Friday, 28 August 2015

Keputusan Undian Peringkat Kumpulan UEFA Champions League

UEFA Champions League Group Stage Draw Result

Masih terlampau awal nak predict siapa yang bakal menjadi juara, tapi kalau ikut kepercayaan karut UEFA Champions League (UCL), pemenang 2015, Barcelona bukan calon pilihan. Sebab sejak pertama kali dipertandingkan pada tahun 1955, belum pernah ada pasukan yang memenangi UCL dua tahun berturut-turut.

UCL tu apa kak Sal oiiii? 

UCL / Liga Juara-Juara Eropah, merupakan liga tahunan yang disertai oleh kelab-kelab negara Eropah yang menunjukkan merit yang tinggi dalam musim sebelumnya. Senang cakap, musim lepas dia power lah. Tapi tak semua negara Eropah layak hantar wakil ke UCL. Kena tengok ranking FIFA jugak. Untuk kelab-kelab dari negara yang ranking tinggi macam Spain, England dan German, automatik pemenang tempat pertama sampai ketiga layak ke UCL. Untuk yang lain tu, ada yang terpilih secara automatik sebab menjuarai liga dan ada yang kena menang pusingan kelayakan.

Pilihan aku? Memandangkan Liverpool tak terpilih kali ni (tumpang nangis kat bahu Steven Gerrard), aku sokong je semua kelab except Manchester United. Hahahaha. Kecuali kalau diorang lawan kelab Israil Tel-Aviv tu! Cmane boleh lepas entah kali ni! Orang kata bola sepak is bola sepak kan, tapi bab Israel ni, kita memang tak bagi muka!

Group paling tough bagi aku adalah Group D. Juventus naib juara UCL tahun lepas, Man City naib juara England season 2014/2015 dan Sevilla tu pulak pemenang Piala Eropah 2015. Semoga Monchengladbach tabah!

Apa-apa pun, bola tu kan bulat. Barcelona mungkin memecahkan tradisi, menang lagi tahun ni. Tapi aku sandarkan harapan lebih kat kelab Spain favourite aku, Atletico Madrid. Untuk Liverpool, aku sandarkan kenangan jelah. That night in Istanbul!

Filem pendek wajib tonton untuk penyokong Liverpool. Anies, nilah video aku cakap tu!

OKlah gais, ni entry auto-publish. Publis tengah malam ni orang tak baca. Kat office nak bersilat dengan 3 event serentak. Masid Negara, Alamanda Putrajaya dan Persatuan Muzium Melaka. Hatrik namanya!

Nanti free, kita sembang lagi na.....


23 comments:

  1. ni apsal ko dengki sangat dengan MU ni huh
    cehwah ayat...cam nak gaduh aje
    dlu minat giler dengan MU...dululah...sekarang, lantaklah
    takde perasaan dah...hehe
    tapi kebiasaannya peluang untuk MU menang untuk hak ni tipis
    mana taknya, ada banyak kelab lagi besar nama dari dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh..kenalah dengki dengan Man United, kita kan rival zaman-berzaman..Saya pun tak yakin Man U boleh menang. Hahaha..statement cari gaduh ni!

      Delete
  2. Kakak sebab tak ambil pusing semua tu Sal jadi tak kisahlah siapa yg menang dan kalah.
    Tak mengikuti pun..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Sama lah wakkk kite layan je... Ha ha ha...

      Delete
  4. liverpool pasai pa xmasuk.. xlayak ka? sian.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi, hang mengata kelab paling hebat dalam dunia tak layak? saja je tu malas nak masuk, bagi chance orang lain plak menang..hahaha

      Delete
  5. Sedaya upaya akak cuba hadam entri ni....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah ketidakhadaman? Ambillah Gaviscon..hihihi

      Delete
  6. Tang tumpang nanges kat bahu SG tu kelakau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tumpang nangis je, tak boleh lebih-lebih...kang bini dia marah..haha.dapat free kick satu kali!

      Delete
  7. Fuh Sal...memang peminat setia ni....:)

    ReplyDelete
  8. tak tahu kata nak predict cem mana.. nak selit nyembang kot mana pun tatau.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mulut CT kan masin bab predict result bola ni kan? Predict Atletico Madrid menang, please...dan abam Torres I adalah hero..haha

      Delete
  9. Asalam. datang jenguk blog..hebat kan pememang

    ReplyDelete
  10. Sukahatilah Sal mana-mana kelab yang menang. Akak okey jerk :) Tapi bab Tel Aviv tu memanglah, jangan bagi menang. Eh, boleh tak main kasar kalau berlawan dengan mereka ni? Sekehkah aje kasi guling-guling atas padang. Ish... geram betullah! Tetiba aje minat bola sebab ada Tel Aviv! Kah3x.

    Sal, yang Astana tu dari Kazakhstan ke apa? Akak kalau tengok nama kelab tersenarai ni akak sedih sangat mengenangkan suami sendiri. Kata aje kuat, mantap dan hensem, tapi nak masuk lawan kat belah Asia. Ngaku jerk european konon padahal kelab european tak ngaku pun geng dengan depa :)

    Pssttt...ni namanya ngumpat belakang tau ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Astana memang kelab Kazakhstan..ada gak tak puas hati nape diorang masuk. Tapi diorang terer.
      Samalah macam Israel tu.Tapi kat TV Malaysia memang tak pernah tayang game kelab dari sana. Saya pun harap diorang tersingkir awal. Chelsea, Porto ngan Dynamo tu boleh tahan hebatnya..

      Delete
  11. dgr cite ko kemain sokong group G tu..nak2 team yg bawah sekali tu...sedara mak angkat atok tiri sblh ayah dgn maccabi haifa ;-) hahahahahahahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. choy!!!baik sokong M.U.haha

      Delete
    2. jgn sokong setan sal... baik ko sokong team yg 'beriman dgn kitab samawi' hahahahahahah

      Delete
  12. teringat sis baca kartun ujang satu masa dulu ... adik si ujang ada kata , apa lah bola bulat sebiji pun nak berebut . baik bela ayam , dapat duit ... heheheee

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com