Thursday, 2 July 2015

Dugaan 8 Ramadhan

Assalamualaikum semua. Dah lama tak update blog, hari ni nak up cerita panas lagi sensasi. Warning, entry ni panjang tau. Cerita ni terjadi pada 8 Ramadhan lepas. Cam dah agak basi, sebab awalnya aku contemplating nak cerita ke tidak. Tak naklah nampak macam menagih simpati kat korang, tapi aku rasa biarlah dikongsi sebagai pengajaran buat semua. Ewah, acah-acah serius je kan!

Pagi Khamis tu, sama macam pagi-pagi yang lain. Aku bersiap, keluar rumah dan sampai office. Baru nak start buat kerja tetiba dapat mesej dari Adik aku, mengatakan yang dia dan Mak kena SAMUN! Samun ye, kalau balik rumah tetiba dah habis kena geledah tu takpe lagi. 

Aku terus call rumah untuk dapatkan full story. Mula-mula Adik cerita sikit je, sebab time tu ada polis tengah soal-siasat diorang. Moments later, akak aku hantar whatsapp kat group family untuk inform adik-beradik yang di luar KL. Mujurlah akak aku tinggal berhampiran, so pagi tu dia dan abang ipar aku terus ke rumah. Petang tu aku mintak izin balik awal sikit sebab tak sedap hati dok kenangkan Mak. Memanglah, kehadiran aku tak boleh ubah apa-apa pun tapi hati tu still tak tenteram selagi tak nampak Mak depan mata sebab nak tahu keadaan dia.


Kronologi cerita, told by my sis and Mak

-Adik keluar nak ambil kereta kat garaj, nak hantar Mak gi surau

-Dia nampak ada 2 lelaki atas motor, nampak mencurigakan.

-One of them keluarkan parang, Adik aku panik dan jerit panggil Mak.

-Time jadi ni Abah takde kat umah.

-Sebab panik, Adik lari masuk rumah terus gi kat telefon, nak call polis, sampai lupa nak kunci pintu.

-Mak aku keluar, then one of them terus attack Mak. Mak aku bagi je handphone dia, gelang, subang dan duit RM100. Takkan nak melawan, parang dah kat leher!

-Penyangak tu suruh Mak aku masuk rumah, jangan bising dan serahkan barang berharga lain.

-Mujurlah ada jiran nampak, then dia jerit. Mungkin sebab panik, penyangak tu terus blah. Kawan dia dah siap-siap atas motor.

-Diorang call polis, Polis pun datang dan ambil keterangan. Laporan dah dibuat.

Bayangkan, benda ni jadi dalam pukul 8 to 9 pagi, waktu orang gi kerja. Siang-siang buta pun diorang berani buat jahat gitu. Memang kurang ajar! Aku doa polis dapat tangkap penyamun dua orang tu! Ni kali kedua benda ni jadi kat Mak aku. Kali pertama dulu, Myvi yang dirembatnya. Ah, kalau tak kerana mengenang pahala puasa, nak aku carutkan lahabau-lahabau ni! Kesian Mak. Boleh bayangkan tak trauma dia! Orang yang buat jahat ni takde mak bapak ke? Perempuan tua wei, bukan boleh melawan sangat.

Aku dulu pernah kena ragut. Walaupun peragut tu tak dapat apa-apa, aku sendiri trauma berbulan-bulan! Sejak tu aku tak pakai handbag pergi kerja.

Apa-apa pun, syukur ada jiran yang perihatin dan membantu, kalau tak entah apa jadi kat Mak dan adik perempuan aku. Nauzubillah! Mintak jauh. Aku masa dapat berita ni pun gigil sekejap. Diorang yang mengalami entah macamana kan. Syukur, Allah masih sayang. Dia masih lindungi Mak dan Adik walau parang panjang dah sampai ke batang leher. Alhamdulillah, tak terbayang betapa bersyukurnya kami. Jenayah macam ni, bukan kerugian yang jadi persoalan, tapi trauma yang entah bila baru boleh hilang. Mak kata masa benda ni jadi dia dah bayangkan yang dia takkan dapat jumpa kitorang lagi.

Rumah, tempat yang kau selalu anggap tempat paling selamat dalam dunia. Pun tak selamat sebenarnya. Apa-apa boleh jadi. Moga Allah lindungi kita. Berhati-hatilah guys! Hargailah ahli keluarga anda. Pesan pada mereka supaya berjaga-jaga dalam apa juga keadaan. Bila nyawa jadi taruhan, serahkan jelah apa diorang mintak. Biasanya penjenayah macam ni hanya cederakan orang bila dia menggelabah.

Kenyataan yang aku nyaris hilang Mak dan Adik serentak buat aku rasa jantung macam kena rentap. Terima kasih, Allah...


Ya Allah, kau ampunkanlah dosa-dosa kami. Peliharalah negara kami dari jenayah dan musibah. Hindarilah kami dari maksiat dan jaukanlah kami dari pemimpin- pemimpin yang zalim. Amin Ya Rabbal Alamin


55 comments:

  1. Siang-siang cerah-cerah macam ni pun orang boleh buat dajal. Aman sangat lah Malaysia ni. >.< kadang-kadang rasa takut duduk dekat Malaysia ni. Dah tak aman. Dah rasa tak bebas nak buat macam dulu-dulu. Rilek je kite keluar rumah tak risau sangat.

    Anyway, jangan lupa join kontest http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia ni katanya merdeka, tapi merdeka apa macam tu..nak keluar rumah pun takut.

      thanks for the invite. Insha Allah saya join.

      Delete
  2. Sal ni mesti kenyang makan sahur sebab itulah up entri baru. Katanya kalau lapar tak boleh menaip entrikan ~_^

    Ya Allah! Nasib baiklah mereka tak apa-apakan emak dan adik perempuan Sal. Memang spesies lahabau takda makpak kot sampai sanggup buat begitu pada mak orang lain. Ni nak tanya penyangak tu orang kita ke bukan? Kalau orang kitalah, memang minta sekeh kepala 28kali je tau di bulan Ramadhan yang mulia macam ni pun buat dajal. Siang hari pulak tu. Badan besi ke tak telus kalau kena pulun tumbuk dek orang ramai?

    Betul tu, Sal. Kalau dalam situasi macam ni, harta benda dah tak penting. Nyawa harus didahulukan. Tak boleh bayangkan macamana perasaan emak Sal semasa diletak parang kat leher. Memang traumanya berbulan-bulan lamanya baru boleh kurang!

    Akak takdalah pengalaman macam ni tapi bila mendengarnya memang serius akak takut sangat. Sebab itulah akak ni superfreak sikit. Berwaspada macam orang keliling tu semuanya berniat jahat kat kita. Bukan salah kita, dah sememang jadi perkara biasa dalam kehidupan kita sekarangkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak kata, dia selalu gak trauma, pandang pintu rumah je terbayang-bayang kelibat malaun 2 orang tu.rasanya sorang tu India, dengar dari suara lah.Muka tak nampak, dia pakai helmet penuh. lagi sorang tak pasti.kalau orang Islam memang tak patut sangat lah kan..

      hehe,taip entry baru ni Ahad lepas, tapi baru semalam habiskan dan publish..

      Delete
    2. Sal, akak teringat cerita baru-baru ni satu perempuan tua (70+) kot yang penyamun masuk rumah nak menyamun. Orang tua ni tinggal sendirian, suaminya tak lupa pulak ke mana tapi kalau tak silap malamlah. Bukan sorang penyamun yang masuk. 2 ke 3 orang, macam tulah. Habis nak ditariknya gelang dan rantai orang tua ni tapi kira orang tua ni berani, ditamparnya berkali-kali muka si penyamun sampai hampir nampaklah muka malaun tu. Terus lari lintang pukang tak sanggup dah nak terus menyamun!

      Respek kat orang tua tu... kira berani betullah! Kalau akak pun tak sanggup nak menampar. Buat penyagak keluar pisau sebilah, naya aduhai...

      Delete
  3. Ya Allah.-.bulan ramadhan pun diorg bole mcm ni, hati kering betul, geram dan sakit hati betul, tapi Alhamdulilah tk smp cedera kan, takpelah hilang harta sikit, asal keselamatan dan kehormatan masih terpelihara..-

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..anggap jelah ni dugaan untuk kitorang sekeluarga.yup, harta boleh dicari..nyawa dan kehormatan kalau dah hilang memang takde ganti

      Delete
  4. Sekarang ni orang ramai terdesak. Dah tak fikir dosa pahala janji hidup lepas. Mujurlah tak ada apa2 yang buruk menimpa mak dan keluarga Sal. Sabar banyak2 ye. Kirim salam pada mak Sal. Moga Mak Sal tak trauma sangat disebabkan insiden tu nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak dan Adik saya tabah orangnya..kalau saya mungkin tak habis trauma lagi..OK, nanti sy sampaikan salam akak ye.

      Delete
  5. Kat kampung akak ni pun. Orang balik terawih kena ragut. Orang tengah berbuka pun ada ceroboh masuk. Dunia memang dah tak selamat dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish,ish..memang macam-macam.apalah nak jadi.kak Farrah pun hati-hati k..

      Delete
  6. Replies
    1. thanks Abang MKL ;) semoga selamat sampai ke sudah

      Delete
  7. Agak2 suspect tu bangsa apa? warga apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangsa India kot, kalau dengar suara.tak nampak muka sebab helmet visor penuh

      Delete
  8. SS baca ni ni pon... Rasa macam darah naik kepala.. Emo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang emo kan SS, orang macam ni takde hati perut.

      Delete
  9. SS biasa jugak dengar... Penyangak2 ni skrg dah tak buat keje malam buta... Most akan bergerak time orang nak gi keja... Nasib baik jerit ada jiran perasan... Hadoi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dah rezeki, kebetulan jiran keluar gi kerja lambat hari tu

      Delete
  10. Astagfirullah.. mujurlah tiasa apa2 yg lebih memburukkan berlaku Sal. Peristiwa mcm ni pun mmg dah cukup jiwa terkejut dah.. ya Allah.. siapalah boleh menjangka perkara mcm ni kan.
    Hantu punya penyangak.. klu dpt mmg sedap betul tibai ramai2. Patah satu dua gigi pun dah ok dah sblum polis dtg angkut...
    Apapun, syukurlah kan... alhamdulillah selamat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, dia naik motor, memang tak terkejar lah kan.kalau dapat memang tibai cukup-cukup!geram giler!

      memang syukur, Allah selamatkan kitorang dari jadi yang lebih buruk.Abang Khir pun pesan kat akak hati-hati selalu.Siang pun boleh macam-macam jadi

      Delete
  11. Ya Allah Sal kesianya.....syukur mak ngan adik selamat. Yelah kan sebelum terkena kena beringat selalu. Mintak dijauhkan .....pak Jilap selalu bising gril ngan pagar tak berkunci....mak buat saja jee.....huhu takut pulak lepas dengar cite ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengar cakap pak jilap tu kak..sebab akak kan siang-siang duduk rumah dengan anak-anak dara tu.jaga-jaga tau.orang jahat sekarang dah tak kira siang malam

      Delete
  12. Allahuakbar! Terkejut Ros baca entry ni... Macam mana keadaan mak kak Sal hari ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, mak akak OK, tapi still trauma.nasib baik tak jadi pape kat dia.

      Delete
  13. ya Allah....kesiannyeee.....nasib baik tak de jadi pape kat mak n adik sal.....biar la hilang harta....boleh dicarik..kalau nyawa?? ya Allah...tak dapat dibayangkan......penyangak ni semua memang dah xde perasaan kemanusiaan....keje nak menyamun jer....somga Allah memberi sebaik-baik pembalasan kepada mereka.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak DM, memang ketar lutut saya dok bayangkan yang bukan-bukan.tulah, kerja malas.tau nak amik duit orang je.

      Delete
  14. sekarang dalam rumah pun tak selamat.....penyangak ni smua menyamun dah xikut time malam....siang-siang dh beroperasi..coz dia tau org ramai pergi keje...aishhhh.....ngeriiiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, bahaya tau.lagi satu time solat Jumaat, sebab dia tahu orang lelaki takde.memang pesan kat Mak jangan nak keluar angkat kain ke, bagi makan kucing ke.bahaya

      Delete
  15. allahuakhbar! ngerinya cite sal ni
    kalau akak mau tak senang duduk sal! time tu juga nak balik
    mesti mak sal tengah trauma sekarang. eee, ngeri membayangkan keadaan masa tu
    mesti dia takut sangat sebab parang kat leher
    durjana sungguh peragut tu!

    sampaikan salam akak pada mak sal ye.

    ReplyDelete
  16. Ya Allah, takut pula bila baca ni, kak Sal. Nasib baik Mak dengan Adik kak Sal tak diapa-apakan.

    ReplyDelete
  17. Ya Alah Sanggup tu buat benda tak elok Bukan pose camni..mmg Sekarang kt mana waima umah sekali pun dah tak selamat.macam mana nak jadikan rumahku syurgaku klu macam gini keadaannya..trauma tu mmg lama nak hilang..tak Boleh bayanglah klu parang dah dekat leher..mujur tak jadi apa2..syukur!

    ReplyDelete
  18. skrg dia x kira mlm ke siang ke subuh gajah ke... nak buat jahat tu pun x kira bulan baik ke or bulan bukan ramadan... aiiii malaysia da semakin menakutkan!

    syukurlah mereka tak diapa2kan.

    ReplyDelete
  19. atas sebab inilah sis x benarkan mak dok kg . wpun rumah kakak kat belakang je tapi dia kerja . wpun abang setiap hari datang tapi cuma waktu tertentu je ... mmg bahaya sbb kudrat org tua x kuat mana ... alhamdulillah mak dan adik sal selamat ... bykkan bersedekah , insha Allah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis..mungkin Allah nak ganti rezeki yang lebih baik kan..yang penting, nyawa selamat

      Delete
  20. ya Allah....Sal!!! sis JM yg baca ni pun mengigil2 tangan takut....lagi lah dorang tu...mak dan adik yg alaminya mesti trauma yak amat

    ReplyDelete
    Replies
    1. maunya tak trauma..diorang pun dah jadi saya.trauma dengar bunyi motor..huhu

      Delete
  21. waktu adik ke garaj nak start enjin kereta tu..pagar rumah berkunci ke terbuka

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbukak, sebab diorang memang nak keluar

      Delete
  22. ishh.....geram lak dengar...jam 8-9 pagi tu....cerah...siang hari...lain lah kalau malam dorang nk buat 'kerja'..skrg ni kan kalau nk samun mmg dh x kira waktu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak JM, sekarang siang-siang buta pun diorang berani.kita ni jaga-jaga jelah

      Delete
  23. ishh...kebetulan lak abah x de umah time tu ke..ishh...mcm dorang dh lama aim je

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun rasa diorang dah lama perati..

      Delete
  24. alhamdulillah yg penting mak dan adik Sal selamat...takut betul bila sebut parang panjang tu...betul lah..Msia ni dh x selamat...so sentiasa lah berhati2 walau di mana pun kita berada...

    ReplyDelete
  25. alhamdulillah mak dan adik sal tak apa-apa.sekarang ni kat rumah sendiri pun dah rasa was-was.Terlalu banyak kes yang berlaku,Bukan setakat kecurian kecil,tetapi kes rompak, samun dan bab bersenjata ni yang tak tahan nak fikir.menakutkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak...rasanya kecurian boleh terima lagi.tu sebab dalam hudud, hukuman untuk perompak lebih berat dari pencuri.sebab memang kesalahan dia lagi besar, menakutkan mangsa.indahnya undang-undang Islam, tapi syang tak diamalkan

      Delete
  26. Ya Allah, sedih dan kesian dengar cerita kak sal...semoga kak sal dengan femli sabar dan tenang hadapi... kita faham trauma dia camne, sebab kita pernah kena dulu, kereta kena samun masa travel... nasib baik masa tuh dokumen kitorang tak hilang... Semoga Allah jaga kita semua, insyaAllah

    ReplyDelete
  27. Dah reply email... dapat tak cik sal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu email opis, nanti esok saya check.thanks SS ;)

      Delete
  28. Mujur tak berlaku kecederaan pada Mak dan Adik Sal.
    Tapi mesti rasa kesal jugak bila barang2 kesayangan hilang. Berani pulak dia orang datang siang2 hari.
    Moga Malaysia akan lebih aman....uuuuhhhh

    ReplyDelete
  29. nauzubillah.. apa2 pun Kak Sal.. syukur semua masih selamat..
    itu lagi penting.. zaman skrang ni kak.. memang kita need to always waspada..
    cengkaman hidup ni buat jadi cenggini..

    ReplyDelete
  30. ya ALLAH macam-macam sungguh dah zaman skang ni. dah la xnak buat hudud. hmm. nasib baik x jadi apa. kalau x, nauzubillahiminzalik. moga lepas ni x jadi dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada hudud, inshaAllah, orang takut nak buat jenayah macam ni

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com