah berkawan dengan dia =)

    apapun akak harap sal seronok mengembara di bumi kangaroo =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boley aje berkawan, takde masalah.nanti mintak la dia add FB saya.mana tau pas ni boleh travel sesama. pesan dengan dia, hanya orang yang mengalami saja yang faham, so just enjoy life. Pedulikan apa orang kata.

      Alhamdulillah, memang seronok dapat jumpa kanggaru lagi..hehe

      Delete
    2. dulu dia ada facebook pastu dia deactivate kan
      dia banyak duduk rumah aje...
      akak pun tak tau camne nak nolong
      nanti akak bagitau apa sal cakap pada dia eh...
      anyway thanks =)

      Delete
    3. ada masanya memang akan rasa down, so kena elakkan dari bersendirian..cari hobi, so tak rasa sunyi..faham sesangat.it's OK to grief, but not too much.

      ala, saya suruh orang add FB, saya sendiri pun x aktif fb..huahuahua

      Delete
  21. sebab dah balik doh , nak gak tanya , apa jajan ? heheheee ... my kakak ipar pun patah jari kaki dan kena simin ... semoga mak sal cepat sembuh .

    ReplyDelete
  22. SS faham cemana rasanya kaki bersimen... SEKSA! Lebih 3 bulan solat duduk... Trauma tempat tinggi... Adusss...

    ReplyDelete
  23. SS masih ingat kata2 Mak Cik Sal dalam entry Sydney... "Kalu tak nak duit abis... Jangan berjalan" ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. duduk rumah diam-diam, confirm duit tak habis...haha

      Delete
  24. Replies
    1. tulah, yang rempuhan tu pun sedih jugak...

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com