Saturday, 11 July 2015

The girl who thinks too much


Dalam ramai-ramai spesis manusia, aku jeles dengan orang-orang yang berani. Berani buat keputusan. Berani cuba benda baru. Sebab aku bukan seorang yang berani. Aku banyak fikir. Undecided. Nak buat apa-apa pun, fikir dulu. Memanglah bagus, tapi kadang-kadang ia buatkan pergerakan aku terbatas.

Aku nak cuti raya berapa hari pun dok fikir lama-lama. Dok kira baki cuti, dok belek kalendar. Macamana kalau tu.. macamana kalau ni.. Tanya Mak, tanya Abang, tanya plan semua orang.

Adik lelaki aku yang kerja kat Ipoh tu, walaupun tak tahu dapat cuti raya ke tidak, selamba je beli tiket balik sini. Itu tawakal level 9000 tu dik oi!

Orang kata, aku ni spesis 'banyak sangat fikir pasal orang'. Mungkin. Teringin sangat jadi selfish. Tapi pastu rasa bersalah.

Probably sebab aku selalu silap buat keputusan. So, setiap kali pun aku fikir panjang supaya tak menyesal.

Kalau banyak sangat fikir, banyak benda akan terlepas dalam hidup ni, kan? 

 
credit

Tak sangka aku yang selalunya banyak fikir ni, buat kerja gila - beli tiket pergi dan plan itinerary cuti, tapi tiket balik tak beli lagi. Tunggu promo yang entah bila. Sebab teringin nak bercuti. Sangat-sangat.

Last-last, aku ambil je cuti raya ikut plan asal aku. 

Malas dah nak fikir.

*autopublish*


41 comments:

  1. Lebih baik kite fikir dari tak fikir langsung cik Sal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju ngan SS. Kalau tak fikir langsung, lain jadinya :)

      Delete
    2. kena fikir dengan berpada-pada...

      Delete
  2. SS tujukan lagu 'Fikirkan Boleh' untuk cik Sal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...dan akak datang bawak Si Kapok utk iring SS nyanyi lagu ni. SS, r u ready?

      Delete
    2. terharunya dapat konsert free...hehe.mana suara SS yang merdu tu, nak dengar nih..

      Delete
    3. boleh tuju lagu ehhh heheheh

      Delete
  3. Kadang dalam hidup ni kalu 'Too much information' pon resah jugak... Perlu jugak redah.. gasak... unplan.. Bertindak ikut keadaan... Yang penting doa... Kadang kite plan macam nak mampos... Towards to the end... Allah it the best planner...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat, SS! too much information pun kadang-kadang pening gak.Kena bbuat cam SS, redah jeeeee....hehe

      Allah is indeed, the best planner

      Delete
  4. fikir yg baik2 dgn bijaksana oklah tu...selamat bercuti n pulang beraya...

    ReplyDelete
  5. fikir yg baik2 dgn bijaksana oklah tu...selamat bercuti n pulang beraya...

    ReplyDelete
  6. Akak dah tua2 ni ada penyakit suka terlebih fikir. Nak tido pun masih sempat berfikir. Tapi one thing for sure, kita tak leh nak fikir banyak sangat. Tak ke mana. Sometimes being spontaneous pun fun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang sangat saya ni 'spontan', sebab memang seorang 'planner'.tapi sesekali buat benda yang jarang saya buat, memang rasa best ;)

      Delete
  7. ada situasi Sal....ada yg perlu fikir panjang sblm decide dan ada situasi tu x perlu fikir panjang grab je peluang...itu cara sis JM lah...kadang kalau fikir byk sgt pun menjadi....tips dari sis JM..biasanya kalau x de kata putus terus g solat...alhamdulillah lepas solat je...toink!!!! terus dapat kata putus

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak JM, kita kena tawakal, sebab Allah je Maha Mengetahui apa yang terbaik. Thanks for the tips ye

      Delete
  8. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi

    ReplyDelete
  9. kadang ada benda yang memang kena selamba je buat keputusan tanpa perlu fikir byk hihihihi

    tapi tula kadang nasib baik kadang sebaliknya bergantung pada takdir :D

    ReplyDelete
  10. nak fikir pun kena berpada2..terlebih fikir sangat tu yg ramai jadi sakit mental.hahaha..mmg betul la nak buat keputusan kena fikir..tp sesekali kita redah,redha dan tawakal tak ada salahnya..baru rasa manisnya hidup..ewah..

    ReplyDelete
  11. Fikir jauh.. kdg2 lebih baik tuk elakkan penyesalan yg xberkesudahan.. huhu

    ReplyDelete
  12. ada masa kita kena pkir pjg...terutama yg melibatkan masa depan atau org lain...tp ada masanya kena pikir cepat dan tawakal jer....coz ada perkara yg kita kena buat keputusan masa tu jugak....tapi sebaik-baik penyelesaian ialah solat dan mohon bantuan daripadaNya...insyaAllah keputusan yg kita buat tu tidak akan buat kita menyesal....

    ReplyDelete
  13. Bab cuti ni kan Kak Sal, I plan dari awal tahun lagi.. memang set siap2 nak cuti bila n bila.. utk cuti2 emergency tu lain lah kan.. mujur dah ada clerk cina kat sini, so planning cuti raya lama pun xapa sangat.. klu last2 year, cuti terpaksa dikorbankan sebab xdak clerk cina, semua melayu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal-awal akak set cuti jugak, tapi tak tersangka ada trip mengejut dan tetamu terkejut raya kali ni, tu yang huru-hara.hahaha.untunglah ada clerk Cina, akak sini semua Melayu dek non.Mujur ada India 2,3 orang boleh kusandarkan harapan setinggi gunung

      Delete
  14. Fikir sebelum bertindak tu bagus kak sal, tapi jgn fikir sangat, nanti apa benda pun tak jadi..

    ReplyDelete
  15. Kalau banyak sangat fikir pun tak guna, akhirnya semua benda tak menjadi. Tengok pada keadaanlah, Sal. Kalau perlu berfikir panjang, kenalah fikir masak-masak. Kalau sesetengah perkara tu yang tak fikir panjang pun takda apa perubahan dalam diri dan hidup kita, redah ajelah. Tawakal banyak-banyak. Moga Allah ingat pada kita dan bantu kita time 'meredah' sembarangan tu ~_^

    ReplyDelete
  16. sis selalunya pertimbangkan dari sudut keperluan sis sendiri sbb sis ni dah serik . seblm ni sis banyak fikirkan org lain bila buat keputusan . sudahnya , bkn semua org hargai apa yg kita buat . Sudahnya sis sendiri yg letih dan terluka ... yg pasti , buat keputusan ikut keperluan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tul gak tu sis vee...asyik fikir pasal orang pun letih.kadang-kadang kena buat je ikut kesesuaian diri

      Delete
  17. insyallah ada tu promo x lama lagi.. jangan pening2 Kak Sal.. apply cuti lama sikit okeh wakakaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..jangan sampai beraya di perantauan CT..

      Delete
    2. xmau ke merasa cenggitu ? wakakaka..

      Delete
    3. I tak kisah, takut travel partner jelah menangis pagi raya..hehe

      Delete
    4. hehehe ajak dia p makan dia okay la..

      Delete
    5. takut dia mintak lemang ngan rendang, kat mana nak cari nanti..haha

      Delete
  18. samelah kita kak sal...kita pon suka tanya sana sini kalau nk buat keputusan...takut ada pihak yang ter ehh sana, ter ehh sini, tersinggung ke apa kan...hhehehehhe tpi kadang2 datang hangin giler kita, xpandang kiri kanan, kita decide je... kadang2 spontan pon best jugak :D try la kak sal! :D

    ReplyDelete
  19. Saya pun macam kak Sal juga. Banyak sangat fikir.

    ReplyDelete
  20. bek fikir sedlm2nya kak Sal..
    timm pun cmtu..jenuh sungguh dok pikiaq pro n kontra,,
    bru buat sesuatu bnda tu..hehe..

    ReplyDelete
  21. akak lahir bulan apa eh? kita pun indecisive. sometimes overthinking smpai xtau nak plih mana satu. gara2 nak jaga hati orang and hati sendiri hmm

    ReplyDelete
  22. Fikir,fikir dan fikir.. Hehehehe..

    ReplyDelete
  23. karakter kamu ni lebih kurang adik akak lah sal
    terlalu memikirkan pasal orang
    dia tak sihat pun datang juga opis kata kesian kat orang
    akak yang jadi geram

    sellau nasihatkan dia, tapi otak dia dah tepu...hehe

    ReplyDelete
  24. jom sal kita g bercuti! otak tepu dah ni! jom jom

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom! kte g dalam Malaysia cukuplah..rate duit tengah naik..

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com