Thursday, 16 July 2015

Aku dan Kad Raya

Sebut kad raya, tak sah kalau tak mengenang kisah lalu. Zaman sekolah rendah dulu, seawal minggu pertama puasa dah bertukar-tukar kad raya. Dulu kad raya murah je, dalam 30 sen, kalau besar sikit, 40 sen. Memang seronok menulis kad raya, setiap kad tu personalise ikut penerima. Tradisi ni kitorang teruskan sampai di sekolah menengah. Tapi upgrade sikit, crush pun dapat. Hahaha, bulan puasa sempat gatal lagi ek! Zaman belajar pun still teruskan, sampai tamat pengajian. Aku simpan sampai sekarang kad-kad yang aku dapat, sayang sangat nak buang! Terutama dari ehem-ehem yang anak dah dua tu. Hahaha.


Kemajuan teknologi membuatkan amalan bertukar-tukar kad raya ni semakin dilupakan. Tahun 2008 ke atas, kad raya dah mula dianggap sebagai sesuatu yang asing. Adalah jugak dapat, tapi jarang sangat. Setahun adalah satu, dua. So, bila aku mula aktif blogging, aku agak tergezut sebab ada rakan blogger yang masih meneruskan aktiviti bagi-bagi kad raya ni.

Tahun ni tak sangka dapat kad raya lagi dari rakan-rakan blogger. Sayangnya kad kiriman kak Kathy R'bain tak sampai pada aku walaupun dia kata dah kirim dari awal Ramadhan. Takpelah kak Kathy, takde rezeki saya dapat kad dari akak tahun ni. Apa-apa pun, nak ucap terima kasih bebanyak sebab sudi ingat kat saya. Jemput singgah blog sis Kathy kalau belum berkenalan. Dia ni peramah orangnya dan merupakan seorang  designer, so kalau u olls nak design blog ke, header ke, bolehlah contact dia. Blogger yang bergelar ibu, boleh jugak join komuniti Mama Blogger kak Kathy. Boleh berkenalan dengan mama-mama lain dan tambah traffic blog. Mama aje, Papa buat group lain ye..

Kad raya pertama aku dapat dari Syida@Qasih Abadi. Sebab dia qasihkan kan aku, dapatlah aku sebuah (or is it sekeping?) kad raya yang diperbuat dari felt. Tak mainlah pakai kertas! Iyelah, orang pandai menjahit. Syida ni merupakan penjual Shaklee, so blog dia selalu share info pasal kesihatan jugak. Tapi korang jangan teragak-agak nak berkawan dengan Syida ni sebab dia bukan jenis suka paksa korang beli produk dia. No, no..Syida sangat fun orangnya dan kelakor, bak kata orang Johor. Tapi, kalau sesekali dia membebel pasal isu semasa, Diva AA pun boleh sentap. Hahaha. Muah ciked!!!


Thanks a lot darling, bagi kad dan bagi brooch tu. Kak Sal ni memang suka giler pakai kasut heels comel macam tu! Raya ni bolehla melaram brooch baru. Hehehe

Kad raya kedua, aku dapat dari akak yang sangat kreatif, pandai kraf, pandai masak dan terer main gitar. Mesti korang kenal dah ngan kak Farrah MF. Kad ni dia buat sendiri tau. Hari tu baca dia share pasal nak buat kad tu, tak sangka aku pun dapat. Alahai, terharu kiterrrr. Korang kalau tak baca blog FAMF Tower ni rugi lah, tak merasa jadi princess. Hehehe. Thanks kak Farrah! Kalau korang nak belajar buat kad macam kak Farrah, bolehlah jenguk link INI. Aku nak satu tau. Hahaha.

Rajin kak Farrah menganyam ye.. Aku pandai merenyam je. Hahaha

Tulisan pun comel, mesti orangnya comel

Kad raya ketiga, aku dapat dari blogger travel femes, Scdha Sein a.k.a Mbak Jambu. Kalau baca blog dia memang boleh sakit perut gelak. Tapi, kadang-kadang suka tau buat entry syahdu, bisa gugur air mata. Hilang kemachoan aku. Merata dah dia ni berjalan, memang seronok korek entry travel dia. Antara  top commentator blog ni yang selalu memeriahkan suasana. Thanks a lot SS!


Kad raya keempat ni macam tak aci jugaklah sebab aku mintak, bukan dia yang offer nak bagi. Hihihi, tak malu budak ni doh. Untung tau, raya dapat handphone, walaupun Kak Eton lagi untung dapat kad kredit. Kad raya ni kiriman seorang Mama kepada dua orang permata hati yang comel-comel belaka. Memang seronok baca keletah anak-anak dan kisah hidup kak Yana Yani. Thanks kak YY!


Sekarang ni susah betul nak jumpa kad raya kat kedai kan. Apa-apa pun, nak ucap thanks kat semua rakan blogger yang sudi memeriahkan blog aku ni walaupun entry aku selalu entah apa-apa. Selamat menghayati Ramadhan sepenuhnya sampai ke hujung. Jangan kalut sangat nak raya na...Padahal tuan tanah blog ni yang kalut.

Itu sajalah ye, lama aku ambil masa taip cerita ni. Sampai seminggu kau! Hahaha. Sebenarnya, kamera handphone aku makin tenat. Nak ambil gambar kena pakai kamera digital kat rumah. Pastu nak transfer lagi. Tu yang lambat. Pastu tengah citer pasal satu kad raya, dapat lagi. Alang-alang, kumpulkan semua. Puas hati bagi korang penat membaca.

**Update khas - Malam Raya**


Ce teka sape bagi?


Sape lagi kalau bukan sis Jari Manis yang manis. Risau betul dia kad raya dia tak sampai. Hehehe, sampai dah kak JM. Thanks bebanyak tau! Rasanya majoriti kat sini kenal Jari Manis ni kan, antara blogger travel yang femes gak di alam maya ni. Sesiapa tak berkenalan, rugi lah. Sebab kak JM ni sporting orangnya, peramah dan kaki komen.

Ada umur, jumpa lagi, Insha Allah. Salam Aidilfitri semua! Selamat menyibukkan diri ye..

61 comments:

  1. Wahhhhh! Dah sampai ekkkk! Lega Cik Sal dah dapat.. Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
  2. Kalu scroll laju2 entry ni... Tangan mesti nak berhenti kat Kad Raya Suida... Kuning trafic lite mancor automatik tangan berhenti... Keh Keh Keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaaa... I nyaris nak bagi U warna tu nak match ngan biru felt.. tapi tiba2 teringat yg u xsuka kuning.. hahaha.. warna nak gold sikit klu tgk, dah ambik gambar macam kuning sangat plak.. hehe..

      Delete
    2. hahaha, ampunlah, kak Sal edit sikit gambar tu, yang kuning memancor..padahal kuning mustard. lain kali bagilah pink..hahaha.orang dah bagi, banyak cakap

      Delete
    3. Sal pun suka pink...give me 5

      Delete
    4. suka sangat kak JM..lagi-lagi pink yang lite..tahun ni nak cari baju raya pink lah.

      Delete
    5. haaaa kad Suida CT dapat lambat woooo.. nanti CT pun nak kena buat entry cenggini..
      x acila Kak Sal je tayang kad raya dia.. iols is nak tayang jugak..

      Delete
    6. hahaha, minggu ni gak buat entry..minggu depan dah raya, tak best dah nak menayang

      Delete
    7. hahaha xpe xpe.. CT kan suka entry masuk museum.. nanti baru tayang semua..

      Delete
  3. Wah...dah semakin bertambah koleksi kad raya...

    ReplyDelete
  4. Wah...dah semakin bertambah koleksi kad raya...

    ReplyDelete
  5. byknya kad raya sal... blog sal pun cantik... hampir tak kenal dah KM

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh kak KM...lamanya menyepi.blog je lain, orangnya tetap sama.ewah..

      Delete
    2. haaa tu la.. nasib baik sal tak ubah gambar tu.. kalau tak mmg tak kenal.. duk cari blog sal kat mana.. dah dua budak keluar ni urat byk putus.. nak recall satu2 visitor dulu hahaha..

      Delete
    3. hihi...nasib baik tak buat pembedahan plastik manncungkan hidung, kalau tak mesti kak KM tak kenal dah...haha

      Delete
  6. banyak sangat tuu...bleh gantung...kembalikan nostalgia ms kecik2 itu dahulu... har har har

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboi...tak kuasa lah nak gantung-gantung.kang nak cabut balik malas..

      Delete
    2. bahahaha ingat lagi dulu mesti gantung punyalah.. konon hiasan hari raya..
      pastu buat ketupat ribbon tu dah canggih sngt dah.. hahaha how time flies..

      Delete
    3. hihi..boleh je nak buat lagi tahun ni CT.mesti anak-anak murid yang datang beraya kagum kejap.

      Delete
    4. tak deee keje kak hahaha.. jenuh nanti kesan gam mak bising =P

      Delete
  7. happy sangat yg kak sal suka .. puas nak design tau walaupun simple je.. keh..keh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. appreciate sangat tau, Syida..bukan senang nak buat.yang tak pandai macam akak, beli aje kat kedai..hahaha

      Delete
  8. Wahhh. banyaknyaaa kad raya :D

    ReplyDelete
  9. dah byk dpt tu ... meh bagi alamat . sis nak bagi kad ... jgn takut lambat sampai , kita dok dekat je ... heh heh heh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ke nak bagi? dengan confidentnya saya dah pm alamat kat fb sis.hehehe

      Delete
  10. Salam sal banyak dapat kad raya. tahniah. ini juga cara merapatkan hubungan antara blogger.

    Terima kasih sudi berada di top komentator blog saya pada bulan jun

    ReplyDelete
  11. waaaaa.....byk dpt kad raya ehhh....hehehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang banyak tu yang dolu-dolu punyer...hihi

      Delete
    2. hahahaha...igtkan sal retis baru dpt kad byk...

      Delete
    3. hahaha..tak mungkinlah u olls, I bukan Siti Nurhaliza atau Azwan Ali

      Delete
    4. apsal AA pulak selit ni ? wakakaka..

      Delete
    5. AA tengah trending masa akak taip komen ni..haha

      Delete
    6. ekekeke kes steak dia tu.. semaklah.. hahaha
      jom kita p menate =P

      Delete
  12. wahh...banyaknye.. sy dpt 1 je baru thn ni..

    ReplyDelete
  13. Wah... Sal dapat lagi banyak dari Kak Eton! Ini sudah melampau! Rasa macam nak terjun setingkat anak tangga kerana kecewa dikalahkan oleh budak bola ni tau ^_^

    Itulahkan Sal, dulu-dulu dapat banyak buang merata. Tak hargai. Hah, amik sekarang! Kad raya pun dah nak pupus. Barulah sibuk nak update blog kata dapat kad raya dua keping. Kesian sungguh Kak Eton tu!

    Akak nak frame kad raya tahun ni yang akak dapat tau, Sal. Lepas satu dekad, boleh jual jadi jutawan. Masa tu konfirm orang tak pernah nampak kad raya tu macamana rupa fizikalnya ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simpan lah kak, nanti boleh tunjuk kat anak cucu..hehehe.entahlah, saya ni jenis suka simpan barang-barang orang bagi, sayang nak buang.tu yang koleksi kad raya lama pun still ada lagi.

      Delete
  14. Akak gumbira kad selamat sampai! Alhamdulillah ;) banyak dpt kad tu, Sal. Leh buat decoration utk raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..tak la kak Farrah, yang banyak-banyak tu kad raya lama-lama.dah lama tak buat deco kad raya nih, rasa pelik pulak.

      Delete
  15. Sal..ohh Sal....kad raya dari sis JM mana? x samai lagi eh...jgn lesap cam kad raya dari kathy je

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, tu yang risau tu..jangan hilang dari radar sudah. kak JM hantar alamat rumah ke alamat opis?

      Delete
    2. huuurm posmen time2 posa ni takleh focus sngt..
      semua lapar ngan ngntok plus fikir nak raya je.. hehehe ada tu dia pusing2 sket..
      nanti smpai le..

      Delete
    3. CT, kad raya akak sampai tak?

      Delete
    4. sampai.. beserta duit raya printed tu waakaka..

      Delete
  16. sis JM pun dah terima kad raya dari mereka ni...SS, Suida, YY, Kathy dan Farrah...terima kasih semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang semua tu pemurah2 nak kasi kad raya.. eh Akak JM pun ada kasi kat kami gak kan..
      rajin rajin semuanya..

      Delete
  17. masa sekolah dlu bagi terus je dekat kawan2 xyah nak pos2 dah ahahahaha. sekarang memang dah lama tak bagi kad raya. konon nk bg la tahun ni tapinya tak sempat. busy kemain huuuu

    ReplyDelete
  18. wow bestnya byk jugak tu tiga keping dapat.sy ni sekeping pun tadak.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun depan saya hantar kat PK ye, Insha Allah..kalau ada umur

      Delete
  19. wow banyak tu Kak Sal dapat.. makin glemer you hehehe.. CT nak post hahaha.. tapi tak ada masa lagi..
    kalau dapat lepas raya pun still okay lagi kan.. wakaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau lepas raya barulah namanya kad raya...hahaha

      Delete
    2. hahaha tapi SS kata dah basi T.T

      Delete
    3. eh tak, boleh simpan sampai raya haji...haha

      Delete
  20. wah! byknya kak Sal dpt! Timm dpt satu je..tu pun excited sungguh sebb lma dah xdpt..haha!

    ReplyDelete
  21. Replies
    1. hantar ke alamat opis ke? minggu depanlah baru akak masuk kerja..nanti I bagitau na

      Delete
  22. pergh banyak juga kad raya kak Sal dapat eh hehehehe. jeles kita >.<

    selamat hari raya kak Sal :)

    ReplyDelete
  23. huihhhh....bnyak nye kad raya sal dapat....sonoknyerrrrr hehehehe

    ReplyDelete
  24. Sedih kad raya utk sis tak sampai. Rasanya dua org termasuk sis yg inform kad raya tu xsmpai. Dah pos sekali dengan kad raya utk blogger lain awal² lagi sis. Sedih. T_T

    ReplyDelete
  25. wah siap ada review lagi =)
    hehe...kelakar pula rasanya bila tengok tulisan sendiri

    ReplyDelete
  26. dah balas ke semua kad2 raya tuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh..mestilah. pecah kaca pecah gelas katanya..

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com