Wednesday, 15 July 2015

Perutusan Aidilfitri 2015

Assalamualaikum dan apa khabar semua..Ramai ke yang dah start cuti? Aku masih bekerja, banyak pulak kerja bos aku dah tinggalkan sebelum dia cabut gi cuti. Baru ingat nak bersukaria dengar lagu raya sambil tengok video tutorial tudung. Cis!

Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang, aku nak ucap Selamat Hari Raya buat semua pembaca blog aku. Tak kisahlah follow ke tak follow ke, rajin komen ataupun baca senyap-senyap, aku appreciate korang semua sebab sudi spend time kat sini

Di hari baik bulan baik ni, aku nak mintak maaf segala salah silap aku samada nampak atau tersorok. Kosong- kosong ye..Manala tau ada tulisan atau komen aku yang menyakitkan hati atau buat korang terasa. Kalau ada yang aku terlepas pandang tak follow balik atau tak balas kunjungan pun aku mintak maaf. Kadang-kadang aku tak perasan. Thanks jugak buat geng blogger yang sudi hantar kad raya. Tahun depan hantarlah lagi. Hehehe. Aku dah balas kiriman u olls semua, tapi tak tahulah dah sampai belum. Hopefully selamat tiba kat tangan korang dan tak ghaib tanpa khabar berita. #pray4kadraya. By the way, kad dari kak Jari Manis dah sampai, tapi belum sempat buat entry.

Semoga amalan kita sepanjang Ramadhan diterima oleh Allah dan Dia mengampunkan dosa-dosa kita. Teruskan istiqamah 'berkelakuan baik' walaupun lepas habis bulan puasa ni. Jangan time puasa je kita tak mencarut dan marah-marah, kalau boleh tanam terus sifat tu dalam diri. Semoga kebiasaan kita melakukan amalan-amalan sunat dan mengimarahkan masjid akan terus diamalkan lepas ni. Sama-sama la kita saling mengingatkan. Aku pun selalu gak lupa. Lepas habis Ramadhan, ringan je kaki tangan nak buat maksiat (~.~)

Buat yang balik kampung, hati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai dan dipermudahkan urusan perjalanan. Banyakkan berdoa supaya dalam peliharaan Allah. Biarlah jam, biarlah penat dan banyak keluar modal, berbaloi semua tu bila nampak senyuman Mak Ayah menyambut kepulangan kalian nanti.

Untuk yang baru kehilangan keluarga tersayang, bekerja atau beraya di perantauan, jangan sedih-sedih ye..Semoga korang terus tabah..

Buat para tentera,polis, doktor, jururawat, bomba, paramedik dan ramai lagi yang terpaksa bertugas di hari lebaran, korang sebenarnya adalah hero sejati! Semoga pengorbanan kalian mendapat balasan pahala dari Allah. Massive respect for all of you!

Akhir sekali, dalam kita bergembira, janganlah dilupakan golongan yang tak dapat berhari raya dengan meriah kerana kesempitan hidup. Hulurkan tangan ringankan beban..ewah. Terus kirimkan doa buat saudara seagama kita di bumi berdarah Palestin, Syria, Mesir, Myanmar, Pattani dan ramai lagi. Semoga suatu hari nanti kemenangan tu akan menjadi milik Islam. Inshaallah.

Raya jangan gaduh-gaduh tau! Kan kita satu Malaysia. Oh ye, take care, tahulah negara kita yang 'Aman' lah sangat ni..

Selamat Hari Raya semua.. ('',) Taqabballahu minna wa minkum. Semoga Allah terima amalanku dan amalanmu.

belanja gambar raya lama sekeping..watermark pun watermark lama. Hahhaha

31 comments:

  1. Salam Aidilfitri
    Maaf Zahir & Batin

    ReplyDelete
  2. fuhyo, siap ada perutusan tu. ini macam bolej jadi penasihat jabatan penulisan teks ucapan PM ni, kang dia keluar tv takde la kaku sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja je tajuk entry nak gempak.malas la nak cakap pasal PM time-time nak raya ni, buat rosak mood je.haha

      Delete
  3. SS dah dapat kad raya Cik Sal... Nanti nak update dalam entry... Muahhhh Muahhhh!! Thanks Cik Salllll!

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah dah dapat, dah risau dah takut tak sampai

      Delete
  4. Soalan SS... Maksiat apa yang Cik Sal buat? Share skit... Keh Keh Keh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahahah soalan !! makan dalam punya soalan..

      Delete
    2. Hihihi..tak boleh share, nanti dikata riak...hahahaha

      Delete
  5. Semua kita mengharap yg terbaik tak kira ketika berpuasa, balik nak beraya dan beraya.
    Harap-harap juga pergaduhan tidak berpanjangan. Takut juga kan

    Selamat Hari Raya, maaf zahir batin dari kakak.

    ReplyDelete
  6. ucapan raya yg penuh..
    selamat hari raya maaf zahir batin ye kak sal.. raya betul2 tau.. hahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..takkan raya tipu-tipu kot..

      Delete
  7. Wah nak tgk tutorial tudung katanya...so raya ni fesyen tudung baru lah ni ke pakai tudung Fareeda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mampu kak JM nak berFareeda..konon jelah tengok tutorial, last-last pakai bawal, pin atas kepala jugak.haha

      Delete
  8. Alhamdulillah Sal dah terima kad raya dari sis..so Selamat Hari raya Sal...jumpa lagi lepas hari raya yek

    ReplyDelete
    Replies
    1. ceq pun dapat dah.. tapi nanti ceq buat entry untuk semua orang..

      Delete
    2. akak x kisah pun CT kalau tak buat entry..cuma harap sampai dengan selamat..hehe

      Delete
  9. singgah sini sekejab, nk wish selamat hari raya dan maaf zahir batin yer :D insyaAllah nnt free2 sikit kita dtg blogwalking sini yer :D Muah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya Aisya..mmuah! untuk orang yang jauh di perantauan tu jugak

      Delete
  10. tudiaaa awalnya siap dah prutusan.. ceq eosk la hahaha malas da nk bukak lappy.. ni mai jenguk pun guna hp..

    slamat hari raya Kak Sal ^^
    maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kak Sal tahu dah hari Khamis confirm busy, tu yang taip awal-awal..tahulah akak kalau menaip entry tak reti pendek-pendek

      Delete
    2. hahaha baru belek gmbr betoi2.. yang angkat kaki tu style hahaha..

      Delete
  11. family sis klu masuk blog memang x muat . dah la 9 bradik , 4 generasi lagi . cucu je dah nak jejak 30++ ramainya ...

    ReplyDelete
  12. selamt hri rya Kak Sal!
    maaf zahir & batin klau ada trsilap komen ka apa ka yer :)

    ReplyDelete
  13. oh, itu family kak Sal. baru dapat tengok. hehehehe. selamat hari raya sekali lagi. maafkan andai kita pernah terkasar bahasa dengan kak Sal sepanjang menjadi blogger ni. kosong kosong eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu baru separuh, lagi separuh tak dapat raya sekali...

      Delete
  14. wowwww.....siap ada perutusan lagi...dh mcm PM...hihihih

    Selaamt hari raya aidilfitri untuk sal dan keluarga.... :)

    ReplyDelete
  15. Masih sempat nak wish lagi ni. Masih di bulan syawal gittew.. Hehehe..

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SIS SALBIAH..

    ReplyDelete
  16. selamat hari raya sal...
    mohon maaf zahir dan batin ye
    besar juga keluarga sal ye. sonok tengok wajah happy semua ahli keluarga =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..ni pun separuh je kak, lagi separuh tak de..kalau dapat kumpul semua lagi meriah

      Delete
  17. yg bekerja time raya tu mmg punya hati yg kental. salute!

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com